You are on page 1of 45

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Proposal ringkas

2. Peranan media cetak dan media elektronik dalam

memupuk semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum

3. Memperbanyak artikel mengenai cara-cara untuk

merapatkan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum.

4. Menyebarkan ideologi-ideologi serta pelbagai kaum dan

budaya di Malaysia melalui media cetak dan juga media elektronik

5. Iklan memainkan peranan yang penting dalam memupuk

semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum

6. Hasil Kajian

7. Kesimpulan

8. Rujukan

9. Lampiran
1.0 PROPOSAL RINGKAS

PENGENALAN

Media merupakan suatu perantaraan untuk menyampaikan sesuatu informasi atau notis

dan isu semasa seperti pemberitahuan tentang keadaan atau situasi di kawasan yang

berlainan. Media cetak terdiri daripada pelbagai jenis seperti surat khabar, majalah, poster,

jurnal, buku, papan tanda dan sebagainya. Media cetak merupakan salah satu media yang

telah lama digunakan sejak zaman peperangan lagi. Pada zaman peperangan, bahan cetakan

menjadi media yang sangat berguna kerana semua rakyat bergantung kepada bahan ini

sebagai sumber yang memberitahu tentang keadaan peperangan. Namun, kita telahpun jauh

daripada zaman peperangan dan ilmu media cetak ini kini masih dipraktikkan oleh orang

ramai sebagai media untuk menyebarkan informasi baru dan perkembangan dunia.

Pelbagai perkara yang boleh diketahui melalui media cetak. Sebagai contohnya,

media cetak dapat memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia yang begitu unik dan

majmuk. Baru-baru ini, terdapat satu tayangan filem gempar daripada seorang rakyat

Malaysia yang telah mengambarkan perpaduan rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Selain menggunakan media elektronik, media cetak turut digunakan oleh pihak tersebut

supaya dapat menarik perhatian orang ramai dan yang paling menakjubkan ialah, secara tidak

langsung, poster dan interviu dalam majalah berkenaan filem “Ola Bola” mendapat sambutan

yang hangat! Justeru, media cetak menggabungkan elemen yang tidak ternilai dalam

cetakannya serta menyemaikan sifat kekitaan dalam jiwa pembacanya.

Selain media cetak, media elektronik merupakan salah satu jenis media massa yang

dapat mempengaruhi usaha memupuk semangat perpaduna dalam kalangan rakyat Malaysia.
Televisyen merupakan media elektronik yang menyalurkan maklumat secara visyen dan

audio.Ia memaparkan rancangan rancangan berkaitan perpaduan antara kaum,berunsur

patriotik and kekitaan serta berita semasa yang berlaku sesama kaum .Ini membolehkan

rakyat Malaysia memahami budaya dan kaum masing masing dengan lebih mendalam. Selain

itu,radio.Alat elektronik yang berfungsi secara audio ini dapat menyampaikan informasi

tentang isu isu semasa yang berlaku di Malaysia terutama sekali info yang berkaitan antara

kaum .Melalui radio,rakyat dapat diseru supaya supaya bersikap prihatin terhadap

kepentingan dan kebaikan perjalinan hubungan yang mesra sesama kaum. Hal ini dapat

memupuk semangat perpaduan di Malaysia kerana pendengar radio yang terdiri daripada

semua lapisan masyarakat di Malaysia.Tambahan pula, lagu bersifat perpaduan dan semangat

kekitaan yang dimainkan dapat disebarkan dengan cepat dan senang diingati berbanding teks

dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.Seterusnya, internet .Internet merupakan

satu bentuk telekomunikasi berbentuk rangkaian informasi.kita dapat mencari pelbagai jenis

yang kita mahu termasuk maklumat tentang setiap kaum.ini membolehkan kita memahami

sesetengah kaum tersebut dengan lebih mendalam dan teliti.selain itu,ia juga menggalakkan

golongan muda menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh setiap kaum .ini dapat

mengeratkan lagi hubungan silahturahim dan mencapai perpaduan antara rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, media cetak dan media elektronik secara langsungnya memainkan

peranan penting dalam menyebarkan maklumat yang dapat memupuk semangat perpaduan

yang kukuh dalam kalangan rakyat di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pastikan pengaruh media massa ke atas nilai dan sikap masyarakat Malaysia.

2. Mengkaji media elektronik dan media sebagai kaedah yang berkesan untuk memupuk
semangat perpaduan.

3. Menyelidik perspektif rakyat Malaysia terhadap media elektronik dan media cetak, sama

ada media massa dapat memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat rakyat Malaysia.

SKOP KAJIAN

1. Peranan media cetak dan media elektronik dalam memupuk semangat perpaduan

antara rakyat berbilang kaum.

 Media cetak dan media elektronik memainkan peranan penting dalam menyampaikan

mesej kepada masyarakat secara cepat dan berkesan kerana informasi ditunjukkan dalam

kaedah visual.

 Pada zaman ini, teknologi berkembang dan masyarakat umum menggunakan kedua-dua

media ini dalam kehidupan mereka. Oleh itu, mesej mengenai perpaduan tentu dapat

menarik perhatian mereka.

2. Memperbanyak artikel mengenai cara-cara untuk merapatkan silaturahim antara

masyarakat berbilang kaum.

 Seperti diketahui ramai, di era globalisasi, media cetak dan media massa adalah satu

medium yang asas yang dapat menghubungkan penduduk di Malaysia tidak kira bangsa

dan agama.

 Contohnya, dengan memperbanyakan artikel di media sosial sedikit sebanyak dapat

meningkatkan kesedaran anak-anak muda tentang kepentingan hidup bermasyarakat.

3. Menyebarkan ideologi-ideologi serta pelbagai kaum dan budaya di Malaysia melalui

media cetak dan juga media elektronik.

 Idealogy-idealogy seperti 1 Malaysia yang dipaparkan melalui Media Massa telah


menjadi pegangan kuat antara masyarakat malaysia yang berbilangkaum. Slogan ini telah

dipahat dalam hati masyarakat malaysia untuk mengingati bahawa hubungan silaturahim

antara pelbagai kaum adalah penting untuk keamanan dan kemakmuran negara.

 Pelbagai budaya yang dipaparkan melalui media massa membolehkan masyarakat

mengenali,memahami dan dapat mempelajari budaya serta kepercayaan kaum dan

budaya berlainan, dengan ini masyarakat Malaysia dapat saling hormat menghormati dan

bertoleransi antara satu kaum sama lain dan ini dapat mendorong kepada negara yang

aman dan harmoni.

4. Iklan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan

antara rakyat berbilang kaum.

 Iklan bukan sahaja boleh mengharumkan atau mempromosikan nama syarikat, malah

dapat memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa kepentingan bersatu padu.

 Penggunaan iklan dalam bentuk media cetak dan media elektronik dapat menyampaikan

mesej ataupun maklumat dengan cepat dan efektif.

 Petronas mempamerkan iklan mengenai perpaduan melalui televisyen. Iklan tersebut

mampu menerapkan nilai-nilai positif terutamanya bersatu-padu dalam kalangan rakyat

yang terdiri daripada berbilang kaum.

5. Hasil dapatan soal selidik

Soalan-soalan telah ditanya kepada 20 orang responden mengenai persepsi masyarakat

setempat terhadap media cetak dan media elektronik dalam memupuk perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia dan didapati bahawa majoriti responden memilih pilihan setuju and

sangat setuju bagi soalan 1, 2, 4 dan 5. Bagi soalan “ Adakah unsur-unsur yang berkaitan

dengan perpaduan dalam media cetak seperti surat kahabar mencukupi?”, separuh daripada
responden memilih setuju dan separuh lagi memilih tidak setuju.

