You are on page 1of 18

BAB 2

REKABENTUK INSTRUKSIONAL

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran adalah satu aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada diri pelajar itu
sendiri. Pembelajaran juga merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan
tingkah laku daripada tidak tahu kepada tahu. Menurut Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani
Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2007), pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat
perubahan perlakuan, pemikiran (termasuk proses dan hasil berfikir), persepsi dan efektif
(termasuk perasaan, sikap dan nilai)

Pengajaran merupakan satu pemindahan ilmu daripada seseorng individu kepada


individu yang lain. Menurut Snelbecker, (1974) pengajaran memeberi tumpuan bagaimana
cara hendak mengajar. Pengajaran juga merupakan suatu proses yang merangkumi aktivit-
aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. (Shahbuddin Hashim, Dr.
Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2007)).

Guru Pelajar

Rajah 1: Proses pemindahan ilmu daripada seseorang individu kepada individu lain.

Menurut kamus dewan edisi kedua pembelajaran merupakan perihal atau proses
belajar. Pembelajaran juga merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada diri pelajar
itu sendiri. Ini bererti pembelajaran merupakan proses di mana individu dapat mengubah

1
sikap dan tingkahlaku daripada tidak tahu kepada tahu. Pembelajaran juga membawa maksud
keinginan individu untuk terus belajar. Menurut Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub,
Mohd Zohir Ahmad (2007) pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan pelakuan
pemikiran (termasuk proses dan hasil berfikir), persepsi dan efektif (termasuk perasaan,
sikap dan nilai). Perubahan tersebut adalah kekal dan dipengaruhi oleh sistem saraf pusat
manusia itu sendiri.

Pembelajaran juga merupakan perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan


kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan yang berlaku sepanjang hayat
bermula sebaik sahja dilahirkan. Pembelajaran bukan sahaja penguasaan pengetahuan
kemahiran semata-mata tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta
ciri dalaman. (Ahamad Johari Sihes, 2007)

2.2 Rekabentuk Instruksional

2.2.1 Definisi Teknologi

Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of


scientificor other organised knowledge to practical tasks’. Systematic application
bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk
menghasilkan satu ‘total system’ pengajaran-pembelajaran. Application of scientific
knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan
didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian.

Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya
guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali. Selain pandangan di atas,
teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan
Romizowski (1988) membawa dua maksud:

Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang


ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses

2
ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah,
reka bentuk atau alat yangberkesan dan teruji.

Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian


hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan
film, (perisian) adalah hasil teknologi. Penjelasan teknologi sebagai proses dan
produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi
bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan
pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk
kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat
dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.2.2 Definisi Teknologi Pengajaran

Rekabentuk (design) merupakan idea kreatif, peten, lojik rasional, urutan


proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala Instruksional merupakan
suatu susunan perilaku atau peristiwa untuk menungkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran (P&P)

Reka bentuk pengajaran atau Instruksional Design (ISD) merupakan satu


tatacara yang teratur untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan
menilai pengajaran. (Dick & Raiser, 1989)

Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an


hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa
Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002).

‘Instructional technology is the theory and practice of design, development,


utilization, management and evaluation of processes and resources for learning’
(Seels dan Richey, 1994, p.1)

3
Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi
instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan,
pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.

i. Domain Reka Bentuk


ii. Domain Pengembangan
iii. Domaian Penggunaan
iv. Domain Pengurusan
v. Domain Penilaian

Rajah 2 : Domain dalam Reka Bentuk Instruksional

2.2.3 Domain dalam Reka Bentuk Instruksional

Domain Maksud
1. Reka bentuk • proses untuk menentukan komponen
sistem instruksional, ciri-ciri dan
keperluan untuk pembelajaran.
2. Pengembangan atau Pembinaan • Domain ini melibatkan proses
4
menterjemahkan spesifikasi reka
bentuk.untuk menghasil bahan
instruksional. Bahan instruksional
terdiri dari bahan cetak, bahan
pandang dengar, bahan berasaskan
komputer dan bahan multimedia.
3. Penggunaan • Penggunaan adalah tindakan
menggunakan kaedah dan model
instruksional, bahan dan perkakasan
media dan persekitaran untuk
meningkatkan suasana pembelajaran
4. Pengurusan • melibatkan kawalan ke atas teknologi
instruksional menerusi perancangan,
penyusunan, penyelarasan dan
penyeliaan pusat sumber/teknologi
pendidikan untuk membolehkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan tersusun dan
berkesan
5. Penilaian • Penilaian adalah proses untuk
menentukan kesesuaian dan
keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran atau program
pendidikan seperti penilaian
pencapaian pelajar, penilaian
penggunaan media, penilaian
rekabentuk dan pembinaan bahan
pengajaran dan penilaian program
atau projek media pendidikan.
• Dalam domain penilaian terdapat
empat kategori iaitu penilaian analisis
masalah pengajaran, penilaian
kriteria, penilaian formatif dan
penilaian sumatif.

