You are on page 1of 26

BAB 3

GERAKAN PENJAJAHAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami erti gerakan penjajahan di negara ini.
2. Menghuraikan kewujudan gerakan penjajahan.
3. Menghuraikan dasar-dasar dan dampak-dampak penjajahan di
Tanah Melayu.
4. Menghayati dan meneladani peristiwa-peristiwa yang boleh
dijadikan pengajaran dan panduan kepada generasi akan datang.

3.1 PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan aspek-aspek yang berkaitan


dengan gerakan penjajahan yang berlaku di negara Malaysia. Sebagaimana
yang anda sedia maklum, penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas
Tanah Melayu telah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu. Penjajahan
kuasa asing dari Eropah telah bermula pada tahun 1511 apabila Portugis
menghancurkan keagungan Empayar Melayu Melaka. Kemudian diikuti
oleh kedatangan kuasa Belanda, Inggeris dan Jepun. Penguasaan kuasa-
kuasa asing terutamanya dari Eropah, secara khusus dan umumnya telah
meninggalkan kesan kepada corak kehidupan masyarakat atau penduduk
asal di negara ini.

Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kuasa asing terutamanya British


benar-benar telah mengubah corak kehidupan di Tanah Melayu apabila
kita bandingkan dengan kehidupan tradisi masyarakat Melayu seperti
yang telah dibincangkan dalam Bab 2: Masyarakat Melayu Tradisi. Di
samping itu juga, dasar-dasar yang dilaksanakan telah memberi kesan
kepada struktur pentadbiran yang sedia wujud dalam masyarakat. Segala
perubahan ini berlaku didorong oleh matlamat, usaha, dan juga
ketamakan serta kerakusan pihak penjajah yang ingin menguasai hasil
mahsul dan keuntungan di negara ini.

Beberapa perkara akan dibincangkan dalam bab ini, antaranya mengenai


gerakan penjajahan di negara Malaysia. Perbincangan ini akan terbahagi
kepada tiga bahagian utama, setiap bahagian akan mengandungi beberapa
topik kecil bagi membantu pemahaman bagi setiap bahagian.

39
Dalam bahagian pertama, kita akan membincangkan pengertian
penjajahan. Justeru itu, saya menumpukan kepada perbincangan
mengenai definisi bagi istilah-istilah yang berkaitan dengan penjajahan,
iaitu kolonialisme dan imperialisme.

Dalam bahagian yang kedua pula, kita akan meneruskan perbincangan


mengenai perkembangan kedua-dua dasar penjajahan, iaitu kolonialisme
dan imperialisme—faktor-faktor penggalak kepada kewujudan dasar-
dasar penjajahan kolonialisme dan imperialisme.

Seterusnya, dalam bahagian ketiga, kita akan membincangkan berkenaan


gerakan penjajahan barat di Tanah Melayu—sejarah awal dan sebab-
sebab kedatangan penjajah barat, dasar campur tangan British, dasar-
dasar yang dilaksanakan oleh British, dan dampak penjajahan.

Hasil daripada perbincangan yang dibuat kelak diharap dapat


memberikan gambaran kepada pelajar berkenaan dasar penjajahan yang
kita kenali sebagai kolonialisme dan imperialisme. Seharusnya generasi
sekarang dan akan datang dapat menjadikan peristiwa-peristiwa yang
berlaku semasa negara di bawah pengaruh penjajahan barat sebagai satu
pengajaran yang benar-benar bermanfaat.

3.2 PENGENALAN KEPADA GERAKAN PENJAJAHAN

Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah wajar untuk kita bersama-sama
membincangkan definisi bagi istilah-istilah yang berkait rapat dengan apa
yang kita kenali sebagai gerakan penjajahan. Kolonialisme atau
kadangkala kita sebut juga sebagai imperialisme merupakan dua
perkataan yang sering disinonimkan dengan gerakan penjajahan ini. Jika
di lihat secara umum, kedua-dua perkataan atau istilah ini seolah-olah
menggambarkan makna yang sama. Bagaimanapun pada hakikatnya,
ianya hanyalah hampir sama pada makna kerana amat berkait rapat.

3.2.1 Definisi

Apakah yang tergambar dalam fikiran anda apabila kita memperkatakan


tentang istilah kolonialisme dan imperialisme? Tidak dapat tidak saya
nafikan, bahawa perkataan pertama yang pasti terlintas difikiran anda
ialah perkataan penjajahan. Cheah Boon Kheang dan Abu Talib
bersetuju bahawa tidak salah untuk kita menanggap kedua-dua istilah
sebagai sama kerana kedua-dua istilah ini sering digunakan saling
bertukar ganti.1 Walau bagaimanapun, kedua-dua istilah mewakili makna
dan maksud yang berbeza dan tersendiri, biarpun ianya mempunyai

40
kaitan yang amat rapat. Kaitan yang dimaksudkan ialah bagaimana
konsep bagi satu istilah iaitu imperialisme, pada hakikatnya mungkin
adalah lanjutan atau mempunyai kesinambungan dengan istilah
kolonialisme ataupun sebaliknya.

Bagi memudahkan pemahaman anda, saya bawakan beberapa definisi


yang diberikan oleh kalangan sarjana sebagai panduan untuk memahami
dan mengenali istilah-istilah tersebut.