Bagi pandangan responden terhadap peranan media massa dalam memupuk dan langkah-

langkah yang boleh diambil bagi memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat

Malaysia, majoriti responden telah memilih setuju bagi soalan-soalan tersebut.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana:

1. Media cetak dan media elektronik dapat memberi impak positif serta negatif untuk

memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

2. Media cetak dan media elektronik yang sering memaparkan unsur-unsur yang berkaitan

dengan semangat pepaduan dapat mempengaruhi rakyat Malaysia untuk memupuk semangat

perpaduan.

3. Rakyat Malaysia boleh menukar pandangan mereka terhadap semangat perpaduan yang

kian hari kian merosot melalui media cetak dan media elektronik.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Perpustakaan

Kami telah memilih kaedah perpustakaan sebagau salah satu cara untuk mengkaji topik

tugasan ini. Melalui buku rujukan, banyak informasi yang berguna dan tepat dapat diperoleh.

Kami telah menggunakan buku “Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua”. Ketua editor

buku ini ialah Zaid Ahmad dibantu oleh pengarang Ruslan Zainudin, Ho Hui Ling, Ku Halim

Ku Arifin, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan

Nazri Muslim. Buku ini mencatat tentang hubungan etnik di Malaysia secara umun. Peranan
kerajaan dalam meluaskan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu memberi tumpuan

dalam media eletronik dapat dilihat dalam buku ini. Tambahan pula, kami dapat melihat

usaha kerajaan dalam memupuk dan menyemai perpaduan melalui sistem pendidikan,

pertubuhan sosial, agama dan media. Kami telah memahami hubungan etnik di negara kita

dari pelbagai aspek secara terperinci. Selain itu, buku ini telah memberi informasi berkaitan

dengan cara rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan damai dan bagaimana

perpaduan rakyat dapat dipupuk. Melalui kaedah ini, kami dapat memperoleh maklumat

dengan efisyen dan berjaya menyiapkan tugasan ini dalam waktu yang telah ditetapkan.

Kaedah Soal Selidik

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan masyarakat setempat terhadap peranan

media cetak dan media eletronik iaitu media massa dalam memupuk perpaduan rakyat

Malaysia dan cara-cara untuk memupuk dan memperkukuh lagi perpaduan rakyat di negara

kita. Kami akan menyediakan borang soal selidik dan 20 orang responden diperlu untuk

menjawab soalan-soalan tersebut. Analisis akan dijalankan berdasarkan keputusan yang

diperoleh melalui kajian dan data tersebut akan dibentang dalam bentuk graf serta carta pai.

Kaedah ini digunakan untuk mendapat maklumat-maklumat yang lebih tepat dan jelas

daripada 20 orang responden. Borang soal selidik akan disediakan dan 20 orang responden

perlu menjawab soalan dalam borang tersebut. Soalan soal selidik yang disediakan

mengandungi tiga bahagian iaitu Bahangian A, Bahagian B dan Bahagia C. Bahagian A akan

melibatkan beberapa soalan berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Responden akan

menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan media cetak dan media elektronik seperti

surat khabar dan lama web sosial yang digunakan oleh mereka dalam kehidupan seharian

dalam Bahagian B. Dalam Bahagian C pula, responden perlu menjawab soalan-soalan yang
mengenai dengan pandang mereka terhadap peranan media massa dalam memupuk

perpaduan rakyat dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh media massa supaya

perpaduan rakyat dapat terus dikekalkan.

CARA ANALISIS DATA

Skala ini mempunyai empat tahap iaitu 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju', dan

'Sangat Tidak Setuju'. Kesemua skala empat peringkat ini diringkaskan seperti yang

ditunjukkan pada jadual di bawah, iaitu Jadual 1: Skala Tahap Persetujuan.

Bil. Tahap persetujuan


4 Sangat Setuju
3 Setuju
2 Sangat Tidak Setuju
1 Tidak Setuju
2.0 Peranan media cetak dan media elektronik dalam memupuk semangat perpaduan

antara rakyat berbilang kaum

Media massa merupakan satu media yang menyalurkan maklumat terkini kepada

pengguna. Jenis media massa yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik.

Radio pula hanya dalam bentuk dan media elektronik. Televisyen merupakan media

elektronik yang menyalurkan maklumat secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang

paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam. Manakala surat

khabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar.

Kedua-dua media elektronik dan cetak memainkan peranan penting di negara ini bagi

membina kesedaran dan galakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Maklumat yang disebarkan melalui media massa boleh memberi mesej perpaduan kerana

nilai-nilai perpaduan ini boleh dibentuk dalam rancangan terbitan televisyen atau radio di

samping paparan artikel di akhbar.

Kajian yang dilakukan oleh Md Salleh Hj Hassan et al., (2009) ke atas keberkesanan

media massa dalam memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional

memperlihatkan pengaruh media massa ke atas nilai dan sikap masyarakat terhadap

perpaduan telah merumuskan bahawa media massa di Malaysia menjadi elemen yang

berkesan bagi memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional. Secara

umum dapat diketahui bahawa lebih ramai penduduk Malaysia membaca akhbar berbahasa

Melayu dan mesej perpaduan negara telah membawa kesan positif kepada rakyat berbilang

kaum di negara ini.


Kejayaan Malaysia bukan saja memelihara perdamaian tetapi juga mencapai banyak

kemajuan yang mempunyai teras daripada keharmonian hubungan kaum. Sudah tentu, dalam

hal ini media massa memainkan peranan penting supaya dapat turut menyumbang kepada

keharmonian hubungan kaum dengan mengelakkan diri daripada terheret kepada perdebatan

yang boleh menimbulkan keresahan kaum. Sepatutnya semua media massa yang beroperasi

di negara ini memahami suasana hubungan kaum dan tidak perlu diingatkan oleh pemimpin-

pemimpin negara. Bagi akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris yang dibaca oleh

semua kaum di negara ini, mereka amat berhati-hati apabila melaporkan isu-isu perkauman

kerana reaksi pembaca adalah cepat dan mudah dikesan.

Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan

negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai

etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan

cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat

menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu  kaum. Secara tidak langsung, media

massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat

berbilang kaum. Semangat bersatu padu dan saling menghormati dapat mewujudkan

keharmonian masyarakat. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan

membantu proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.


3.0 Memperbanyak artikel mengenai cara-cara untuk merapatkan silaturahim antara

masyarakat berbilang kaum.

Artikel adalah karangan faktual secara lengkap dengan panjang tertentu yang dibuat

untuk dipublikasikan melalui majalah, buletin dan juga internet. Ia bertujuan untuk

menyampaikan fakta yang dapat mendidik atau sebagai hiburan. Dalam skop kajian ini,

kaedah-kaedah yang dapat dilaksanakan untuk memperbanyak artikel mengenai cara-cara

untuk merapatkan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum akan dibincangkan. Ini

adalah kerana artikel merupakan satu alternatif yang efektif untuk menyebarkan idea

perpaduan. Melalui artikel-artikel ini, hubungan silaturahim antara masyarakat Malaysia

tentu dapat dirapatkan. Artikel-artikel ini juga dapat mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Bak

kata perkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, artikel-artikel yang diciptakan

pasti dapat menyemai unsur bertolak ansur dalam kalangan rakyat.

