You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Menurut Syed Ismail (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra budaya
akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat
yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Bagi negara kita yang
terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, penerapan nilai-nilai
sivik dalam diri setiap individu adalah sangat penting untuk memelihara keamanan
dan keharmonian negara kita. Antara nilai-nilai sivik tersebut ialah seperti hormat-
menghormati, kasih sayang, toleransi dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru di sekolah
khususnya guru sekolah rendah perlu memastikan elemen mesra budaya adalah
disemai di dalam kelas semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan positif dalam kalangan murid-
murid.

2.0 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Menurut Woolfork (2001), pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk


mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan proaktif. Guru perlu
membina persekitaran bilik darjah yang penyayang, menyokong serta inklusif bagi
membolehkan murid-murid berasa selesa untuk belajar dan sudi menerima
perbezaan dalam persamaan antara mereka. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah
ialah satu ekologi yang mempunyai sistem yang tersendiri serta mempunyai
perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda
bernyawa.(Woolfork,2001) Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan
ruang dan susun atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti pelajar kerana bilangan
pelajar yang melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga boleh menyebabkan
suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulkan masalah
disiplin semasa guru mengajar.(Mok, 2012). Dengan itu, seseorang guru harus
mengawal kelas dengan bijak dengan menyusun atur tempat duduk dengan
mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya mereka boleh
menerima dan bekerjasama antara satu sama lain. Di samping itu, guru juga perlu
memastikan suasana bilik darjah adalah ceria dan bersih. Aspek keceriaan kelas
adalah sangat penting kerana sesebuah kelas yang ceria mampu meningkat
semangat dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh meningkatkan
prestasi murid (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Aktiviti yang boleh
dilaksankan ialah guru boleh memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid
terhadap keadaan dan suasana bilik darjah dengan memberi kebebasan kepada
mereka untuk menghiaskan kelas. Murid diberi peluang untuk mempamerkan apa-

1
apa sahaja bahan budaya etnik masing-masing supaya rakan sekelas mereka
memahami unsur budaya rakan kelas yang lain. Kebebasan yang diberikan kepada
murid-murid untuk memilih dan menentukan hiasan di dalam bilik darjah
membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menyebabkan mereka berasa
dipercayai dan dihargai.

3.0 Pengurusan Emosi


Selain itu, aspek emosi murid juga sangat penting untuk menjamin persekitaran
sesebuah bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Noor Azima (2014),
perkembangan emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau
keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Sekiranya sosio emosi
seseorang murid di dalam kelas adalah positif, maka ianya secara tidak langsung
akan menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan
diri dalam aktiviti PdP. Menurut Woolfook (2002), motivasi atau kuasa dalaman akan
membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu,
semasa melaksanakan aktiviti PdP, seseorang guru boleh memberi galakan ataupun
pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul soalan yang diberikan.
Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid
untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Dengan itu, seseorang guru perlu
mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ‘kamu memang
bodoh la…’, ‘pemalas betul kamu ni…’ dan sebagainya (Anita ,2015). Hal ini
demikian kerana situasi sebegini akan memberi impak negatif terhadap emosi murid-
murid dan akhirnya mereka akan berkelakuan pasif pada kelas yang akan datang.
Dengan itu, saya mestilah menjamin suasana kelas sentiasa ceria dengan menjadi
seorang guru yang periang dan mudah didekati. Guru yang mudah didekati
menjadikan murid berasa berasa gembira dan ‘relax’ semasa berada dengan guru.
Guru boleh sentiasa menggunakan cara penyampaikan PDPc yang menarik dengan
mengandungi unsur jenaka dan bermain semasa mengajar boleh mengurangkan
tekanan emosi murid-murid. Murid-murid akan berasa seronok dan dapat
melepaskan tekanan mereka semasa waktu PDPc dengan menggelak dan bermain.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru boleh mengadakan aktiviti bermain sambil
belajar. Guru boleh menggunakan ‘kahoot’ sebagai alat semasa sesi menjawab
soalan. Murid-murid yang dapat menjawab dengan cepat dan tepat akan menjadi
pemenang dan guru akan memuji murid yang menjawab betul dan memberi
galakkan kepada murid yang menjawab salah. Hal ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan antara murid-murid malah membina keyakinan murid-murid.

2
4.0 Pengurusan Sosial
Seterusnya, pengurusan sosial merujuk kepada perhubungan dan corak
interaksi di antara murid dengan murid dan murid dengan murid, khasnya di dalam
bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar
belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat
pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain.Teori
Pembelajaran sosial oleh Cornell Montgomery (1904) mengemukakan empat
peringkat peniruan berlaku, iaitu hubungan yang rapat, peniruan daripada pihak yang
lebih dewasa, memahami konsep dan mencontohi perlakuan. Oleh itu guru perlulah
bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan
menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. (Mok,2008).
Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada
murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di
kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid
dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai
hala. Dengan itu pengurusan sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa
menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru
ialah meraikan hari jadi ahli kelas bagi memupuk nilai-nilai menghargai kawan dan
mewujudkan jalinan persahabatan yang mesra dalam kalangan murid serta murid
dengan guru. Meraikan hari jadi rakan sekelas dapat menggembirakan murid di
samping merapatkan tali persahabatan murid daripada pelbagai etnik. Seawal usia,
murid telah didedah dan dilatih menghargai kawan-kawan, menghormati latar
belakang kawan-kawan dengan membawa makanan yang boleh dimakan oleh
semua kawan di samping memahami perbezaan amalan dan kepercayaan agama.

5.0 Penutup
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara
yang terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP. Kita sebagai guru bukan sahaja
berperanan sebagai pendidik, malah kita juga berperanan sebagai pemudahcara,
pembimbing dan perancang untuk memastikan anak didik kita mampu mencapai
kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang. Suasana bilik darjah yang
mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu
disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan
semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan

3
i
o
m
E
a
s
r
u
g
n
e
P
minda kelas pertama.
6.0 Infografik

Menujukkan
memberi galakan
ataupun pujian
kepada murid-

sikap yang adil


murid

Menjalankan
Aktiviti
bersama murid-
murid
mengelakkan dirinya
mengeluarkan kata-
kata yang negatif

Mewujudkan
interaksi dua

4
hala
Kelas ceria
dan bersih
Menjadi seorang
guru yang periang
dan mudah
didekati

Kelas dapat
menanggung
kapasiti murid-
murid
Bijak menyusun
atur kedudukan
murid
7.0 Rujukan

Syed Ismail (2012). The nature of man and the psychology of the soul: A Brief
Outline Framework For an Islamic Psychology and Epistemology. Kuala Lumpur:
ISTAC.

Woolfolk (2001). Educational psychology (Edisi kelapan). Boston: Allyn and Bacon,
Inc.

Woolfolk (2002). Educational psychology (Edisi kesembilan). Boston: Allyn and


Bacon, Inc.

Mok Soon Sang (2012). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Siri
Pendidikan. Penerbitan Multimedia. Selangor.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Asas Kepimpinan dan
perkembangan professional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd

Noor Azima (2014). Satu Tinjauan dari Konteks Kepercayaan, kultus dan Adat di
Sabah, Kota Kinabalu: Yayasan Sabah.

Anita Yasim. (2015). Culturally responsive teaching:Theory research, & practice.


New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Cornell Montgomery (1904). The Learning Theory of chidren.. New York: Norten.

Mok Soon Sang, (2008).Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran ( Siri Kedua ).
Siri Pendidikan. Penerbitan Multimedia. Selangor.

You might also like