1. Kolonialisme

Secara umum, dapatlah kita jelaskan bahawa kolonialisme bermaksud


dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu kawasan serta
masyarakatnya yang dianggap lemah. Pengeksploitasian itu meliputi
berbagai sudut seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta
politik atau secara ringkasnya meliputi kesemua cara hidup masyarakat
tersebut.2

Plano dan Olton di dalam tulisannya mentafsirkan kolonialisme sebagai


satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah kawasan dan penduduknya
oleh sebuah kuasa asing dengan menjalankan polisi imperialisme. Migrasi
turut terlibat (dari negara asal ke kawasan baru) yang seterusnya
membentuk satu entiti politik baru ke atas kaum asal yang mempunyai
pengetahuan dan teknologi (kemajuan) yang rendah seperti di Asia dan
Afrika.3

Tafsiran Plano dan Olton jelas dipersetujui Evans dan Newham yang
menggambarkan sifat dasar kolonialisme yang memberi ruang rakyat
asing yang minoriti mendominasikan politik dan ekonomi negara
tersebut. Ia memisahkan pusat kota metropolitan bagi mengukuhkan
kekuasaan dan menindas golongan bawahan. 4

Tidak hairanlah Nadel dan Curtis beranggapan kolonialisme sebagai satu


penindasan, penghinaan atau eksploitasi terhadap penduduk peribumi
oleh penjajah di tanah jajahan. Berasaskan pandangan Nadel dan Curtis,
jelas dapat kita lihat dasar utama tindakan kolonialisme adalah lebih
menjurus kepada bentuk penjajahan yang buruk terutama di sudut
penindasan, penghinaan dan pengeksploitasian. Penjajah datang hanya
untuk mengeksploitasi pelbagai sudut kehidupan masyarakat peribumi
seperti dalam bidang ekonomi, sosial, politik, petempatan dan
sebagainya.5

41
2. Imperialisme

Imperialisme secara umum membawa pengertian perluasan kekuasaan


atau pengaruh suatu bangsa terhadap bangsa lain. Manakala, Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka secara ringkas mentakrifkan imperialisme
sebagai dasar meluaskan sesebuah empayar dengan menjajah negara lain.6
Negara-negara besar atau kuasa-kuasa besar telah wujud sejak awal
sejarah manusia lagi seperti di Mesir, Mesopotamia, Assyria, dan Persia.
Imperialisme kuno mencapai kemuncak di zaman Rumawi dan
Byzantium (Rumawi Timur).

Manakala falsafah imperialisme hari ini lebih menjurus kepada definisi


moden yang wujud hasil daripada kebangkitan faham nasionalisme
moden. Konsep imperialisme yang diterima ramai pada hari ini adalah
merupakan kesan letusan kebangkitan gerakan merkantilisme yang juga
merupakan kesinambungan sifat kolonialisme dan asas kepada
kapitalisme moden. Karl Marx menyatakan imperialisme sebagai satu
tingkatan dalam perkembangan kapitalisme sewaktu perluasan kuasa
Eropah ke Asia dan Afrika di sekitar tahun 1750an – 1914.7

Nadel dan Curtis pula mentakrifkan imperialisme sebagai satu


perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak
dalam politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa, atau
masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain. Proses ini di
dokong oleh idea tersendiri.8

Secara umumnya, definisi-definisi yang diberikan di atas seakan-akan


mempunyai persamaan makna dengan istilah kolonialisme. Namun
begitu, terdapat perbezaan di mana konsep imperialisme dibentuk di
negara asal kuasa penjajah dan kemudiannya dikembangkan ke negara
jajahan. Ini disokong oleh penjelasan Fieldhouse yang mendefinisikan
imperialisme sebagai satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau
pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain dalam pelbagai tujuan.9

Perbincangan berkenaan istilah adalah penting bagi


memahami perbincangan mengenai dasar. Biarpun
kedua-duanya mempunyai maksud penjajahan tetapi
perlu diterima hakikat bahawa setiap satu istilah atau
dasar mempunyai makna tersendiri dan cara masing-
masing dalam proses penjajahan.

42
SOALAN DALAM TEKS 3.1

1. Kolonialisme ditakrifkan sebagai

A. kawalan kuasa ke atas sebuah negara dengan


secara langsung ataupun tidak.
B. bentuk penguasaan masyarakat kepada
masyarakat lain.
C. dasar penjajahan yang mementingkan
imperialisme.
D. bentuk pemerintahan kauas asing dalam
menjalankan polisi Imperialisme.

2. Sila nyatakan dua perbezaan yang wujud di antara


kolonialisme dan imperialisme berdasarkan definisi-
definisi yang telah anda pelajari.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.3 PERKEMBANGAN GERAKAN PENJAJAHAN

Dalam bahagian yang lalu, saya telah sebutkan bahawa persamaan dasar-
dasar kolonialisme dan imperialisme adalah dari segi matlamat, iaitu
untuk gerakan penjajahan, tetapi adalah baik juga untuk anda memahami
faktor-faktor penggalak untuk kedua-dua dasar ini bagi mendapatkan
gambaran yang lebih jelas. Kedatangan kuasa Eropah ke benua sebelah
timur adalah bermatlamatkan penjajahan, tetapi adakah hanya hendak
mengaut segala keuntungan sahaja tanpa peduli tentang tanah jajahan
tersebut atau sebaliknya? Ciri-ciri yang dilahirkan oleh perlakuan penjajah
akan menggambarkan wajah atau rupa setiap dasar yang akan kita
bincangkan ini.

3.3.1 Faktor-Faktor Penggalak Kolonialisme

Para sarjana melihat tindakan-tindakan penjajahan kolonialisme berpunca


daripada beberapa faktor. Kebanyakan mereka bersetuju faktor-faktor
kedatangan kuasa Eropah ke benua Asia adalah untuk memenuhi
inspirasi konsep kolonialisme yang dipengaruhi slogan "Gold, Glory and
God". Perry Marvin telah menjelaskan teori kebangkitan kuasa Eropah
sebagai kolonialis atau penjajah sebagaimana berikut:
43
1. Gold (Keperluan kepada tanah)

Hasil kemajuan ilmu pengetahuan di Eropah, lebih-lebih lagi kesan


daripada pengaruh tamadun Islam dan Asia telah mempercepatkan
perkembangan masyarakat Eropah. Pada masa yang sama juga, sistem
pertanian telah berkembang maju, begitu juga dengan sistem kesihatan
dan perubatan yang bertambah baik. Faktor kemajuan ini telah
menggalakkan lagi jumlah kelahiran dan mengurangkan jumlah kematian,
dan telah menambah bilangan penduduk. Akibatnya, wujud masalah iaitu
kekurangan pada tanah-tanah untuk didiami dan dikerjakan.10

Sementara itu, golongan bangsawan yang banyak menguasai tanah-tanah,


mula melihat pilihan yang lain bagi menambahkan hasil kekayaan mereka.
Mereka mula melihat penerokaan tanah yang baru di luar negara
khususnya di Asia dan Afrika sebagai cara terbaik memenuhi ketamakan
mereka. Tidak dapat dinafikan, Asia dan Afrika merupakan kawasan yang
kaya dengan sumber ekonomi seperti rempah dan juga galian seperti
emas.