Terdapat banyak cara-cara yang dapat memperbanyak artikel-artikel tersebut.

Pertamanya, melalui peranan kerajaan. Usaha kerajaan dalam membentuk negara yang

harmoni dapat dilihat dalam peranan mereka dalam sistem pendidikan. Ini adalah untuk

merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan

integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang

kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan

memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara.

Kerajaan boleh mempublikasikan artikel-artikel megenai perpaduan dalam buku teks atau

buku-buku yang dapat dicari dalam perpustakaan. Dengan ini, pelajar dapat didedahkan

kepada nilai-nilai murni yang berkaitan dengan silaturahim masyarakat dan secara tidak

langsung, kepentingan perpaduan dapat disemai dalam diri pelajar. Pendidikan adalah

tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan di negara kita menitikberatkan perpaduan

rakyat kerana Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, Kesusasteraan Melayu

telah memainkan peranan yang berkesan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Oleh itu,

KOMSAS telah diperkenal dan dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan dalam

bahan bacaan tersebut, terdapat banyak artikel yang berkaitan dengan perpaduan kaum.

Dalam ini, guru-guru di sekolah juga memberi kerjasama dengan mendidik pelajar-pelajar.

Mereka boleh menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan cara-cara untuk merapatkan

silaturahim antara masyarakat berbilang kaum yang dapat menarik perhatian pelajar. Mereka

juga berperanan untuk memupuk sikap suka membaca dan menulis dalam pelajar-pelajar.

Dengan sikap ini, pelajar akan dapat menulis artikel tentang perpaduan kaum juga.

Untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim, kerjasama pelbagai pihak terutama

media, amat diperlukan kerana ia merupakan agen penyebar maklumat. Melalui media massa,

maklumat dapat disampai kepada seluruh masyarakat termasuk penduduk di luar bandar dan

pedalaman dan agen perubahan. Media cetak terutamanya surat khabar boleh menerbit artikel

perpaduan and silaturahim rakyat untuk supaya masyarakat dapat lebih didedahkan kepada

kepentingan perpaduan kaum. Artikel yang terdapat di internet juga boleh memupuk

perpaduan dalam rakyat dan memperkukuhkan perpaduan negara. Melalui media cetak and

media eletronik ini, pendedahan masyarakat kepada mesej yang mengandungi perpaduan

negara dan integrasi nasional dapat dikenal pastikan.

Di samping itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak

mereka sejak kecil. Anak-anak merupakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang

mencontengkannya. Ibu bapa boleh menulis atau memberi anak-anak mereka membaca
artikel yang berkaitan dengan cara-cara untuk merapatkan silaturahim antara masyarakat

berbilang kaum. Dengan ini, anak-anak akan terdedak kepada bahan bacaan ini dan nilai-nilai

moral dan pengajaran yang terdapat dalam artikel tersebut dapat dipelajari oleh anak-anak.

Ibu bapa perlu mengetahui kepentingan untuk mendidik anak-anak tentang hubungan

silaturahim dan kepentingan perpaduan sejak kecil lagi kerana anak-anak ialah pemimpin

negara masa hadapan.

Sasterawan Negara Usman Awang menyatakan bahawa terdapat banyak contoh karya

kesusasteraan yang kaya dengan mesej berbaur perpaduan serta menjurus ke arah

kebangkitan semangat kebersamaan masyarakat. Contohnya, novel Sangeetha karya Azizi

Abdullah serta cerpen Estet dan Kuarters Batu 13 hasil karya Zainal Rashid Ahmad

berpotensi merapatkan kerenggangan serta menamatkan polemik yang cuba mengapi-apikan

sensitiviti perkauman. Artikel-artikel ini merupakan contoh yang terkenal dalam membincang

perpaduan rakyat.

Kesimpulannya, artikel bukan sahaja dapat meluaskan pengetahuan tetapi juga dapat

melatih penulisan pelajar-pelajar. Sikap suka membaca dan menulis merupakan sikap yang

baik dan patut diamalkan oleh masyarakat. Pelbagai pihak seperti kerajaan, media massa dan

ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam memperbanyak artikel mengenai

cara-cara untuk merapatkan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum. Melalui artikel-

artikel ini, hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia dan perpaduan negara dapat

dipupukan.
4.0 Menyebarkan ideologi-ideologi serta pelbagai kaum dan budaya di Malaysia melalui

media cetak dan juga media elektronik.

Media memainkan peranan penting dalam menyebarkan ideologi negara untuk

memupuk permuafakatan di kalangan rakyat Malaysia. Melalui media juga kebudayaan dan

keunikan pelbagai kaum di Malaysia boleh disebarkan dengan mudah dalam kalangan rakyat

Malaysia. Pelbagai langkah dan usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengeratkan

silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai ideologi juga telah disebarkan melalui

media untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Media boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik.

Antara usaha yang telah disebar melaui media cetak adalah ideologi negara iaitu Rukun

Negara Malaysia. Rukun Negara telah dicatat di buku latihan serta dalam buku teks sekolah.

Hal ini demikian, semangat kejiranan haruslah dipupuk dari kecil. Bak kata pepatah, melentur

buluh biar dari rebungnya. Kanak-kanak tidak seharusnya mempunyai prasangka terhadap

kaum lain dan sepatutnya boleh bertoleransi.

Prinsip Rukun Negara Malaysia yang pertama menyatakan Kepercayaan kepada Tuhan

yang membawa maksud menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh

membangunkan pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati

diri yang padu. Oleh itu, setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-

masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan dan bukannya menggunakan

agama sebagai alat mencipta permusuhan. Prinsip Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan

dan Kesusilaan pula menekankan tentang perkauman perkembangan dan pembangunan

personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini mesti menjadi

panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang
sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian

bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting

dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam konteks ini, setiap warganegara sewajarnya menghormati orang lain dengan mengawal

diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif terhadap kaum lain berkaitan

kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama

yang dianutinya.

Melalui media cetak juga program 1 Malaysia yang dilanjutkan oleh pihak kerajaan telah

disebarkan. Contohnya, setiap kali musim perayaan, berita di muka hadapan akhbar

memaparkan wajah-wajah pelbagai etnik sedang meraikan perayaan tersebut tanpa mengira

kaum. Beberapa tahun yang lepas, kerajaan mula menjadikan sambutan perayaan sebagai

acara penting peringkat kebangsaan. Ketika ini, perdana menteri atau menteri besar bergilir-

gilir menghadiri majlis makan dan persembahan sebagai sebahagian daripada usaha-usaha

perpaduan. Rakyat juga digalakkan untuk menyertai majlis makan tersebut. Antara majlis

makan yang telah dianjurkan adalah Majlis rumah terbuka. Biasanya berita majlis rumah

terbuka ini dan pertemuan pemimpin disertakan gambar di muka hadapan akhbar dan berita

utama bagi mempengaruhi pembaca dan penonton untuk menilai keakraban hubungan

pemimpin pelbagai etnik ini. Dalam akhbar tersebut, turut disertakan program-prgram seperti

tarian daripada pelbagai etnik untuk mendapat tumpuan daripada rakyat. Dengan ini,

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat di bentuk.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Konsep 1

Malaysia yang bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan kaum telah disebarkan melaui

media cetak seperti poster, majalah serta surat khabar.Kerajaaan juga telah memperkenalkan
produk 1 Malaysia dan klinik 1 Malaysia melalui akhbar. Tidak ketinggalan pula, media cetak

juga telah digunakan untuk mempromosikan filem-filem keluaran tempatan yang boleh

memupuk perpaduan kaum seperti filem Ola Bola.

