You are on page 1of 6

Pembelajaran Kooperatif Yang Berkesan

Apa dia pembelajaran kooperatif ?

Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi
pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui
pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan
oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koopeatif
dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan
untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya,
pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif
pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Selain dari itu, ciri-ciri umumnya ialah:

Ciri- ciri pembelajaran kooperatif

Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, diantaranya ialah :

1. Matlamat kumpulan

Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai
sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di
dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas
dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
2. Interaksi sosial ditekankan.

Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang serentak
berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan yang akan
menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu
berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.

3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja.

Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap
ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali
sebagai saling bergantungan secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu
diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan.
Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-masing yang
diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud semua pelajar
mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.

Apakah kelebihan pembelajaran kooperatif ?

Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang khuatirkan


kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang cerdas,
tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan
yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh
meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap
pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi
pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul
memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan
pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka
menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-
ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak
langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang
bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain.
Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan
gerak kerja berjalan lancar.

Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak
keberkesanan atau faedah seperti berikut :

Membaiki hubungan sosial

Meningkatkan pencapaian

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Meningkatkan kemahiran sosial


Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi

Meningkatkan kemahiran teknologi

Meningkatkan keyakinan diri.

Beberapa bentuk pembelajaran kooperatif

1.Kaedah Jigsaw II

Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi ‘juru’ dalam sub-unit sesuatu topik. Setelah masing-
masing memahami bahagian masing-masing, setiap ‘juru’ mengajarnya pula kepada ahli kumpulan
yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan ‘juru’ dan
ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan.
Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan
mengajar mereka untukmenjadi ‘juru’ dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik
lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.

2.Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam
kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan kaedah
Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji
pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang
ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan
purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi
markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli
kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.

TAI

TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada
kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh
setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai
keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar
helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan
dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi
oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil.

Beberapa strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran kooperatif

Pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja dengan berkesan
bersama-sama.Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan ahli dalam kumpulan. Kumpulan kecil
mengandungi tiga atau empat ahli didapati paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif
kerana pembabitan ahli kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Disamping itu, pembentukan
kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul sesama ‘klik’ mereka
sahaja.

Tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk mencapai
objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu pembabitan
setiap ahli kumpulan. Ini boleh menyebabkanada ahli kumpulan yang ‘lepas tangan’ ataupun
dipinggirkan oleh orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya tidak dapat
dicapai.

Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan kumpulan. Satu cara
ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat markah individu dan markah kumpulan
bergantung kepada markah individu. Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk
melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan.

Berikan garis panduan tingkahlaku dan kemahiran berkomunikasi kepada pelajar. Guru perlu
menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar semasa pembelajaran
kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana
menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.

Pastikan jenis dan amaun interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu mengawasi interaksi yang
berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku
seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli
kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga
tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.

You might also like