You are on page 1of 27

• Sedia buku nota..

Salin…sambil salin sambil dengar


penerangan guru……hari ini gambar tidak perlu
lukis……okkkkkkkk

• Jangan bising???
WARNA
Roda warna
Pengenalan Warna
1. Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu
permukaan. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh
dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh
manusia.
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan
penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit
situasi tertentu.
3. Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan
mengikut hubungan warna antara watu sama lain. 
Warna Asas
• Warna asas ialah:
merah, biru dan kuning
• Warna asas atau warna primer
• Warna-warna yang tidak boleh dibuat
daripada campuran warna lain.
• Tujuan : poster, logo, lencana
Warna Sekunder 
• warna sekunder (warna kedua) ialah:
– jingga, ungu dan hijau
• Dicipta daripada campuran dua warna asas.
WARNA ASAS + WARNA ASAS = WARNA SEKUNDER
•  Campuran menghasilkan warna sekunder
     a. merah + kuning = JINGGA
     b. merah + biru = UNGU
     c. kuning + biru = HIJAU
Warna tertier
• Terhasil daripada campuran warna asas dan warna
sekunder
• Campuran warna tertier
  warna asas + warna sekunder = WARNA TERTIER
• Contoh campuran:
     a. biru + ungu = biru ungu
     b. biru + hijau = biru hijau
     c. kuning + jingga =kuning jingga
     d. kuning + hijau =kuning hijau
     e. merah + jingga =merah jingga
     f. merah + ungu = merah ungu
Warna neutral
• Warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas,
sekunder, dan tertier.
• Terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-
dua warna.
• Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang
tonnya terletak diantara putih dan hitam. Warna neutral juga
merujuk kepada warna kroma campuran dua warna
penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna
baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya
Nilai warna
Nilai warna : Ton warna
• Nilai pancaran kecerahan dan kegelapan
sesuatu warna.
• Ton warna diperolehi melalui campuran
sesuatu warna dengan warna putih atau
hitam.
• Warna yang di campur dengan warna hitam
akan jadi ton gelap manakala warna yang di
campur dengan warna putih akan lebih cerah.
Nilai warna : Kroma
• Ialah nilai ukuran warna
• Terhasil dengan campuran warna penggenap
dalam nisbah yang tertentu.
Merah

jingga

kuning
•Gubahan Warna
Gubahan Warna : warna sewarna
• Menggunakan satu warna dalam beberapa ton
atau dikenali sebagai warna monokrom
• Campuran warna putih kelihatan cerah dan
warna hitam menghasilkan warna gelap.
Gubahan warna : Warna Harmoni
• Warna harmoni ialah kumpulan warna yang terletak
sebelah-menyebelah dalam roda warna.
• Mempunyai hubungan warna, ton, suhu warna yang
sama.
• Warna harmoni dikenali sebagai warna sekeluaga.
Gubahan Warna : Warna Penggenap
• Merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan
kombinasi warna yang saling bertentangan dalam roda warna.
• Warna penggenap juga di kenali sebagai warna
“complementary”
• Contoh warna penggenap ialah:
– Merah –hijau
– Kuning-ungu
– Biru- jingga
•SUHU WARNA
Suhu Warna
• Ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan
pancaran cahaya panas atau kesan pancaran
cahaya sejuk
Suhu warna : warna panas
• Merupakan kumpulan warna yang mempunyai
kesan cahaya yang tinggi.
• Warna ini memberikan kesan yang terang dan
garang seperti api serta merangsang
pandangan.
• Contoh : merah, kuning, jingga dan hijau
kuning
Warna panas dan sejuk
Suhu warna : warna sejuk
• Warna yang mempunyai kesan pancaran
cahaya yang rendah.
• Warna sejuk memberikan kesan redup, tenang
dan damai serta menyejukkan mata
memandang.
• Contoh : biru, ungu, hijau, dan biru hijau
• Ok jadi salin. Hari ni
tamat pembelajaran di
sini…jumpa lagi.

You might also like