Professional Documents
Culture Documents
Permainan Hoki
Permainan Hoki
============================================
==========
10 PENGENALAN 2
20 PERALATAN SUKAN 3
30 CARA BERMAIN 8
40 PENGADILAN 9
50 KEMAHIRAN ASAS 10
10 PENGENALAN
HOKI
3
permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di
Tokyo.
Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di
bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama
Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai
Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah
Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.
Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa
antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia
Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara
terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik
sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.
20 PERALATAN SUKAN
i. Padang hoki
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter
panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan
garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan
di
atas garisan belakang.
HOKI
1
HOKI
2
iii. Jaring
Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia
mempunyai “mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
v. Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya
permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di
antara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.
HOKI
2
HOKI
2
HOKI
2
10 CARA BERMAIN
Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting
buka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya
mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan ini
dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk
seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan
menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.
Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35
minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit.
Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol
yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan
semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga
Peraturan Hoki (HRB).
HOKI
2
20 PENGADILAN
Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang
penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan
yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan
dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam
permainan hoki:
HOKI
3
30 KEMAHIRAN ASAS
i. Menggelecek
HOKI
1
• Menggelecek longgar
Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan
bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak
lawan dan memiliki bola sambil bergerak.
• Menggelecek rapat
Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan
rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi
bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.
HOKI
1
• Menggelecek “lndian”
Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke
kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat
melepaskan diri daripada pihak lawan.
HOKI
3
i. Memukul
Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki.
Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar
dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran
memukul:
• Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan
longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu
bentuk “V” dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-
dua tangan adalah selari dengan kayu hoki.
• Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah
pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki
bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa
hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa
hayunan ke bawah.
• Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu
kayu hoki.
i. Menolak
Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak
lawan terutamanya untuk “clearance” dan jaringan gol. Kelebihan
kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar
HOKI
2
menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam
kemahiran menolak:
• Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah
dan memegang tengah kayu dengan kuat.
• Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka
seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan
kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki
belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa
menolak bola.
• Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di
belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah
mana bola bergerak.
i. Menguis
Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk
melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar
hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara
dalam kemahiran menguis:
• Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah
dan memegang tengah kayu dengan kuat.
• Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh
bola dan menghadap ke atas sedikit.
• Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan
ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.
HOKI
2
i. Menahan/menyerkap
Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam
permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran
menahan:
• Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan
menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke
hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan
longgarkan sedikit pergelangan tangan.
• Mata- memandang pada arah bola
• Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan
badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.
i. Merebut (tackle)
Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan
dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:
• Tackle jab
Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang
rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan
dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola
supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia
mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain
berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.
HOKI
3
• Tackle forehand
Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan
dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan
pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di
hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.
HOKI
3
i. Sudut penalti
Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana
kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti.
Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti
adalah:
• Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan
bola mesti biberhentikan di luar kawasan D.
HOKI
1
HOKI