You are on page 1of 22

SGDU4143 :

Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Bab 9 : Isu Strategik

9.1. Penanda aras kualiti

Bagi memastikan kemantapan pengurusan strategik, gagasan perlu dirumuskan dalam

menangani perubahan yang kian canggih, dan di luar kawalan. Gagasan yang perlu

dijadikan penanda aras ialah melalui perancangan strategik diharapkan dapat dinilai

melalui sama ada ianya dapat:

i. Melahirkan generasi baru yang mempunyai kualiti intelektual, rohani dan jasmani;

kualiti penting kerana ia merupakan unsur yang boleh menjadi pencetus dan

penggerak kepada perubahan.

ii. Melahirkan generasi yang mempunyai kepemimpinan, akhlak, kemahiran, sikap

positif dan cinta ilmu.

iii. Melahirkan generasi yang mempunyai kepakaran canggih dalam pengurusan

strategik

iv. Melahirkan generasi yang kompeten, yakin,kreatif, kritikal dan konstruktif.

v. Melahirkan generasi gigih dan tidak mudah menyerah kalah dalam perjuangan dan

mempunyai cita-cita tinggi.

vi. Mewujudkan generasi yang mempunyai pemikiran dan tindakan strategik dan

cemerlang dalam membuat keputusan.

vii. Melahirkan generasi yang berminat meneroka bidang ilmu pengetahuan baru

dengan menjalankan penyelidikan.

viii. Melahirkan generasi yang mempunyai misi dan wawasan.

9.2 Kualiti dan Pengurusan Perubahan

Kualiti kepemimpinan yang cemerlang merupakan elemen yang penting bagi pengurus di

abad ke-21 kerana tunggak utama penilaian terhadap keberkesanan pengurus adalah
MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
95
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

kualiti kepemimpinan yang ditunjukkan. Terdapat enam kualiti kepemimpinan yang boleh

dijadikan panduan bagi meningkatkan prestasi seseorang pengurus dalam memastikan

kejayaan organisasi di bawah pengurusan mereka.

1. Kerjasama sebagai satu pasukan

2. Keberkesanan berkomunikasi

3. Tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa

4. Memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi

5. Disiplin yang tinggi

6. Pengetahuan yang mendalam.

9.2.1 Jenis-Jenis Perubahan

Mengikut Dessler, terdapat 4 jenis perubahan:

a. Perubahan ke arah Peningkatan

Perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam

sesebuah organisasi iaitu mengadakan program pembangunan pekerja untuk

meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. contohnya mengadakan kursus

yang mengambil masa yang lama untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan

produktif. Selain itu, berlakunya perubahan dan struktur organisasi dan juga

memperkenalkan teknologi baru seperti memperkenalkan teknologi multimedia

atau penggunaan komputer kepada pekerja supaya mereka tidak terasa terasing

dengan teknologi yang canggih pada masa sekarang dan dapat mempelajari

sesuatu yang baru.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


96
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

b. Perubahan Strategik Organisasi

Perubahan yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti menjelaskan semula

peranan sesebuah organisasi iaitu peranan organisasi itu perlu diketahui oleh

masyarakat supaya mereka dapat menilai kebaikan atau kelemahan yang

terdapat pada organisasi tersebut. Selain itu, ia melibatkan perubahan nilai-nilai

yang terdapat dalam organisasi. Contoh teras organisasi itu adalah rajin,

kerjasama, komitmen, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan

sebagainya.

c. Perubahan Reaktif

Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak

yang berkepentingan.

d. Perubahan Akibat dari Jangkaan

Perubahan yang dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi

kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan (orang yang

menguruskan) yang perlu diadakan perubahan bagi membolehkan organisasi

mendapat kebaikan yang sewajarnya.

9.2.2 Model-Model Perubahan

a. Model Koger

 Iaitu proses bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal

pasti.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


97
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

 Masalah atau keperluan ini berdasarkan pennyelidikan keadaan

semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang.

 Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari

penyelidikan. Mungkin terhasil dari amalan praktikal.

b. Model Kanter

Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses

inovasi dibahagikan kepada :

1) Penjanaan Idea

2) Membina Idea

3) Realisasi Idea

4) Pemindahan Idea

c. Model Rand

Tujuan utama ialah untuk mentukan faktor yang menyebabkan atau

menghalang perubahan pendidikan.

Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis menurut Berman dan

MCLaughlin, proses perubahna di sekolah melibatkan 3 langkah :

1. Daya Usaha

2. Implenmentasi

3. Penggabungan iaitu perlu digabungkan dengan amalan-

amalan sedia ada.

d. Model Acot

 Berdasarkan Projek apple Classroom of Tomorrow (ACOT),

kajin pengenalan komputer di dalam bilik darjah.

 Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


98
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara

beransur-ansur.