Selain itu, Asia juga merupakan pusat tumpuan persinggahan pedagang


(seperti di Melaka) antara China dan India. Kesan daripada penambahan
hasil keuntungan melalui perdagangan secara langsung membuat para
bangsawan ini tamak dan tidak lagi mahu berurus niaga dengan orang
tengah. Bagi mereka, adalah lebih baik terus keluar membuat urus niaga
secara langsung dengan pihak pemilik sumber asal terutamanya para
pedagang Arab dan Asia yang lain.

2. Glory (Permusuhan tradisi di antara negara-negara Eropah)

Penggabungan kuasa Ferdinand The Castille dan Isabella The Aragon di


Sepanyol dan perlaksanaan konsep pemusatan kuasa dalam pemerintahan
telah berjaya menjatuhkan kerajaan Granada di Andalusia, iaitu kerajaan
Islam terakhir di benua Eropah. Faktor ini telah menggalakkan lagi
kerajaan Sepanyol yang baru itu untuk meluaskan lagi tanah jajahan
mereka. Mereka merasa megah dengan kejayaan penggabungan dan
kemakmuran yang dirasai di dalam negeri.

Walau bagaimanapun, Sepanyol kemudiannya merasa bimbang dan iri


hati melihat negara jiran mereka, Portugal yang menjadi lebih berjaya
daripada mereka menerusi aktiviti penerokaan dunia baru seperti
kejayaan Vasco Da Gama, Putera Henry dan Bartholomiew Diaz.
Kejayaan Portugal ini dirasakan sebagai satu usaha mendapatkan
kelebihan sekaligus menjadi satu ancaman kepada Sepanyol.11

44
Justeru itu, adalah menjadi keperluan Sepanyol untuk mendahului
Portugal dalam persaingan mendapatkan tanah jajahan yang baru.
Sepanyol ingin menunjukkan bukti kekuatan dan pengaruh mereka
sebagai satu kuasa besar, ditambah lagi selepas kejayaan menghancurkan
kerajaan Islam terakhir di bumi Sepanyol.

Persaingan yang asalnya adalah untuk memenuhi keperluan hidup dan


kekayaan telah bertukar menjadi satu persaingan memburu kemegahan.
Kerakusan memburu kemegahan ini kemudiannya disertai pula oleh
negara-negara Eropah lain yang turut tidak mahu ketinggalan meletakkan
nama mereka sebagai kuasa besar seperti Belanda, Jerman, Perancis dan
Britain.

3. God (Agama)

Satu faktor utama yang membantu perkembangan penguasaan kuasa


Eropah terhadap kawasan-kawasan di sebelah benua Asia dan Afrika
ialah agama. Usaha terhadap pengembangan agama diperkukuhkan oleh
legenda dan mitos akan wujudnya kerajaan Kristian di Timur yang
diketuai oleh seorang "Messiah" atau "The Great Saviour" atau seorang
‘penyelamat’ bernama Prester John.

Pihak gereja yang mewakili pihak berkuasa agama di negara-negara


Eropah yang berlumba-lumba menuju ke benua sebelah timur, percaya
akan wujudnya sebuah kerajaan Kristian di situ. Mereka percaya dan
yakin apabila ditemui kelak, kerajaan Kristian di benua sebelah timur ini
akan dapat bergabung dengan negara-negara Kristian di Eropah untuk
mengalahkan kuasa Islam yang pada ketika itu menguasai kebanyakan
kawasan di Eropah, Asia dan Afrika.12

Perasaan sebegini dapat difahami kuat melekat di hati para peneroka


seperti Putera Henry dan juga mereka yang berasal dari kawasan
Semenanjung Liberia atau Sepanyol dan Portugal. Selama 500 tahun
mereka berjuang untuk mengalahkan dan menjatuhkan Islam sehinggalah
musnahnya kerajaan Islam Granada. Perasaan kuat menyokong unsur
keagamaan ini amat berkait rapat dengan sistem juga norma-norma
kehidupan masyarakat Eropah yang pada ketika itu kuat diikat oleh
pengaruh penguasaan gereja terutamanya di Sepanyol dan Portugal.

3.3.2 Faktor-Faktor Penggalak Imperialisme

Biarpun wujud seakan persamaan dari segi konteks gerakan penjajahan di


antara kolonialisme dan imperialisme, namun imperialisme pada
hakikatnya mempunyai faktor-faktor tersendiri yang menjadi asas
dorongan kepada kebangkitannya. Dasar-dasar imperialisme adalah lebih

45
di dorong oleh perkembangan semasa di Eropah yang sibuk
memperjuangkan faham nasionalisme dan negara bangsa (nation states). Di
antara faktor-faktor penggalak yang digariskan oleh ramai sarjana ialah:

1. Etnosentrisme

Hasil perkembangan nasionalisme moden yang hebat di kebanyakan


negara Eropah pada tahun-tahun 1750an hingga 1914, konsep
kemegahan melalui penjajahan berbentuk kolonialisme telah berubah
corak menjadi lebih agresif dengan memandang kemegahan dan
ketinggian bangsa masing-masing. Walaupun tidak dinafikan idea bangsa
terpilih atau ummatan mukhtarah telah lama diwujudkan oleh kaum bani
Israel tetapi dalam tempoh yang tersebut, pemikiran sebegini telah
semakin bertambah subur.

