You are on page 1of 41

AA10103 PENGANTAR ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI I

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM SOSIOLOGI

• Sains terbahagi kepada 2 – Sains semulajadi yang mengkaji fenomena fenomena


fizikal dan biologi ; kedua sains kemasyarakatan yang mengkaji pelbagai aspek
tingkah laku manusia.

• Kaedah penyelidikan sains sosial sama dengan kaedah sains fizikal yang berasaskan
penyelidikan yang sainstifik dan sistematik.

• Bezanya: Sains fizikal bahan kajiannya – bahan-bahan fizikal.

• Sosiologi bahan kajiannya – manusia dan tingkah lakunya.

• Pemerhatian dalam sains bersifat objektif, begitu juga dalam sains sosial.

• Setiap penelitian tidak boleh dipengaruhi oleh kepercayaan, nilai, kepentingan


tertentu mahupun kehendak seseorang pengkaji.

• Objektiviti bermakna kebolehan melihat dan menerima faktor yang sedia ada dan
bukannya mengikut apa yang diharapkan akan berlaku.

• Pemerhatian yang saintifik dibuat dengan keadaan yang terkawal.

• Ahli sains, makmal paling popular, bagi ahli sosiologi kawalan pembolehubah seperti
umur, jantina, agama, pendidikan, pendapatan dll sangat berguna untuk
dihubungkaitkan supaya dapat menentukan hasil dan kesimpulan yang akan dibuat
oleh penyelidik.

• Setiap hasil kajian perlu direkodkan dan dilaporkan dengan baik – supaya dapat
memberi faedah dan rujukan kepada pihak yang berkepentingan dan juga pengkaji
yang berikutnya.

• Kebanyakan penyelidik adalah pakar dalam bidangnya, agar dapat menggunakan


kaedah penyelidikan yang paling tepat untuk menjalankan penyelidikannya.

Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif & Penyelidikan Kualitatif

Ciri-Ciri Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan Kualitatif


Kaedah • Positivis • Interpretif
• Eksperimental • Penghuraian
• Data numerik • Kajian lapangan
• Ujian statistik • Kajian sejarah
Konsep utama • Pembolehubah/variable • Makna
• Operasional • Esei
• Hipotesis • Pemahaman
kebolehpercayaan • Pembentukan
• Kesahan fenomena
• Signifikan • Konteks
Bidang kajian • Sains asas • Antropologi
• Kejuruteraan • Sejarah
• Perindustrian • Sosiologi
• Psikologi • Kemasyarakatan
• Sains politik • Linguistik
• Ekonomi
• Pendidikan
Tujuan • Menguji teori • Melengkapkan teori
• Membina fakta • Meningkatkan
• Menunjukkan kefahaman
perbezaan • Menghuraikan
• Menunjukkan kenyataan
perhubungan • Menyatakan
• Meramalkan tingkah kejadian semulajadi
laku • Menerangkan
• Menerangkan kejadian kejadian secara
secara statistik verbal
Reka bentuk • Eksperimental • Pemerhatian
kajian • Temubual berstruktur • Pemerhatian peserta
• Pemerhatian berstruktur • Temubual tidak
• Tinjauan berstruktur
• Rujukan maklumat
dokumentasi
• Kajian kes
Sampel • Saiz sampel besar • Saiz sampel kecil
• Kaedah persampelan • Persampelan bukan
kebarangkalian kebarangkalian
• Pemilihan rawak • Pemilihan bertujuan
• Kumpulan kawalan
• Berlapis
Data • Kuantiti • Penghuraian
• Bilangan deskriptif
• Pengukuran • Nota pandangan
• Statistik • Catatan verbal
• Rakaman
pemerhatian/
temubual
• Maklumat daripada
bahan dokumentasi
Analisis data • Deduktif • Tertutup
• Statistik • Jangka masa
panjang
• Mendalam

Proses penyelidikan yang sistematik


Prosedur Penyelidikan
1. Permasalahan kajian
• Masalah kajian adalah isu yang timbul – sebagai penggerak dan pendorong untuk
melakukan kajian ke atasnya.
• Masalah kajian amat penting – menjadi faktor pertimbangan utama sama ada kajian
perlu dilakukan atau tidak.
• Permasalahan kajian dapat dikenal pasti melalui – tujuan kajian, pernyataan masalah
kajian dan soalan kajian.
• Masalah kajian dinyatakan dalam tajuk kajian.
• Tajuk kajian – satu ayat ringkas mengenai masalah kajian yang merangkumitujuan,
pembolehubah, populasi dan jenis kajian.
a. Sumber masalah kajian
• Minat dan pengalaman.
• Teori yang dipraktikkan.
• Replika kajian lepas.
• Hasil kajian lepas yang bercanggah.
Objektif kajian
• Objektif merujuk kepada apa yang akan dilakukan dalam kajian.
• Objektif berbeza dengan matlamat.
• Matlamat adalah jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses.
• Objektif pula lebih khusus – biasanya digunakan untuk mencapai matlamat.
• Objektif penyelidikan merupakan tujuan khusus yang perlu dicapai bagai
menyelesaikan sesuatu masalah.
. Rujukan Bahan literatur
• Bahan-bahan bertulis yang telah dilakukan oleh penyelidik lain berkaitan dengan
kajian.
• Buku, artikel, kertas kerja, tesis dll.
• Bahan yang dirujuk perlu menjelaskan apakah penemuan yang pernah dilakukan oleh
orang lain.
• Menjelaskan bagaimana kajian tersebut telah dilaksanakan supaya membolehkan kita
menggunakannya sebagai panduan dalam melakukan penyelidikan.
Reka bentuk kajian
• Reka bentuk kajian boleh dijelaskan sebagai metodologi kajian.
• Teknik penyelidikan atau alat yang digunakan untuk pengukuran dan pengumpulan
data dalam sesuatu penyelidikan.
• Tentukan skop kajian, kawasan kajian,
• Menentukan kaedah penyelidikan yang akan digunakan.
Instrumen
• Alat penyelidikan yang akan digunakan – soalselidik, rakaman perbualan
6. Pengumpulan Data
• Data primer
• Data sekunder
6. Analisis Data
7. Hasil Kajian

PERSPEKTIF DAN TEORI UTAMA DALAM SOSIOLOGI – BAHAGIAN 1


• Sosiologi membawa perspektifnya tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku
sosial.
• Dalam pengkajian disiplin sosiologi terdapat theoritical approaches yang berbeza
dalam meneliti dan menganalisis tingkah laku manusia.
• Berdasaarkan pendekatan ini ahli-ahli sosiologi akan membentuk teori-teori untuk
menerangkan sesuatu bentuk tingkah laku.
Apa yang dikatakan teori (Teori Sosiologi)
• Sosiologi bukan semata-mata hanya pengumpulan data.
• Sosiologi ingin mengetahui mengapa sesuatu perkara itu berlaku.
• Untuk memahaminya kita perlu belajar untuk membentuk atau membina explainatory
theory.
• Teori diperlukan untuk membantu kita make sense banyak fakta yang kita temui.
• Tanpa pendekatan teoritikal, kita tidak tahu apa yaang perlu dilihat apabila kita
memulakan penyelidikan ataupun apabila menterjemahkan/menjelaskan penemuan
kajian.
• Ahli sosiologi membuat penyelidikan dan memperoleh data dan maklumat berhubung
sesuatu fenomena.
• Maka wujudlah konsep-konsep yg dapat menerangkan fenomena yang dikaji.
• Akhirnya satu teori dapat dirumuskan dan dibentuk dan ini menjadi kenyataan.
• Kenyataan yang mempunyai hubung kait antara konsep dan fakta.
• Oleh itu teori adalah penerangan yang saintifik tentang sesuatu fenomena.
• Merton (1968) mendefinisikan teori sosiologi sebagai himpunan andaian yang saling
kait mengait secara lojik dan daripadanya keseragaman empirik dapat dirumuskan.
• Pengertian umumnya – teori sosiologi adalah satu set andaian tentang masyarakat,
fenomena sosial dan tingkah laku manusia.

