You are on page 1of 12

BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

Organisasi ialah satu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu yang mempunyai
perbezaan peranan dan tugas bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).
Organisasi dapat di definasikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang
saling bergantungan untuk mencapai matlamat organisasi.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah ditubuhkan pada 2 Mac 1978
dibawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). KESEDAR
dirasmikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5
Mac 1978 bertempat di Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. KESEDAR mempunyai empat
anak syarikat iaitu, KESEDAR Perkilangan Sdn.Bhd (KPSB), KESEDAR Dagang Sdn.Bhd
(KDSB), KESEDAR Inn Sdn.Bhd (KISB) dan KESEDAR Travel Sdn.Bhd (KTSB).
Pengurusan pentadbiran kesemua anak syarikat KESEDAR ini di daerah Gua Musang. Saya
memilih orgnisasi KESEDAR Dagang Sdn.Bhd untuk tugasan saya kali ini.

KDSB telah ditubuhkan pada 23h Julai 1979 dengan nama asal SAWMILL SDN.BHD
(KSSB). Kemudian pada 11hb. Oktober 1992, nama syarikat ditukarkan kepada KESEDAR
Dagang Sdn.Bhd, dengan menjadikan lebih dominan dan menceburkan diri dalam bidang
hartanah dan perladangan. Pernah mendapat anugerah anak syarikat terbaik dikalangan anak
syarikat di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Meneraju visi supaya
menjadi syarikat terunggul di Kelantan Selatan dalam bidang perladangan dan hartanah serta
menjunjung misi meneroka, mengusaha, memaju dan mengembangkan sosio-ekonomi
dalam bidang perladangan hartanah. Berbekalkan modal dibenarkan berjumlah RM
1,000,000.00 dan modal dibenarkan RM 700,001.00 KDSB mampu bertahan sehingga ke
hari ini.

KDSB diterajui oleh En. Zulkifli bin Ab Rahman sebagai Chief Executive Officer, (CEO),
dibantu oleh tiga pegawai eksekutif di Unit Kewangan dan Pentadbiran, Unit Pertanian dan
Unit Hartanah. Mempunyai 26 orang kakitangan, yang mahir mengikut keperluan dan
bidang masing-masing, membolehkan syarikat ini mampu bersaing dengan syarikat hartanah
dan perladangan yang lain. Selain itu KDSB di pantau oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP)
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

yang dipengerusikan oleh Yb. Dato’ Haji Ramzi bin Ab. Rahman, Ahli Dewan Negeri
(ADUN) Dabong bersama empat orang ahli yang lain.

Aktiviti utama Syarikat terdiri daripada:

1. Agen Pengurusan Harta KESEDAR

2. Agen Penjualan Rumah Kos Sederhana KESEDAR Putra

3. Agen Pengurusan pengeluaran saki baki kayu balak milik KESEDAR

4. Agen Pengurusan Ladang bagi membangunkan lot tanah terbiar KESEDAR di


wilayah Gua Musang.

Aktiviti terbaru syarikat ini dibawah Unit Pembangunan Dan Pengurusan Hartanah adalah

1. Projek Perumahan

1.1 Projek dalam Pembinaan

1.1.1 Perumahan bercampur Taman KESEDAR Putra II Gua Musang

1.1.2 2 Unit Rumah Banglo di Taman Wangi, Gua Musang.

1.2 Projek Masa Depan

1.2.1 Perumahan bercampur di Taman KESEDAR Putra III

1.2.2 Rumah sesebuah di Peringat

1.2.3 Rumah sesebuah di Tanah Merah.

1.3 Pengurusan harta

1.3.1 Rumah dan kedai milik syarikat

2. Pembangunan Dan Pengurusan Ladang


BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

2.1 Tapak semaian kelapa sawit

2.2 Agen pengurusan ladang kelapa sawit

2.3 Agen Pengurusan Ladang Getah

2.4 Agen Pembangunan dan Pengurusan Ladang

Biodata Ketua Eksekutif KESEDAR Dagang Sdn.Bhd

2.1 PERANAN PENGURUS DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Pengurus sebagai tonggak dan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap


kemajuan oranisasi (Muhammad Nubli Abdul Wahab 2008 : 32). Dalam organisasi
pengurus berperanan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap,
perunding dan pencetus idea.

2.1.1 Peranan Sebagai Tunggak

Pengurus merupakan orang terpenting dalam sesebuah organisasi. Pengurus


merupakan orang penting dalam sesuatu majlis yang dianjurkan oleh jabatan
terutama majlis rasmi, sosial dan perundangan. Contohnya, Pengurus Besar
hadir majlis perasmian produk baru syarikat.