Penjajahan dilakukan bagi memuaskan hati megah mereka dan dilakukan


dengan anggapan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Ini
dilakukan pada asalnya sebagai sumber kemegahan dengan menjadikan
benua Asia sebagai sasaran uatam diikuti dengan benua Amerika dan
Afrika. Senario ini kemudiannya telah bertambah agresif apabila mereka
mula memandang hina bangsa lain di dalam benua mereka sendiri dan
pada kemuncaknya berlakulah Perang Dunia Pertama.13

2. Jingoisme

Kesan secara langsung akibat daripada etnosentrisme ini ialah


pemupukan semangat patriotisme melampau yang timbul di kalangan
kuasa-kuasa Eropah. Akibatnya, perasaan benci yang tinggi timbul di
antara kaum dan bangsa yang hidup di Eropah pada ketika itu dan
mengakibatkan mereka mula meluaskan percakaran mereka keluar negara
dan menjadikan negara-negara yang lemah di Asia, Amerika dan Afrika
sebagai sasaran menunjukkan keegoan juga bahan penindasan bagi
menunjukkan kuasa mereka.14

3. Agama

Agama turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi


pemikiran manusia di Eropah yang mengakibatkan berlakunya
imperialisme. Misi agama Kristian yang membawa tugas suci
menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan ketidakadilan
terutama di negara-negara mundur seperti di Asia dan Afrika telah
mewujudkan fahaman "the white men burden" atau "tugas suci orang kulit
putih". Fahaman ini memberi maksud bangsa selain orang kulit putih
atau Kristian adalah lebih merupakan beban yang ditakdirkan Tuhan
kepada mereka (orang kulit putih) untuk di uruskan. Ini telah membawa

46
mereka ke tanah-tanah baru yang diteroka oleh negara mereka. Ditambah
pula dengan perasaan megah dan bangga diri yang sedia wujud hasil
perkembangan nasionalisme moden, maka kuasa-kuasa Eropah ini lebih
agresif melaksanakan aktiviti imperialisme di atas nama untuk
menyelamatkan bangsa lain yang mundur.15

4. Keinginan Mencapai Kuasa Besar

Kemegahan dan kegilaan yang dihasilkan daripada semangat


nasionalisme yang tebal telah menggalakkan kepada wujudnya keinginan
menjadi kuasa besar yang menguasai semua manusia di muka bumi ini.
Jerman merupakan contoh terbaik bagaimana perasaan nasionalisme
yang dipupuk oleh Bismarck pada tahun-tahun 1800an telah
mengakibatkan dunia terheret ke dalam kancah Perang Dunia Pertama.
Ini berlaku kerana ketamakan untuk menguasai seluruh Eropah.16

Berdasarkan kepada perbincangan yang di atas, saya berharap anda dapat


memahami dengan lebih jelas bagaimana kedua-dua istilah atau dasar
yang tersebut di atas berbeza di sudut pengertian khusus biarpun secara
umumnya membawa maksud penjajahan.

Pada permulaan perbincangan ini, kita telah membincangkan definisi dan


faktor-faktor penggalak kepada wujudnya gerakan penjajahan sama ada
kolonialisme ataupun imperialisme. Jelas ditunjukkan dalam
perbincangan kita, bahawa kolonialisme adalah merupakan satu dasar
penjajahan di mana penaklukan dibuat ke atas sesuatu tempat baru untuk
mendapatkan hasil mahsulnya. Hasil ketamakan mereka, kaum imigran
telah dibawa masuk dan kumpulan minoriti orang asing ini kemudiannya
secara perlahan-lahan menguasai negara yang terjajah tersebut. Justeru
itu, dalam konteks kolonialisme dasar penjajahan dibuat atas dasar
kepentingan pihak penjajah di segi pendapatan dan menggunakan kaum
imigran sebagai batu loncatan untuk mempunyai kuasa di tanah jajahan
mereka.

Imperialisme pula, bolehlah di katakan sebagai satu kesinambungan atau


lanjutan daripada sifat konsep kolonialisme tetapi lebih keras. Ini kerana
penjajahan dilakukan oleh sesuatu bangsa terhadap masyarakat lain.
Penguasaan ini melibatkan proses perkembangan kuasa dan kawalan
melalui idea dan pemikiran mereka sendiri terhadap sistem politik dan
ekonomi bagi meluaskan kuasa sesuatu empayar. Dasar ini lebih
cenderung untuk menyebarkan idea kebendaan dan kemegahan dari
barat, iaitu dengan menonjolkan sifat keunggulan sesuatu bangsa.

47
Justeru itu, penaklukan di buat bukan sahaja kerana hasil mahsul yang
hendak diperoleh di negara tersebut tetapi juga penguasaan terhadap
rakyat dan pemerintahan di negara tersebut. Ini dilakukan lebih-lebih lagi
berdasarkan kemunculan faham imperialisme ini yang berkait rapat
dengan peranan mendapatkan kebanggaan menerusi perluasan kuasa dan
pengiktirafan sebagai bangsa terulung dan terunggul di dunia.
Pentadbiran biasanya bercorak pemusatan di mana dasar-dasar yang
hendak dilaksanakan di negara yang dijajah akan di rujuk dan dibuat di
ibu negara yang terlibat seperti London atau Paris.17

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan faktor-faktor utama yang menggalakkan


berlakunya proses penjajahan kolonialisme.

I. Keperluan kepada tanah


II. Kemegahan
III. Agama
IV. Kesan perkembangan kapitalisme moden

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2. Nyatakan faktor-faktor utama yang menggalakkan


berlakunya proses imperialisme.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.4 GERAKAN PENJAJAHAN BARAT DI TANAH


MELAYU

Sejarah perkembangan gerakan penjajahan di negara ini telah wujud sejak


awal lagi— dilakukan oleh kerajaan atau empayar besar yang terdiri dari
negara-negara jiran seperti Srivijaya, Majapahit, Pasai, dan Siam.
Bagaimanapun, negara atau empayar yang menawan kawasan-kawasan di
Tanah Melayu pada waktu itu tidaklah memberi kesan yang jelas
terhadap penguasaan mereka berbanding dengan kuasa barat yang datang
kemudian.

48
3.4.1 Kedatangan Penjajah Barat

Adakah anda tahu, negara barat manakah yang mula-mula sekali


meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu? Portugis yang membuka
lembaran baru penerokaan memulakan proses penjajahan barat di Tanah
Melayu pada tahun 1509 apabila mereka datang untuk berdagang.
Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud secara berleluasa di kalangan
orang-orang Melayu akhirnya mengakibatkan penaklukan Empayar
Melayu Melaka oleh kuasa Portugis pada tahun 1511. Sejarah
kemudiannya mencatatkan jatuhnya kuasa Portugis di Melaka ke tangan
Belanda pada tahun 1641. Penguasaan Belanda ini berterusan sebelum
British mengambil alih Melaka setelah perjanjian Straits Settlement
ditandatangani pada tahun 1824.

