You are on page 1of 1

KESAN KAEDAH MODEL PEMBELAJARAN 5E DENGAN KONTEKSTUAL

TERHADAP EFIKASI KENDIRI MURID DALAM PEMBELAJARAN PEMBAHAGIAN SEL

Jaswardi Anwar Md. Yaacob (PhD)1, Nor Kamilah Makhtar (PhD)1


dan Ahmad Rasdan Ismail (PhD)2
1
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan
2
Jabatan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok, Kelantan
jaswardi@ipgkkb.edu.my, kamilah@ipgkkb.edu.my & rasdan@umk.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan menguji kesan kaedah Model Pembelajaran 5E dengan Pembelajaran
Kontekstual (MOPEK) dan kaedah Model Pembelajaran 5E terhadap efikasi kendiri murid
bagi tajuk pembahagian sel. Model Pembelajaran 5E yang digunakan dalam kajian ini
dibangunkan oleh Bybee et al. (2006). Manakala pembelajaran kontekstual menggunakan
kaedah REACT seperti yang diperkenalkan oleh Crawford (2001). Kajian kuasi eksperimen
ini menggunakan reka bentuk ujian pra, ujian pasca dan follow-up. Ia dijalankan di dua buah
sekolah harian biasa. Sebuah sekolah bertindak sebagai kumpulan eksperimen (KE) dan
sebuah lagi kumpulan kawalan (KK). KE menggunakan kaedah MOPEK manakala KK
menggunakan kaedah Model Pembelajaran 5E. Instrumen yang digunakan ialah soal-selidik
Biology Motivation Questionnaire II (BMQ II) dan dianalisis dengan menggunakan ANOVA
pengukuran berulang bagi mengukur kesan kaedah MOPEK dan kaedah Model
Pembelajaran 5E. Hasil kajian menunjukkan kaedah MOPEK berupaya merangsang
peningkatan dan seterusnya mengekalkan efikasi kendiri murid secara signifikan bagi tajuk
pembahagian sel.

Kata kunci: Kaedah MOPEK, model pembelajaran 5E, pembelajaran kontekstual, efikasi
kendiri, pembahagian sel

You might also like