You are on page 1of 26

RODA WARNA

PENGENALAN WARNA
1. Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu
permukaan. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh
dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh
manusia.
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan
penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit
situasi tertentu.
3. Roda warna adalah gambaran visual warna
ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu
sama lain.
WARNA ASAS
• Warna asas ialah :
merah, biru dan kuning
• Warna asas atau warna primer
• Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada
campuran warna lain.
• Tujuan : poster, logo, lencana
WARNA SEKUNDER

• warna sekunder (warna kedua) ialah:


• jingga, ungu dan hijau

• Dicipta daripada campuran dua warna asas.


WARNA ASAS + WARNA ASAS =
WARNA SEKUNDER
• Campuran menghasilkan warna sekunder
a. merah + kuning = JINGGA
b. merah + biru = UNGU
c. kuning + biru = HIJAU
WARNA TERTIER
• Terhasil daripada campuran warna asas dan warna
sekunder
• Campuran warna tertier
WARNA ASAS + WARNA SEKUNDER = WARNA TERTIER
• Contoh campuran:
a. biru + ungu = biru ungu
b. biru + hijau = biru hijau
c. kuning + jingga =kuning jingga
d. kuning + hijau =kuning hijau
e. merah + jingga =merah jingga
f. merah + ungu = merah ungu
WARNA
NEUTRAL

• Warna yang tidak tergolong dalam kategori warna


asas, sekunder, dan tertier.
• Terdiri daripada warna putih dan hitam atau
campuran kedua-dua warna.
• Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu
yang tonnya terletak diantara putih dan hitam.
Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma
campuran dua warna penggenap dengan nisbah
tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah
hilang nilai kedua-dua warna asalnya
NILAI WARNA
NILAI WARNA : TON WARNA

• Nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu


warna.
• Ton warna diperolehi melalui campuran sesuatu warna
dengan warna putih atau hitam.
• Warna yang di campur dengan warna hitam akan jadi
ton gelap manakala warna yang di campur dengan
warna putih akan lebih cerah.
NILAI WARNA : KROMA
• Ialah nilai ukuran warna
• Terhasil dengan campuran warna penggenap dalam
nisbah yang tertentu.

Merah

jingga

kuning
GUBAHAN WARNA :
WARNA SEWARNA
• Menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau
dikenali sebagai warna monokrom
• Campuran warna putih kelihatan cerah dan warna
hitam menghasilkan warna gelap.
GUBAHAN WARNA :
WARNA HARMONI
• Warna harmoni ialah kumpulan warna
yang terletak sebelah-menyebelah dalam
roda warna.
• Mempunyai hubungan warna, ton, suhu
warna yang sama.
• Warna harmoni dikenali sebagai warna
sekeluaga.
GUBAHAN WARNA :
WARNA PENGGENAP
• Merujuk kepada gubahan warna
yang menggunakan kombinasi
warna yang saling bertentangan
dalam roda warna.
• Warna penggenap juga di kenali
sebagai warna “complementary”
• Contoh warna penggenap ialah:
• Merah –hijau
• Kuning-unggu
• Biru- jingga
SUHU WARNA
• Ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan
pancaran cahaya panas atau kesan pancaran
cahaya sejuk
SUHU WARNA :
WARNA PANAS

• Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan


cahaya yang tinggi.
• Warna ini memberikan kesan yang terang dan garang
seperti api serta merangsang pandangan.
• Contoh : merah, kuning, jingga dan hijau kuning
WARNA PANAS DAN
SEJUK
SUHU WARNA : WARNA
SEJUK
• Warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya
yang rendah.
• Warna sejuk memberikan kesan redup, tenang dan
damai serta menyejukkan mata memandang.
• Contoh : biru, ungu, hijau, dan biru hijau

You might also like