Professional Documents
Culture Documents
SKGP5104 Kuliah M1F Ciri Ciri Akta-20200401082609
SKGP5104 Kuliah M1F Ciri Ciri Akta-20200401082609
KULIAH MINGGU 1F
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH
CIRI-CIRI AKTA
Tajuk
Mukadimah / Pendahuluan/ Preamble
Bahagian
Judul
Seksyen
Seksyen kecil
Nota birai
Misalan
Huraian
Jadual / Schedule
Definisi / Tafsiran
TAJUK
Memperuntukkan nama Akta /tajuk sesuatu Akta berkenaan
Diberikan tahun
Diberikan Nombor -
Contoh:
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
Akta Pencegahan Rasuah 1997 (AKTA 575)
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.(Akta 127).
Contohnya
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.(Akta 127).
“suatu Akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan
membaiki alam sekeliling, dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya”
BAHAGIAN
Ini merupakan pecahan-pecahan tertentu yang dibuat bagi memudahkan rujukan umum
dibuat.
Selain daripada Bahagian ada kalanya ia menggunakan Bab-Bab.
Apabila sesuatu Akta atau Undang-Undang kecil itu dibahagikan kepada beberapa
bahagian atau bab, perkara ini hendaklah diberi perhatian oleh mahkamah
Contohnya –
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009
BAHAGIAN I
PERMULAAN
BAHAGIAN II
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
BAHAGIAN IV
KESALAHAN DAN PENALTI
BAHAGIAN IX
PEMANSUHAN DAN KECUALIAN
SEKSYEN
Setiap peruntukan dalam akan dinomborkan mengikut susunan 1, 2, 3, 4 dan seterusnya.
Susunan setiap nombor ini dipanggil seksyen.
Seksyen merupakan peruntukan atayu ungkapan kata-kata menceruitakan sesuatu hal
perkara.
NOTA BIRAI
Nota birai ditulis di tepi / disebelah seksyen.
Tiada nota birai dalam OSHA
Tiada nota birai dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Boleh juga digunakan untuk mebafsir Akta.
MISALAN
Suatu peruntukan yang dibuat bagi menjelaskan atau memberi contoh kepada maksud
seseuatu seksyen.
Misalan diberi selepas seksyen bertujuan menerangkan seksyen berkenaan,
Boleh diguna untuk menafsir seksyen / Akta berkenaan.
JADUAL AKTA
Seksyen memperuntukkan mengenai sesuatu perkara
Sebagai contohnya Akta Dadah Berbahaya 1952 sebut tentang ‘dadah’
Sebagai contohnya SOSMA 2012 menyebut tentang “kesalahan keselamatan’
Apa-apa yang disebut itu ada kalanya terlalu banyak dan cara yang mudah adalah dengan
menyedialan sutu senarai lengkap apakah yang dimaksudkan dengan ‘dadah’ atau
kesalahan keselamatan’ dan sebagainya dengan membuat suatu senarai lengkap.
Senarai lengkap ini dinamakan ‘Jadual’
Jadual merupakan butiran-butiran lengkap yang diperincikan.
DEFINISI / TAFSIRAN.
Diletak di bahagian awal atau permulaan akta.
Kebiasaanya diletakkan di seksyen 2 atau seksyen 3 – Tafsiran
Penting dalam membuat memahami apakah maksud perkataan-perkataan [enting dalam
Akta.
Penting untuk membantu menafsir Akta.
Contoh
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
Seksyen 3 Tafsiran.
“ ejen” , “pegawai badan awam” “suapan”