5
Reka bentuk merupakan proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk
pembelajaran bukan sekadar menentukan komponen sistem pengajaran.
(Yusup Hashim, 1998, Teknologi Pengajaran, Fajar Bakti, Shah Alam)

Reka bentuk terbahagi kepada empat bidang utama:


i. Reka bentuk sistem pengajaran
ii. Reka bentuk strategi
iii. Reka bentuk mesej
iv. Ciri-ciri pelajar

2.3 Perbandingan antara Reka Bentuk Instruksional dan Pedagogi

2.3.1 Pengenalan

Dalam pendidikan formal proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah


diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar sememangnya memerlukan
suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif
terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali
sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang
kaedah dan prisip pengajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.

Selain itu, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh


seseorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah.
Proses pengajaran mempunyai ciri – ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan,
pemerhatian dan mempunyai rumusan – rumusan sebagaimana bidang sains. Proses
ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar
menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan
dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini
melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus
menambahkan keyakinan seorang guru.

6
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa kini semakin mencabar
berbanding pada masa terdahulu. Hal ini berlaku kerana terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan pendidikan pada masa ini menjadi lebih mencabar berbanding sebelum
era 90-an. Proses P&P menjadi semakin sukar kerana terdapat pelbagai faktor yang
mempengaruhi kejayaan dan keberkesanannya.

Jika dilihat istilah pengajaran itu sendiri, ia memberi maksud aktiviti atau
proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan kemahiran yang tertentu.
Ia meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau
kemahiran kepada pelajar – pelajar dengan cara berkesan.

Pengajaran juga adalah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama
oleh guru dan pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara
bersistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil
insiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran
yang diperlukan.

Menurut Mook (2000), pengajaran diklasifikasikan sebagai aktiviti


memotivasikan pelajar supaya bersedia untuk belajar, menyampaikan isi pengajaran,
mengurus pelajar supaya berdisiplin dan menggerakkan pelajar dengan aktiviti serta
interaksi yang positif.

Manakala Atan (1986) menyifatkan pengajaran adalah proses penyampaian


pengajaran yang menggunakan kaedah – keadah tertentu. Proses ini melibatkan guru –
guru dan pelajar yang bertindak secara aktif baik dari segi mental dan
jasmani.Pengajarsan juga dikatakan satu tindakan yang bertujuan membawa
perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Oleh itu, pengajaran adalah
bersangkut paut dengan pengesahan, perubahan, peninjuan semula, penilaian dan
penghuraian kepercayaan, nilai – nilai serta pengertian.

7
Secara ringkasnya, pengajaran dapat ditafsirkan sebagai proses penyampaian
kemahiran, ilmu dan pengetahuan, sikap dan nilai – nilai.

2.3.2 Reka bentuk Pengajaran Instruksional

Semua guru yang melaksanakan tugas dengan penuh komited perlu


mengetahui apa yang hendak dilakukan dan bagaimana merancang sesuatu pengajaran
dan melaksanakanya. Reka bentuk pengajaran adalah antara aspek yang penting
dalam menghasilkan sebuah pengajaran yang berkesan. Reka bentuk pengajaran
sering dikaitkan dengan pembinaan pengajaran. Kedua-dua aspek ini sebenarnya telah
menjadi amalan harian guru-guru sekolah. Guru-guru membuat reka bentuk
pengajaran dan pembinaan pengajaran sebagai persediaan untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kepentingan reka bentuk pengajaran
dan pembinaan pengajaran kepada guru amat ketara dapat menentukan hala tuju
mereka dalam menjalankan tugas mendidik dan melahirkan modal insan yang
berkualiti.

Reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan komponen sistem


instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka
bentuk terdapat empat bidang utama iaitu reka bentuk sistem instruksional, reka bentuk
mesej, strategi instruksional dan ciri-ciri pelajar.

i) Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau
sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan
menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum
agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar.

ii) Reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format
media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar.

iii) Strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti


pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain
pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan

8
proses pembelajaran.

iv) Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar
seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang
memberi kesan terhadap proses pembelajaran.