Pada pendapat anda, mengapakah Tanah Melayu amat


menarik perhatian kolonialis barat?

Persoalan di atas sering ditimbulkan kerana sejarah telah membuktikan


bahawa Tanah Melayu sememangnya menarik perhatian penjajah sama
ada dari Timur atau Barat. Sarjana telah menggariskan beberapa faktor
yang menyebabkan Tanah Melayu menjadi tumpuan tarikan, iaitu:

1. Kedudukan Geografi Tanah Melayu

Kedudukan Tanah Melayu yang merupakan sebuah semenanjung dan


betul-betul terletak di antara jalan perdagangan di antara benua sebelah
timur dan benua sebelah barat amatlah strategik sebagai sebuah pusat
perdagangan. Kawasannya yang meliputi hampir keseluruhan Selat
Melaka dan dilindungi pula oleh Pulau Sumatera memberikan satu ruang
atau jalan laut yang selamat dan terlindung dari taufan, ribut dan gelora
lautan. Keadaan ini memudahkan para pelaut dan pedagang untuk
berlabuh dan berlindung pada waktu perjalanan mereka apabila diserang
angin monsun sama ada timur laut atau pun barat daya. Ciri-ciri geografi
ini menjadi faktor penarik kepada sebarang kuasa besar yang
memerlukan keselamatan untuk jalan perdagangan dan perlindungan bagi
keselamatan dari ancaman semula jadi ataupun yang dilakukan manusia.

2. Bahan Mentah

Tanah Melayu yang kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti bijih
timah telah menjadi sasaran kuasa-kuasa besar menjajahnya dan
menguasai sepenuhnya sumber ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu
telah terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi
yang menggambarkan hasil buminya seperti emas dan timah yang

49
banyak. Manakala, Tanah Melayu juga sering digunakan sebagai
pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan terutamanya
untuk para pedagang sejak awal kewujudan tamadun di tanah
semenanjung ini. Bahan-bahan seperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu
dan lain-lain diperlukan oleh para pedagang selain bekalan air dan
makanan untuk bekalan perjalanan mereka. Selepas kedatangan kuasa
barat dan penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu menjadi
bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah ini.

3. Pasaran Baru

Sementara itu, di Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan
projek penjelajahan dan penemuan (Exploration and Discoveries). Revolusi
perindustrian telah menyebabkan kuasa-kuasa besar di Eropah keluar
dari benua Eropah dan mencari penempatan dan pasaran baru bagi
perdagangan mereka. Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan
perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk
menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah pusat pasaran dan
perdagangan mereka. Pasaran di Eropah menjadi sukar akibat semua
kuasa besar mula mencipta dan mengeluarkan bahan baru. Ini
mewujudkan persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran
baru pengeluaran masing-masing. Selain itu, keperluan terhadap bahan
mentah yang berkaitan dengan industri seperti bijih timah dan besi juga
meningkat dengan mendadak.

4. Pangkalan Tentera

Anda telah sedia maklum kedudukan Tanah Melayu di Selat Melaka yang
merupakan jalan perdagangan penting di Asia. Faktor kedudukan ini juga
sebenarnya amat penting kepada kesesuaiannya menjadi pangkalan
tentera. Kalau di lihat sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke
Tanah Melayu, mereka datang bukan sahaja untuk mencari sebuah
pelabuhan persinggahan tetapi juga adalah kerana strategi ketenteraan.
Ini boleh anda fahami jika anda bayangkan kedudukan negara mereka
yang jauh di Eropah dan kawasan-kawasan yang mereka lawati untuk
tujuan perdagangan atau mendapatkan kekayaan adalah jauh di benua
Asia. Di dalam konteks ini, perkara utama yang difikirkan oleh kuasa-
kuasa besar ini tentulah keselamatan angkatan atau rombongan mereka.

Oleh itu, satu cara terbaik yang perlu mereka lakukan ialah mencari
sebuah tempat yang dapat menjadi pelabuhan persinggahan dan sekaligus
memenuhi keperluan-keperluan keselamatan dan ketenteraan. Contoh
terbaik yang boleh anda lihat ialah kedatangan Kapten Francis Light ke
Pulau Pinang yang dipajak oleh British dari Kerajaan Kedah sebagai
pelabuhan persinggahan, dan juga sebagai pangkalan tentera untuk

50
mengawal ancaman pelanunan serta kuasa asing yang lain seperti
Belanda, Perancis, dan Jerman dari menggugat kapal-kapal perdagangan
mereka yang menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang
kemudiannya kalau anda lihat telah menjadi antara tempat terawal dalam
senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu.

5. Prester John

Akhirnya, mungkin anda masih ingat apa telah saya jelaskan pada
bahagian awal bab berkenaan kepentingan agama dalam menggalakkan
aktiviti penjajahan. Sebagaimana yang anda maklum, pada waktu itu
orang-orang Kristian di Eropah sedang rancak menentang penguasaan
empayar Islam. Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang
Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat agung. Di antara versi yang
timbul dari janji pihak gereja itu ialah kehadiran seorang yang bernama
Prester John yang akan muncul di benua sebelah timur. Kepercayaan ini
telah menyebabkan orang-orang Kristian seperti Putera Henry dari
Portugal telah melancarkan gerakan mencari Prester John di sebelah
timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah timur dan
kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara
keseluruhannya.18

3.4.2 Dasar Campur Tangan British di Tanah Melayu

Anda kini tentu telah memahami sedikit-sebanyak bahawa dasar awal


pihak penjajah barat termasuk British adalah jelas, iaitu mereka datang
hanya untuk mengaut hasil keuntungan di Tanah Melayu tanpa peduli
dan campur tangan dalam hal ehwal urusan orang Melayu dan negeri-
negeri Melayu. Hanya pada tahun 1874 secara rasmi British mula campur
tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. Ini dilakukan setelah
termeterainya Perjanjian Pangkor, di Perak pada tahun 1874. Bermula
daripada perjanjian tersebut, pihak British bukan sahaja mengekalkan
kuasanya, malahan terus meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri
Melayu yang lain sehinggalah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Sesungguhnya perjanjian 1874 itu merupakan titik permulaan kepada satu
perubahan besar di Tanah Melayu. Berdasarkan perkara-perkara yang
telah kita bincangkan sebelum ini, dapatkah anda bayangkan apakah
sebab-sebab yang memungkinkan campur tangan tersebut?.

