You are on page 1of 1

Penciptaan Lagu asal SMK Dato Ali Ahmad

Oleh : Suaimi bin Mohamad

Lagu ini telah diilhamkan oleh cikgu Suaimi semasa beliau dalam perjalanan dari Kuala Perlis
ke Pulau Langkawi untuk menghadiri kursus. Sewaktu di atas feri, beliau telah cuba mencipta melodi
dan menulis lirik lagu tersebut yang mengambil masa selama seminggu. Beliau telah meminta
pertolongan rakan iaitu Encik Sabri untuk memainkan muzik lagu sekolah dan seterusnya membuat
rakaman vokal.
Pada tahun 2008, SMK Seriab telah ditukarkan nama kepada SMK Dato Ali Ahmad
bersempena nama bekas menteri besar Perlis iaitu Dato Ali Ahmad. Cikgu Suaimi bersama beberapa
rakan guru telah membuat rakaman semula lagu rasmi sekolah di Harun Studio pada 23 April 2008.
Lirik asal lagu ini telah diubah sedikit untuk menyesuaikan nama sekolah dengan lagu yang dicipta
iaitu SMK Seriab menjadi SMK Dato Ali Ahmad.
Harapan beliau semoga lagu SMK Dato Ali Ahmad sentiasa berkumandang di langit sewaktu
perhimpunan rasmi yang dinyayikan bersama guru-guru dan murid-murid. Mudah-mudahan ianya
menjadi pembakar semangat anak-anak didik untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like