Tokoh-tokoh Awal Sosiologi


• Latar belakang sosiologi bermula semasa Revolusi Perancis dan pertengahan abad 18,
revolusi industri di Eropah.
• Kemusnahan cara hidup tradisional memyebabkan para pemikir cuba menjelaskan
mengapa ianya berlaku dan implikasi yang akan terjadi.
• Oleh itu para sarjana cuba membentuk pemahaman baru terhadap perubahan sosial
yang cuba menjelaskan mengapa struktur masyarakat sedemikian rupa, bagaimana
dan mengapa masyarakat berubah.
Auguste Comte
• Lahir di selatan Perancis (1798-1857) mendapat pendidikan di sekolah elit di Paris –
bidang pengajiannya metamatik dan sains natural.
• Memulakan istilah sociology, dikenali sebagai The father of Sociology, bukunya
Cours de Philosophy Positive.
• Beliau berpendapat – sejarah manusia mengikut satu susunan yang mematuhi
hukuman tertentu.
• Evolusi masyarakat akan disertai dengan kemajuan yang mewujudkan perkembangan
intelek.
• Comte terkenal kerana hukum Law of Human Progress. Menekankan 3 peringkat
perkembangan teori, iaitu:
• Peringkat keagamaan atau teologi ‘theological’.
• Peringkat metafizik atau abstrak.
• Peringkat saintifik atau posiitif.
• Peringkat teologi – peristiwa yang berlaku diterangkan melalui supernatural.
• Peringkat metafizik – tidak jauh berbeza dengan pertama, kecuali dewa dan semangat
yang bersifat perseorangan yang telah membawa kepada kepercayaan kepada
semangat yang abstrak.
• Peringkat saintifik – memerhatikan alam secara objektif.
• Comte menjelaskan seperti dalam kaedah sains, sosiologi juga boleh menggunakan
kaedah sains untuk menerang dan memahami The Law of Progress dan The Social
Order.
• Menurutnya masyarakat mempunyai satu bentuk struktur yang mengandungi
bahagian-bahagian yang bersangkutan dan berkembang dari bentuk yang mudah ke
bentuk yang kompleks melalui proses evolusi.
• Begitu juga perkembangan masyarakat bermula peringkat ketenteraan, ke undang-
undang dan ke perindustrian.
Emile Durkheim
• Penulis yang agak radikal dari Perancis (1858-1917), ahli sosiologi yang meletakkan
dasar-dasar sosiologi moden.
• Banyak menulis tentang cara sosiologi, pengetahuan dan sosiologi agama,
pembahagian kerja dan bunuh diri, pendidikan dan moral.
• Hasil Karyanya yang terkenal The Division of Labour in Society, Rules of Sociology
Method, Suicide dan The Elementary Forms of Religions Life.
• Pelopor kaedah-kaedah sosiologi menerusi kajian yang sistematik & menggunakan
statistik membuktikan hipotesis
• Kaedah penyelidikan yang diciptanya menjadi panduan asas ahli-ahli sosiologi moden
membuat penyelidikan.
• Teori fungsional idea beliau dalam bukunya The Division of Labour in Society –
berpendapat dalam semua masyarakat terdapat beberapa aktiviti yang dianggap lebih
penting daripada aktiviti lain, bertujuan mencapai pembangunan.
• Organic Solidarity – bermaksud hubungan sosial dalam masyarakat perindustrian
berdasarkaan saling pergantungan antara individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti
pengkhususan.
• Mechanical Solidarity – bermaksud bentuk hubungan sosial dalam masyarakat
praindustri yang kecil berdasarkan persepsi bahawa individu didalamnya adalah sama
dan akan hidup bersama.
• Baginya, fenomena sosial adalah fakta sosial yang mempunyai perbezaan dari segi
ciri-ciri sosial.
• Beliau mendefinisikan fakta sosial sebagai satu cara bertindak sama ada tetap atau
tidak, yang mempunyai satu paksaan luar, atau satu cara bertindak yang umum dalam
sesuatu masyarakat, yg wujud dgn sendirinya iaitu bebas daripada manifestasi
individunya.
Karl Marx
• Dilahirkan di Jerman (1818-1883) belajar dikolej berprestij tinggi dan banyak
menyumbang dalam bidang falsafah.
• Karyanya yg terkenal The Communist Manifesto.
• Memberi sumbangan dalam bidang sosiologi dengan mengutarakan pemikiran teori
tentang kelas sosial dan ekonomi.
• Dikaitkan dengan teori konflik – menyatakankuasa yang terdapat pada kerajaan
adalah melalui paksaan.
• Konflik dalam masyarakat berpunca daripada kegiatan ekonomi yg terdapat 2
golongan yg sering bertentangan.
• Golongan kapitalis (borjuis) dan golongan pekerja (proletariat).
• Dalam masyarakat kapitalis, golongan yang mengawal pengeluaran ekonomi adalah
golongan borjuis dan golongan pekerja – hubungan mereka menurut Marx sebagai
hubungan kelas dominan dengan subdominan.
• Marx percaya keadaan ekonomi di kalangan pekerja akan membawa kesedaran ke
atas diri pekerja itu sendiri – membawa kesedaran jika mereka bergabung tenaga
menentang kelas sistem kapitalis serta menubuhkan sistem sosialis.
Max Weber
• Ahli sejarah sosial berbangsa Jerman dilahirkan dalam keluarga Protestant (1864-
1920).
• Menulis tentang isu-isu dalam bidang sosial dan ekonomi yang dihadapi masyarakat
seperti agama, birokrasi, kelas, status dan kuasa, undang-undang serta kaedah
penyelidikan.
• Karyanya yang terkenal – The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism, The
Sociology of Hinduism and Buddhism, Theory of Social and Economic Organisation
dan Methodology of the Social Sciences.
• Sumbangannya dlm sosiologi – membincangkan konsep kelas sosial, social action
dan birokrasi.
• Beliau menggariskan ciri-ciri birokrasi bersifat unggul:
• Pembahagian tugas menurut undang-undang.
• Struktur formal susunan organisasi bersifat hierarki formal.
• Pejabat awam tempat segala fail disimpan.
• Pekerja dipilih – kelulusan akademik & profesional.
• Kakitangan bekerja sepenuh masa & tumpukan kepada perjalanan organisasi.
• Peraturan – abstark, agak stabil & perlu dipatuhi.
• Taat setia pekerja kepada peraturan & organisasi & bukan kepada mereka
yang ada di dalamnya.
Ibnu Khaldun
• Nama sebenar Abdul Rahman bin Muhammad (1332-1406) penulis Islam yang
terkenal, jarang diketengahkan Barat.
• Beliau bukan sekadar memerhati dan mengumpul bahan-bahan empirik tentang
manusia dan masyarakat, turut menganalisis data dengan sistematik sehingga beliau
diterima sebagai ahli sains sosial & bapa ilmu sosiologi.
• Memperkenalkan konsep-konsep umum tentang masyarakat sebelum munculnya ahli-
ahli sosiologi moden pada abad 19 dan 20. Antara konsep-konsepnya:
• Membuat perbandingan antara masyarakat desa dan bandar yg kemudian
diperkenalkan oleh Redfield dengan konsep folk-urban continuum.
• Memperkenalkan konsep assabiyah (solidariti sosial).
• Bukunya Muqaddimah – menyentuh sosiologi sejarah yang mehujahkan
perkaitan antara dokumentasi kejadian masa lampau.
• Memperkatakan ekonomi – aspek pengeluaran, perdagangan setempat dan
antarabangsa, perubahan harga barangan.
• Menyumbang dalam kaedah penyelidikan dalam sosiologi.

PERSPEKTIF DAN TEORI UTAMA DALAM SOSIOLOGI (BAHAGIAN II)


• Teori – untuk menerangkan pelbagai fakta dan bukti yang dikumpulkan daripada
penyelidikan.
• Contohnya: Marx menyelidik untuk menerangkan betapa dinamiknya ekonomi
kapitalis yang memberi kesan kepada masalah kemiskinan dan ketidaksamaan.
• Durkheim menyelidik untuk menyiasat sifat masyarakat industri dan proses-proses
sekularisasi.
• Weber cuba menerangkan kemunculan kapitalisme mengakibatkan terbentuknya
birokrasi moden bagi organisasi.
• Ketiga-tiga mereka memberi perhatian untuk memahami keunikan masyarakat moden
dan ke mana hala tujunya.
• Masyarakat sentiasa berubah mengikut masa. Teori-teori sosiologi bermatlamatkan
untuk memahami perubahan tersebut dan menerangkannya.
• Contohnya: Apakah kesan globalisasi terhadap sosial dan politik? Bagaimana masa
hadapan masyarakat multibudaya?
• Teori-teori dalam sosiologi penting kerana tanpa teori pemahaman kita terhadap
kehidupan sosial akan menjadi lemah.
• Teori yang baik membantu kita memahami maasyarakat dengan begitu mendalam, di
samping dapat menerangkan bagaimana perubahan sosial memberi kesan kepada
masyarakat.
• Teori middle-range – cuba menerangkan aspek spesifik dalam kehidupan sosial
masyarakat.
• Grand theory – cuba menerangkan large scale social structures atau the historical
development of modern societies.
• Adalah sukar untuk menguji grand theory bagi kajian berbentuk empirikal.
• Kemunculan dan teori sosiologi dan pengukuhan disiplin sosiologi melalui kerja-kerja
classical founders.
• 1750 European Enlightenment philosopher (1750-1800)
• 1800 Auguste Comte (1798-1857) Harriet Martineau (1802-76)
• 1850 Karl Marx (1818-83) Herbert Spencer (1820 -1903)
• 1900 Emile Durkheim (1858- 1917)
Max Weber (1864-1920)
Georg Simmel (1858-1918) Edmund Husserl (1859· 1938)
• 1930 George H. Mead (1863-1931) Alfred Schulz (1899-1959)
Chicago School (1920s) Antonio Gramsci (1891-1937)
• 1940 Talcott Parsons (1902-79)
Frankfurt School (1930)
Simone de Beauvoir (1908-86)
• 1950 Robert Merton (1910-2003)
• 1960 Erving Goffman (1922-82)
Betty Friedan (1921-2006)
Howard Becker (1928- )
Harold Garfinkel (1917-) Norbert Elias (1897-1990)
• 1970 Jurgen Habermas (1929-)
Michel Foucault (1926-84)
• 1980 Pierre Bourdieu (1930-2002) Immanuel Wallerstein (1930-)
Jean Baudrillard (1929-2007)
• 1990 Anthony Giddens(1938-) Ulrich Beck(1944-) Judith Butler(1956-)
Vandana Shiva (1952-) Zygmunt Bauman (1925-)
2000 Manuel Castells (1942- )
Key:
Selected theorists associated with or inspired by the different sociological perspectives are
identified thus:
 Philosophical thinkers
• Functionalism
• Marxism
• Interactionism
• Feminism
• Postmodernism/poststructuralism
• Theoretical syntheses
 
Fig 1: Chronology of major sociological theorists and schools, 1750-2000
• Enlightenment philosopher
– perkembangan pengetahuan berunsur reliabiliti dalam sains semulajadi, khususnya
astronomi, fizik dan kimia, menunjukkan jalan dalam pengkajian kehidupan sosial
masyarakat.
• Comte (Positivism)
• Pendekatan positivist yg berdasarkan prinsip pemerhatian langsung (direct
observation
• Percaya apa yang dilihat sebagai predictive power of the natural science. Ramai ahli
sosiologi menolak Comtean positivism.
• Sains melalui 3 peringkat – theological (agama), metaphysical (falsafah) dan positive
(sainstifik) – setiap peringkat menunjukkan bentuk pembangunan mental manusia.
• Herbert Spencer (Social evolution)
• Antara sarjana pertama mempersoalkan Comte
• Masyarakat tertakluk kepada evolusi sosial yang membawa pembentukkan structural
differentiation – bermula dengan simple societies dan terus berkembang mengikut
peredaran masa menjadi complex societies – functional adaptation – iaitu bagaimana
masyarakat menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya.
• Beliau juga turut dipersoalkan.
• Karl Marx (The capitalist revolution)
• Dengan sekutunya Friedrich Engels mencari pemahaman saintifik tentang
masyarakat.
• Analisis Marx tentang kapitalisme adalah teori tentang konflik kelas dalam
masyarakat.
• Grand theory Marx menjadi asas pembentukkan kajian penyelidikan selepasnya dan
menjadi perkembangan teoritikal dalam sosiologi dan sains sosial.
• Ide Marxist juga menjadi asas pembentukkan pergerakkan2 politik dan kerajaan pada
abaad ke 20, termasuklah regim komunis mantan USSR, Eropah Timur, Cuba,
Vietnam dan China.
• Perspektif teoritikal Marx kadangkala merujuk kepada historical materialist atau
lebih tepat sebagai materialist conception of theory.
• Bermaksud Marx menentang doktrin falsafah yang mengatakan perkembangan
persejarahan masyarakat dipacu oleh idea-idea abstrak, seperti kebebasan dan
demokrasi.
• Menurut Marx, apa yang penting adalah bagaimana manusia bekerja secara kolektif
untuk menghasil sesuatu dalam kehidupan – bgm mereka menghasil makanan, tempat
tinggal dan keperluan yang lain.
• Zaman dahulu small-scale kumpulan manusia wujud tanpa mempunyai sistem
pemilikan harta – semua sumber milik kumpulan dan tiada pembahagian kelas
berlaku – primitive communism.
• Di bawah kapitalisme terdapat pembahagian masyarakat kepada pemilik harta
(kapitalis atau bourgeoisie) dan pekerja (proletariat).
• Tidak seperti ide primitive communism, modern communism mendatangkan banyak
faedah dan highly productive capitalist system dengan prinsipnya from each,
according to his ability, to each, according to his need (Marx 1875).
• Teori kapitalisme Marx sangat penting untuk sosiologi. Bagi Marx Theory of
Industrialism hanya menekankan kepentingan pembangunan industri adalah untuk
usahawan kapitalis
• Bagi Marx kilang, pejabat, komputer, robot, internet adalah merupakan produk bagi
hubungan sosial yang menyebabkan timbulnya konflik – capitalistic social
relationships – new structural social relationship.
• Konsep mode of production (kaedah/cara pengeluaran) adalah berteraskan prinsip-
prinsip komunisme yang dibawanya.
• Karl Marx (The capitalist revolution)

• Dengan sekutunya Friedrich Engels mencari pemahaman saintifik tentang


masyarakat.

