You are on page 1of 15

-MEK MULUNG-

AWA 1172-TEATER TRADISIONAL (MEKMULUNG)


DARI: KUMPULAN 5
TAJUK UTAMA: APA ITU MEKMULUNG.
NAMA AHLI KUMPULAN 5:-
◦ - UMAR FAROQ BIN ABU BAKAR - ◦ -MUHAMMAD HIDAYAT BIN ROHAIDID-
20211282 (Muzik) 20211123 (Muzik)
◦ - SHARIFAH NUR SABRINA BINTI SYED ◦ - MOHAMAD AZAHARI BIN SALLEH-
MOHD NURUL ALIMIN 20211302 (Muzik) 20211295 (muzik)-
◦ - MUHAMMAD AKIF NABIHAN BIN ◦ -ELYSIA DAMARIS BINTI GHADZALI -
AELY AHMAD - 20211011 (Seni Halus) 20211250 (Film)
◦ - EKHBAR EZZAIDDIN - 20211197 (Muzik) ◦ - NUR AMALISA BINTI AZMAN –
◦ - MUHAMMAD SYAH RIZWAN BIN 20211157(Muzik)
SAIFULNIZAM MUZIK 20211116 (Muzik) ◦ - MUHAMMAD AIZAD BIN HAMZAH -
◦ - RABI’ATUL ADAWIYAH BINTI AZMI- 20211233 (Teater)
20211309 (Animasi) ◦ -NUR IRFA AQIERAH M VERA - 20211141
(Tari)
ISI KANDUNGAN:-
APA ITU MEKMULUNG?:
◦ ASAL USUL MEK MULUNG
◦ PERSEMBAHAN
◦ PERSEDIAAN PERSEMBAHAN
◦ UPACARA SEMBAH GURU
◦ WATAK DALAM MEK MULUNG
◦ CERITA & BAHASA
◦ TARIAN & NYANYIAN
◦ ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN
◦ SET & PROB
APA ITU MEK MULUNG?

◦ Mek mulung merupakan satu adunan


kesenian yang telah digabung dalam satu
persembahan.
◦ Terdiri daripada unsur-unsur lakonan,
nyanyian, tarian dan muzik.
ASAL USUL MEK MULUNG:-

◦ Teater tradisional yang dipersembahkan dalam


bentuk nyanyian serta iringan muzik yang
berasal dari mukim Wang Tepus, Jitra Kedah.
◦ Mekmulung:
◦ ‘mek’ iaitu panggilan pada gadis-gadis
‘Mulung’ pula ialah nama hutan tempat
bermulanya persembahan ini.
PERSEMBAHAN:-

◦ Dipersembahkan di dalam sebuah bangsal yang terbuka,


pemain duduk dikelilingi penonton.
◦ Bangsal tidak berlantai dan tidak berdinding. Ianya terdiri
daripada tiang, bumbung dan para sahaja. Para mestilah
didirikan menghadap ke timur iaitu hala matahari naik. Di
atas para inilah diletakkan semua peralatan ‘jamu’. Di
tengah-tengah bangsal dihamparkan tikar sebagai lapik
duduk.
PERSEDIAAN PERSEMBAHAN:-
Upacara Buka Panggung.:

