You are on page 1of 18

Nota Warna

Roda Warna
Pengenalan
• warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa
cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna dan
cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat.
Kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna.

warna terbahagi kepada 3 bahagian


a. warna Asas
b. warna Sekunder
c. warna Tertier
Warna Asas
* Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
* Juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna lain.
* Merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan
menghasilkan lain warna.
Warna Sekunder
• Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
• Ia merupakan campuran dua warna asas seperti dibawah

warna asas warna sekunder


kuning + biru hijau
biru + merah ungu
merah + kuning jingga
Warna Tertier
• Terdiri daripada campuran satu warna asas
dan satu warna sekunder yang bersebelahan
dalam roda warna.
Tona warna

* Nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna.


* Iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas
dengan mengikut kadar tertentu.
* Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap
tertentu.
Kroma warna

* Nilai ukuran kuasa sesuatu warna


* Ia terhasil melalui campuran warna-warna
penggenap ( warna yang bertentang dalam
roda warna ) dengan nisbah tertentu.
Warna Sewarna @ Monokromatik

* Sesuatu warna dalam pelbagai ton


* Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk ton cerah @ warna hitam untuk
ton gelap.
Warna Harmoni

* Gubahan yang menggunakan warna-warna


yang bersebelahan dalam roda warna.
Warna Penggenap

* Gubahan warna yang menggunakan warna yang bertentangan dalam roda warna atau
dikenali sebagai warna yang bertentangan @ kontras
Suhu Warna
* Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria
penglihatan.
* Suhu warna merupakan satu perasaan atau
tindakan kita terhadap warna.
* Terdapat 2 jenis suhu warna
1. warna panas
2. warna sejuk
Warna Panas

* Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi


* Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari.
Warna Sejuk

* Merupakan kumpulan warnayang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup
* Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejuk mata memandang.
contoh ;
Warna Bertindak
* Merupakan warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza
apabila bertemu dengan warna latar belakang yang lain.

* Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang


berkontra warna melahirkan warna bertindak yang aktif.

* Manakala pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang


yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.
Gubahan warna bertindak

warna bertindak digunakan untuk


menimbulkan suasana seram dan keadaan
berkontra
( bercanggah )
Perspektif Warna

* Merupakan gubahan warna yang mempunyai perubahan ton, samaada dari terang ke gelap
atau sebaliknya.
* Perspektif warna lebih jelas bila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau
sewarna.
* Perspektif warna dapat mewujudkan kesan ilusi ruang, jarak atau kedalaman perspektif.

You might also like