• Analisis Marx tentang kapitalisme adalah teori tentang konflik kelas dalam
masyarakat.
• Grand theory Marx menjadi asas pembentukkan kajian penyelidikan selepasnya
dan menjadi perkembangan teoritikal dalam sosiologi dan sains sosial.

• Ide Marxist juga menjadi asas pembentukkan pergerakkan2 politik dan


kerajaan pada abaad ke 20, termasuklah regim komunis mantan USSR, Eropah
Timur, Cuba, Vietnam dan China.

• Perspektif teoritikal Marx kadangkala merujuk kepada historical materialist


atau lebih tepat sebagai materialist conception of theory.

• Bermaksud Marx menentang doktrin falsafah yang mengatakan perkembangan


persejarahan masyarakat dipacu oleh idea-idea abstrak, seperti kebebasan dan
demokrasi.

• Menurut Marx, apa yang penting adalah bagaimana manusia bekerja secara
kolektif untuk menghasil sesuatu dalam kehidupan – bgm mereka menghasil
makanan, tempat tinggal dan keperluan yang lain.

• Zaman dahulu small-scale kumpulan manusia wujud tanpa mempunyai sistem


pemilikan harta – semua sumber milik kumpulan dan tiada pembahagian kelas
berlaku – primitive communism.

• Di bawah kapitalisme terdapat pembahagian masyarakat kepada pemilik harta


(kapitalis atau bourgeoisie) dan buruh (proletariat).

• Tidak seperti ide primitive communism, modern communism mendatangkan


banyak faedah dan highly productive capitalist system dengan prinsipnya from
each, according to his ability, to each, according to his need (Marx 1875).

• Teori kapitalisme Marx sangat penting untuk sosiologi. Bagi Marx Theory of
Industrialism hanya menekankan kepentingan pembangunan industri adalah
untuk usahawan kapitalis

• Bagi Marx kilang, pejabat, komputer, robot, internet adalah merupakan produk
bagi hubungan sosial yang menyebabkan timbulnya konflik – capitalistic social
relationships – new structural social relationship.

• Konsep mode of production (kaedah/cara pengeluaran) adalah berteraskan


prinsip-prinsip komunisme yang dibawanya.

• Marx mengetengahkan pemikiran teori tentang kelas sosial dan ekonomi yang
dikaitkan dengan Teori Konflik.

• Melalui Teori Konflik Marx berpendapat kuasa yang terdapat pada pemerintah
adalah melalui paksaan.
• Konflik yang wujud dalam masyarakat berpunca daripada kegiatan ekonomi
dua golongan yang saling bertentangan – golongan kapitalis (borjuis) dan
golongan buruh (proletariat).

• Golongan Kapitalis (borjuis) mengawal pengeluaran ekonomi dan golongan


buruh yang menghasilkan barangan (cth – pemilik kilang dan pekerja)

• Marx melihat hubungan dua golongan ini sebagai hubungan antara kelas
dominan dan subdominan.

• Golongan borjuis dianggap menindas golongan bawahan dan mereka sentiasa


berkonflik.

• Bagi Marx buruh sedar mereka ditindas dan ini akan membawa kepada
penentangan sistem kapitalis dan menubuhkan sistem sosialis

BUDAYA DAN MASYARAKAT

Pengertian Masyarakat
• Masyarakat didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tinggal bersama dalam
satu kawasan untuk tempoh tertentu.
• Kelompok manusia ini juga mempunyai kegiatan ekonomi,nilai-nilai dan norma-
norma serta mempunyai peraturan-peraturan tertentu.
• Setiap masyarakat mempunyai budaya dan identiti tertentu yang terbentuk melalui
proses sosialisasi.
• Rumusnya, masyarakat merangkumi individu-individu atau kelompok manusia yang
berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam
satu kawasan tertentu dan bersatu dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan
daripada kumpulan manusia yang lain.
• Ciri-ciri masyarakat:
• Wujud jaringan hubungan.
• Ianya berasaskan interaksi sosial.
• Wujud kesedaran untuk bekerjasama di kalangan ahli dalam masyarakat.
• Masyarakat hanya wujud jika manusia bertingkah laku.
• Masyarakat adalah individu kompleks yang saling bergantung di antara satu
individu dengan yang lain. Tanpa individu, kita tidak boleh bayangkan
kewujudan masyarakat begitu juga sebaliknya tanpa masyarakat kita tidak
boleh bayangkan kewujudan individu.
Masyarakat Daripada Perspektif Sosiologi
• Perspektif Sosiologi, terdapat dua konsep penting tentang masyarakat yang di
perkenalkan oleh Ferdinand Tonnies (1855-1936) iaitu
• Gemeinschaft
• Gesellschaft
• Konsep ini merujuk kepada jenis-jenis masyarakat, susunan sosialnya (bentuknya)
dan juga hubungan-hubungan sosial yang terdapat dalam masyarakat tersebut.
Gemeinschaft
• Ianya juga dikenali sebagai the society of tradition yang merujuk kepada sistem sosial
di mana perhubungan ahli-ahlinya berbentuk dan berasaskan ikatan kekeluargaan dan
bersifat personal.
• Ciri-ciri utama gemeinschaft adalah:
• Ahli-ahlinya mempunyai hubungan yang rapat dan bersemuka.
• Individu dalam kelompok dikumpulkan melalui perkongsian idea yang sama
dan ingin mencapai matlamat yang sama seperti ikatan keagamaan.
• Setiap individu dalam kumpulan akan berkongsi untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti yang diperlukan termasuklah dalam kegiatan ekonomi (sifat saling
membantu di antara satu sama lain yang seterusnya menguatkan lagi ikatan di
kalangan ahli-ahli).
Gesellschaft
• Ianya juga dikenali sebagai the society of contract di mana hubungan di kalangan
ahli-ahli dalam masyarakat ditentukan oleh perhubungan yang jelas berasaskan
perjanjian dan lebih berbentuk formal.
• Ciri-ciri utama gesellschaft adalah:
• Hubungan antara ahli tidak ada ciri-ciri kemesraan seperti dalam masyarakat
gemeinschaft (sebab iakatan berasaskan perjanjian).
• Perhubungan sosial yang dibentuk bersifat khusus dan impersonal. Bermakna
interaksi ahli-ahlinya adalah individualistik dan saling tidak percaya. Interaksi
dan tanggungjawab berasaskan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian
yang dipersetujui.
• Wujudnya pembahagian tugas dan peranan khas yang perlu dipenuhi oleh
individu untuk mencapai matlamat orgnisasi.
• Setiap tingkah laku dibentuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan
sebagai satu unit kawalan sosial.
• Individu dalam masyarakat saling bersaing antara satu sama lain dan
persaingan ini untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggungjawab
berdasarkan perjanjian. Ini menjadikan mereka lebih bersifat individualistik.
• Kedua-dua bentuk masyarakat ini dibezakan berdasarkan kepada hubungan sosial
yang terdapat dalam kedua-dua masyarakat ini.
• Lazimnya masyarakat berbentuk gemeinschaft akan berubah ke bentuk gesellschaft
apabila berlakunya proses perindustrian di kawasan tersebut sehingga terbentuknya
masyarakat yang bersifat lebih kompleks.
Tiga Peringkat Bentuk Masyarakat
• Terdapat tiga peringkat bentuk/ jenis masyarakat iaitu:
• Masyarakat berburu dan meramu (hunter and gatherer).
• Masyarakat bertani.
• Masyarakat industri.
Masyarakat Berburu Dan Meramu
• Aktiviti ekonomi utama, memburu dan mengumpuil makanan di hutan.
• Aktiviti ekonomi untuk sara diri/ kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja.
• Tidak ada lebihan makanan (surplus), makanan adalah untuk secukup hidup.
• Unit sosial yaang penting adalah isi rumah dan klan yang berasaskan ikatan
kekeluargaan dan persanakan.
• Saiz klan dalam lingkungan 50 orang dan cenderung untuk berpindah randah.
• Penentuan dalam pembahagian tenaga kerja adaalah ringkas; berasaskan umur dan
jantina.
• Ahli memiliki sedikit harta.
Masyarakat Bertani
• Kewujudan masyarakat ini berkait rapat dengan revolusi dalam pertanian dan
pengeluaran yang efisien disebabkan adanya teknologi yang lebih baik.
• Masyarakat bertani juh lebih maju berbanding masyarakat berburu dan meramu.
• Masyarakat bertani pandai menternak binatang, menggunakan peralatan daripada
logam, menggunakan roda dan berpengetahuan tentang sistem pengairan & baja.
• Kemajuan dalam penggunaan teknologi menjadikan ahli-ahlinya lebih bebas untuk
mengusahakan pertanian.
• Masyarakat ini ramai yang tidak terikat secara langsung dengan tanah tetapi bertumpu
di pusat bandar dan akhirnya membawa kepada pembahagian buruh yang kompleks.
• Ramai yang berpeluang menikmati teknologi lebih baik, terlibat dalam perdagangan,
boleh membaca dan menulis, mengenali sains dan seni.
• Aktiviti ekonomi masyaarakat lebih khusus dan wujud pelbagai pekerjaan telah
mewujudkan ketidakseimbangaan yang lebih luas dalam masyarakat.
• Wujud sistem kelas yang kompleks. Terdiri daripada pedagang, tentera, sarjana,
pegawai, raja dan golongan petani miskin yang bergantung kepada tenaga semata-
mata (tulang empat kerat). Golongan petabi ini menurut Sjoberg (1960) adalah 90%
daripada populasi masyarakat jenis ini.
• Penggunaan kuda dan roda menjadikan bidang teknologi ketenteraan lebih maju dan
efisien.
• Ketenteraan digunakan untuk mendapaatkan lebihan makanan menerusi penaklukan
ke atas orang yaang lebih lemah.
• Contoh kerajaan Rome yang berjaya menakluki sebahagian besar Eropah untuk
menyokong kehidupan masyarakat elit di Itali.
Masyarakat Industri
• Kewujudan masyarakat industri bermula ekoran daripada berlakunya revolusi industri
di Eropah Barat.
• Penggunaan tenaga elektrik dan gas menggantikan tenaga manusia dan binatang telah
menyebabkan pertumbuhan pesat dalam pengeluaran tidak sahaja barangan tetapi juga
pengetahuan dan teknologi.
• Masyarakat pertanian telah berubah dan mula terlibat dalam pengeluaran industri
dengan bekerja di kilang-kilang.
• Wujud ekonomi pasaran, sistem perbankan, insuran dan perkhidmatan.
• Karektor politik, sosial dan ekonomi telah berubah dengan perkembangn
perindustrian.
• Bidang-bidang baru dalam pendidikan, misalnya kewujudan sains, perubatan dan
sukan.
Takrifan Budaya
• Menurut Edward B.Taylor (1871), budaya merujuk kepada keseluruhan kehidupan
manusia yang kompleks, meliputi pengetahuan, sistem kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, kebiasaan dan lain-laain kemahiran yaang dimiliki manusia sebagai
aahli masyarakat.
• Justeru itu, daripada perspektif sosiologi, budaya merujuk kepada keseluruhan cara
hidup ahli dalam sesuatu masyarakat dan bukannya terhad kepada peradaban atau
tamadun yang dicapaai oleh manusia semata-mata.
• Budaya merangkumi nilai-nilai, simbol, kepercayaan yang dipegang oleh anggota
masyarakat dan norma-norma yang mereka ikuti (dikenali sebagai budaya bukan
kebendaan) serta peralatan dan bahan yang dicipta oleh manusia (dikenali sebagai
budaya berbentuk kebendaan) untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti
makanan, tempat tinggal dan tempat kerja.
Ciri-Ciri Budaya
• Setiap budaya mengalami perubahan
• Tidak ada budaya yang statik, kaku mahupun rigid.
• Perubahan dan pengubahsuaian ini didorong oleh keperluan untuk memenuhi
kehidupan masyarakat dari masa ke semasa.
• Budaya adalah elemen hidup yaang dipelajari
• Budaya dipelajari menerusi proses sosialisasi untuk membolehkan individu
menjadi anggota dalam masyarakat.
• Proses pembelajaraan ini (sosialisasi) menanamkan nilai dan norma yang
dipentingkan dalm masyarakat.
• Proses pembelajaran ini berterusan dan tidak pernah berhenti sehingga
individu itu meninggal dunia.
• Amalan budaya dikongsi bersama
• Setiap elemen budaya dikongsi bersama oleh sesuaatu kelompok masyarakat
tersebut.
• Perkongsian simbol, bahasa dan norma misalnya, difahami oleh ahli-ahli
masyarakat itu.
• Budaya mempunyai nilai-nilai integratif
• Maksudnya budaya berperanan mengintegrasi ataau menyatupadukan ahli-ahli
dalam masyarakat tersebut.
• Contoh bendera Malaysia – semua ahli masyaraakaat tanpa mengira kumpulan
etnik dan parti politik menghormati bendera Malaysia.
Oleh itu, budaya bermaksud bagaimana individu dalam masyarakat memberi tafsiran
terhadap budayanya dan budaya masyarakat lain.
• Terdapat tiga tindakbalas/takrifan budaya ini.
• Etnocentrism
Konsep etnosentrisme telah diutarakan oleh William G.Summer. Etnosentrisme
merujuk kepada anggapan individu bahawa setiap aspek amalan budayanya dianggap lebih
baik atau terbaik berbanding dengan budaya orang lain.
Selain itu, individu juga mengukur budaya orang lain berdasarkan kaayu ukur
budayanya sendiri.
Ringkasnya, konsep ini merujuk kepada kecenderungan individu mengandaikan budaya
masyarakatnya lebih baik berbanding drp budaya masyarakat lain. Cth – makan guna tangan
vs chopstick, masuk rumah pakai kasut vs buka kasut dll.
• Xenocentrism
Konsep ini bertentangan dengan konsep etnocentrism. Individu mempunyai
kepercayaan atau menganggap budayanya (material atau non material) adalah inferior (lebih
rendah) dan kolot berbanding dengan budaya lain.
Dalam erti kata lain, konsep ini memandang rendah budaya sendiri sehingga ada
ahlinya yang enggan mengamalkan budaya tersebut. Contohnya, kecenderungan
menggunakan bahasa Inggeris sebab menganggap bahasa Melayu tidak maju, pakaian jenama
dll.
• Relativisme Budaya (Cultural Relativism)
Konsep relativisme budaya memberi alternatif/pilihan kepada individu untuk
menerima kelebihan atau kekurangan budaya lain.
Maksudnya, kita tidak melihat bahawa budaya kita lebih baik dan lebih maju daripada
budaya masyarakat lain. Konsep ini menganjurkan kita memandang dan mentakrifkan
tingkah laku individu daripada perspektif budaya individu itu sendiri.
Penekanan kepada konsep neutrality menjadi asas kepada pemahaman budaya orang lain dan
tidak menolak sesuatu budaya sebagai aneh, kolot atau exotic jika ia berbeza dengan amalan
budaya kita. Contoh, poligami mesti dilihat dripada perspektif Islam dan bukannya dilihat
daripada perspektif Kristian.