Pada hakikatnya, dasar campur tangan British ini dilakukan berdasarkan


beberapa faktor yang banyak dipengaruhi oleh keadaan di Tanah Melayu
pada masa itu. Di antara faktor-faktor yang digariskan ialah

51
1. Faktor Ekonomi

Sememangnya sebagaimana yang anda ketahui, ekonomi adalah faktor


paling penting mengapa British campur tangan di Tanah Melayu. Ini
banyak dikaitkan dengan perkembangan revolusi perusahaan atau
perindustrian yang berlaku di Eropah. Perusahaan yang membabitkan
keperluan bahan mentah seperti bijih timah sedang berkembang pesat
dan ini memaksa British memberi perhatian yang lebih terhadap Tanah
Melayu yang kaya dengan bijih timah, ditambah pula dengan sektor
perlombongan bijih timah yang kebanyakannya dikuasai oleh saudagar-
saudagar British dan Cina yang berkerakyatan British.19

Selain itu, sekatan-sekatan perdagangan yang dilakukan oleh Belanda


terhadap pengaruh kuasa lain di Indonesia turut menyekat kemaraan
British di kawasan lain di rantau ini. Ini menyebabkan mereka terus
menumpukan perhatian kepada Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil
yang diperlukan.

2. Faktor Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing

Akibat revolusi industri dan keperluan kepada bijih timah, maka Tanah
Melayu menjadi harta paling berharga buat British. Walau bagaimanapun,
pada masa yang sama kuasa-kuasa lain turut berminat dan mengintai
peluang untuk melibatkan diri dalam pergolakan politik yang ada.
Keadaan ini disedari British lebih-lebih lagi apabila mereka menyedari
penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Selain
itu, British turut menyedari kepentingan Tanah Melayu sebagai jalan
perdagangan dunia, di mana Selat Melaka menjadi penghubung di antara
kawasan timur dan barat.

Tidak dapat dinafikan persaingan imperialisme di kalangan negara-negara


besar, terutamanya dari Eropah untuk membuka tanah jajahan juga
membuat British memikirkan keperluan lebih awal campur tangan di
Tanah Melayu sebelum kuasa penjajah yang lain berbuat terlebih dahulu.

3. Pergolakan Politik di Tanah Melayu

Di sekitar tahun 1860an hingga 1880, suasana di Tanah Melayu


terutamanya di negeri-negeri pantai barat berada dalam keadaan huru
hara akibat pergolakan politik yang melibatkan perebutan takhta dan
perang saudara. Suasana bertambah buruk apabila setiap pergolakan
melibatkan kawasan-kawasan perlombongan dan membabitkan buruh
imigran Cina yang dibawa masuk oleh British. Kebimbangan British
dapat dijangka kerana kepentingan British dalam sektor perlombongan
bijih timah adalah besar dan dibimbangi akan terjejas dengan teruk.20

52
Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana penglibatan buruh-buruh
Cina yang menganggotai kumpulan kongsi-kongsi gelap Ghee Hin dan
Hai San dalam pergolakan politik. Peralatan perlombongan musnah
akibat pergaduhan dan peperangan. Suasana tidak tenteram tidak
memungkinkan pekerjaan di lombong dapat dibuat kerana ketakutan
akibat peperangan. Situasi ini mendatangkan kerugian dan dibimbangi
akan memusnahkan industri perlombongan bijih timah. Selain itu,
pergolakan yang berlaku akan merebak dari satu kawasan ke kawasan
atau negeri yang lain, sebagai contoh perang saudara di Larut Perak
dibimbangi akan merebak ke Pulau Pinang yang juga mempunyai ramai
imigran Cina.21

4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain

Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli telah memenangi pilihan


raya di Britain pada tahun 1873. Mereka telah mengambil alih kuasa dari
Parti Liberal yang memerintah. Di antara dasar baru yang di ambil oleh
Parti Konservatif selepas memenangi pilihan raya ialah dengan
mengubah dasar Pejabat Tanah Jajahan untuk masuk campur tangan
dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Tindakan ini
mengakhiri dasar Parti Liberal yang tidak berminat untuk campur tangan
kerana berpegangkan matlamat dasar penjajahan kolonialisme untuk
mengaut keuntungan sahaja tanpa mengambil sebarang risiko untuk
bertanggungjawab terhadap apa-apa yang terjadi di negeri yang mereka
jajahi.22

Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh perkembangan semasa pada


masa tersebut, di mana bentuk penjajahan berbentuk imperialisme yang
ditunjangi oleh kemegahan nasionalisme dan jingoisme. Bagi memastikan
Britain tidak ketinggalan dari segi pengiktirafan antarabangsa sebagai satu
kuasa empayar yang kuat, kerajaan Konservatif di bawah Disraeli
bersedia menanggung sebarang risiko dan tanggungjawab untuk campur
tangan dan menguruskan tanah jajahan yang ada. Mereka bersedia
mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari negeri-negeri yang dijajah
dan bersedia memikul beban tanggungjawab dan mengatasi sebarang
masalah sewaktu proses mendapatkan keuntungan tersebut.

