You are on page 1of 10

LAPORAN REFLEKTIF

Berdasarkan Tugasan 2, kit persembahan dihasilkan sesuai dengan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran yang sesuai untuk murid Pendidikan Khas sekolah rendah yang merangkumi
elemen seni dalam pendidikan berdasarkan lakonan dalam Tugasan 3 yang bertemakan
Pendidikan Islam. Lakonan tersebut merangkumi ketiga-tiga elemen iaitu seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan yang sesuai untuk murid sekolah rendah Pendidikan Khas. Lakonan
tersebut dilakonkan oleh 4 orang iaitu Hanan Asma’, Ain Nabihah, Nurulliyana Low serta Mohd
Ezwan dan kesemua kit persembahan yang dihasilkan oleh semua individu digabungkan.

Kit persembahan yang digunakan untuk lakonan tersebut ialah tiara bidadari, tanduk dan
sayap syaitan, payung, dompet, telefon, jam tangan serta topi. Tiara bidadari digunakan oleh
watak bidadari yang berlumba-lumba dengan watak syaitan untuk menyuruh pasangan kekasih
membuat kebaikan manakala syaitan menyuruh mereka melakukan kejahatan. Kit
persembahan yang digunakan oleh watak syaitan ialah tanduk dan sayap supaya watak
sebagai syaitan dapat diperjelaskan lagi. Selain itu, kit persembahan yang digunakan oleh
watak pasangan kekasih ialah telefon, topi, jam tangan serta dompet bertujuan untuk digunakan
oleh watak tersebut ketika menelefon dan keluar bersama-sama berjalan ketika hujung minggu.
Manakala, kit persembahan payung pula digunakan ketika tiga sahabat sedang keluar
bersama-sama ketika hujan untuk pergi ke pusat membeli-belah.

Namun begitu, terdapat lagu dan perlatan tambahan yang digunakan ketika lakonan
dijalankan supaya penonton dapat mendalami lakonan tersebut. Peralatan tambahan yang
digunakan ialah ‘slide’ bergambar yang disertai dengan bunyi-bunyian seperti bunyi hujan, enjin
kereta dan sebagainya. Selain itu, peralatan tambahan yang digunakan ialah songkok dan kain
putih yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) serta telefon bimbit untuk memasang
lagu. Lagu yang digunakan ialah Kalau Berpacaran, Rapuh dan ‘I’m in Love With the Shape of
You’.

Lakonan yang dipersembahkan kepada penonton bertemakan Pendidikan Islam bertajuk


menjaga adab pergaulan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat kini tentang adab menjaga
pergaulan sesama rakan yang berlainan jantina, rakan-rakan dan keluarga. Menjaga adab
sesama rakan berlainan jantina dilakonkan oleh watak pasangan kekasih yang sentiasa
berjalan-jalan berdua-duaan tidak kira tempat yang dikunjungi sehingga dua orang ustaz
daripada (JAIS) menangkap mereka untuk diberikan kesedaran tentang menjaga adab sesama
kawan berlainan jantina. Selain itu, adab menjaga pergaulan sesama sahabat pula dilakonkan
oleh tiga sahabat yang sedang berjalan-jalan untuk pergi ke pusat membeli-belah. Lakonan
tersebut menunjukkan seseorang sahabat perlulah sentiasa memaniskan muka ketika bertemu,
bercakap dengan sopan dan sentiasa memberi nasihat secara berhemah. Seterusnya, adab
sesama keluarga dilakonkan oleh watak adik yang meminta dengan kakaknya untuk keluar
bersama kekasihnya dengan berhemah iaitu bercakap dengan sopan serta watak anak yang
meminta kepada ibunya untuk keluar bersama kekasihnya. Watak anak tersebut seterusnya
keluar dari rumah setelah ibunya mengizinkannya untuk keluar.

