You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013

HIDAYAH SK. KEPALA BATAS

1.0 PENGENALAN
Projek penambahbaikan dan keceriaan kelas Hidayah SK. Kepala Batas adalah
cetusan idea daripada para guru pelatih dari opsyen pemulihan sekolah ini. Projek ini
merupakan projek mini yang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan bagi kelas
pemulihan dari segi susun atur perabot, pembinaan sudut-sudut seperti sudut
kinestetik, pengamatan, Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya. Projek ini juga
merupakan salah satu usaha sekolah bagi mewujudkan bilik pemulihan yang menepati
ciri-ciri seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan
Khas oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 MATLAMAT
i. Mewujudkan kelas pemulihan yang menepati ciri-ciri yang terdapat dalam Garis
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas oleh Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
iii. Mewujudkan keceriaan dalam kelas pemulihan.

3.0 OBJEKTIF
i. Membina sudut-sudut utama seperti sudut kinestetik, sudut pengamatan, sudut
bahasa, sudut multimedia, sudut pengurusan diri serta ruang untuk menjalankan
aktiviti P&P.
ii. Mewujudkan bilik darjah yang bersih, kemas serta ceria dengan bahan
pembelajaran yang menarik.
iii. Mewujudkan ruang pengurusan bagi memudahkan guru pemulihan
menguruskan sistem fail.

1
KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013
HIDAYAH SK. KEPALA BATAS

4.0 BUTIRAN PROJEK


Tarikh : 20 Januari 2013 hingga 25 Julai 2013
Masa : Sepanjang waktu persekolahan
Tempat : Kelas Hidayah SK. Kepala Batas

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung
Puan Hajah Mahani binti Mustafa
(Guru Besar SK. Kepala Batas)

Naib Penaung
Puan Normi binti Mustafa
(Penolong Kanan Pentadbiran)

Penasihat
Puan Zarina binti Abdul Razak
(Guru Pemulihan SK. Kepala Batas)

Pengerusi
Cik Nurfarhanah binti Ahmad Tarmizi
(Guru Praktikum IPG Kampus Darulaman)

Setiausaha
Cik Siti Nor Adibas binti Ab. Rahman
(Guru Praktikum IPG Kampus Darulaman)

2
KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013
HIDAYAH SK. KEPALA BATAS

6.0 CARTA GANTT PENGURUSAN PERANCANGAN STRATEGIK

Bulan
Bil Aktiviti (Tahun 2013)
JAN FEB MAC APRIL JUN JULAI

1. Perancangan

2. Pembersihan
3. Menyusun atur
perabot
4. Pembinaan sudut-
sudut
5. Pembinaan bahan
pembelajaran
6. Menghias bilik
pemulihan.

7.0
ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Harga Kuantiti Kos


Keychain RM 0.05 200 RM 10.00
Double Sided Tape RM 1.20 10 RM 12.00
Pembalut Meja RM 1.00 8 RM 8.00
Pembalut Plastik RM 4.00 4 meter RM 16.00
Jumlah RM 46.00

8.0 PENUTUP
Sebagai penutup, projek ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah dirancang.
Guru pelatih juga dapat membina keyakinan diri serta dapat menggunakan pengalaman
sepanjang menyertai program ini semasa berada di sekolah kelak. Apa yang penting,
para pelatih dapat lebih mendisiplinkan diri serta menjadi lebih bermotivasi dalam
meneruskan pengajian untuk menjadi seorang guru.

3
KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013
HIDAYAH SK. KEPALA BATAS

Disediakan Oleh,

------------------------------------------------
( CIK SITI NOR ADIBAS BINTI AB. RAHMAN )
Setiausaha Projek Keceriaan Kelas Hidayah,
SK. Kepala Batas,
06200 Kepala Batas,
Kedah Darul Aman.
9.0 LAMPIRAN KELULUSAN

BAHAGIAN A : GURU KELAS HIDAYAH

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

Disokong / Tidak Disokong

ULASAN:
………………………………………………………………………………………....................

4
KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013
HIDAYAH SK. KEPALA BATAS

Tarikh : ............................................
Tandatangan & Cop

BAHAGIAN B : GURU BESAR

ULASAN: .
…………………………………………………………………………………………….............

Diluluskan / Tidak Diluluskan

Tarikh : ……………………………………
Tandatangan & Cop

You might also like