Proses sosialisasi DAN pembentukkan identiti


Belajar untuk menjadi manusia:
Semulajadi vs Asuhan/Didikan
Adakah kita dilahirkan secara semulajadi sebagai seorang yang betoleransi dan
berkerjasama?
Atau
Dilahirkan dengan kecenderungan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan
agresif?
Contoh-contoh yang menunjukkan bahawa manusia perlu dididik untuk menjadi/membentuk
siapa diri mereka.
Children Raised in Isolation – Appelbaum & Chamliss (1997) mengetengahkan kisah Genie,
kanak-kanak yang dibesarkan secara terasing selama 12 tahun pertama hidup beliau. Kanak-
kanak ini dikurung dan hanya berjumpa dengan ibu dan bapanya pada waktu makan sahaja.
Kanak-kanak ini gagal membentuk kemahiran sosial.
Feral Children – Appelbaum & Chamliss (1997) mengetengahkan kisah Victor (7 tahun)
yang ditemui di kawasan pedalaman di Perancis yang hidup dalam wild area. Kanak-kanak
ini memiliki kemahiran sosial yang agak terbatas dan tidak boleh bercakap.
Institutionalized children – Rene Spitz (1945) menyelidik kanak-kanak yang dipisahkan
daripada ibu bapa mereka sejak bayi lagi. Ada yang ditempatkan di rumah keluarga angkat
dan nusery. Di nusery bayi tiada keluarga dan seolah-olah dalam persekitaran semulajadi.
Mereka menderita dan lebih satu pertiga meninggal dunia. Ramai yang mengalami masalah
fizikal, mental dan sosial.
The Harlow Study – Kepenting persekitaran sosial telah ditemui oleh Harry & Margaret
Harlow dalam penyelidikannyaa terhadap bayi monyet.Harlow mengasingkan bayi monyet
daripada ibunya sebaik sahaja ianya lahir. Bayi monyet dibekalkan semua keperluan
makanan dll tetapi tidak dibenarkan berhubung dengan monyet-monyet yang lain.
Penemuannya menunjukkan pembesaran yang terasing akan menyebabkan tingkahlaku yang
tidak normal.
Sosialisasi: Suatu Pentakrifan
• Sosialisasi adalah proses mempelajari dan menanamkan ciri-ciri budaya yang
dipersetujui bersama oleh ahli masyarakat tentang cara berfikir dan berkelakuan,
peraturan dan kehendak serta matlamat yang ingin dicapai oleh budaya/masyarakat
tersebut.
• Proses sosialisasi secara langsung membolehkan individu menyesuaikan diri dan
menjadi anggota dalam sesuatu masyarakat serta mengetahui peranannya dalam
masyarakat tersebut.
• Sosialisasi Melibatkan pengakuan terhadap peraturan-peraturan masyarakat dan
berusaha untuk menyukai budaya yang dipegang oleh ahli masyarakat sehingga ia
menjadi sebahagian daripada norma dan nilai hidup diri sendiri.
• Perlu diingat, bukan semua norma dan nilai diterima. Namun untuk menjadi anggota
masyarakat, kita terpaksa menyeimbangkan keinginan sendiri dengan kepentingan
masyarakat secara keseluruhannya. Dengan itu, sekiranya individu dalam budaya
yang sama tetapi membentuk personaliti yang berbeza, ini disebabkan oleh perbezaan
persekitaran sosial di mana individu tersebut dibesarkan dan perbezaan daripada segi
biologi atau keturunan.
Jenis-Jenis Sosialisasi
• Sosialisasi Asas (Primary Socialization)
Proses seorang manusia mempelajari bagaimana bertingkahlaku, nilai-nilai dan
tindakan sewajarnya sesuai dengan kehendak ahli dalam budaya masyarakatnya. Cth: anak
Melayu diajar makan menggunakan tangan, Cina – chopstik dll.
• Sosialisasi Ramalan/Harapan (Anticipatory Socialization)
Menurut Appelbaum & Chamliss 1997, merujuk kepada proses di mana seseorang
“berlatih” untuk kedudukan masa depan, pekerjaan dan perhubungan sosial. Cth: pelajar
universiti mula memperagakan pakaian yang biasanya dipakai oleh pelajar universiti.
• Sosialisasi Gender dan Peranan Gender (Gender Socialization and Gender
Role)
Heslin 1999 mengatakan adalah penting dalam sosialisasi mempelajari peranan
gender. Sosialisasi gender merujuk kepada mempelajari tingkahlaku dan sikap bersesuaian
dengan jantina seseorang itu, “boys learn to be boys and girls learn to be girls”. Proses
pembelajaran ini berlaku dalam pelbagai cara melalui pelbagai agen sosialisasi.
• Pensosialisasian Semula (Resocialization)
Proses mempelajari norma, nilai, tingkah laku dan perlakuan baru. Merujuk kepada
membuang bentuk tingkah laku lama dan menerima yang baru sebagai sebahagian transisi
kehidupan. Ianya berlaku apabila individu mengalami pengalaman baru dan terdedah kepada
nilai dan norma yang berbeza drp sebelumnya.
• Pensosialisasian Semula menerusi Institusi (Total Institutions)
Sosialisasi jenis ini mempunyai keupayaan, mensosialisasikan sama ada secara
sukarela mahupun paksaan. Cth: penjara, pusat tahanan, kem tentera, hospital sakit jiwa dan
biara. Goffman (1961) menyenaraikan empat kriteria institusi yang terlibat mensosialisasikan
manusia:
• Semua aspek kehidupan dilakukan dalam tempat yang sama di bawah
satu bidang kuasa/otoriti.
• Semua aktiviti dan layanan adalah sama.
• Aktiviti harian dijadualkan mengikut peraturan formal.
Satu rancangan diwujudkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.

Agen-Agen Sosialisasi
• Keluarga
• Agen terpenting (ibu bapa, adik beradik & sanak saudara)
• Unit asas dan hampir semua orang memiliki keluarga.
• Keluarga mengajar perkara asas tentang norma dan nilai kehidupan.
• Rakan Sebaya
• Kanak-kanak/remaja dalam usia yang sama.
Kelompok yang mempengaruhi pembentukkan peribadi dan personaliti individu.
• Sekolah
• Satu proses formal kurikulum sekolah dipelajari.
• Di Malaysia sekurang-kurangnya 11 tahun bersekolah.
• Membentuk disiplin, patuh peraturan, ketepatan masa, terlibat dalam
aktiviti luar kelas.
• Peranan lelaki dan perempuan juga dibentuk menerusi tugasan, denda,
tanggungjawab dalam kelas, buku dan aktiviti ko-kurikulum (Tunas
Puteri vs Pengakap)
• Media Massa
• Media cetak mahupun elektronik.
• Unsur keganasan, muzik, keberanian dll.
Cara berpakaian dan bercakap.
• Agama
• Menjadi panduan penting dalam kehidupan masyarakat
• Doktrin yang diajar membentuk sikap dan nilai diri.
• Cthnya: konsep halal dan haram, tegahan terhadap pergaulan bebas,
hubungan sesama jantina dll.
• Tempat Kerja
• Sebahagian besar menghabiskan masa dengan bekerja (30 tahun atau
lebih).
Kajian Kohn dan Schooler (1983), cara kita bekerja akan mempengaruhi konsep diri dan
tingkah laku kita.
Rumusan
• Personaliti kita yang unik dan peranan sosial kita dipelajari menerusi interaksi kita
dengan orang lain.
• Menerusi interaksi ini, kita belajar untuk menjadi seorang manusia; belajar untuk
berjalan, menyayangi dan bercakap.
Kapasiti semulajadi tidak boleh dibangunkan atau dibentuk tanpa interaksi sosial.

