You are on page 1of 1

Unit 7 Masyarakat Penyayang Tonggak Aspirasi Negara.

1. Dalam memupuk masyarakat penyayang ini, peranan pelbagai pihak diperlukan iaitu
daripada keluarga, masyarakat, kerajaan dan NGO dan syarikat swasta.

2. Kepentingan memperkukuhkan masyarakat penyayang


(a) Mengekalkan nilai-nilai ketimuran
(b) Mewujudkan suasana aman dan damai
(c) Mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat
(d) Meringankan beban golongan kurang bernasib baik
(e) Perkukuhkan perpaduan

3. Cara Menyantuni Masyarakat


(a) Masyarakat berkeperluan termasuklah golongan miskin, bekas penagih dadah bekas
banduan, dan pesakit AIDS bukan sahaja perlu dibantu malah perlu diterima sebagai
sebahagian anggota masyarakat.

(b) Tindakan menyisihkan dan menghina golongan tersebut bakat menimbulkan pelbagai
implikasi terhadap maruah serta keharmonian negara.

(i) Menyediakan rawatan secara percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan
(ii) Menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada bekas banduan dan penagih
dadah
(iii) Menyediakan pusat perlindungan kepada golongan gelandangan
(iv) Mengasaskan tabung atau dana bagi membiayai penyelidikan bagi mencari
vaksin penyakit berbahaya
4. Agensi-agensi yang terlibat membantu masyarakat berkeperluan ialah Yayasan Salam
Malaysia, MAKNA, PEMADAM dan Majlis Aids Malaysia.

You might also like