3.4.3 Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah Melayu

Sewaktu tempoh penjajahan, British telah membuat dan melaksanakan


pelbagai dasar yang meliputi aspek sosial, ekonomi, dan politik. Dalam
melaksanakan dasar-dasar penjajahan, secara langsung ataupun tidak
langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Justeru itu, pada
bahagian ini saya akan membincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan
British sehingga mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu yang
sedia ada.
53
Hakikatnya, semua dasar yang dilaksanakan oleh British adalah
berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’. Walau bagaimanapun, berbeza
dengan negara-negara lain, dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh
British di Tanah Melayu bukan melalui paksaan. Ia dilakukan secara
berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah ianya berlaku secara semula
jadi. Oleh kerana dasar-dasar yang dilaksanakan British di Tanah Melayu
terlalu banyak, saya hanya menumpukan kepada beberapa dasar penting
yang mempunyai kesan yang besar dan meliputi faktor-faktor penting
kepada proses perubahan di Tanah Melayu seperti dasar pelajaran,
ekonomi, dan pentadbiran. Pembahagian ini dibuat bagi memudahkan
para pelajar untuk menghubungkaitkan dasar-dasar yang ada dengan
dampak proses penjajahan yang dibuat berasaskan dasar utama tersebut.

Sebelum perbincangan ini pergi lebih jauh, apa yang harus anda ingati
ialah, perbincangan ini akan hanya meliputi beberapa dasar British yang
penting sahaja, dan tidak meliputi semua dasar British yang telah
dilaksanakan oleh mereka sepanjang tempoh penjajahan. Selain itu, saya
harap anda semua mengimbas kembali ingatan anda kepada apa yang
telah anda pelajari dalam bab yang lepas berkenaan Masyarakat Melayu
Tradisi (MMT). Ini adalah perlu untuk membantu anda membuat
perbandingan dan juga membantu memberi gambaran yang lebih jelas
kepada apa yang akan kita bincangkan dalam topik ini dan topik
berikutnya iaitu dasar-dasar penjajahan dan dampak-dampaknya dari segi
sosial, ekonomi, dan politik.

1. Sosial

Dasar paling utama yang telah dilaksanakan oleh British ialah kemasukan
imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu. Mereka yang
didatangkan sebagai buruh-buruh di lombong dan ladang telah dibawa
masuk tanpa had. Ini dilakukan oleh British bagi memenuhi matlamat
penjajahan mereka yang ingin mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari
Tanah Melayu tanpa memperdulikan keadaan masyarakat Melayu pada
masa tersebut. Jumlah migrasi yang ada pada suatu ketika telah hampir
mengatasi jumlah penduduk asal negara ini.

Kemasukan buruh-buruh asing yang dibawa khusus kerana tujuan


melombong dan menoreh getah kemudiannya telah membentuk
masyarakat baru dalam negara ini. Mereka juga telah diletakkan di
kawasan-kawasan yang terpisah daripada kaum-kaum lain. Interaksi
sememangnya tidak berlaku kerana masing-masing bergerak dalam
kawasan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi masing-masing. Ini
adalah penting bagi British yang berusaha menghalang kewujudan
perpaduan antara kaum. British amat menyedari jika perpaduan antara

54
kaum dapat dilaksanakan, boleh menyukarkan pentadbiran mereka. Ini
jelas merupakan gambaran pada tonggak dasar kolonialisme British
sendiri iaitu dasar pecah dan perintah.

Di samping itu, antara dasar lain yang harus di beri perhatian ialah dasar
pendidikan British. Dasar ini perlu ditekankan kerana pendidikan akan
membentuk keadaan sosial masyarakat. Sistem pendidikan British pada
umumnya dilaksanakan berdasar sistem vernakular yang mana
pendidikan dibuat berdasarkan kaum masing-masing. Ini bermaksud
sistem pendidikan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada bahasa
dan sukatan pelajaran kaum masing-masing.

Justeru itu, wujud banyak sekolah yang berasaskan kaum, iaitu Sekolah
Cina, Sekolah Tamil, Sekolah British dan Sekolah Melayu. Sekolah-
sekolah Cina dan Tamil menggunakan bahasa masing-masing sebagai
bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang diambil terus daripada
negara asal mereka. Sementara Sekolah British pula banyak dijalankan
oleh mubaligh Kristian dan berasaskan pendidikan British yang diambil
daripada negara Britain sepenuhnya. Manakala sekolah Melayu pula
masih berasaskan pelajaran agama dan bercampur sedikit dengan
pendidikan akademik yang mempunyai pengaruh British.

Dasar ini secara umumnya ialah untuk memenuhi matlamat dasar


penjajahan British yang cuba memastikan taraf pendidikan di sekolah-
sekolah sedia ada tidak akan seragam dan sekaligus memastikan taraf
pendidikan yang diterima oleh rakyat terutamanya orang-orang Melayu
adalah di tahap yang rendah. Ini bagi memastikan masyarakat Melayu
terus ketinggalan dan memudahkan British memberi alasan bahawa
Tanah Melayu belum mampu untuk bebas dan mentadbir negara
bersendirian.23

Bagi memenuhi tujuan tersebut, ukuran rendah atau tinggi taraf


pendidikan orang Melayu sering di sukat bersama taraf pendidikan di
negara Britain. Walaupun pada hakikatnya masyarakat Melayu adalah
rajin berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi tradisi tetapi British
sering menanamkan kata-kata bahawa masyarakat Melayu adalah malas
dan mudah berpuas hati. Sedangkan pada masa yang sama, adalah jelas
orang Melayu tidak diberi kesempatan mendapat pendidikan yang
terbaik.24

Keadaan menjadi semakin parah lagi apabila British membawa imigran-


imigran asing terutamanya dari India untuk bekerja sebagai pendidik di
Tanah Melayu. Secara umumnya, jelas memberi gambaran bahawa taraf
pendidikan di Tanah Melayu terutamanya kepada masyarakat Melayu
akan terus kekal tidak dapat melebihi taraf pendidikan Inggeris yang

55
sebenar kerana mereka hanya dididik oleh pendidik dari negara yang
terjajah juga. Situasi di atas jelas menonjolkan ketidakikhlasan British
dalam memajukan pendidikan orang-orang yang mereka jajahi.

2. Ekonomi

Dari aspek ekonomi, jelas menunjukkan penjajahan British telah


mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang pada asalnya
berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden yang lebih
bersifat komersial atau perdagangan dan keuntungan. Bolehkah anda
memahami tujuan British tersebut? Ini boleh di lihat dari sudut kehendak
dasar kolonialisme yang telah kita bincangkan pada awal bab ini.