Media elektronik juga memainkan peranan penting dalam membina kesedaran dan

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan budaya.Maklumat yang disebarkan melalui media elektronik dapat memberi mesej

perpaduan kaum kerana pelabagai nilai nilai perpaduan boleh dibentuk dalam rancangan

terbitan televisyen atau radio.

Melalui televisyen ,pelbagai rancangan,iklan serta filem yang dipertayangkan kepada

rakyat Malaysia dapat mengharmonikan pergaulan antara kaum di negara ini. Sebagai

contoh,filem tempatan terbaru “Ola Bola”dan iklan “rasa sayang”yang dipertontonkan

melalui televisyen sempena Tahun Melawat Malaysia 2008.ini dapat menyemai berbagai

unsur positif dalam usaha mewujudkan kestabilan serta perpaduan yang maksimum dalam

kalangan rakyat Malaysia.Selain itu, iklan iklan yand disiarkan dalam kaca televisyen(iklan

Petronas di TV3) terutamanya pada musim musim perayaan dan kermerdekaan dapat

memberikan idea serta gambaran kepada rakyat Malaysia tentang perkembangan tahap

perpaduan serta mengalakkan rakayat Malaysia untuk berusaha mencapai perpaduan yang

kukuh di Malaysia.

Rakyat Malaysia sering mendengar radio untuk megisi masa lapang dan menhilangkan

rasa bosan.Jika mesej mesej berunsur perpaduan disiarkan melaui radio maka secara tidak

langsung rakyat dapat memupuk semangat kekitaan antara satu sama lain.Ini dapat

menyumbang kepada perkembangan tahap perpaduan di Malaysia.Selain itu ,golongan


remaja juga seringkali mendengar radio lebih lebih lagi dengan adanya teknologi seperti

“walkman” dan “iPod”.Hal ini secara tidah langsung mendorong golongan muda mudi ini

untuk menghayati kepentingan perpaduan kaum dan mengamalkan nilai nilai murni bagi

mencapai perpaduan.

Rancangan hiburan dan muzik yang disiarkan menerusi radio dan televisyen juga dapat

menyumbang kepada perkembangan perpaduan di Malaysia.Sebagai contoh, lagu lagu

berunsur perpaduan seperti “Sejahtera Malaysia” dan “Warisan” dapat mengalakkan rakyat

untuk bersatu padu dan mengamalkan nilai bekerjasama,tolong menolong antara satu sama

lain dan dapat mengendalikan apa jua masalah yang dapat menggugat perpaduan

bersama.Bak kata pepatah melayu “Bersatu teguh bercerai roboh”

Tambahan pula,penggunaan komputer dan internet juga dapat memupuk perpaduan .Hal

ini demikian kerana pengetahuan asas budaya,bahasa dan adat resam pelbagai kaum dapat

disebarkan melalui Internet.Sebagai contoh sekolah sekolah bestari mengalakkan penggunaan

ICT dalam pengajaran.Hal ini dapat menjadikan murid pelbagai kaum mudah untuk

memperoleh pelbagai maklumat terutamanya informasi tentang latar

belakang,kebudayaan,adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari Internet.Keadaan in

secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak

kanak lagi.

Konklusinya,media cetak dan media elektronik dapat menyebarkan ideologi ideologi

secara meluas untuk memupuk perpaduan serta informasi tentang pelbagai budaya,kaum dan

bangsa di Malaysia.

5.0 Iklan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan
antara rakyat berbilang kaum.

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud iklan ialah pemberitahuan kepada orang

ramai melalui surat khabar, televisyen, radio dan lain-lain lagi. Kebanyakan syarikat

perniagaan besar berbelanjakan beberapa ribu ringgit untuk mempamerkan iklan dalam

bentuk media cetak ataupun media elektronik. Hal ini demikian kerana iklan bukan sahaja

dapat menarik perhatian orang ramai, ia juga boleh memperkenalkan sesuatu produk,

perkhidmatan atau informasi dengan cepat. Sebagai contoh, penonton televisyen selalu

diperkenalkan dengan sesuatu produk melalui iklan-iklan yang dipamerkan semasa waktu

rehat yang pendek. Selain itu, media cetak seperti papan iklan dan banner besar juga boleh

dilihat di pinggir jalan raya. Kaedah ini memang dapat menarik perhatian masyarakat dan

turut menyebarkan informasi. Oleh itu, walaupun pengiklanan memerlukan perbelanjaan

yang besar, kaedah pengiklanan masih dijadikan sebagai strategi pemasaran kerana ia dapat

meningkatkan kuantiti jualan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh

sesebuah syarikat.

Di samping itu, iklan bukan sahaja digunakan oleh syarikat-syarikat besar, ia juga

digunakan sebagai perantaraan untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Malaysia

yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan kaum amat penting kerana dapat

mewujudkan negara yang harmoni. Seterusnya, ekonomi negara juga dapat dimajukan.

Menurut Dato’ Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, perpaduan semua kaum di

Malaysia boleh memberikan sebuah negara berdaulat. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita

berperanan untuk memupuk semangat perpaduan supaya negara kita berkembang maju dan

berdaulat.
Demi mencapai perpaduan kaum, terdapat badan-badan bukan kerajaan terutamanya

Petronas dan Bank Bumiputra-Commerce selalu menyedarkan rakyat tentang kepentingan

perpaduan dalam Malaysia dengan menayangkan iklan-iklan melalui kaca televisyen. Kaedah

ini sangat berkesan kerana mesej disampaikan melalui visual dan penonton dapat

menggambarkan kepentingan integrasi kaum. Selain itu, nilai-nilai positif yang ditayangkan

dapat diteladani oleh rakyat dan seterusnya masyarakat yang harmoni akan dibentukkan.

Menurut R.Karthigesu,1995, penyiaran termasuk iklan merupakan salah satu mekanisma

dapat membantu mewujudkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan rakyat yang berbilang

kaum.

Kebanyakan iklan ditayangkan semasa musim perayaan seperti Hari Kemerdekaan,

Hari Raya, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain lagi. Tayangan iklan-iklan tersebut

dapat menyedarkan masyarakat tentang tahap perpaduan dalam Malaysia pada masa itu.

Sebagai contoh, Petronas pernah menghasilkan iklan mengenai tiga kawan bernama Lim,

Atan dan Param yang berbeza kaum. Mereka berkawan baik sejak kecil lagi tetapi terpisah

kerana haluan hidup masing-masing. Selepas mereka telah berumur, Atan menemui Lim

secara kebetulan di hospital bersama anak-anak mereka. Mereka berbual-bual sambil ketawa

kerana peristiwa yang lalu. Mereka pernah terbaling tebuan dan terjun ke dalam kolam untuk

menyelamatkan diri dari disengat tebuan. Selepas itu, Lim kecewa dengan sikap anaknya

kerana tidak mengendahkan kawan sendiri yang duduk di tepi sahaja.

Menerusi iklan tersebut, kita dapat tahu bahawa masyarakat kini hanya menudukkan

kepala dan berhadapan dengan skrin telefon. Mereka mengabaikan orang di sekeliling dan

tidak berkomunikasi langsung walaupun bersama dengan kawan-kawan. Selain itu, terdapat

juga sikap prejudis antara masyarakat yang berbilang kaum. Nilai-nilai negatif ini akan
menjejaskan hubungan antara rakyat dan misi negara susah dicapai kerana perpaduan rakyat

terbantut. Iklan tersebut dapat memberikan kesedaran kepada rakyat agar berubah untuk

bekerjasama antara satu sama lain bagi memajukan negara bersama-sama barulah boleh

hidup dalam keadaan yang harmoni.