Secara ringkasnya, reka bentuk pengajaran ini sebenarnya bermula daripada


proses reka bentuk sehingga proses membina bahan pengajaran. Menurut Dick dan
Reiser (1988), reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk,
membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan secara sistematik
dan terancang. Manakala Richey (1986) pula menegaskan bahawa reka bentuk
pengajaran sebagai satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang
terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelengaraan bagi suatu keadaan
yang memudahkan pembelajaran. Ringkasnya reka bentuk pengajaran merangkumi
keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dari proses mereka bentuk,
membina, menilai hinggalah kepada mengurus pembelajaran.

Terdapat enam perkara asas yang merangkumi keseluruhan proses


pengajaran iaitu menentukan keperluan murid, menentukan matlamat dan objektif,
membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian,
mencuba sistem pengajaran, dan menilai keseluruhan sistem.

Terdapat beberapa peranan reka bentuk pengajaran antaranya ialah:

i) Meningkatkan profesion perguruan dimana guru-guru lebih bersedia dan


dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam teknologi pengajaran.

ii) Kefahaman keperluan iaitu guru lebih memahami keperluan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai kefahaman dalam
menentukan pengajaran dengan lebih jelas dan efektif.

iii) Penyelesaian masalah dimana pengetahuan yang luas dalam kaedah


pengajaran akan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi

9
dalam pengajaran dan terakhir ialah fokus pengajaran iaitu supaya guru
apabila masuk kedalam kelas lebih fokus terhadap pengajaran mereka.

Reka bentuk pengajaran ini dapat membantu proses pembelajaran murid


secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar. Dalam perancangan reka
bentuk pengajaran pertimbangan terhadap teori pembelajaran dan pengajaran
diberi penekanan. Dalam reka bentuk pengajaran, keadaan pembelajaran diambil
untuk mendapatkan kesan yang bermakna dalam proses pengajaran. Keadaan
pembelajaran baik secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar yang
dirancang dengan teliti dapat membantu seseorang melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Antara model-model reka bentuk pengajaran ialah:


i) Model ASSURE.
ii) Model Dick and Carey.
iii)Model ADDIE
iv) Model Instructional design.

Kesimpulanya, reka bentuk pengajaran amat penting dalam pendidikan


kerana pelaksanaan proses pengajaran sememangnya memerlukan perancangan
yang rapi dan sistematik sebelum di laksanakan bagi memastikan kebersanan
dalam proses P&P yang dijalankan dan membuktikan bahawa tahap
profesionalisme dalam bidang perguruan ini dapat pengiktirafan semua pihak
kerana setiap perkara yang dibuat berdasarkan proses yang sistematik. Penilaian
juga merupakan aspek yang sentiasa diberi penekanan supaya reka bentuk
pengajaran sentiasa dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hal ini juga
memastikan reka bentuk pengajaran sentiasa seiring dengan perkembangan
pendidikan rasmi.
2.3.3 Pedagogi

Perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan Greek yang membawa


maksud pendidik atau tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan
tugas –tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa kini pedagogi memberi makna

10
sains atau seni pengajaran yang melibatkan prinsip –prinsip dan kaedah – kaedah
mengajar serta proses pengajaran.

Menurut Cruickshank (1995), pedagogi bermaksud seni dan sains pengajaran


yang meliputi prinsip, kaedah, teknik pengajaran dan pelbagai pertimbangan untuk
menjayakan sesuatu pengajaran. Manakala mengikut Mok Soon Sang (2002),
pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang
berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah
mengajar, merangkumi pengajaran yang optimum. Pedagogi juga merangkumi
perkara-perkara seperti berikut :

i) prinsip – prinsip pengajaran


ii) kaedah pengajaran
iii) penilaian
iv) pengurusan pelajar
v) pengurusan bilik darjah
vi) perancangan pengajaran
vii) kurikulum

Pengetahuan pedagogi dapat membantu guru mengajar secara berkesan.


Pengajaran dapat berjalan dengan baik dan pelajar pula mendapat manfaat daripada
pengajaran itu. Antara faedah pedagogi ini adalah seperti berikut:

i) Memahami konsep dan elemen dalam pengajaran dan pembelajaran.


Dengan memahami maksud pengajaran dan pembelajaran serta elemennya, ia
membolehkan guru dan pensyarah menyedari aspek yang perlu diberi tumpuan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan.

ii) Prinsip pengajaran dan pembelajaran.