2.1.2 Peranan Sebagai Pemimpin

Sebagai pemimpin, pengurus berupaya untuk menyalurkan maklumat


kepada organisasinya. Pengurus juga bertangungjawab dalam memberi
arahan, mengawal, melatih, kenaikan pangkat dan memberi semangat
kepada pekerja.
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

2.1.3 Peranan Sebagai Pegawai Perhubungan.

Pengurus turut terlibat dalam penyampian maklumat kepada pihak luar.


Hubungan baik terjalin akan memudahkan kita untuk mendapat persetujuan
bersama seperti mendapatkan kontrak. Selain itu, pengurus juga harus
menjalinkan hubungan baik antara sesama jabatan bagi melicinkam urusan
kerja.

2.1.4 Peranan Sebagai Jurucakap

Pengurus bertindak sebagai penyampai maklumat organisasi kepada


kakitangan dan orang awam. Sebagai contoh, pengurus memberi
maklumbalas terhadap aduan atau rungutan orang awam berkenaan dengan
kekurangan produk dipasaran.

2.1.5 Peranan Sebagai Perunding

Berperanan sebagai perunding dalam organisasi, pengurus harus memantau


dan mencari jalan penyelesaian tentang masalah organisasi. Contohnya
kekurangan kakitangan untuk unit Undang-undang, pengurus akan
berunding dengan bahagian pentadbiran berkaitan hal itu.

2.2 FUNGSI PENGURUSAN DALAM ORGANISASI

Secara amnya proses pengurusan dibahagikan kepada empat proses yang utama iaitu
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan (Auni Hj Abdullah t.thn :31).
Proses-proses ini saling berkai antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses
pengurusan yang berterusan dan mantap.

2.2.1 Perancangan
Organisasi perlu merancang aktiviti seperti menetapkan tujuan, objektif, strategi,
program, projek, dan kerja yang akan dilakukan organisasi tersebut.
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

2.2.2 Penyusunan
Sumber manusia dan bahan disusun, dan dibahagikan mengikut perancangan
agar mencapai matlamat, termasukah penyusunan membahagikan unit-unit atau
bahagian, serta memilih kakitangan mengikut kekosongan.

2.2.3 Pengarahan

Memberikan panduan, bimbingan,dan perangsang kepada pekerja untuk


mencapai matlamat organisasi, termasuklah memberi kepimpinan, dorongan, dan
berkomunikasi di dalam organisasi.

2.2.4 Pengawalan

Merujuk kepada langkah mengawasi prestasi, membandingkan keputusan


dengan matlamat organisasi dan mengambil tindakan yang betul sekiranya
berlaku kemushkilan.

3.0 EVOLUSI PENGURUSAN DALAM ORGANISASI

Amalan pengurusan yang diamalkan hari ini adalah hasil sumbangan daripada cendikiawan
masa lalu. Idea, konsep dan kaedah yang disumbangkan dapat membantu pengurus
menguruskan organisasi mereka dengan lebih teratur. Setiap teori mempunyai kelebihan dan
kelemahan tersendiri, maka bergantung kepada pengurus untuk memilih teori atau
menggabungkan teori –teori untuk mendapatkan kaedah yang lebih berkesan dalam
menguruskan oorganisasi. Usaha mereka telah membawa kepada lima kelas perspektif
pengurusan yang berlainan klasikal, kemanusiaan, kuantitatif, sistem dan kontemporari.

3.1 PERSPEKTIF KLASIKAL

3.1.1 Pengurusan Saintifik

Adalah satu pendekatan yang menekankan tentang kajian saintifik bagi kecekapan
pekerja dan peningkatan produktivi organisasi. Beberapa cendikiawan yang
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

menjadi penyumbang utama kepada pendekatan ini, Antaranya adalah, Frederick


W. Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth dan Henry L. Gantt.