Seterusnya, iklan juga mengandungi nilai-nilai positif yang seharusnya dipupuk dalam

hati masyarakat. Sebagai contoh, New Straits Time pernah menayangkan iklan yang

mengenai seorang budak lelaki Melayu yang buta masih membeli surat khabar untuk

mengetahui berita semasa. Kanak-kanak yang berhampiran pula ketawa dan pandang rendah

pada budak yang buta itu. Walaupun begitu, seorang budak lelaki India menghulurkan

bantuan kepada budak itu dengan membacakan surat khabar tersebut kepadanya. Sejak hari

itu, mereka menjadi kawan baik. Tetapi, malang tidak berbau, kebakaran berlaku di rumah

budak buta itu. Semua anggota keluarganya termasuk dia terpaksa berpindah ke tempat yang

lain. Kejadian tersebut memisahkan kedua-dua budak itu. Selepas beberapa tahun, mereka

bertemu semula di sebuah pejabat kanak-kanak buta. Pada masa itu, budak Melayu itu sudah

menjadi seorang penulis surat khabar. Mereka berpelukan kerana terharu untuk bertemu

semula.

Dari iklan tersebut, masyarakat kini haruslah meneladani sikap lelaki India itu yang

sanggup menghulurkan bantuan kepada budak yang buta walaupun berbeza kaum. Mesej

yang ingin disampaikan adalah golongan kurang berupaya patut disokong dan dibantu oleh

masyarakat umum supaya mereka tidak berasa tersisih. Di samping itu, walaupun individu

terdiri daripada kaum yang berbeza, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah memupuk sifat

perpaduan kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Konklusinya, iklan yang

ditayangkan melalui televisyen boleh menyedarkan masyarakat berbilang kaum supaya


bersatu padu dan berganding bahu bersama-sama.

Selain itu, terdapat beberapa iklan lagi yang ditayangkan melalui kaca televisyen.

Sebagai contoh, iklan kemerdekaan yang ke-50 oleh Petronas. Iklan ini mengenai seorang

murid lelaki bernama Tan Hong Ming menjawab bahawa kekasihnya ialah Umi Qazrina

apabila ditanya oleh orang lain. Sebenarnya, mesej yang ingin disampaikan oleh iklan ini

adalah perbezaan kaum tidak menjadi haluan untuk berkawan. Masyarakat umum harus

sedarkan diri bahawa nilai persahabatan tersebut yang berbeza kaum. Tan Hong Ming sebagai

murid sekolah rendah telah pun berkawan baik dengan murid yang tidak sama kaum. Maka

orang dewasa yang berpengalaman sepatutnya lebih matang untuk berkawan dengan individu

berbilang kaum. Iklan ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan dewasa tetapi juga bagi

kanak-kanak supaya memupuk budaya penyatuan kaum.

Selain daripada itu, iklan negara “KITA” juga ditayangkan. Iklan ini mengisahkan

sekumpulan kanak-kanak yang membina monumen bandar bersama-sama. Selepas siap

pembinaan, mereka mencadangkan nama bagi bandar tersebut. Walaupun beberapa nama

sudah dicadangkan, mereka masih tidak puas hati dengan nama-nama itu. Akhirnya, salah

satu kanak-kanak memberi idea iaitu “KITA”. Selepas berbincang, mereka turut bersetuju

dengan nama tersebut. Iklan ini ditayangan semasa Hari Kemerdekaan. Tujuannya adalah

menyokong rakyat supaya mempunyai semangat kekitaan. Negara Malaysia adalah negara

yang mengandungi rakyat yang berbagai kaum. Oleh itu, semangat perpaduan amat

digalakkan untuk memajukan negara ini. Iklan tersebut menunjukkan semangat perpaduan

kanak-kanak apabila mereka membina monument bersama-sama dan juga bersetuju dengan

nama “Bandar KITA”.


Kesimpulannya, iklan yang boleh menarik perhatian masyarakat dapat disalurkan

melalui media elektronik dan media cetak. Selain itu, penyebaran maklumat melalui iklan

amat luas dan boleh menyampaikan mesej dengan kaedah visual. Oleh itu, iklan merupakan

media yang sesuai untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan perpaduan kaum.

Akhirnya, semua golongan harus berganding bahu memainkan peranan masing-masing untuk

menghasilkan iklan-iklan yang berkenaan dengan kesepaduan rakyat berbilang kaum tanpa

mengira masa.

6.0 Hasil Kajian


Bahagian ini menujuk dan menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas

dan pendapat masyarakat terhadap kajian media cetak dan elektronik sama ada dapat

memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga langkah-langkah yang

boleh diambil untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kekerapan Peratusan
Bil. Faktor Kategori
(f) (%)
Lelaki 6 30
1. Jantina
Perempuan 14 70
India 3 15
Cina 17 85
2. Kaum
Melayu 0 0

Lain-Lain 0 0
15-20 16 80
21-26 4 25
3 Umur
27-35 0 0
36 ke atas 0 0
Jadual 1: Latar Belakang responden

Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden yang terdiri daripada 20 orang. Didapati

bahawa perempuan telah menjadi majoriti kepada kajian analisis ini dengan bilangan 14

orang dan lelaki dengan bilangan 6 orang. Faktor kaum pula, Orang cina telah menjadi

majoriti dengan bilangan 17 responden, dan orang india pula terdiri daripada 3 orang yang

menjadi minoriti. Kaum melayu dan lain-lain pula tidak meyumbang kepada peratusan selidik

ini. Seterusnya adalah faktor umur bahawa terdapat 16 orang yang berumur 15-20 tahun yang

menjadi majoriti kepada kaji selidik ini. Di samping itu 4 orang responden yang berumur 21-

26 tahun adalah minoriti kepada kaji selidik ini.

RAJAH 1: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN PERATUSAN JANTINA


Rajah 1 di atas menunjukkan peratusan jantina responden. Daripada 20 orang yang telah

disoal selidik, terdapat 6 orang responden adalah lelaki bersamaan dengan peratusan

sebanyak 30%. Di samping itu perempuan pula terdapat 14 orang responden bersamaan

dengan peratusan 70%.

RAJAH 2: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN PERATUSAN KAUM


Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum pelajar. Terdapat

17 orang cina yang telah disoal selidik yang terdiri daripada 85%. Orang india pula terdiri

daripada 3 pelajar dengan bersamaan 15%. Kaum melayu dan lain lain pula tidak termasuk

dalam soal selidik responden kerana beberapa faktor yang menjadi penghalang seperti

demografi kawasan soal selidik dijalankan yang mempunyai peratusan kaum melayu yang

amat rendah.

RAJAH 3: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN PERATUSAN UMUR


Daripada 20 orang pelajar yang disoal selidik, terdapat 85% pelajar yang berumur 15-20

tahun. Seterusnya adalah pelajar yang berumur 21-26 tahun adalah seramai 15 %. Didapati

tiada responden yang berumur 26 dan ke atas yang disoal selidik.

JADUAL 2:

MENGKAJI PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KAJIAN MEDIA CETAK DAN

ELEKTRONIK SAMA ADA DAPAT MEMUPUK PERPADUAN KAUM DALAM

KALANGAN RAKYAT MALAYSIA


Sangat Setuju Sangat Tidak Tidak

Setuju Setuju Setuju


1. Adakah anda sering menggunakan 14 6 0 0

media

media cetak dan media elektronik

dalam kehidupan seharian?


