You are on page 1of 4

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KULIAH MINGGU 1F
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH

Edaran Dalaman Sahaja


Shamsuddinbinsuhor
Ringkasan Kuliah

CIRI-CIRI AKTA
Tajuk
Mukadimah / Pendahuluan/ Preamble
Bahagian
Judul
Seksyen
Seksyen kecil
Nota birai
Misalan
Huraian
Jadual / Schedule
Definisi / Tafsiran
TAJUK
Memperuntukkan nama Akta /tajuk sesuatu Akta berkenaan
Diberikan tahun
Diberikan Nombor -

Contoh:
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
Akta Pencegahan Rasuah 1997 (AKTA 575)
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.(Akta 127).

MUKADIMAH / PENDAHULUAN / PREAMBLE.


Menerangkan tujuan atau objektif Akta itu dibuat.
Pendahuluan bukan sebahagian daripada seksyen .
Hanya menceritakan tujuan, maksud undang-undang ini dibuat oleh Parlimen.

Contohnya
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.(Akta 127).
“suatu Akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan
membaiki alam sekeliling, dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya”

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan / OSHA


“An Act to make further provisions for security the safety, health and
welfare of persons at work…”

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009


“Suatu Akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, untuk membuat peruntukan yang selanjutnya dan lebih baik bagi
pencegahan rasuah dan bagi perkara-perkara yang perlu tentangnya dan
yang berkaitan dengannya.”

Kanun Keseksaan (Akta 574)


“Suatu Akta berkenaan dengan kesalahan-kesalahan jenayah”

BAHAGIAN
Ini merupakan pecahan-pecahan tertentu yang dibuat bagi memudahkan rujukan umum
dibuat.
Selain daripada Bahagian ada kalanya ia menggunakan Bab-Bab.

Apabila sesuatu Akta atau Undang-Undang kecil itu dibahagikan kepada beberapa
bahagian atau bab, perkara ini hendaklah diberi perhatian oleh mahkamah

Contoh – Bahagian I, Bahagian II, atau Bab 1, Bab 2


JUDUL
Judul dinyatakan dalam Akta di kepala setiap Bahagian atau Bab.

Contohnya –
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

BAHAGIAN I
PERMULAAN

BAHAGIAN II
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH

BAHAGIAN IV
KESALAHAN DAN PENALTI

BAHAGIAN IX
PEMANSUHAN DAN KECUALIAN

SEKSYEN
Setiap peruntukan dalam akan dinomborkan mengikut susunan 1, 2, 3, 4 dan seterusnya.
Susunan setiap nombor ini dipanggil seksyen.
Seksyen merupakan peruntukan atayu ungkapan kata-kata menceruitakan sesuatu hal
perkara.

Seksyen kecil / Sub-seksyen


Pecahan kepada seksyen akan disebut sebagai seksyen kecil atau pernah juga disebut
sebagai sub-seksyen.

NOTA BIRAI
Nota birai ditulis di tepi / disebelah seksyen.
Tiada nota birai dalam OSHA
Tiada nota birai dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Boleh juga digunakan untuk mebafsir Akta.

MISALAN
Suatu peruntukan yang dibuat bagi menjelaskan atau memberi contoh kepada maksud
seseuatu seksyen.
Misalan diberi selepas seksyen bertujuan menerangkan seksyen berkenaan,
Boleh diguna untuk menafsir seksyen / Akta berkenaan.

Contoh - Kanun keseksaan (Akta 574)


Tiada Misalan dalam OSHA.
HURAIAN
Di bawah Misalan akan dikuti dengan Huraian.
Tetapi tidak semua Misalan aka nada Huraian.
Huraian diberi sebagai suatu cara hendakmenjelaskan mengenai sesuatu perkara yang
disebut dalam Misalan .

JADUAL AKTA
Seksyen memperuntukkan mengenai sesuatu perkara
Sebagai contohnya Akta Dadah Berbahaya 1952 sebut tentang ‘dadah’
Sebagai contohnya SOSMA 2012 menyebut tentang “kesalahan keselamatan’
Apa-apa yang disebut itu ada kalanya terlalu banyak dan cara yang mudah adalah dengan
menyedialan sutu senarai lengkap apakah yang dimaksudkan dengan ‘dadah’ atau
kesalahan keselamatan’ dan sebagainya dengan membuat suatu senarai lengkap.
Senarai lengkap ini dinamakan ‘Jadual’
Jadual merupakan butiran-butiran lengkap yang diperincikan.

Jadual atau Undang-Undang Kecil dianggap sebagai sebahagian daripada Akta.


Jadual diperuntukkan di bahagian akhir akta / belakang sekali.

DEFINISI / TAFSIRAN.
Diletak di bahagian awal atau permulaan akta.
Kebiasaanya diletakkan di seksyen 2 atau seksyen 3 – Tafsiran
Penting dalam membuat memahami apakah maksud perkataan-perkataan [enting dalam
Akta.
Penting untuk membantu menafsir Akta.

Contoh
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
Seksyen 3 Tafsiran.
“ ejen” , “pegawai badan awam” “suapan”

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974


Seksyen 2 “alam sekeliling:”, “pencemaran”

Setiap perkataan disusun bermula dengan A-Z.

You might also like