3.1.1.1 Frederick W. Taylor (1856-1915)

Frederick W. Taylor terkenal dengan teknik Pengurusan Saintifik juga digelar


“Bapa Pengurusan Saintifik”. Tujuan teori ini adalah untuk mengkaji hubungan
antara pekerja dan tugas yang dilaksanakannya. Taylor percaya seorang pekerja
yang cekap dapat meningkatkan pengeluaran produktivi. Berdasarkan kajian
tersebut, Taylor telah mengenalpasti lima prinsip pengurusan yang mampu
meningkatkan kecekapan pengeluaran seperti berikut:

3.1.2 Pengurusan Birokratik

Pengurusan ini merupakan pendekatan yang menggunakan garis panduan,


hierarki, pembahagian kerja yang jelas serta peraturan dan prosedur. Max Weber
Jerman telah memperkenalkan konsep birokratik. Antaranya ialah:

(i) Semua pekerja tertakluk kepada garis panduan

Peraturan dan “Standard Operating Procedures” (SOP) yang dibentuk


oleh pengurus menjadi penduan kepada pekerja kerana ia memberi
gambaran jelas kepada pekerja cara menjalankan tugas.

Pendekatan birokratik ini berusaha kearah peningkatan kecekapan bagi semua operasi
dalam organisasi. Prinsip ini pada asalnya digunakakn untuk meningkatakan kecekapan
tetapi boleh berlaku ketidakcekapan kerana terikat dengan garis panduan yang ketat.

3.1.3 Pengurus Tadbir

Henri Fayol (1841-1925) telah diberi gelaran "Bapa Pemikiran Pengurusan". Fayol


telah membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan.
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

Beliau telah mengenal pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan seterusnya
beliau telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan.

(i) Pembahagian Kerja


Pembahagian kerja kepada pekerja membolehkan mereka meningkatkan
produktiviti kerana mereka menjalankkan tugas yang khusus.

(ii) Autoriti
Hak memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik orang lain supaya
mengikut arahan.

(iii) Disiplin
Menurut arahan dan prosedur serta menghormati persetujuan yang dibuat
antara organisasi dan pekerjanya.
(iv) Panduan Arahan
Pekerja harus menerima arahan dari ketuanya sahaja.

(v) Kesatuan Arah


Aktiviti yang mempunyai tujuan dan objektif yang sama perlu disatukan
didalam satu aktiviti dan diuruskan oleh seorang pengurus.

(vi) Mengutamakan Kepentingan Organisasi


Kepentingan organisasi perlu diutamakan dari kepentingan peribadi.

(vii) Imbuhan
Pekerja mesti diberi bayaran yang sewajarnya untuk perkhidmatan mereka.

(viii) Pemusatan
Pengurus bertanggungjawab terhadap organisasi tetapi pekerja harus diberi
kuasa untuk menjalankan tugas dengan efektif.
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

4.1 TEORI PENGURUSAN YANG DIAMALKAN DI ORGANISASI


Teori terhasi daripada pengalaman, kajian dan pengamatan serta pemerhatian.
Pengurusan KESEDAR Dagang Sdn.Bhd saya boleh kaitan dengan Pengurusan
Birokratik. Pendekatan yang digunakan adalah berlandaskan garis panduan, hierarki,
pembahagian kerja yang jelas dan juga peraturan serta prosedur.

4.2 Autoriti Dan Kedudukan Hierarki

Organisasi ini mengamalkan prinsip autoriti yang merupakan kuasa yang dimilik
oleh seorang pengurus untuk membuat keputusan. Contohnya untuk membuat
keputusan membeli anak sawit, pengurus atau ALP bertanggungjawab untuk
membuat keputusan samaada pembelian terus atau ditenderkan. Selain itu,
kedudukan mengikut hierarki yang menunjukkan pekerja tahu kepada siapa yang
perlu dilaporkan sekiranya berlaku sesuatu konflik. Contohnya, masalah penyewa
rumah sewa KESEDAR Dagang Sdn. Bhd, kerani akan melaporkan kepada
pengurus unit hartanah untuk meneyelesaikan masalah tersebut.

4.3 Kenaikan Pangkat


Organisasi ini mengamalkan kenaikan pangkat tertakluk kepada kelulusan dan
pengalaman bukannya kerana hubungan saudara mara. Sebagai syarikat yang
teguh, KDSB akan sentiasa meniktikberatkan pengambilan pekerja baru melalui
pelbagai aspek. Untuk meningkatkan output yang positf, pekerja perlu produktif.
Contonghya, temuduga pengambilan pekerja baru atau kenaikan pangkat
kakitangan akan dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KDSB.