2. Pada pendapat anda, bolehkah 3 15 1 1

laman web sosial menyatupadukan

perpaduan rakyat Malaysia?


3. Adakah unsur-unsur yang 8 3

berkaitan dengan perpaduan dalam 8

media cetak seperti surat kahabar 1

mencukupi?
3 14 2 1

4. Adakah surat khabar dan laman

web sosial dapat mengajar rakyat

Malaysia cara hidup budaya kaum

lain?
5. Adakah cara 2 12 2 4

surat khabar dan laman web sosial

yang digunakan oleh kerajaan dalam

memupuk perpaduan dalam kalangan

masyarakat mencukupi?

JADUAL 2 (a):
PERATUSAN PILIHAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KAJIAN MEDIA

CETAK DAN ELEKTRONIK SAMA ADA DAPAT MEMUPUK PERPADUAN KAUM

DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Sangat Setuju Sangat Tidak Tidak

Setuju Setuju Setuju


1. Adakah anda sering menggunakan 70% 30% 0 0

media

media cetak dan media elektronik

dalam kehidupan seharian?


2. Pada pendapat anda, bolehkah

laman web sosial menyatupadukan 15% 75% 5% 5%

perpaduan rakyat Malaysia?


3. Adakah unsur-unsur yang berkaitan

dengan perpaduan dalam media cetak 5% 40% 15% 40%

seperti surat kahabar mencukupi?

4. Adakah surat khabar dan laman 15% 70% 10% 5%

web sosial dapat mengajar rakyat

Malaysia cara hidup budaya kaum

lain?
5. Adakah cara

surat khabar dan laman web sosial 10% 60% 10% 20%

yang digunakan oleh kerajaan dalam

memupuk perpaduan dalam kalangan

masyarakat mencukupi?
Jadual 2 mewakili jadual mengenai kajian tentang persepsi masyarakat terhadap media

cetak dan elektronik sama ada dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan Malaysia,

dan jadual 2(a) merupakan peratusan persepi masyarakat terhadap media cetak dan elektronik

sama ada dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan Malaysia.

Berdasarkan Jadual 2, terdapat 14 orang responden yang memilih sangat setuju iaitu

sebanyak 70% dan terdapat 6 orang pula memilih setuju dengan peratusan selebihnya 30%

kepada soalan 'Adakah anda sering menggunakan media media cetak dan media elektronik

dalam kehidupan seharian'. Tiada responden yang memilih 'Sangat Tidak Setuju' dan 'Tidak

Setuju". Oleh itu pilihan "Sangat setuju" merupakan majoriti para responden, bahawa media

cetak dan media elektronik merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam

kehidupan seharian.

Selain itu, soalan "bolehkah laman web sosial menyatupadukan perpaduan rakyat

Malaysia?" terdapat 3 orang responden yang pilih 'sangat setuju' dan 15 orang memilih

'setuju' dengan peratusan 15% dan 75%. Terdapat 1 responden yang memilih 'Sangat Tidak

Setuju' dan 'Tidak Setuju' dengan peratusan 5% kepada kedua dua pilihan ini menunjukan

bahawa majoriti masyarakat bersetuju bahawa laman sesawang dapat menyatupadukan rakyat

Malaysia.

Di samping itu, terdapat 8 orang memberi pilihan 'Setuju' untuk soalan "Adakah unsur-

unsur yang berkaitan dengan perpaduan dalam media cetak seperti surat kahabar mencukupi;

yang terdiri daripada 40% dan 1 orang memberi pilihan 'Sangat setuju' dengan peratusan

5%.terdapat 3 orang pula memilih 'Sangat Tidak Setuju' dan 8 orang memberi 'Tidak Setuju'

dengan peratusan 15% dan 40%. Oleh itu, ini menunjukan bahawa purata bilangan rakyat
yang berasa bahawa unsur-unsur yang berkaitan dengan perpaduan dalam media cetak seperti

surat khabar ada cukup dan tidak mencukupi.

Selain daripada itu, bagi soalan "Adakah surat khabar dan laman web sosial dapat mengajar

rakyat Malaysia cara hidup budaya kaum lain?" pula terdapat 14 orang responden memberi

'Setuju' iaitu 70% dalam kalangan para responden. 3 orang pula memilih 'Sangat Setuju' iaitu

sebnayak 15%. 10% pula memberi jawapan 'Sangat Tidak Setuju' dan 5% memilih 'Tidak

Setuju'. Konklusinya, ramai responden berasa bahawa surat khabar dan laman web sosial

dapat mengajar rakyat Malaysia cara hidup budaya kaum lain,

Akhir sekali, bagi soalan "Adakah cara surat khabar dan laman web sosial yang digunakan

oleh kerajaan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat mencukupi", terdapat

12 orang iaitu 60% responden yang memberi 'Setuju'. Terdapat 2 orang responden pula

memilih 'Sangat Setuju', 2 orang iaitu 10% memilih 'Sangat Tidak Setuju' dan selebih 4

dengan peratusan 20% orang pula pilih 'Tidak Setuju'. Secara tuntasnya, majoriti masyarakat

berasa bahawa surat khabar dan laman web sosial yang digunakan oleh kerajaan dalam

memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah mencukupi.

Konklusinya, bilangan respoden yang memberi pilihan 'Tidak Setuju' adalah "Adakah surat

khabar dan laman web sosial yang digunakan oleh kerajaan dalam memupuk perpaduan

dalam kalangan masyarakat mencukupi.


JADUAL 3:

PANDANGAN RESPONDEN TERHADAP MEDIA MASSA DALAM MEMUPUK

PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI

MEMUPUK KESEPADUAN SOSIAL DALAM KALANGAN RAKYAT

MALAYSIA

Sangat Setuju Sangat Tidak Tidak

Setuju Setuju Setuju


1. Surat khabar dan laman web sosial 3 10 1 6

lebih kerap menyiarkan iklan yang

berkaitan dengan perpaduan.


2. Media massa kerajaan dan swasta 2 17 0 1

bekerjasama menganjurkan kempen

perpaduan bagi memupuk perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia.


3. Adakah meningkatkan jumlah 3 13 3 1

iklan dalam media massa yang

berkaitan dengan perpaduan dapat

menyerdakan rakyat dalam aspek

perpaduan.
4. Adakah pendidikan mengenai 7 8 4 1

semangat perpaduan antara kaum

penting untuk para pelajar di sekolah

diberi.
5. Ibu bapa memberi pengajaran tidak 7 11 0 2
formal kepada anak-anak sejak

keciltentang kepentingan perpaduan

dalam kalangan masyarakat.


6. Pihak IPTA dan IPTS harus 6 13 0 1

menganjurkan aktiviti perpaduan

bagi megeratkan kesepaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia.


7. Kerajaan harus mewajibkan 4 14 0 2

instituti pengajian tinggi mengadakan

skop pengajaran dalam semua aliran

untuk memupuk perpaduan di

Malaysia

JADUAL 3(a):

PERATUSAN PANDANGAN RESPONDEN TERHADAP MEDIA MASSA

DALAM MEMUPUK PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG

BOLEH DIAMBIL BAGI MEMUPUK KESEPADUAN SOSIAL DALAM

KALANGAN RAKYAT MALAYSIA


Sangat Setuju Sangat Tidak Tidak

Setuju Setuju Setuju


1. Surat khabar dan laman web sosial 15% 50% 5% 30%

lebih kerap menyiarkan iklan yang

berkaitan dengan perpaduan.