 Model ini mempunyai 5 perubahan :

1) Kemasukan

2) Memilih

3) Menyesuaikan

4) Penggunaan

5) Mereka Cipta

Dari segi bahasa dan konteks dalam bidang sains sosial, dasar sama

ertinya dengan asas, iaitu sesuatu ketetapan yang menjadi pegangan dan

tunggak tindakan dan urusan. Perkataan Inggeris yang seerti dengan

dasar ialah policy. Dari segi etimologinya, policy berasal dari perkataan

Greek iaitu ‘polis’ yang bermakna city-state. Dalam bahasa Latin

kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada Negara. Seterusnya

perkataan policie digunakan dalam Middle English untuk merujuk

pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan. Dasar digubal

oleh golongan pemimpin, pemerintah atau pentadbir di dalam sesuatu

institusi organisasi dan kerajaan. Dasar kerajaan dalam pelbagai bidang

seperti social, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dinyatakan

secara formal dalam dokumen urusan pentadbiran bidang-bidang

berkenaan.

9.2.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

i. Teras 1 : Membina Negara Bangsa

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


99
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan.

KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan

dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan

menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara

Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,

meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid

Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan

sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di

kalangan pelajar.

Dasar KPM adalah menyokong hasrat negara untuk membina sebuah negara

bangsa Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti

nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia

bersesuaian dengan keperluan negara.

Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha seperti

memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa

ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan

terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang

jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan

kehidupan.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang

kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral,

hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal,

bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.

Selain itu matlamatnya adalah untuk menyemai nilai-nilai ini sejak

dibangku sekolah lagi.


MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
100
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

ii. Teras 2 : Membangunkan Modal Insan

Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada

system nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini

juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan

Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan

menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin

pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan

keselamatan.

Dasar teras ini adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai

pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni serta memupuk

semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi,

menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di

kalangan pelajar.

Matlamat dasar ini pula adalah untuk melahirkan modal insan yang

berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan

berkesan; berkebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) dengan baik; berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal

serta mampu bertindak secara rasional; sentiasa mengamalkan pembelajaran

sepanjang hayat; sentiasa menghormati kelainan orang lain dan perbezaan

individu serta berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan di dalam

keluarga dan masyarakat.

KPM akan membangunkan modal insane dengan memberi fokus dan

strategi pelaksanaan seperti mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan

kepada ibu bapa dan pelajar iaitu meneruskan kewujudan pelbagai jenis

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


101
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan, meningkatkan

peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah

Bantuan Kerajaan, meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh

Negara serta memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di

sekolah-sekolah. Seterusnya meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu

pengetahuan iaitu mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih

menekankan kemahiran berfikir aras tinggi, Memupuk budaya cintakan ilmu

pengetahuan dan melaksanakan Program Pembestarian Sekolah seperti

menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi, menyediakan

perisian yang lengkap dan pelbagai, mengadakan latihan dan bimbingan

serta mewujudkan system penyelenggaraan berterusan.

Strategi seterusnya memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrampilan

seperti membina penampilan diri yang positif, memupuk pelajar supaya

menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab serta

menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kebersihan dan

kesihatan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti ko-kurikulum.

Seterusnya, memantapkan system pentaksiran dan penilaian supaya lebih

holistic iaitu menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem

pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu

berorientasikan peperiksaan. Selain itu strategi berikutnya adalah

memantapkan program kokurikulum dan sukan seperti menambah baik

aktiviti sukan dan kokurikulum, memperkasakan sukan di sekolah ke arah

untuk semua, memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan

sukan serta kejurulatihan.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


102
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Seterusnya, memperkukuh disiplin pelajar iaitu penggubalan peraturan

disiplin baru, menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin

Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid dan

memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin. Berikut,

memantapkan kurikulum iaitu meneruskan pelaksanaan mata pelajaran

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan serta penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi

bagi pembestarian sekolah. Seterusnya meningkatkan kerjasama KPM

dengan pelbagai agensi iaitu pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi.

iii. Teras 3 : Memperkasa Sekolah Kebangsaan

KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan ( rendah dan menengah)

supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat.

Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas

pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih

serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang

mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut

keperluan.

Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah

rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah

kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat

dasar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di

kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini dapat dilatih

hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta

toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional.


MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
103
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah

adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional,

meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan

kualiti prasarana. Sasaran jangka panjang KPM adalah untuk menjadikan

SK pusat kecemerlangan pendidikan daripada semua segi seperti prasarana,

disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan,

penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Satu penanda aras

akan ditetapkan bagi memastikan agenda memperkasakan SK akan terus

berada pada landasan yang betul dan usa akan dilaksanakan bagi

mengenalpasti SK yang cemerlang untuk dijadikan model kepada SK lain.

iv. Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan

Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah,

kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah

untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan

fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran.

Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan

khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua

sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minima. KPM juga akan

memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas kumpulan

minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih

mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk

memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan

yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah
MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
104
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti

dan kualiti dapat ditingkatkan seperti jurang bandar dan luar bandar yang

merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur

dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah

Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang digital pula merupakan

perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan

penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Jurang antara

tahap pencapaian pelajar pula merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,

kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk

cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan pelajar

berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai

kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan

khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Jurang

sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan,

disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam

bandar.

v. Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan

Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan

profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang

dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM

menaik taraf maktab perguruan kepada institute pendidikan guru untuk

meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah, dan juga akan menambah

baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan

guru.

Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


105
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat

KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan

dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan

generasi masa hadapan Negara. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut,

fokus memartabatkan profesion keguruan adalah menambah baik sistem

pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan

kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta

memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan

kepada focus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem

pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan

calon. Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan

kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda

pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat

dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru seperti

memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru,

memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam

aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care dan lain-

lain.

Seterusnya, memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik penjawatan

guru dan menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di

KPM, JPN dan PPD. Berikutnya menambah baik persekitaran kerja dan

kebajikan guru seperti menyediakan persekitaran kerja yang kondusif

dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di

kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar, mewujudkan tambahan

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


106
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkanbeban tugas dan

tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran, menempatkan guru

mengikut opsyen dan keperluan serta memantapkan perancangan dan

pengurusan sumber manusia iaitu penyediaan mekanisme bekalan guru

dengan mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru,

memantapkan mekanisme unjuran guru, menambahbaik sistem maklumat

guru dan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

vi. Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan

memberi kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum

dan sukan bidang-bidang khusus ( niche areas ). Sekolah-sekolah terpilih

dalam kluster ini dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar

Negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti

International Baccalaureate menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang

dikenal pasti daripada kluster ini dijadikan penanda aras dan showcase pada

peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem

pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sisitem

pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan,

piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan cirri

dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada.

Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang

dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama.

Institusi-institusi ini juga diharapkan dapat dijadikan showcase pada


MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
107
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

peringkat antarabangsa sebagai bukti keupayaan system pendidikan Negara

seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat

Kecemerlangan Pendidikan.

Sebagai institusi yang telah bersedia dari segi keupayaan pelajar pelajar,

guru dan pengetua, institusi yang cemerlang ini juga diharapkan dapat

menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru yang hendak

dilaksanakan dalam system pendidikan. Pelajar yang lahir dari institusi yang

cemerlang ini diharapkan mempunyai kecemerlangan akademik dan

kokurikulum, berkemahiran, berkeperibadian tinggi, mempunyai semangat

kerja berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global

dan berdaya saing.

Pengetua, guru besar dan guru dari institusi yang cemerlang ini pula

diharapkan dapat menjadi contoh dan boleh berkongsi pengalaman dengan

pengetua, guru besar dan guru-guru dari institusi lain. Di samping itu,

institusi-institusi ini juga diharap dapat mengharumkan nama negara pada

peringkat antarabangsa.

Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam

kluster instituís pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut

elemen utama eleven sokongan. Elemen utama adalah kurikulum

berdasarkan pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-

kurangnya tiga tahun berturut-turut, gred purata sekolah, bilangan pelajar

mendapat A serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam matapelajaran

tertentu dan kokurikulum berdasarkan pencapaian kokurikulum pada

peringkat daerah, kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


108
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Elemen sokongan pula seperti pengurusan dan pentadbiran sekolah

berdasarkan kecekapan dalam menguruskan sekolah, pelajar, sumber tenaga

manusia, kemudahan asas, penambahbaikkan berterusan seta mempunyai

perancangan yang komprehensif dan sistematik. Ketrampilan guru

berdasarkan guru-guru siswazah dan bukan siswazah, guru yang menerima

anugerah, guru khas dan guru pakar. Kepimpinan pengetua berdasarkan

gaya kepimpinan yang cemerlang, keupayaan menggerakkan seluruh warga

sekolah dan cara berkomunikasi yang berkesan dan lain-lain lagi. Sekolah-

sekolah yang terpilih ini akan mencadangkan satu bidang khusus yang ingin

dibangunkan atau pendekatan yang ingin diperkenalkan untuk melonjakkan

kekuatan yang ada pada sekolah tersebut.

Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-

perkara seperti memastikan kepimpinan teguh dan berkesan iaitu

pengenalpastian dan pemilihan pengetua, guru besar dan guru penolong

kanan akan dibuat secara lebih awal. Pemantapan latihan kepimpinan guru

besar dan pengetua oleh IAB. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan

dan berkemahiran tinggi iaitu pemilihan guru dan jurulatih melalui iklan,

permohonan dan temuduga. Memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam

meningkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah seperti

pemilihan tenaga pengajar berdasarkan permohonan atau pengenalpastian

oleh pihak sekolah, perlantikan staff sokongan tanpa mengikut norma

perjawatan biasa, pewujudan kelas khas bersesuaian dengan bidang khusus

yang dipilih dan sebagainya.

