You are on page 1of 15

Definisi Seni Tari

Seni tari ialah gerak indah dan berirama. Seni tari mengandungi dua unsur penting iaitu gerakan dan irama. Gerak merupakan unsur utama dan juga bentuk spontan dari kehendak di dalam jiwa Gerak tari biasanya berdasarkan pengalaman hidup setiap hari

Jenis Tarian
Terdapat dua jenis tarian iaitu
1) tarian yang bercorak lemah lembut. Contoh: tarian mak inang, siti payung 2) tarian rancak yang dipengaruhi oleh tarian Portugis. Contoh: tarian Ronggeng, Serampang Laut dan Singapura Dua

Tarian tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya. Tarian tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi labi , tarian berdayung dan sebagainya.

Tarian Asli
Tarian dicipta berdasarkan irama lagu-lagu melayu asli yang tertentu. Contohnya datipada lagu Makan Sirih, Gunung Banang, Sapu Tangan, Ali Selendang, Bentan, Telani, Asli Abadi Pergerakan perlahan, berterusan dan lemah lembut.

Tarian Asyik
Sejenis tarian klasik daerah-daerah di Kelantan Biasanya ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Patani. Asyik bermaksud kekasih. Maka gerak-gerinya bersifat lemah lembut dan penuh ketertiban. Tarian ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinaiq 3 alat muzik yang penting ialah rebab, gambang dan gedombak

Tarian Ayam Didik


Berasal daripada gerakan berlaga ayam Dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis Tarian diiringi dengan nyanyian lagu ayam didik Alat muzik yang digunakan ialah biola, gendang dan caklempong

Tarian Balai
Berasal dari daerahdaerah di negeri Terengganu. Ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik. Contoh: melakukan pekerjaan sawah

Canggung
Berasal dari negeri Perlis dan popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Sering dipersembahkan semasa festival dan di upacara perkahwinan. Alat muzik yang digunakan ialah gong, biola, rebana dan gendang ibu.

Tarian Cinta Sayang


Bermula di Kedah Popular dalam kalangan para nelayan yang tinggal di kawasan pantai. Dipersembahkan oleh golongan lelaki dan perempuan dengan pergerakkan yang melambangkan ucapan selamat pergi dan pulang ketika pergi menangkap ikan di laut.

Tarian Joget
Merupakan tarian kacukan Portugis Sering dipersembahakan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlismajlis keramaian. Dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan pergerakkan kakii dan tangan yang lincah. Lagu joget selalunya laju.

Tarian Kuda Kepang


Berasal dari negeri Johor Megisahkan 9 orang lelaki berketurunan Jawa yang mengembangkan ajaran Islam di Jawa dengan menaiki kuda. Dipersembahkan oleh 9 penari yang mengepit replika kuda 2 dimensi. (diperbuat dari anyaman rotan) Alat muzik yang digunakan ilaha gong, tamborin dan angklung

Tarian Mak Inang


Dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Lagu dan tarian ini mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana. Ditarikan pada hari-hari kerja kahwin dan majlis-majlis sosial serta upacara kesenian. Alat muzik yang digunakan ialah biola, rebana dan gong

Tarian Zapin
Berasal dari Arab-Parsi Pergerakan pantas dan cergas Tarian ditarikan berbeza-beza mengikut negeri Alat muzik yang digunakan ialah gambus, rebana, dan marwas

Boria
Sejenis teateryang amat popular di negeri utara Malaysia. Mempunyai 2 segmen iaitu sketsa dan nyanyian Sketsa berbentuk lawak jenaka Tukang karang akan memulakan nyanyian dan diikuti oleh kelasi Alat muzik yang digunakan ualah biola, marwas, gendang, akirdian dan harmonika

You might also like