2. Media massa kerajaan dan swasta 10% 85% 0 5%

bekerjasama menganjurkan kempen

perpaduan bagi memupuk perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia.


3. Adakah meningkatkan jumlah 15% 65% 15% 5%

iklan dalam media massa yang

berkaitan dengan perpaduan dapat

menyerdakan rakyat dalam aspek

perpaduan.
4. Adakah pendidikan mengenai 35% 40% 20% 5%

semangat perpaduan antara kaum

penting untuk para pelajar di sekolah

diberi.
5. Ibu bapa memberi pengajaran tidak 35% 55% 0 10%

formal kepada anak-anak sejak kecil

tentang kepentingan perpaduan

dalam kalangan masyarakat.


6. Pihak IPTA dan IPTS harus 30% 65% 0 5%

menganjurkan aktiviti perpaduan

bagi mengeratkan kesepaduan dalam


kalangan rakyat Malaysia.
7. Kerajaan harus mewajibkan 20% 70% 0 10%

instituti pengajian tinggi mengadakan

skop pengajaran dalam semua aliran

untuk memupuk perpaduan di

Malaysia.

Jadual 3 adalah bahagian terakhir dalam borang soal selidik yang telah disediakan.

Bahagian ini disediakan bagi membincangkan mengenai pandangan masyarakat terhadap

peranan media massa dalam memupuk perpaduan dan langkah-langkah yang boleh

diambil bagi memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakala,

jadual 3(a) merupakan peratusan pandangan masyarakat terhadap peranan media massa

dalam memupuk perpaduan dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk

kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berdasarkan Jadual 3, terdapat 3 orang responden yang memilih sangat setuju iaitu

sebanyak 15%, 10 orang memilih setuju dengan peratusan sebanyak 50%, 1 orang

responden pula merasa sangat tidak setuju dan selebihnya sebanyak 6 orang responden

telah memilih tidak setuju dengan peratusan sebanyak 30%, kepada soalan “Surat khabar

dan laman web sosial lebih kerap menyiarkan iklan yang berkaitan dengan perpaduan”.

Jawapan yang berbeza-beza yang telah diberikan oleh responden menunjukkan bahawa

lebih banyak iklan-iklan yang berkaitan perpaduan harus disiarkan. Walaupun terdapat 10
responden memberi jawapan setuju, namum ia masih tidak mencukupi.

Selain itu, bagi jawapan soalan " Media massa kerajaan dan swasta bekerjasama

menganjurkan kempen perpaduan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia " terdapat 2 orang responden yang pilih 'sangat setuju' dan 17 orang memilih

'setuju' dengan peratusan 10% dan 85%. Terdapat 1 responden yang memilih 'Tidak

Setuju' dengan peratusan 5%. Respond ini menunjukan bahawa majoriti masyarakat

bersetuju bahawa kerjasama pihak kerajaan dan pihak swasta dari segi media massa

sedikit sebanyak mampu memupuk perpaduan antara rakyat di Malaysia.

Di samping itu, terdapat 3 dan 13 orang memberi pilihan kepada “Sangat Setuju” dan

'Setuju' untuk langkah "Adakah meningkatkan jumlah iklan dalam media massa yang

berkaitan dengan perpaduan dapat menyedarkan rakyat dalam aspek perpaduan” ; yang

terdiri daripada jumlah sebanyak 70%. 3 orang memberi pilihan 'Sangat tidak setuju' dan

seorang telah memilih ‘Tidak setuju’ yang memberi dengan jumlah peratusan sebanyak

30%. Oleh itu, ini menunjukan bahawa bilangan responden yang berasa dengan

meningkatkan jumlah iklan dalam media massa dapat memupuk perpaduan lebih tinggi

berbanding jumlah responden yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Selain daripada itu, bagi soalan " Adakah pendidikan mengenai semangat perpaduan

antara kaum penting untuk para pelajar di sekolah diberi?" pula terdapat 7 orang

responden memberi 'Sangat Setuju' iaitu 35% daripada jumlah peratusan para responden.

8 orang pula memilih 'Setuju' iaitu sebanyak 40%. 4 orang pula memberi jawapan 'Sangat
Tidak Setuju' dan baki seorang lagi telah memilih 'Tidak Setuju'. Konklusinya, ramai

responden berasa bahawa pihak sekolah harus memainkan peranan mereka dalam

mendidik anak-anak muda mengenai kepentingan semangat perpaduan antara kaum.

Bagi soalan mengenai langkah yang boleh diambil iaitu, "Ibu bapa memberi pengajaran

tidak formal kepada anak-anak sejak kecil tentang kepentingan perpaduan dalam

kalangan masyarakat" terdapat 7 orang iaitu sebanyak 35% responden yang memberi

'Sangat Setuju'. Terdapat 11 orang responden yang bersamaan dengan 55% pula memilih

'Setuju', 2 orang iaitu 10% memilih 'Tidak Setuju'. Secara tuntasnya, majoriti masyarakat

berasa bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk

semangat perpaduan antara kaum kepada anak-anak sejak mereka masih kecil.

Seterusnya, bagi soalan mengenai langkah yang boleh diambil Pihak IPTA dan IPTS

harus menganjurkan aktiviti perpaduan bagi mengeratkan kesepaduan dalam kalangan

rakyat Malaysia pula terdapat 6 orang responden memberi 'Sangat Setuju' iaitu 30%

dalam kalangan para responden. 13 orang pula memilih 'Setuju' iaitu sebanyak 65%. Baki

5% iaitu seorang responden pula memberi jawapan 'Tidak Setuju'. Dengan ini, ia

menunjukkan bahawa 95% responden berasa bahawa aktiviti yang membabitkan semua

kaum yang pihak IPTA dan IPTS telah anjurkan dan bakal anjurkan dapat memupuk

semangat perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, bagi langkah, "Kerajaan harus mewajibkan instituti pengajian tinggi

mengadakan skop pengajaran dalam semua aliran untuk memupuk perpaduan di


Malaysia", terdapat sebanyak 18 orang iaitu 90% dari jumlah keseluruhan responden

yang memilih ‘Sangat Setuju’ dan 'Setuju'. Baki 2 orang responden pula telah memilih

'Tidak Setuju'. Secara tuntasnya, majoriti masyarakat berasa bahawa dengan mewajibkan

beberapa mata pelajaran berkaitan dengan perpaduan antara kaum dapat membantu

masyarakat lebih arif dan peka mengenai kepentingan perpaduan antara kaum.

Secara kesimpulannya, respoden amat tidak bersetuju dengan ‘Surat khabar dan laman

sosial lebih kerap menyiarkan iklan yang berkaitan dengan perpaduan’ menunjukkan

bahawa lebih banyak artikel mengenai perpaduan antara kaum harus disiarkan.

7.0 Kesimpulan

Media perlu jelas menunaikan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dengan

meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan politik atau etnik. Kemunculan

media alternatif dapat mengimbangi media arus perdana namun mesti dalam konteks

yang membina keharmonian dan kematangan berfikir rakyat Malaysia. Dalam erti kata

lain, media perlu mengambil tanggungjawab ke atas kesan-kesan sosial sebagai

sebahagian daripada polisinya.