Seterusnya mewujudkan sistem akauntabiliti iaitu menyediakan pelbagai

prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program KPM dan pihak sekolah


MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
109
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

bersama-sama menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pihak sekolah serta

memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara

terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian audit. Sekolah dan Bahagian

Sekolah.

Berikutnya, mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikann

contoh kepada negara membangun dan maju iaitu menyediakan pengurusan

perubahan seperti meningkatkan kecemerlangan sekolah dan instituís

pendidikan melalui pengurusan perubahan. Mengenalpasti amalan terbaik

seperti menyediakan dan melaksanakan Standard dan penanda aras baru,

menjalankan anlisis jurang, menjalankan kajian impak dan keberkesanan

dan sebagainya.

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan iaitu meningkatkan

jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara,

mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara

berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar. Meminda

dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara

dalam bidang pendidikan di rantau asia. Melibatkan pelajar, guru dan

sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa,

Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti

UNESCO, OECD dan IEA.

Merintis perubahan dan pembaharuan seperti melaksanakan pentaksiran

berasaskan sekolah, mengadakan p &p berasaskan Model Hasil

Pembelajaran, mengurangkan tempoh pendidikan menengah dan

menjadikan sistem persekolah wajib 12 tahun dan memperkenalkan program

alternatif untuk kemasukan ke IPT


MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
110
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

9.2.4 Sekolah Berprestasi Tinggi

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri

dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan' Sekolah ini mempunyai

tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional

yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada

antarabangsa.

i. Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :

1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take

Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR

dan SPM);

2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen

yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;

3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:

4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities)

yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;

5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan

luar negara;

6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang

memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di

sekolah;

7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam

negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan

8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar

negara.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


111
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

ii. Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

a. Pemimpin Sekolah

1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan

sekolah.

2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan

Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan

sekolah, guru dan murid.

3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.

4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.

5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.

6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

b. Guru Sekolah

1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan

Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan

murid.

3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.

4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.

5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.

6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


112
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

c. Murid Sekolah

1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.

2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.

3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah

4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.

5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.

iii. Kategori Sekolah

1. Sekolah Kerajaan

2. Sekolah Bantuan Kerajaan

iv. Jangka Masa Pelaksanaan

2010= 20 buah sekolah

2011= 30 buah sekolah

2012= 50 buah sekolah

Ciri – ciri Utama SBT

 Kepemirnpinan

 Pengurusan

 Pencapaian

 Kejayaan

 Perhubungan

 Identiti Kendiri

 Pembelajaran Terarah Kendiri


MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…
113
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

 Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi

 Kesaksamaan

 Timbal- Balas

 Penurunan Kuasa

v. Pelan Strategik SBT

Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi

Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah

Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti

Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan

Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan

Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

vi. lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi

Pemimpin

1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.

2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.

3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.

4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.

5. Berpeluang memilih guru yang efektif.

6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.

Guru

1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.

2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


114
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

3. Ganjaran dalam bentuk bonus.

Murid

1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam

kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena

antarabangsa.

2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia

3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat

ijazah di institusi pengajian tinggi.

4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa

berdasarkan umur.

5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak

berdasarkan umur.

6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.

7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang

yang mereka ceburi.

8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan

data empirikal.

9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.

10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

9.2.5 Perancangan Strategik dan Penambahbaikan Berterusan (Kaizen)

Perancangan strategik dan penambahbaikan berterusan merupakan dua istilah yang

mempunyai hubungan yang sangat rapat, Sesebuah organisasi yang inginkan kemajuan

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


115
SGDU4143 :
Bab 9. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

perlu melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Penambahbaikan ini boleh

dilakukan bagi mana-mana organisasi tidak kira tahap manapun organisasi itu berada.

Bagi organisasi yang masih baru dan sedang berkembang, penambahbaikan perlu

dilakukan sepanjang masa. Bagi yang sudah tersohor pun juga perlu juga melakukan

penambahbaikkan kerana tidak ada sesuatu apa pun yang finit ataupun kekal. Segala-

galanya berkembang pesat dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.

Perancangan strategik menyediakan landasan yang tepat bagi mana-mana organisasi

yang ingin melakukan penambahbaikan. Kaedah imbasan yang dilakukan dalam

perancangan strategik menyediakan maklumat yang tepat dan sesuai untuk dibuat

penambahbaikan. Proses penambahbaikan dapat dilakukan dengan kaedah

‘penandaarasan’ iaitu dengan mencontohi organisasi lain yang jauh lebih baik daripada

diri sendiri.

MCL Consultant Sdn. Bhd. .. … ms…


116

You might also like