STRATIFIKASI SOSIAL & STRUKTUR KELAS


PENGENALAN
• Ketidaksamaan sosial wujud dalam pelbagai bentuk dan merupakan fenomena sosial
yang bersifat sejagat.
• Ketidaksamaan sosial berlaku dipengaruhi oleh idea, kepercayaan dan nilai-nilai yang
dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat.
• Idea, kepercayaan dan nilai-nilai berfungsi sebagai kriteria untuk menilai, menyusun
taraf dan menentukan ganjaran yang berbeza kepada individu atau kumpulan sosial
yang terbentuk di antara manusia.
DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL
• Stratifikasi sosial (SS) adalah satu sistem penyusunan taraf manusia berasaskan
pewarisan kedudukan sosial.
• Ting Chew Peh (1979) mengatakan, SS merupakan proses pembezaan individu-
individu dalam masyarakat yang menyebabkan muncul hierarki yang terdiri daripada
lapisan atau strata yang berlainan kedudukan.
Pada asasnya SS adalah hasil interaksi sosial yang melibatkan keistimewaan yang berbeza
serta peluang hidup yang berlainan.
• Golongan dalam lapisan sosial yang berlainan mempunyai keistimewaan dan peluang
hidup yang berlainan.
• Percubaan awal memehami konsep SS telah dilakukan oleh Karl Marx yang cuba
menjelaskan bahawa masyarakat terbahagi kepada dua golongan yang bertentangan
kepentingan.
• Golongan tersebut adalah kelas yang ada kuasa memperoleh punca pengeluaran
(borjuis) dan kelas buruh (proletariat) yang dianggap sebagai kelas tertindas.
DEFINISI KONSEP KELAS
• Kelas adalah konsep yang mengukur kedudukan sosial manusia daripada segi
kebendaan.
• Kelas juga merupakan pembentukan sosial yang tidak dapat dipisahkan daripada
institusi ekonomi yang mengurus hal-hal seperti harta, pendapatan, kewangan,
pelaburan, agihan kekayaan, tenaga kerja dan pembahagian buruh dalam masyarakat.
• Karl Marx berpendapat, kelas terbina ekoran kedudukan atau peranan yang berbeza
dimainkan oleh individu dalam aktiviti yang membawa hasil bagi masyarakat.
• Umumnya, ketidaksamaan kelas dilihat sebagai pembentukan strata-strata atau
kedudukan ekonomi yang tidak sama rata di kalangan anggota dalam sesebuah
masyarakat.
• Ketidaksamaan kelas ini diakibatkan oleh perbezaan pemilikan kekayaan, pekerjaan
dan pendapatan.
BENTUK-BENTUK KETIDAKSAMAAN
• Ketidaksamaan Gender
• Perbezaan biologi antara jantina merupakan pembahagian yang bersifat sosial ataupun
budaya. Dalam setip masyarakat wujud anggapan-anggapan yang menghuraikan ciri-
ciri sosial lelaki dan wanita.
• Dalam sosiologi, konsep gender digunakan untuk merujuk kepada makna, ciri-ciri
sosial, peranan atau tingkahlaku yang dihubungkaitkan dengan sifat lelaki dan
perempuan seseorang individu.
• Kepercayaan pada kewujudan sifat kewanitaan dalam banyak masyarakat telah
menghalang perkembangan potensi dan kemajuan golongan wanita. Dua ideologi asas
yang berkaitan yang telah menyumbang pembentukan takrifan gender dan kewujudan
ketidaksamaan sosial antara lelaki dan perempuan adalah sexism dan patriaki.
• Sexism merujuk kepada kepercayaan bahawa salah satu daripada jantina adalah lebih
superior atau mempunyai banyak kelebihan berbanding lain.
• Patriaki pula adalah kepercayaan bahawa lelaki adalah lebih superior berbanding
perempuan.
• Kesannya, lelaki diberi keistimewaan untuk mendominasi wanita. Rentetan daripada
itu, sejarah menyaksikan lelaki sebagai golongan yang menguasai kekayaan, kuasa
dan status lebih tinggi berbanding dengan wanita.
• Ketidaksamaan Umur
• Umur bukan sahaja bersifat pembahagian semulajadi tetapi juga berbentuk sosial dan
budaya.
• Menurut Magaret Mead (1961), peringkat remaja hampir tidak diiktiraf secara sosial
di kalangan penduduk Samoan Island.
• Kajian Philippe Aries (1965), peringkat kanak-kanak tidak diiktiraf pada zaman
pertengahan di Eropah. Ini bermaksud dalam setiap masyarakat, tahap-tahap umur
dalam proses pengetuaan biologi individu adalah sesuatu yang diiktiraf secara sosial.
• Pengertian budaya yang menentukan peringkat-peringkat umur juga telah
mempengaruhi hubungan kuasa, kekayaan dan status di kalangan anggota masyarakat.
• Dalam masyarakat industri moden, banyak daripada kuasa, satus dan kekayaan
golongan tua telah beralih tangan kepada golongan peringkat umur pertengahan.
Golongan muda dianggap lebih produktif dan berkebolehan.
• Ini disebabkan golongan muda memiliki taraf pendidikan, pengetahuan, kemahiran,
sikap dan pemikiran baru yang lebih sesuai dengan perkembangan dan perubahan
dalam masyarakat.
• Menurut Cohn (1982), penekanan kepada produktiviti dalam masyarakat industri telah
mengakibatkan golongan tua menjalankan pekerjaan yang tidak produktif. Mereka
mungkin hanya terlibat dalam pekerjaan tradisional yang tidak diminati atau tiada
status oleh golongan muda.
• Dalam kebanyakan masyarakat moden, golongan tua juga berdepan dengan isu
penyisihan sosial dan dalam keadaan yang kritikal mengalami kematian sosial.
• Ketidaksamaan Etnik/ Ras
• Dalam mana-mana masyarakat berbilang etnik atau ras, faktor-faktor budaya dan ciri-
ciri fizikal manusia merupakan sumber asas identiti dan perpaduan di kalangan
anggota kelompok.
• Selain itu, ia juga merupakan faktor yang mempengaruhi dan menentukan
pembentukan pola-pola agihan dan hubungan ketidaksamaan antara kelompok sosial.
• Dalam proses penstrukturan ketidaksamaan ini, sesetengah kelompokj sosial telah
muncul sebagai kelompok yang lebih superior, dominan dan majoriti.
• Kelompok ini menikmati pelbagai kelebihan, keistimewaan berbanding dengan
kelompokj yang inferior, subordinat dan minoriti.
• Ketidaksamaan yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum etnik atau ras
mempunyai beberapa pola;
• Masyarakat barat yang maaju (USA, Britain, Australia) golongan kulit putih adalah
golongan yang menikmati kekayaan, kuasa politik dan mempunyai kedudukan dan
status yang tinggi dalam masyarakat. Masyarakat kulit hitam dan imigran Asia tidak
berkuasa, menjadi pekerja bawahan, menuikmati status dan taraf pendidikan yang
lebih rendah.
• Masyarakat berbilangan etnik di Asia, imigran Asia seperti orang Cina lebih berjaya
dalan ekonomi berbanding masyarakat peribumi yang mempunyai kuasa politik.
• Ketidaksamaan ras/etnik meliputi aspek pemilikan kekayaan, pekerjaan, peluang
pekerjaan, kenaikan pangkat, pendapatan, pengangguran, kemiskinan, kebebasan
politik, kuasa mempengaruhi dasar kerajaan dan layanan saksama.
• Ketidaksamaan Wilayah
• Fenomena ketidaksamaan antaara wilayah adalah salah satu daripada bentuk
ketidaksamaan sosial yang utama dalam kehidupan manusia.
• Keadaan ini diakibatkan oleh perkembangan sistem ekonomi khususnya kesan
kemunculan dan perkembangan sistem ekonomi kapitalis yang berteraskab
perindustrian, perbandaran dan modenidasi.
• Dunia hari ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang saling berkaitan.
• Di peringkat antarabangsa; Dunia Pertama, Dunia Kedua dan Dunia Ketiga; Negara
Industri, Negara Membangun, Negara Sedang Membangun, Negara Miskin, Negara
Mundur.
• Dalam negara; pembahagian seperti megapolis, metropolitan, bandaraya, luar bandar,
kampung.
• Pembahagian sebegini tidak sahaja menunjukkan perbezaan ruang fizikal tetapi yang
lebih penting ia menunjukkan kewujudan ketidaksamaan ekonomi dalam agihan
kekayaan dalam perancangan dan peruntukan pembangunan.
• Pembahagian ini sekaligus menunjukkan perbezaan-perbezaan yang wujud dalam
peluang hidup, taraf dan gaya hidup, pengaruh atau kuasa di antara penduduk yang
tinggal di wilayah-wilayah yang berbeza.
JENIS SISTEM STRATIFIKASI
Perpektif sosiologi telah mengenalpasti tiga jenis susun lapis yang wujud dalam masyarakat.
• Sistem Perhambaan
• Wujud dalam masyarakat tradisional.
• Manusia menjadi alat yang dimiliki oleh orang lain.
• Berfungsi sebagai satu sistem dalam proses pengeluaran masyarakat.
• Aset kepada seseorang (tuan) dn sah daripada segi undang-undang.
• Satu ketika dahulu, dianggp satu keperluan dalam susunan sosial masyarakat.
• Mempunyai status yang sangat rendah (ada yang dilayan seperi binatang).
• Menurut anggaran, seramai 10 juta orang kulit hitam dari benua Afrika telah
ditangkap dan diperdagangkan untuk menjadi hamba kepada orang kulit putih di
Amerika.
• Telah dimansuhkan hampir di seluruh dunia.
• Sistem Estet
• Dikaitkan dengan masyarakat feudal yang menentukan kedudukan seseorang melalui
hubungannya dengan tanah.
• Berkembang di Eropah dalam zaman pertengahan.
• Kuasa dan martabat mempunyai kaitan dengan tanah.
• Tuan punya tanah bebas dan berkuasa manakala mereka yang tidak mempunyai tanah
terpaksa mengerjakan tanah orang lain dan berada di bawah kuasa tuan tanah.
• Susun lapis masyarakat dalam sistem estet;
• Raja
• Bangsawan/ pemerintah
• Paderi
• Rakyat/ petani
• Tiap estet ditentukan oleh faktor kelahiran
• Boleh mengubah kedudukan melalui pengurniaan raja atau keizinan daripada pihak
atasan dalam hierarki yang disebutkan.
• Sistem Kasta
• Satu-satunya sistem ketidaksamaan sosial yang masih wujud hingga ke hari ini.
• Muncul sebagai satu sistem sosial dalam masyarakat India semenjak permulaan
zaman tamadun Hindu di India.
• Susun lapis masyarakat dalam sistem kasta;
• Brahmin (golongan agama)
• Khastriya (golongan raja dan pahlawan)
• Vaisya (golongan peniaga dan petani)
• Sundra (golongan pekerja buruh)
• Wujud satu kelompok bukan kasta yang tidak boleh disentuh yang dianggap paling
rendah atau terhina kedudukan dalam masyarakat iaitu Harijan.
• Kitab suci Hindu (Rig Veda & Bhagavad Gita) telah menghuraikan pembentukan
kelompok-kelompok sosial asas dalam pembentukan masyarakat Hindu.
• Larangan atau taboo tentang perkahwinan, makanan dan pergaulan harus diamalkan.
STRUKTUR KELAS MASYARAKAT INDUSTRI
• Kelas Atasan
• Lazimnya 1 hingga 5 peratus daripada keseluruhan penduduk.
• Meliputi dua golongan pelabur (pelabur yang memiliki kekayaan secara warisan dan
pelabur yang muncul melalui usaha sendiri).
• Memiliki sebahagian besar keseluruhan kekayaan yang terdapat dalam masyarakat.
• Marx – borjuis atau kelas pemodal yang memiliki alat-alat pengeluaran.
• Kelas Menengah
• Meliputi semua pekerja kolar putih yang menerima gaji untuk perkhidmatan mereka
dalam mengendalikan pelbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
• Merupakan kelas ekonomi utama yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat
industri-kapitalis.
• Kelas Bawahan
• Disebut juga sebagai kelas pekerja.
• Pekerja perburuhan (manual).
• Marx – kelas yang tidak memiliki apa-apa sumber atau alat pengeluaran.