Kekuatan yang dihasilkan oleh kumpulan tersebut ialah kesemua elemen iaitu seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan wujud ketika lakonan sedang dijalankan iaitu kit
persembahan yang digunakan, muzik dan tarian juga dilakukan untuk menambahkan keceriaan
lakonan tersebut. Selain itu, unsur-unsur humor juga dimasukkan iaitu ‘pick up line’ digunakan
oleh pasangan kekasih tersebut untuk menyemarakan kasih sayang mereka serta dua ustaz
daripada JAIS menyertai pasangan kekasih menari ketika malam di taman sebelum menangkap
pasangan kekasih tersebut. Seterusnya, keempat-empat ahli kumpulan yang berlakon
diseimbangkan dengan memberi pelbagai watak kepada pemegang watak sampingan
manakala watak utama hanya memegang dua watak. Kit persembahan yang digunakan juga
sesuai dengan watak dan situasi ketika dilakonkan. Setiap ahli kumpulan tersebut juga
menjalankan peranan masing-masing serta mempunyai kerjasama yang baik bermula daripada
penghasilan kit persembahan sehingga lakonan dijalankan.

Kelemahan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut ialah kadang-kala nada yang
digunakan oleh watak tersebut pada situasi tertentu kurang sesuai dan mimik muka juga kurang
sesuai digunakan seperti wajah yang kurang ceria digunakan ketika sedang bercakap dengan
kawan. Selain itu, masa yang dilakonkan oleh kumpulan tersebut tidak mencapai 15 minit dan
‘slide’ yang digunakan kadang-kala terlalu cepat dan tidak sesuai dengan situasi yang berlaku.
Hal ini kerana, kumpulan tersebut tidak meminta bantuan darpada orang lain untuk
menguruskan ‘slide’ ketika lakonan dijalankan. Seterusnya, muzik yang digunakan ketika
lakonan mungkin kurang memuaskan para penonton kerana tidak menggunakan pembesar
suara.

Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ahli kumpulan tersebut perlu meminta
pertolongan orang lain untuk menguruskan ‘slide’ ketika lakonan dipersembahkan dan ahli
kumpulan tersebut perlulah membuat latihan dengan lebih kerap supaya lakonan tersebut lebih
berkualiti dan dapat membawa penonton untuk lebih mendalami tema yang ingin disampaikan.
Kos yang digunakan untuk membuat kit persembahan banyak manakala bahan
sampingan seperti lagu, ‘slide’, songkok dan kain putih tidak mengeluarkan kos kerana bahan
tersebut didapati daripada bahan yang sedia ada. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan kit persembahan ialah dawai, pelindung wayar, kain, renda, ‘hot glue gun’, reben,
kad manila, penyangkut baju, cekak rambut, kertas warna, pembalut hadiah, plastik, ‘tape’
hitam, dan benang.

Perkara yang didapati daripada aktiviti berkumpulan tersebut ialah setiap ahli hendaklah
bekerjasama antara satu sama lain supaya kerja yang dihasilkan lebih cepat siap dan berkualiti.
Selain itu, penelitian terhadap setiap perkara juga amat penting supaya kit persembahan dapat
dihasilkan dengan kemas dan selamat digunakan. Seterusnya, perbezaan individu juga tidak
diambil kira kerana salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut merupakan pelajar
Bekeperluan Khas Bermasalah Penglihatan manakala 3 orang daripada ahli kumpulan tersebut
adalah pelajar normal. Oleh itu, setiap ahli hendaklah bekerja dan membawa peranan yang
sama rata supaya penghasilan persembahan dapat dijalankan dengan sempurna.
PERSEMBAHAN

Gambar 1; Seorang guru sedang menerangkan kepada muridnya

tentang tajuk menjaga pergaulan

Gambar 2; Seorang adik sedang meminta izin daripada kakaknya


untuk keluar bersama kekasihnya

Gambar 3; Tiga sahabat sedang bercakap tentang perkembangan diri masing-masing

Gambar 4; Dua ustaz daripada JAIS sedang menahan pasangan kekasih


di taman pada waktu malam

KIT PERSEMBAHAN

Gambar 5; Tiara bidadari dan payung yang dihasilkan oleh Hanan Asma’
Gambar 6; Tanduk dan sayap syaitan yang dihasilkan oleh Ain Nabihah
Gambar 7; Dompet dan telefon bimbit yang dihasilkan oleh Nurulliyana Low
Gambar 8; Topi, telefon bimbit dan jam tangan yang dihasilkan oleh Mohd Ezwan

LAMPIRAN

You might also like