Biografi Kala Dewata

You might also like

You are on page 1of 1

Mustapha Kamil Yassin lahir pada 1 Julai 1925 di Kajang, Selangor Darul Ehsan.

 Beliau
belajar di sekolah rendah aliran Melayu dan menerima pendidikanmenengah di aliran
Inggeris. Belaiu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,Singapura sehingga meraih
ijazah Sarjana Muda Sastera. Kemudian beliaumengikuti kursus Ilmu Pengurusan dan
Pendidikan selama setahun di Universiti Malaya. Selepas itu beliau bekerja sebagai
guru. Sekolah pertama beliau ialahMaktab Tentera Persekutuan, kemudian ditukarkan
ke Sekolah King George V diSeremban dan ke Sekolah Inggeris Sungai Udang, Rembau, Negeri
Sembilan. Kala Dewata telah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Universiti Indiana di
Amerika Syarikat dan berjaya memperolehi ijazah Sarjananya pada tahun 1967 dengan tesis
berjudul “An Introduction to Children’s Theatre InMalaysia”. Setelah pulang ke tanahair, beliau
menjawat tugas sebagaipensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam bidang
dramadan penulisan kreatif. Beliau adalah pelopor yang memperkenalkan pengajian drama di
universiti tersebut. Beliau telah ke Amerika Syarikat untuk meneruskanpengajian di peringkat
doktor falsafah di universiti yang sama iaitu Universiti Indiana dan berjaya memperolehinya
pada sesi 1974/75 dengan tesis bertajuk  “Transitional Threatre of the Malay World”. 

You might also like