◦ Upacara ini bertujuan agar para pemain dan keseluruhan persembahan berjalan dengan selamat tanpa
sebarang gangguan.
◦ Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah sirih pinang, kemenyan dan minyak kelapa.
◦ Sirih dijampi dan digunakan memperasapi segala jenis alat muzik sementara minyak kelapa pula
disapukan pada gendang.
◦ Setelah diperasap alat-alat muzk tidak boleh dilangkah.
◦ Upacara ini dilakukan pada setiap kali persembahan.
UPACARA SEMBAH GURU:-
◦ Lebih besar daripada acara buka panggung dan diadakan sekali setahun.
◦ Berlangsung selama tiga malam
◦ Merupakan upacara tahunan yang mesti diadakan.
◦ Jika tidak, para ahli mekmulung akan ditimpa bencana terutamanya ketua
kumpulan.
◦ Ianya dimulakan dengan kenduri, seekor kambing akan disembelih untuk
tujuan ini.
◦ Kemudian barulah persembahan mekmulung diadakan.
◦ Kebiasaannya pada malam pertama, lakonan hanya diadakan sedikit
sahaja.Lakonan ini disambung pada malam berikutnya dan ditamatkan pada
malam ketiga.
◦ Pada malam terakhir ini lah segala ramuan untuk persembahan kepada
kuasa ghaib disajikan dan terdapat pula ahli kumpulan yang ‘melupa’.
WATAK DALAM MEK MEKMULUNG:-
◦ Raja atau Pak Mulung merupakan watak utama dalam
persembahan mekmulung dan dibantu oleh tiga orang
iaitu peran tua, peran muda, peran kiau seorang ahli
nujum yang dipanggil tok wak, seorang inang dan
beberapa orang penari.
◦ Jumlah peran adakalanya lebih daripada tiga orang.
◦ Pelakon mekmulung kesemuanya lelaki yang memakai
pakaian perempuan.
◦ Watak Awang Pengasuh juga bertindak sebagai
bomoh.
◦ Musuh-musuh kepada raja atau Pak Mulung terdiri
daripada Raja Gergasi atau raja daripada negeri lain
yang iri hati kepada Pak Mulung.
CERITA & BAHASA:-
◦ Mekmulung tidak menggunakan sebarang skrip.
◦ Cerita atau hikayat di simpan di dalam ingatan untuk dijadikan panduan
dan pedoman semasa membawakan sesuatu lakonan.
◦ Tidak ada seorang pengarah khas yang dilantik di dalam menjayakan
persembahan mekmulung, namun masing-masing ahli sudah memahami
akan tanggungjawab dan peranan masing-masing
◦ Bahasa Melayu harian loghat Kedah serta diselang seli dengan loghat
Melayu Patani .
◦ Dialog dituturkan secara spontan dan biasanya watak peran akan
menjadikan perkara -perkara yang berlaku pada setiap hari sebagai bahan
untuk mencuit hati penonton .
BENTUK CERITA:-
◦ Kebanyakan cerita yang terdapat dalam persembahan mekmulung adalah cerita-
cerita yang meraka anggap benar dan pernah terjadi pada zaman dahulu.
◦ Unsur jenaka mendapat tempat dalam lakonan mekmulung dan biasanya dibawa
oleh watak peran.
◦ Para pelakon mengambil peristiwa seharian sebagai bahan jenaka.
◦ Keaslian jalan cerita tetap tidak dipesongkan.
◦ Dicantara cerita-cerita yang selalu dipersembahkan :
1. Lakon Afrit 2. Batak Putih 3. Cahaya Bulan 4. Malim Bongsu 5. Dewa Muda
TARIAN & NYANYIAN:-
◦ Tarian yang ditarikan wujud dalam pelbagai bentuk ; ianya dibezakan oleh gerak jari dan tangan bagi satu-satu
bentuk.
◦ Setiap gerak tari diiringi muzik.
◦ Penari juga digunakan sebagai ‘korus’ terutama apabila berlakunya pertukaran adegan dalam cerita.
◦ Biasanya lima hingga tujuh jenis tarian akan dipersembahkan. Tarian-tarian tersebut adalah : 1. Tarian
Sembah 2. Tarian Gambang 3. Tarian Puteri Mabuk 4. Tarian Menora 5. Tarian Sirama 6. Tarian Puteri
Masuk Bilik Air 7. Tarian Sedayung
◦ Di antara lagu-lagu yang biasa didendang ialah 1. Timang Welo 2. Lagu Berjalan 3. Anak Udang 4. Raja
Beradu
◦ Terdapat juga beberapa buah lagu popular rakyat seperti ‘dondang sayang’ yang didendangkan di mana ia
merupakan satu unsur baru yang dibawa masuk sebagai satu langkah untuk menarik perhatian penonton.
ALAT MUZIK:-
◦ Alat-alat muzik yang digunakan dalam persembahan
mekmulung terdiri daripada :
1. Semborong – satu
2. Ibu Semborong – dua
3. Anak Semborong – satu
4. Gong – satu
5. Serunai – satu
6. Cerik – dua hingga tiga pasang
◦ Pada masa dahulu terdapat juga canang dan kesi dalam
senarai alat muzik mekmulung.
SET & PROP:-
◦ Tidak menggunakan apa-apa set.
◦ Segala setting hanya dibina oleh para pelakon menurut
imaginasi masingmasing.
◦ Sementara prop yang digunakan adalah topeng untuk
watak peran, golok (diperbuat daripada kayu), seikat
rotan yang digelar ‘rotan ke tujuh’ dan sebatang kayu
yang disebut tongkat wak.
ITU SAHAJA DARI KAMI, TERIMA
KASIH MISS & SIR 

You might also like