Pedagogi memberikan pengetahuan tentang prinsip pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah sesuatu pengajaran itu perlu dimulakan dengan

11
perkara yang mudah dahulu kemudian barulah diikuti dengan pelajaran yang
lebih sukar.

iii) Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.


Dengan menggunakan soalan yang tediri dari pelbagai kesukaran,
melakasanakan aktiviti perbincangan dan kuiz ia dapat menggerakkan pelajar
memberi respons dalam pembelajaran.

iv) Bakat dan potensi pelajar dapat dikembangkan.


Kebolehan pelajar menghujah sesuatu idea dapat dipupuk dan dikembangkan
melalui pelbagai aktiviti dan pengukuhan serta ganjaran.

v) Mengaplikasikan pelbagai keadah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan


pelajar

Kombinasi pelbagai kaedah dan teknik pengajaran akan meghasilkan


pengajaran yang berkesan. Kaedah ini memberi pendekatan kepada pelajar untuk
berdikari, belajar sendiri, mencari maklumat yang relevan dan meyelesaikan masalah
dengan bimbingan yang minimum. Terdapat 4 model pengajaran utama yang
dibincangkan di bawah pedagogi iaitu model ekspositori, model pemprosessan
maklumat, model inkuiri dan model projek.

2.3.4 Perbandingan reka bentuk instruksional dan pedagogi

Berdasarkan penerangan yang telah dijelaskan di atas, berikut adalah ringkasan


perbandingan antara reka bentuk instruksional dan pedagogi.

Perkara Reka bentuk instruksional Pedagogi


Pengertian satu tatacara yang teratur atau kajian secara saintifik atas
sistematik untuk menganalisis, prinsip-prinsip dan kaedah-
mereka bentuk, membina, kaedah mengajar, merangkumi
melaksana dan menilai bahan pengajaran yang optimum
instruksional, satu unit
12
pelajaran, satu kursus atau satu
kurikulum agar dapat membantu
atau menambahbaik pelajar
belajar dan guru mengajar
Domain/bidang utama i. reka bentuk sistem i) prinsip-prinsip pengajaran
instruksional ii) kaedah pengajaran
ii. reka bentuk mesej iii) penilaian
iii. strategi instruksional iv) pengurusan pelajar
iv. ciri-ciri pelajar v) pengurusan bilik darjah
vi) perancangan pengajaran
vii) kurikulum
Model utama model ASSURE, model Dick model ekspositori, model
and Carey, model ADDIE dan pemprosessan maklumat, model
model Instructional design inkuiri dan model projek

2.4. Reka Bentuk Instruksioanl Tradisi Versus Reka bentuk Instruksional Sistematik

2.4.1 Sejarah Rekabentuk Instruksional

Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2,


apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan
digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program
latihan ini diteruskan oleh ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional
dalam bidang pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan
rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini.

2.4.2 Definasi rekabentuk teknologi instruksional.

i) Dalam bidang pendidikan, rekabentuk teknologi instruksional boleh


didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang
digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang
dikehendaki
(Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

13
ii) Setiap teknologi instruksional akan dipengaruhi dengan pelbagai teori-teori
pembelajaran, seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan
konstruktivisme:

a) Teori pembelajaran behaviorisme bermaksud perubahan tingkah laku yang


telah dilatih berkali-kali supaya tingkah laku tersebut boleh berlaku secara
refleksi.
b) Teori pembelajaran kognitivisme pula menganggap pencapaian berlaku
apabila penambahan ilmu pengetahuan dapat mengubah minda seseorang
yang juga akan mengubah tingkah lakunya.
c) Teori pembelajaran konstruktivisme pula ialah perubahan yang berlaku
melalui pengalaman individu dan memfokuskan kemahiran menyelesaikan
pelbagai masalah.

2.4.3 Contoh Penggunaan Teori Pembelajaran dalam Rekabentuk Instrusional.

Terdapat beberapa contoh penggunaan teori pembelajaran behaviorisme ini di


dalam rekabentuk instruksional, seperti yang digunakan dalam latihan ketenteraan dan
industri. Rekabentuk instruksional bagi latihan ketenteraan dan industri ini akan
membahagikan tingkah laku kepada beberapa bahagian utama supaya setiap masalah
dapat diatasi dengan tersusun dan berkesan. Contohnya:

i) Gagne’s dan Brigg’s model telah membahagikan set latihan kepada lima
bahagian utama iaitu:
(1) tindakan
(2) objektif
(3) situasi,
(4) alatan dan kekangan,
(5) kebolehan untuk belajar.