INSTITUSI EKONOMI - SISTEM EKONOMI LOKAL & GLOBAL


Pengertian Institusi Ekonomi
• Tingkah laku ekonomi bermula dengan adanya usaha kelompok untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran.
• Bermula dengan usaha mencari makanan, mula menukar jenis makanan & barangan
dengan kelompok lain – sistem barter trade.
• Lama kelamaan proses pertukaran menjadi lebih tersusun, kemas & seterusnya
diinstitusikan.
• Umumnya, sistem ekonomi merupakan satu sistem sosial yang meliputi persoalan
pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan serta perkhidmatan.
• Ahli sosiologi mengkaji sistem ekonomi kerana ia merupakan satu institusi sosial
yang utama yang mempengaruhi institusi sosial yang lain dalam masyarakat.
• Ahli sosiologi melihat bagaimana sistem ekonomi dapat dihubungkaitkan dengan
semua segmen masyarakat – cth, bagaimana keperluan pekerjaan mengakibatkan
meningkatnya tahap pendidikan, bagaimana sistem industri mengubah corak
kehidupan luar bandar serta berlakunya penghijrahan.
• Daripada perspektif sosiologi – bagaimana sistem ekonomi yang wujud dalam
masyarakat telah memberi kesan terhadap kehidupan manusia.
Evolusi Struktur Ekonomi Masyarakat

Sistem Ekonomi Pasaran Bebas/Kapitalisme


• Kapitalisme muncul di England & di Eropah Barat semasa Revolusi Industri.
• Mengutamakan hak memiliki harta sendiri – tanah, kilang.
• Menggalakan keuntungan sendiri – bebas melabur dalam kegiatan pengeluaran.
• Sistem ekonomi bebas – kerajaan tidak memainkan sebarang peranan dalam membuat
keputusan ekonomi.
• Dikenali laissez-faire – mengalami perubahan, kerajaan campur tangan – kurangkan
penindasan kapitalis terhadap masyarakat.
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat/Sosialisme
• Muncul akibat pertentangan golongan kapitalis & pekerja.
• Masalah asas ekonomi diputuskan kerajaan/perancangan pusat.
• Wujud akibat ketidakstabilan & ketidakadilan ekonomi yg dicipta oleh mekanisme
pasaran.
• Kerajaan memutusan barangan apa yg perlu dikeluarkan – barangan keperluan rakyat.
• Harta dimiliki bersama secara kolektif dan hak memiliki harta secara individu terhad.
• Ahli masyarakat mendapat pengagihan harta sama rata.
Sistem Ekonomi Komunisme
• Dipengaruhi oleh idea dan penulisan Karl Marx.
• Memastikan wujudnya kesamaan dan masyarakat tanpa kelas.
• Semua harta dimiliki oleh kerajaan atau pemerintah itu sendiri.
• Memastikan ahli masyarakat bebas daripada penindasan.
• Ekonomi komunis melibatkan kawalan politik satu parti dan semua kegiatan di bawah
jagaan pemerintah.
• Pada masa kinitidak terdapat mana-mana negara di dunia yang seratus peratus
mengamalkan sistem komunis ini.
Sistem Ekonomi Campuran
• Dalam masyarakat perindustrian, tidak terdapat negara yang mengamalkan satu-satu
jenis sistem ekonomi (kapitalisme, sosialisme & komunisme).
• Terdapat percampuran sistem daripada sistem-sistem utama.
• Ia merupakan satu sistem persendirian dan kerajaan sama-sama membuat keputusan
kepada masalah asas ekonomi.
• Merupakan perantaraan antara sistem kapitalisme & sosialisme.
• Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran.
• Kerajaan membuat keputusan dlm bidang ekonomi tertentu.
Sistem Ekonomi Islam
• Individu bebas mengumpul harta melalui kegiatan ekonomi melalui persaingan yg
adil – rajin, pintar, usaha.
• Kegiatan ekonomi yg dijalankan berasaskan akhlak & adab – jujur, amanah,
bertanggungjawab. Elakkan rasuah, ugut dsb.
• Mengutamakan perbelanjaan yang mendatangkan kebajikan dan keuntungan kepada
masyarakat.
• Harta kekayaan diperoleh individu yang cukup banyak, perlu diagihkan beberapa
peratus daripadanya kepada mereka yang kurang bernasib baik yg dikenali sebagai
zakat.
• Dalam sosiologi kita akan menghubungkaitkan kesan sistem ekonomi yang dipilih
oleh sesebuah negara terhadap sistem politiknya, institusi pendidikan, institusi
keluarga dsb.
• Di Malaysia sistem ekonomi campuran telah dilaksanakan dalam memastikan
kestabilan ekonomi, sosial, budaya dan politik dapat dipastikan.
• Kerajaan sentiasa campur tangan dalam setiap hal ekonomi yang menyangkut
kepentingan rakyat.
• Ekonomi campuran yang dilaksanakan menggabungkan perbadanan-perbadanan besar
(MNC, TNC), perniagaan-perniagaan kecil.