Peranan akhbar semakin jelas untuk mengurangkan penolakan ke atas perbezaan


yang ada, membantu mengukuhkan kepentingan politik dan ekonomi melalui kesedaran

moral serta menyedari bahawa laporan media yang bersifat berat sebelah boleh

mengundang konflik dan polemik etnik yang berpanjangan. Pengaruh media massa dan

elektronik tidak dapat diabaikan malah kita harus mengawalnya dengan cermat. Kita juga

harus menggunakan media untuk kebaikan malah bukan sebaliknya.

Perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana

pemupukan hubungan etnik antara masyarakat kerana amat penting bagi negara kita yang

bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan

kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai

kemajuan, negara memerlukan rakyat yang berdedikasi untuk melaksanakan tugas dan

tanggungjawab masing-masing. Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan

menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,

penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan

menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita

amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan

bangsa. Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang

diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan

persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha

yang telah dicapai oleh pemimpin-pemimpin dahulu. Jika dilihat keseluruhannya tidak

dapat dinafikan bahawa kandungan dalam media banyak memberi maklumat berguna
kepada masyarakat dalam konteks perpaduan, keagamaan, budaya dan pendidikan

dimana ia mampu menjana minda masyarakat yang mencintai budaya sendiri dan juga

berpotensi menggalakkan perpaduan, mempertingkatkan ilmu serta mewujudkan

masyarakat yang berpegang teguh kepada agama masing-masing. Namun perlu diingat

bahawa semua ini mampu dijana seandainya masyarakat menggunakan segala

maklumat tersebut sebaik-baiknya dan pada masa yang sama media perlu

mempertingkatkan lagi maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat berbanding

hiburan dalam masyarakat.

Dalam konteks media baru memang jelas bahawa masyarakat memang bebas

menggunakan medium tersebut dalam pelbagai konteks. Namun, kebebasan yang

diperolehi itu haruslah dimanfaatkan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang

betul.

8.0 Rujukan

1. A. 22August (2015). RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI. Dipetik pada 3March


2016, dari http://azwaraini.blogspot.my/2015/08/matlamat-rukun-negara-
mencapai.html

2. C., & M. 17 April (2012). Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik. Dipetik pada
3 Mac 2016, dari http://www.slideshare.net/MardhiahHayatiRahim/peranan-iklan-
dalam-mengintegrasikan-etnik

3. Fong Peng, C. (2009). Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan

4: Pelaksanaan dan Kesannya. Dipetik 1 Mac 2016, dari

http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab%202.pdf
4. PERANAN IKLAN TERHADAP MEMPROMOSIKAN PERPADUAN ETNIK 1
MALAY. (2016). prezi.com. Dipetik 5 March 2016, dari
https://prezi.com/mdo0bencg9sl/peranan-iklan-terhadap-mempromosikan-
perpaduan-etnik-1-malay/

5. Peranan Media Massa Dalam Hubungan Entik di Malaysia. (2016). prezi.com.


Dipetik 26 Februari 2016, dari https://prezi.com/azbqz1fi_bxw/peranan-media-
massa-dalam-hubungan-entik-di-malaysia/§

6. Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. (2016). Prpm.dbp.gov.my. Dipetik 5


March 2016, dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=iklan

7. Rahim, M. (2012). Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik. Slideshare.net.


Dipetik 5 March 2016, dari
http://www.slideshare.net/MardhiahHayatiRahim/peranan-iklan-dalam-
mengintegrasikan-etnik

8. Sastera Melayu pemangkin perpaduan. (2013). Utusan Online. Dipetik 1 Mac 2016,

dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_18/Sastera-Melayu-

pemangkin-perpaduan

9. tintalidaf: Karangan SPM: Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara.


(2014). Tintalidaf.blogspot.my. Dipetik 26 Februari 2016, dari
http://tintalidaf.blogspot.my/2014/07/karangan-spm-peranan-media-massa-
dalam.html

10. Wang, H. K., Hashim, M. B., & Goh, X. H. (2012). Pengajian Am. Bandar Baru
Bangi, Selangor: Penerbitan Pelangi.
11. Zainudin, Z. (2011). itqan: Kematangan media dan hubungan etnik di Malaysia.
Zahirzainudin.blogspot.my. Dipetik 26 Februari 2016, dari
http://zahirzainudin.blogspot.my/2011/04/kematangan-media-dan-hubungan-etnik-
di.html§

12. Zaid Ahmad (2010). Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

13. Z. Z. 22 April (2011). Itqan: Kematangan media dan hubungan etnik di Malaysia.

Dipetik pada 3 March 2016, dari http://zahirzainudin.blogspot.my/2011/04/kematangan-

media-dan-hubungan-etnik-di.html§

9.0 Lampiran

Lampiran 1

KAJIAN TERHADAP MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK DAPAT

DIMANFAATKAN DALAM USAHA MEMUPUK PERPADUAN DALAM

KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

BAHAGIAN A- MAKLUMAT DIRI RESPONDEN

ARAHAN: TANDAKAN [ /] PADA RUANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN

1. Jantina 2. Kaum 3. Umur

Lelaki [ ] India [ ] 15-20 [ ]

Perempuan [ ] Cina [ ] 21-26 [ ]

Melayu [ ] 27 -35 [ ]

Lain- lain[ ] 36 ke atas [ ]


BAHAGIAN B

ARAHAN: TANDAKAN [ / ] PADA RUANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN

PERSEPSI MASYARAKAT SETEMPAT TERHADAP MEDIA CETAK DAN

MEDIA ELEKTRONIK DALAM MEMUPUK PREPADUAN DALAM

KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Sangat Setuju Sangat Tidak Tidak


Setuju Setuju Setuju
1. Adakah anda sering menggunakan
media
media cetak dan media elektronik
dalam kehidupan seharian?
2. Pada pendapat anda, bolehkah
laman web sosial menyatupadukan
perpaduan rakyat Malaysia?
3. Adakah unsur-unsur yang
berkaitan dengan perpaduan dalam
media cetak seperti surat kahabar
mencukupi?

4. Adakah surat khabar dan laman


web sosial dapat mengajar rakyat
Malaysia cara hidup budaya kaum
lain?
5. Adakah cara
surat khabar dan laman web sosial
yang digunakan oleh kerajaan dalam
memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat mencukupi?

BAHAGIAN C

PANDANGAN RESPONDEN TERHADAP PERANAN MEDIA MASSA DALAM

MEMUPUK PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH

DIAMBIL BAGI MEMUPUK KESEPADUAN SOSIAL DALAM KALANGAN

RAKYAT MALAYSIA
Sangat Setuju Sangat Tidak Tidak
Setuju Setuju Setuju
1. Surat khabar dan laman web sosial
lebih kerap menyiarkan iklan yang
berkaitan dengan perpaduan.
2. Media massa kerajaan dan swasta
bekerjasama menganjurkan kempen
perpaduan bagi memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
3. Adakah meningkatkan jumlah
iklan dalam media massa yang
berkaitan dengan perpaduan dapat
menyerdakan rakyat dalam aspek
perpaduan.
4. Adakah pendidikan mengenai
semangat perpaduan antara kaum
penting untuk para pelajar di sekolah
diberi.
5. Ibu bapa memberi pengajaran tidak
formal kepada anak-anak sejak kecil
tentang kepentingan perpaduan
dalam kalangan masyarakat.
6. Pihak IPTA dan IPTS harus
menganjurkan aktiviti perpaduan
bagi megeratkan kesepaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
7. Kerajaan harus mewajibkan
instituti pengajian tinggi mengadakan
skop pengajaran dalam semua aliran
untuk memupuk perpaduan di
Malaysia

Lampiran 2

You might also like