4.4 Merekod semua Tindakan


Sebagai sebuah oganisasi yang cemerlang, KDSB mengambil langkah berhati-hati
dalam segala aspek kerja. Setiap tindakan dan keputusan pentadbiran perlu
direkodkan untuk memastikan kesinambungan peraturan organisasi. Contohnya,
setiap rekod pembelian unit rumah di Taman KESEDAR Jaya akan diirekodkan
dan dimasukkan didalam satu fail.Ini akan memudahkan kakitangan mencari fail
dan rekod pembeli rumah ditaman tersebut
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

4.5 Tertakluk kepada garis panduan


Organisasi ini telah menggariskan peraturan dan “Standard Operating
Procedures” (SOP) yang mana perlu di ikuti oleh pekerja. Selain itu, ia memberi
gambaran jelas terhadap cara kerja di organisasi ini. Sebagai satu organisasi
swasta, pengurusan menitikberatkan pengeluaran output daripada produktiviti.
Oleh itu, SOP syarikat menjadi garis panduan kepada sebarang keputusan yang
diambil.

Sistem pengurusan organisasi ini perlu ditambah baik. Konsep pengurusan perlu mengikut
arus masa kini. Prinsip birokratik ini tidak sesuai untuk organisasi swasta sperti KDSB kerana
ia akan melambatkan proses membuat keputusan dan terikat kepada peraturan dan prosedur.
Hal ini akan memberi kesan kepada situasi yang memerlukan keputusan segera.

4.6 TEORI PENGURUSAN YANG CADANGKAN


Pengurusan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Oleh hal yang
demikian, prinsip pengurusan penting bagi organisasi bagi menentu hala tuju organisasi
tersebut. Saya mencadangkan prinsip Pengurusan Tadbir kepada sebagai pengurusan
baru kepada KDSB. Fungsi dan prinsip yang diilhamkan oleh Henri Fayol ini sedikit
sebanyak dapat memberi pembaharuan kepada pengurusan organisasi yang saya pilih.

(i) Selain dari fungsi yang dapat dikaitkan dengan pengurusan, terdapat empat belas
prinsip yang telah digariskan oleh Fayol untu pengurusan tadbir yang cemerlang.
Berdasarkan prinsip yang digariskan antaranya, pembahagian kerja, autoriti,
displin, satu perintah, satu arahan, mengutamakan kepentingan organisasi,
imbuhan, pemusatan, rantaian skalar, teratur, ekuiti, kestabilan dan Esprit de
Corps (Kekitaan).

5.0 KESIMPULAN
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

Kesimpulannya, untuk menjadi organisasi yang terbaik, pengurus memainkan peranan penting
dalam pengurusan syarikat. Sekiranya fungsi dan prinsip Pengurusan Tadbir ini dapat
diaplikasikan di KDSB, saya percaya kecekapan dari segi pengurusan, pengadilan dan
keseimbangan antara kakitangan, dapat menjadikan KDSB sebuah organisasi yang maju dan
terus cemerlang dimasa hadapan.

(3029 Perkataan)
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

6.0 RUJUKAN

1. Henry Mintzberg dalam bukunya “The Manager’s Job : Folklore & Fac” -
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3201_1294123882.pdf
2. Mohamad Shuhmy Shuib blog “Pengurusan” Monday , November 2007
http://shuhmy.blogspot.my/2007/11/pengurusan.html
3. Stoner, James A.F. 1935-other authors Wankel, Petaling Jaya Amiza 1989, Edisi ke -3
Industrial Management
4. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008. Kecemerlangan Pengurusan Dalam Islam (Siri 1).
Universiti Malaysia Pahang.
5. Auni bin Haji Abdullah. T.thn. Pengurusan Islam : Potensi dan cabaran. Kuala Lumpur : Darul
Fikr Sdn Bhd.
BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

http://pengurusan-ein.blogspot.my/

http://peace-love-hope-trustbelieve.blogspot.my/2011/12/sejarah-pengurusan.html

- https://nikalila.wordpress.com/2012/03/24/teori-birokrasi-max-weber-pengenalan-
struktur-objektif-kekuatan-dan-kelemahan-3/
- - http://shuhmy.blogspot.my/2007/11/pengurusan.html
- http://masterkhai.blogspot.my/2013/04/teori-pengurusan-saintifik-dan-fungsi.html
- -http://pariwartaku.blogspot.my/2013/03/tugasan-1-aplikasi-teori-pengurusan.html
- -http://peace-love-hope-trustbelieve.blogspot.my/2011/12/sejarah-pengurusan.html
- http://documents.tips/education/evolusi-pemikiran-pengurusan.html
- http://www.slideshare.net/ebbysufian/unit1-14854013?next_slideshow=1

http://www.slideshare.net/hoonmin/analisis-peranan-pengurus-dalam-organisasi

http://www.khairulfaizi.net/2014/06/bahagian-ketiga-mengadaptasi-teori.html

You might also like