INSTITUSI SOSIAL - PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN


Pengertian Institusi Sosial
• Perspektif sosiologi – institusi sosial bukanlah merupakan satu bangunan, bukan juga
sekelompok manusia dan juga bukan sebagai satu organisasi.
• Chinoy (1962) – institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah
masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang.
• Gouldner (1971) – Institusi sosial adalah sebagai satu cara yang standard diwujudkan,
khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat seperti menguruskan
kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya.
• Umumnya pengertian sosial konsep ini – merujuk kepada pola-pola tingkah laku yang
telah menjadi kebiasaan dan pola-pola tingkah laku ini merupakan hubungan sosial
yang mempunyai satu matlamat sosial yang tertentu.
• Institusi sosial merupakan suatu sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma
sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau
fungsi sosial.
• Merujuk kepada sesuatu yang telah terasas dalam masyarakat – contohnya institusi
agama, institusi perkahwinan dan kekeluargaan, institusi ekonom, institusi politik, dll.
Institusi Kekeluargaan dan Perkahwinan
• Institusi keluarga sebagai satu unit sosial mempunyai pengaruh yang besar terhadap
kehidupan dan pembentukan sifat seseorang manusia sebagai anggota masyarakat.
• Keluarga bukan sahaja alat kepada kesinambungan sesebuah kebudayaan tetapi juga
sebagai agen dalam merubah kebudayaan.
• Permulaan keluarga dalam tamadun manusia berpunca daripada peraturan melarang
hubungan kelamin antara anggota yang rapat dalam keluarga seperti antara ibu bapa
dan anak dan antara adik dan abang.
• Larangan ini dinamakan sumbang mahram. Oleh itu anggota keluarga sendiri perlu
mencari pasangan hidup daripada keluarga lain.
• Wujudnya hubungan yang terjalin antara satu keluarga dengan keluarga yang lain,
maka bilangan keluarga yang berkerjasama dalam sesebuah masyarakat terus
bertambah. Ini berlaku dalam semua jenis masyarakat yang menyebabkan lahirnya
institusi perkahwinan.
• Keluarga secara umumnya didefinisikan sebagai ibu dan bapa serta anak-anak sebagai
satu kumpulan yang tinggal sebumbung melalui proses perkahwinan.
• Oleh itu perkahwinan merupakan penyatuan antara individu yang disokong secara
sosial untuk mendapat kestabilan, hubungan yang mesra termasuklah interaksi seksual
antara elemen yang lahir daripada perkahwinan.
• Daripada perspektif sosiologi – yang diberi keutamaan adalah aspekj struktur
keluarga, bentuk perkahwinan, pola autoriti dalam keluarga, bentuk pasangan hidup,
pola tempat tinggal dan pola keturunan serta kepusakaan.
Bentuk Keluarga
Kekeluargaan merupakan satu sistem perhubungan yang terdapat hubungan saling
bergantung antara anggotanya.
• Keluarga Nuklear
Bentuk ini terdiri daripada ibu, bapa dan anak sendiri serta anak-anak angkat yang tiggal
bersama dalam sebuah rumah yang sama.
Ianya berasingan daripada saudara mara yang lain. Bentuk ini wujud dalam masyarakat
moden dan industri.
Bentuk ini juga dipanggil conjugal family yang bermaksud sepasang suami isteri sama ada
mempunyai anak atau tidak.
• Keluarga Luas (Extended Family)
Bentuk ini terdiri daripada lebih dua hubungan darah yang tinggal serumah. Cth – bapa
saudara, datuk, nenek dan saudara mara lain.
Ketua dalam keluarga jenis ini biasanya adalah lelaki yang paling btua dan golongan dewasa
akan berkerjasama dalam tanggungjawab mencari rezeki dan mengasuh anak-anak.
Bentuk ini biasa terdapat dalam masyarakat tradisional dan praindustri. Ia juga dipanggil
consiguinal family.
Disebabkan perkembangan teknologi yang pesat di Barat menyebabkan keluarga bentuk ini
telah bertukar kepada keluarga nuklear kerana jumlah anggota keluarga yang besar sukar
diurus.
• Keluarga Campuran
Jenis keluarga ini terbentuk hasil perceraian yang berlaku dalam keluarga nuklear.
Suami atau isteri akan berkahwin lain dan membawa anak atau anggota keluarga suami atau
isteri baru untuk tinggal bersama-sama.
• Keluarga luas yang diubahsua
Jenis keluarga ini – terbentuk berdasarkan rangkaian keluarga nuklear yang tinggal
berasingan tetapi masih mengekalkan hubungan dan bantuan yang diperlukan.
Anggota keluarga tidak tinggal berdekatan tetapi kerja bersama atau masih bergantung
kepada bapa.
Penyertaan dalam bentuk keluarga luas yang diubahsuai adalah sukarela.
Bentuk Perkahwinan
Berbeza mengikut kebudayaan masyarakat. Ada yang menganggap hidup bersendirian adalah
lebig baik, cth – paderi, sami, ibu tunggal dsb. Institusi perkahwinan dan keluarga merupakan
institusi sejagat kerana sebahagian besar masyarakat di dunia ini berkahwin dan mendapat
faedah daripadanya.
• Monogami
Amalan perkahwinan – berlaku perkahwinan seorang suami dan seorang isteri pada masa
yang sama. Sebahagian besar masyarakat mengamalkan bentuk perkahwinan ini.
• Poligami
Merujuk kepada amalan perkahwinan seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri
ataupun seorang isteri mempunyai lebih daripada seorang suami. Bagi ahli sosiologi, soorang
suami berpoligami dengan mempunyai dua atau lebih isteri dalam satu masa disebut
poligami. Cth – masyarakat Islam.
Seorang isteri mempunyai dua atau lebih suami dalam satu masa disebut amalan poliandri.
Cth – Masyarakat Todas di India dan Nyinba di Tibet.
Bentuk Pemilihan Pasangan
Terdapat peraturan tertentu bagaimana anggota sesebuah masyarakat memilih pasangan
untuk berkahwin.
• Eksogami
Amalan atau peraturan pemilihan – anggota mesti memilih pasangan hidup daripada
kelompok luar daripada kelompoknya. Iaitu mereka yang tidak mempunyai ikatan
persaudaraan.
Dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan kebudayaan.
• Endogami
Cara pemilihan – apabila anggotanya dikehendaki memilih pasangan hidup daripada anggota
kelompok sendiri seperti sepupu dan sebagainya.
Biasanya berlaku antara anggota agama, bangsa dan kaum dari kelas sosial yang sama.
Bertujuan mengekalkan solidariti.
Bentuk Kekuasaan
Menerangkan bagaiamana bentuk kuasa antara suami dan isteri. Ia sebenarnya dipengaruhi
oleh bentuk personaliti pasangan dan juga berasaskan nilai dan norma sesebuah masyarakat.
• Patriakal
Aapabila sesebuah keluarga mengutamakan golongan suami ataupun si suami mempunyai
kuasa lebih dalam rumah tangga dan mengawal kehidupan sosial keluarga tersebut.
• Matriakal
Keluarga itu mengutamakan golongan isteri sebagai mempunyai kuasa untuk bersuara, tetapi
tidak bermakna berkuasa membuat keputusan kecuali dengan kematian suami.
Bentuk ini berlaku dalam semua kategori masyaarakat.
Dalam keluarga nuklear banyak mengamalkan cara ini terutama masyarakat yang
mewariskan harta kepada kaum perempuan.
• Egalitaria
Bentuk kekuasaan di mana suami atau isteri mempunyai kuasa yang sama dalam menentukan
kehidupan dalam masyarakat.
Ini banyak berlaku dalam dunia moden di mana semakin ramai kaum wanita yang
berpendidikan dan mempunyai pekerjaan dalam membantu ekonomi rumah tangga.
Bentuk Tempat Tinggal
Tempat tinggal juga berbeza mengikut kebudayaan sesebuah masyarakat. Perbezaan tempat
tinggal, kadang kala dipengaruhi oleh bentuk atau struktur keluarga dan bagaimana memilih
pasangan hidup.
• Neolokal
Mereka yang berkahwin akan memilih untuk tinggal di rumah sendiri dan membentuk
keluarga asas.
Masyarakat moden dan industri mengamalkan cara hidup ini.
Ini bermakna mereka tinggal berjauhan daripada ibu bapa isteri atau suami masing-masing.
• Patrilokal
Pasangan baru berkahwin akan tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelah
suami dan membentuk keluarga luas. Bentuk ini lebih banyak diamalkan berbanding
matrilokal.
• Matrilokal
Pasangan yang baru berkahwin atau tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga
sebelah isteri. Ada beberapa faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat memilih pola
tempat tinggal yang sesuai tetapi dalam masyarakat sistem neolokal banyak diamalkan.
Bentuk Keturunan dan Kepusakaan
Bentuk keturunan berkait rapat dengan konsep kinship yang menerangkan hubungan sosial
antara seorang individu dengan nenek moyangnya berasaskan faktor perkahwinan. Bagi
sesetengah masyarakat perhubungan kinship ini penting kerana memperkembangkan zuriat
dan keturunan sesuatu bangsa itu. Bentuk keturunan boleh dilihat melalui nisab bapa, nisab
ibu ataupun kedua-duanya dan ianya penting dalam pewarisan harta.
• Patrilineal
Perhubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan kelompok keluarga sebelah
bapa. Banyak diamalkan dalam masyarakay hari ini.
• Matrilineal
Dihubungkan denganb kelompok keluarga melalui keturunan sebelah ibu. Persaudaraan
dikesan melalui keluarga perempuan dan segala harta ibu menjadi pusaka kepada anak-anak
perempuan.
• Bilateral
Keturunan ini menunjukkan hubungan individu yang sama rapat antara keluarga sebelah ba
dan juga ibu. Hubungan persaudaraan dikira daripada kedua belah pihak.
FUNGSI SOSIAL INSTITUSI KELUARGA DALAM MASYARAKAT
Keluarga paling penting berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, penyayang,
toleransi, tolong menolong dsb kerana ianya penting kepada perkembangan masyarakat
seterusnya.
Selain itu institusi keluarga mempunyai fungsi tersendiri dalam mendokong peranan tersebut.
Peranan keluarga drp perspektif sosiologi:

Theoretical Perspective Emphasis


Functionalist The family as a contributor to social stability
Roles of family members
Conflict The family as a perpetuator of inequality
Transmission of poverty or wealth across
generation
Interactionist Relationships among family members
Feminist The family as a perpetuator of gender roles
Female-headed households

• Fungsional
Perspektif ini melihat institusi keluarga sebagai penyumbang kepada kestabilan dan
keperluan sosial yang merupakan sumbangan positif kepada masyarakat. Mewujudkan
individu yang berfikiran dan berkelakuan positif sesuai dengan nilai dan norma yang
ditetapkan dalam sesebuah masyarakat. Fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat
adalah:
• Menambahkan zuriat
• Tambah zuriat hasil daripada perkahwinan.
• Sumbangan positif untuk menambahkan bilangan ahli.
• Mengekalkan nilai-nilai yang telah diwarisi sebelumnya.
• Agen kepada proses sosialisasi
• Menjamin tahap sosialisasi positif.
• Menyalurkan kebudayaan untuk diwarisi.
• Mempengaruhi pembentukan personaliti individu.
• Memberi sokongan emosi
• Hubungan keluarga yang rapat menjamin wujudnya kasih sayang, sifat
bertanggungjawab, mengambil berat dsb.
• Keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang, hormat menghormati dan nilai-nilai
positif lainnya akan membentuk keluarga bahagia terhindar daripada perkara-perkara
negatif.
• Kawalan sosial
• Mekanisme menentukan anggota masyarakat mematuhi peraturan. Mengajar anak-
anak mengikuti peraturan.
• Ajaran dan didikan yang baik membentuk peribadi mulia.
• Tujuan ekonomi
• Memantapkan ekonomi keluarga.
• Memastikan fungsi keluarga dalam ekonomi dapat berterusan bagi menjamin
kesejahteraan ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat.
• Konflik
Perspektif konflik menjelaskan bahawa perkahwinan dan kewujudan institusi keluarga tidak
mendatangkan apa-apa faedah kepada individu atau masyarakat, melainkan konflik semata-
mata. Pandangan ahli teori konflik keluarga:
• Mengekalkan ketidaksamaan
• Institusi keluarga menyebab berlakunya penindasan dan mengekalkan ketidaksamaan
yang sedia ada dalam masyarakat.
• Keluarga yang kaya dan berkuasa akan menindas yang lemah.
• Mewujudkan ketegangan
• Perkongsian hidup suami isteri sering menimbulkan ketegangan dan perkelahian.
• Perkahwinan menjadi medan perjuangan suami isteri.
• Mengekalkan status kaum lelaki
• Mengekalkan lagi kedudukan tinggi kaum lelaki.
• Kuasa kaum lelaki akan terus diperkukuhkan yang akhirnya akan membawa kepada
keganasan dsb.
• Perceraian
• Akibat daripada kesan negatif daripada perkahwinan.
• Interaksional
Perspektif Interaksional menekankan tentang hubungan di kalangan individu-individu dalam
keluarga. Pelbagai bentuk hubungan yang terjalin sama ada daripada segi ekonomi dan sosial
yang akan memberi kesanb positif atau sebaliknya.
• Feminisme
Perspektif Feminisme menekankan keluarga sebagai mengekalkan peranan gender. Ketua
keluarga lebih berpihak kepada lelaki kecuali ibu tunggal yang memainkan peranan utama
dalam menerajui rumah tangga.

Model masyarakat
MODEL MASYARAKAT KARL MARX
• Daripada perspektif sosiologi, Marx melihat masyarakat sebagai satu bentuk
materialism.
• Ini disebabkan beliau menjelaskan pembentukan masyarakat ini hasil daripada proses-
proses pengeluaran ekonomi.
• Bagi Marx struktur ekonomi dalam sesebuah masyarakat merupakan asas
pembentukan masyarakat tersebut.
• Mod pengeluaran dalam kehidupan kebendaan menjelaskan dengan perinci sifat
umum sosial, politik dan proses spiritual dalam kehidupan.
• Marx berpendapat, sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat akan
mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat tersebut yang dikenali sebagai the
infrastucture.
• Faktor-faktor lain seperti sistem politik, agama, pendidikan dan keluarga merupakan
struktur utama sesebuah masyarakat dikenali sebagai the superstructure.
SUPERSTRUKTUR