14
ii) Teori pembelajaran berasaskan konitif pula ialah program SHOLAR yang
akan mengajar pelajar tentang geografi Amerika Selatan menggunakan kaedah
Socratic dan progarm LOGO yang dapat membantu kanak-kanak mempelajari
komputer.

iii) Teori pembelajaran konstruktivisme ialah program komputer yang


mempunyai
hypermedia, dimana akan membolehkan penerokaan maklumat melalui
pengalaman berlaku.

2.4.4 Perkembangan Rekabentuk Instruksional di Malaysia.

Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-


teori pembelajaran, tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di
Malaysia telah mengenali rekabentuk instruksional?

Terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional.


Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa
kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar.
Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah
diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk
topik tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian
akan melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk
mencapai objektif yang dikehendaki. Biasanya guru akan merancang penggunaan
bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar.

Adakah sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai


kepada pelajar?

Terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program


“PowerPoint” masih tidak dapat menarik perhatian pelajar. Sebenarnya terdapat
beberapa perbezaan ketara antara merancang dan mereka. Merancang bermaksud,

15
mengatur terlebih dahulu, mempersiapkan atau merencanakan. Manakala mereka
bermaksud menyusun atau memasang.

Bahan pengajaran yang telah dirancang iaitu “Analyze” perlulah melalui


proses mereka pula atau “Design” serta melalui pula proses yang lain seperti model
ADDIE iaitu “Develop”, “Implement” dan “Evaluate”.
Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya juga masih belum mengenali
penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori
pembelajaran sahaja. Ertinya guru-guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan
“Analyze”, “Implement” dan “Evaluate” sahaja dan tertinggal dari aspek “Design”
dan “Develop”. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan semasa sesi
pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika guru
memahami kelebihan rekabentuk instruksional, guru-guru akan menggunakan model-
model yang ada di dalam rekabentuk instruksional dalam menghasilkan bahan
pengajaran. Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk instruksional adalah lebih
berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional.

2.4.5 Hasil Kajian Berkaitan

i) Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong,
Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti
Teknologi Malaysia telah dapat membuktikan terdapat perbezaan dari segi
minat dan motivasi pelajar apabila menggunakan multimedia interaktif yang
direkabentuk menggunakan model ADDIE berbanding kaedah kuliah. Hasil
kajian mendapati, pelajar yang mempelajari Matematik dibantu dengan
multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE
mendapat pilihan pelajar yang lebih tinggi berbanding mempelajari Matematik
secara kaedah kuliah.

ii) Menurut Merrill dan Wilson (2007) Teknologi instruksional akan menjadi
lebih saintifik kerana melibatkan kajian, teori dan hipotesis. Melalui pendapat

16
ini dapat dibuat andaian bahawa guru-guru pada masa depan bukan sahaja
perlu menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi
instruksional, malahan bahan tersebut perlu dibuat kajian saintifik supaya
dapat dibuktikan keberkesanannya.

2.5 Kesimpulan

Penekanan yang serius terhadap teknologi instruksional dalam proses pembelajaran


dan pengajaran ini perlu dilakukan. Jika perkara ini dipandang ringan kita akan ketinggalan
jauh dari segi pendidikan berbanding negara-negara lain. Memang tidak dapat dinafikan
penggunaan teknologi instruksional dapat menjadikan pelajar memahami sesuatu topik
dengan lebih cepat dan menghasilkan pencapaian yang lebih baik. Malahan pada masa
hadapan apabila teknologi 3D dan virtual semakin berkembang iaitu melibatkan deria
penglihatan, bunyi, rasa, bau, dan sentuhan akan menyebabkan berlakunya revolusi dalam
pendidikan. Pada era tersebut, sudah tentunya penggunaan buku teks menjadi tidak lagi
releven dan pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia ke arah itu.

RUJUKAN

Abdul Latif, G. (2006). Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan. Tanjung Malim:
UPSI.

Abdul Rahim, S. (1992). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

17
Abdullah, S. dan Miskon S. (1998). Panduan Teknologi Pendidikan. Selangor: Penerbit
Progressive Products Supply.

Hashim, Y.(1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Hashim,Y.(1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti.

Rashid, R. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Shahbuddin, H. dan Rohizani, Y. (2007). Pedagogi Strategik dan Teknik Mengajar yang
Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Yusup, H. (2002). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

18

You might also like