You are on page 1of 1

Mengikut data Pusat Informatik Kesihatan, KKM, bilangan kematian yang disebabkan oleh penyakit

kardiovaskular di hospital kerajaan pada tahun 2017 adalah sebanyak 10, 284 kematian. Stastistik
pesakit yang maut akibat penyakit jantung dikatakan kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat
Malaysia yang semakin membimbangkan. Penyakit jantung dikatakan berpokok pangkal hasil penyakit
kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, merokok, obesiti dan kurang bersenam yang
berpunca daripada faktor utama iaitu kurang pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat
Malaysia. Gaya hidup sihat merupakan tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang individu dalam
masyarakat yang berbeza mengikut budaya masyarakat setempat, di bandar ataupun di luar bandar.
Gaya hidup sihat juga dikatakan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan
meninggalkan tabiat kesihatan.

Seperti yang kita telah sedia ketahui, gaya hidup sihat terdiri daripada lima komponen iaitu pemakanan
seimbang, kebersihan diri, tidak menyalahgunakan bahan, rehat yang secukupnya dan senaman.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti senaman mendatangkn banyak kemaslahatan kepada
manusia. Senaman amat penting kepada seseorang untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan tahap
kecerdasan yang tinggi. Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati daripada aktiviti senaman.
Kelebihan senaman adalah seperti berikut :

Mengurangkan
risiko penyakit
jantung, tekanan
darah tinggi dan
diabetes.

Memperkuat
Menambah
tulang dan
kekuatan jantung
mencegah
dan paru-paru.
osteoporosis .
KELEBIHAN
SENAMAN

Membakar
Mmengurangkan
lemak untuk
ketegangan
mengawal lemak
dalam diri
berlebihan.

You might also like