INFRASTRUKTUR
• Proses pengeluaran ekonomi masyarakat akan mempengaruhi corak keseluruhan
masyarakat tersebut.
• Sistem ekonomi yang dimaksudkan merangkumi:
• faktor-faktor teknikal pengeluaran – kilang, tanah.
• Faktor-faktor sosial pengeluaran – borjuis dan proletariat.
• The infrastructure – pembentuk asas sesuatu masyarakat itu.
• The superstructure – pembentukan institusi sosial, teras nilai dan norma dalam
kebudayaan masyarakat tersebut (binaan yang dibina di atas sesuatu yang
lain).
• Marx percaya , semua institusi atau bahagian dalam sesuatu masyarakat itu
saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain.
MODEL MASYARAKAT MAX WEBER
• Weber membuat penghuraian tentang pembentukan dan ciri-ciri masyarakat moden.
• Sumbangan Weber terpenting adalah konsep rationalization dan hubungannya dengan
perubahan sosial yang dialami oleh sesebuah masyarakat.
• Proses rasionaliti merupakan satu proses pemikiran dan pertimbangan yang dilakukan
dengan teliti serta dikira dengan menggunakan fakta atau perkara yang sebetulnya
dengan cara yang paling berkesan untuk menyempurnakan apa-apa tujuan yang
tertentu.
• Analisis Weber tentang masyarakat adalah memberi penekanan kepada kepentingan
permikiran dan idea manusia itu.
• Beliau percaya perkembangan teknologi akan membentuk sesebuah masyarakat itu.
• Menurut Weber lagi, kesedaran manusia seperti idea, kepercayaan dan nilai
memainkan peranan yang sama penting dengan teknologi dan konflik sosial dalam
membawa kepada perubahan sosial.
• Baginya masyarakat moden terbentuk daripada bentuk pemikiran yang baru, di
samping perubahan teknologi dan sistem pengeluaran.
• Weber melihat hubungan perkembangan kapitalisme dalam masyarakat moden
dengan cara hidup dan kerja masyarakat yang beragama Protestant.
• Weber menjelaskan perkembangan kapitalisme selaras dengan pertumbuhan
masyarakat moden di Eropah yang menganjurkan ajaran Calvinisme iaitu berusaha
keras mencapai kejayaan dan meletakkan nilai yang tinggi terhadap kerja yang
bersungguh-sungguh.
• Weber yakin corak pemikiran manusia yang rasional akan membentuk kehidupan
sesebuah masyarakat.
• Baginya rasionaliti, perkara yang paling penting dalam membentuk masyarakat
moden.
MODEL MASYARAKAT TALCOTT PARSONS
Perspektif Struktur Fungsional
• Talcott Parsons (1902-1979) menerangkan pembentukkan masyarakat daripada
perspektif struktur fungsional.
• Setiap elemen struktur sosial dalam masyarakat membantu mewujudkan kestabilan
masyarakat tersebut.
• Parsons (1964), masyarakat perlu memenuhi 4 fungsi bagi memastikan yang
masyarakat tersebut terus wujud.
4 fungsi tersebut adalah:
• Penyesuaian
• Masyarakat perlu sesuaikan diri dengan alam untuk hidup.
• Tugas utama masyarakat untuk mengeluar dan mengagihkan sumber-sumber
material bagi keperluan anggotanya.
• Masyarakat perlu ada matlamat
• Apabila kehendak telah dipenuhi, masyarakat perlu mempunyai azam untuk
mencapai matlamat tersebut. Cth: berazam meningkatkan taraf hidup.
• Masyarakat perlu ada integrasi dan kerjasama
• Semua anggota masyarakat perlu ada integrasi dan kerjasama untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
• Masyarakat perlu ada pengekalan pola
• Iaitu sikap anggota masyarakat mesti bersetuju dan berkongsi nilai-nilai dan
mematuhi segala norma dan kebudayaan masyarakat tersebutdalam usaha
mengintegrasikan aktiviti mereka.
Parsons menjelaskan struktur masyarakat terdiri daripada 4 sistem atau peringkat utama
yang berkaitan di antara satu sama lain dan juga berkaitan dengan setiap fungsi yang telah
dibincangkan, dinamakan the four-system hierarchy (Parsons 1966: 28)

• Sistem perlakuan bertujuan memenuhi keperluan manusia untuk terus hidup yang
berkaitan dengan fungsi masyarakat dalam proses penyesuaiannya.
• Sistem personaliti bertujuan mewujudkan cara-cara bagaimana manusia dapat
digerakkan untuk berkerjasama menjalankan aktiviti bagi mencapai matlamat sosial
masyarakat.
• Sistem ini berkait rapat dengan fungsi masyarakat untuk memenuhi matlamatnya.
• Pola perlakuan yang tersusun dan konsisten merupakan sistem sosial yang dikaitkan
dengan fungsi masyarakat yang memerlukan kepada proses integrasi.
• Sistem kebudayaan merangkumi simbol-simbol yang dibentuk oleh manusia dalam
usaha mencari makna dalam kehidupan.
• Sistem kebudayaan adalah paling kuat dan berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.
• Nilai-nilai budaya yang dominan yang diwarisi daripada satu generasi ke satu
generasi yang telah menjadi panduan kepada masyarakat dalam membentuk dan
mengekalkan struktur sosial yang tersusun.
• Sistem kebudayaan adalahcara bagaimana masyarakat memenuhi fungsinya untuk
mencapai pengekalan pola.
• Parson berpendapat sistem kebudayaan adalah yang terpenting dalam masyarakat dan
akan mempengaruhi sistem lain yang di bawahnya, iaitu mempengaruhi pola sosial,
membentuk personaliti dan memberi makna simbolik terhadap kewujudan manusia
secara biologi.
• Sebaliknya, setiap sistem tadi merupakan pengasas kepada pembentukkan sistem di
atasnya.
• Tidak ada personaliti tanpa kewujudan manusia secara biologi, tidak ada sistem sosial
tanpa sistem personaliti dan tidak ada sistem kebudayaan tanpa integrasi kehidupan
sosial.

• Nilai-nilai budaya yang dominan yang diwarisi daripada satu generasi ke satu
generasi yang telah menjadi panduan kepada masyarakat dalam membentuk dan
mengekalkan struktur sosial yang tersusun.
• Sistem kebudayaan adalahcara bagaimana masyarakat memenuhi fungsinya untuk
mencapai pengekalan pola.
• Parson berpendapat sistem kebudayaan adalah yang terpenting dalam masyarakat dan
akan mempengaruhi sistem lain yang di bawahnya, iaitu mempengaruhi pola sosial,
membentuk personaliti dan memberi makna simbolik terhadap kewujudan manusia
secara biologi.
• Sebaliknya, setiap sistem tadi merupakan pengasas kepada pembentukkan sistem di
atasnya.
• Tidak ada personaliti tanpa kewujudan manusia secara biologi, tidak ada sistem sosial
tanpa sistem personaliti dan tidak ada sistem kebudayaan tanpa integrasi kehidupan
sosial.

Institusi Politik - kuasa, politik dan pemerintahan


PENGENALAN
• Politik – satu institusi sosial digunakan untuk mengekalkan susunan sosial yang ada,
dengan cara menggunakan kuasa untuk memperoleh kepatuhan pada sistem autoriti yang
wujud.
• Redcliffe-Brown (1961) – sebagai satu sistem, politik adalah sebahagian daripada
organisasi sesebuah masyarakat.
POLITIK BERDASARKAN PERSPEKTIF SOSIOLOGI
• Perspektif sosiologi – konsep politik merujuk kepada satu operasi kerajaan dalam bentuk
yang formal – satu perkembangaan sosial yang mana kuasa akan diagihkan dan
digunakan oleh kumpulan, organisasi dan masyarakat.
• Tujuannya mengekalkan keharmonian sesama anggota masyarakat dan memupuk jalinan
di dalam dan antara masyarakat melalui pelaksanaan undang-undang yang diterima
umum.
• Politik juga adalah mekanisme kawalan sosial yang diwujudkan untuk memberi batasan
kepada tingkah laku individu serta kumpulan dan hak untuk membuat dan melaksanakan
keputusan bagi pihak masyarakat atau pun sebahagaian daripada masyarakat.
• Secara umumnya, institusi politik adalah struktur sosial dan idea-idea budaya yang kekal,
di mana kuasa diagih dan dikuatkuasakan dalam masyarakat.
KUASA
• Kuasa ciri utama dalam sebahagian besar sistem politik.
• Politik satu set susunan sosial yang di institusikan untuk menjawab persoalan
bagaimana sesebuah masyarakat itu perlu diperintah.
• Kuasa adalah teras utama disebalik politik.
• Kuasa akan menentukan bagaimana keputusan dibuat dan di bawah keadaan apa,
bagaimana pembuat keputusan ini dipilih, bila mereka akan diganti dan batasan kuasa
golongan ini.
• Max Weber – kuasa adalah keupayaan untuk menguatkuasakan kehendakseseorang
terhadap orang lain walaupun berlakunya penentangan.
• Bermakna – kuasa politik bukan sahaja mengawal orang tetapi keupayaan untuk
memutuskan bagaimana sumber-sumber masyarakat boleh dan dapat digunakan.
• Kuasa menurut Weber, kesanggupan seseorang individu atau kelompok untuk
mencapai sesuatu, mengawal atau mempengaruhi tingkah laku pihak lain biarpun
ianya bertentangan dengan kemahuan pihak tersebut.
• Talcott Parsons – kuasa berperanan ke atas sistem sosial. Baginya kuasa sebagai
sumber sistem sosial yang digunakan untuk mencapai seluruh matlamat sistem sosial
bagi pemeliharaan dan integrasi sistem sosial tersebut.
KUASA MENURUT MAX WEBER
• Max Weber, gave a general definition of power as 'the chance of a man or a number
of men to realize their own will in a command action even against the resistance of
others who are participating in the action' (Gerth and Mills 1948).
• To Weber, power is about getting your own way, even against the opposition of
others.
• Many sociologists have followed Weber in making a distinction between forms of
power that are coercive and those that have authority.
• 2003 war in Iraq, for example, often criticized the American-led invasion because it
did not have explicit authority from the United Nations, so they viewed the war as
illegitimate - a coercive use of power.
• Most forms of power are not based solely on force, but are legitimated by some form
of authority.
Think of other examples where power is exercised without the use of force. Can people
and groups be said to be 'powerful', even if they have no means of force and violence?
• Max Weber's discussion of power focused on distinguishing between different
categories - or 'ideal types' - of authority. For Weber, there were three sources of
authority: traditional, charismatic and rationaIlegal.
• Traditional authority is power legitimized through respect for long-established
cultural patterns. Weber gives the example of hereditary family rule of nobles in
medieval Europe.
• Charismatic authority tends to disrupt tradition. It is drawn from the devotion felt
towards a leader by his or her subordinates who believe that the leader possesses
exceptional qualities that inspire devotion.
• 'Charisma', to Weber, is a trait of personality. Jesus Christ and Adolf Hitler are often
given as examples of individuals with charismatic authority.
• Yet charismatic authority can be exercised in more mundane ways too: the authority
of certain teachers, for example, may be in part charismatic.
• In the modern world, Weber argued, rational-legal authority was increasingly
replacing traditional authority.
• This is power that is legitimated through legally enacted rules and regulations. It is
found in modern organizations and bureaucracies and in government, which Weber
described as the formal organizations that direct the political life of a society (Gerth
and Mills 1948).
KUASA MENURUT FOUCAULT
• The French sociologist Michel Foucault (1926-84) has also developed a highly
influential account of power, far removed from Weber's more formal definition.
• Foucault argued that power was not concentrated in one institution, such as the state,
or held by anyone group of individuals.
• He argued that these older models of power, including that of Stephen Lukes, relied
on fixed identities. Power was held by groups that were easily identifiable: for
example, the ruling class (for Marxists) or men (for feminists).
• Instead, Foucault argued power operates at all levels of social interaction, in all social
institutions, by all people.
• To Foucault, power and knowledge are closely tied together, and serve to reinforce
one another.
• The claims to knowledge of a doctor, for example, are also claims to power, as they
are put into practice in an institutional context, such as a hospital. The increase in
knowledge about health and illness gave power to doctors who could claim authority
over patients.
• Foucault's account breaks down the simple division introduced above, between
authoritative and coercive forms of power, as power is understood as something found
in all social relations rather than something exercised by dominant groups.
• Foucault's conception of power therefore widens the conception of 'the political'.
• Critics of Foucault, however, argue that although he provided a highly subtle
account of the way in which power operates in everyday social interactions, his hazy
conception of the term underestimates the concentration of power in structures such as
the military or social classes.

You might also like