Perkembangan ekonomi moden bermula dengan kewujudan hasil bijih


timah di Perak yang menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874. Apa yang
menarik, perlaksanaan ekonomi moden ini dilakukan oleh British secara
berhati-hati bagi memastikan tujuan asal dasar kolonialisme British untuk
mengenepikan masyarakat Melayu daripada sebarang kemajuan akan
tercapai. Ini perlu kerana masyarakat Melayu yang maju di lihat sebagai
ancaman kepada pentadbiran penjajahan.

Justeru itu, orang-orang Melayu di sisih dengan tidak diajak atau


digalakkan sama sekali untuk terlibat dalam sektor perlombongan ini.
Mereka yang dapat melibatkan diri hanyalah golongan pembesar yang
mempunyai pengaruh ke atas sesuatu kawasan. Ini dilakukan oleh British
dengan menghebohkan propaganda mereka yang kononnya
menghormati sistem ekonomi tradisi masyarakat Melayu yang lebih
tertumpu kepada penanaman padi, penangkapan ikan dan penternakan
selain mencari hasil hutan.25

Sebaliknya bagi memastikan sektor perlombongan ini terlaksana dengan


lebih pesat, pihak British telah membawa buruh-buruh asing dari negara
China. British mengambil peluang mendapatkan buruh-buruh yang
murah dari negara China yang sedang menghadapi pelbagai masalah
bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan kebuluran. Begitu jugalah
apabila sektor perladangan getah meningkat dengan pesatnya di Tanah
Melayu, pihak British terus mengenepikan orang-orang Melayu dengan
membawa masuk secara besar besaran.buruh-buruh dari India.

Semua ini dilakukan oleh pihak British dengan matlamat supaya


masyarakat Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang
tidak menguntungkan, dan pada masa yang sama pihak British dapat juga
mempergunakan orang-orang Melayu bagi menghasilkan barang
keperluan makanan kepada British dan buruh-buruh asing yang di bawa
masuk. Ini dilakukan dengan menggalakkan penanaman padi oleh orang

56
Melayu yang sekaligus membantu menyediakan makanan untuk
penduduk di Tanah Melayu yang semakin bertambah dengan kemasukan
buruh asing yang tiada batasan.

Walau bagaimanapun, apabila segalanya telah diperolehi, konsep


kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih agresif hasil daripada
sikap tamak untuk menguasai segala-galanya di Tanah Melayu. Konsep
imperialisme yang lebih campurtangan dan menguasai segalanya di tanah
jajahan dilaksanakan. Ini berdasarkan keperluan semasa di mana negara
Eropah yang lain turut berlumba bukan sekadar mendapatkan hasil tetapi
menguasai negara dan rakyat di sesuatu tanah jajahan sebagai lambang
pengaruh dan kemegahan.

2. Politik

Dari segi politik, dasar penjajahan British cuba memastikan raja-raja


Melayu atau sultan-sultan akan berada di bawah telunjuk mereka. Ini
dilakukan British atas kesedaran bahawa pengaruh raja dan sultan ke atas
rakyat jelata. Mereka bimbang seandainya raja dan sultan tidak di bawah
kawalan mereka, akan berlaku kekecohan yang akhirnya mendorong raja
dan sultan bersama rakyat menentang penguasaan mereka ke atas tanah
Melayu. Anda boleh lihat dengan jelas apabila sistem residen British mula
perkenalkan di Perak, dan bagaimana Raja Abdullah yang merupakan
salah seorang waris raja yang berkuasa di negeri Perak bersama pembesar
dan rakyat bangkit membunuh Residen J.W.W. Birch yang dilantik
kerana tidak berpuas hati.

Berasaskan kesedaran inilah, apabila British memulakan campur tangan


mereka selepas Perjanjian Pangkor 1874, mereka telah memperkenalkan
sistem residen. Sistem residen yang merupakan sistem penasihatan oleh
British dalam urusan pentadbiran negeri Melayu telah dilaksanakan di
negeri-negeri yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu—
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Di dalam sistem ini,
nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat istiadat orang
Melayu haruslah diikuti raja-raja.26

Walau bagaimanapun, sebenarnya langkah campur tangan dan


penasihatan ke atas negeri Melayu telah lebih awal di buat di negeri-
negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang dikenali sebagai Negeri-
Negeri Selat. Di negeri-negeri ini, British memerintah secara terus dari
Pejabat Tanah Jajahan di London. Hanya dalam konteks negeri-negeri
Selat, British berkuasa penuh terhadap negeri-negeri tersebut kerana
sama ada ianya dijajah atau dipajak sepenuhnya dan ianya di tadbir oleh
seorang gabenor bagi negeri-negeri Selat.

57
Langkah penasihatan yang terakhir ialah sistem Penasihat Negeri di
negeri-negeri Melayu yang lain iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
dan Johor—dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Di
dalam negeri-negeri ini, Penasihat British akan membantu pentadbiran
raja-raja dan sultan-sultan Melayu melainkan dalam hal-hal agama Islam
dan adat istiadat orang Melayu.

Sistem pentadbiran kemudiannya telah berubah terus mengikut arus


pemodenan yang di bawa penjajah dan lebih mirip kepada suasana
pemerintahan di negara asal mereka. Apabila semua negeri-negeri Melayu
telah dapat dikuasai British menerusi sistem Residen dan Penasihat,
kemudiannya telah mewujudkan persekutuan atau sistem kerajaan
berpusat. Bermula dengan cadangan Malayan Union dan kemudiannya
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu diikuti pula sistem kabinet
dan menteri diperkenalkan. Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem
kerajaan berketua Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah
dilaksanakan. Menerusi peringkat yang telah anda lihat, secara sedikit
demi sedikit raja-raja disisihkan dari rakyat dan tanggungjawab
pemerintahan.

3.4.4 Kesan Gerakan Penjajahan Barat di Tanah Melayu

Tanah Melayu akhirnya telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos


1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di bawah cengkaman penjajah
barat, Tanah Melayu akhirnya bebas dan merdeka. Biarpun telah
mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu pada hakikatnya tidak dapat lari
daripada kenyataan bahawa Tanah Melayu yang ada setelah merdeka dan
Tanah Melayu yang wujud sebelum era penjajahan kuasa barat adalah dua
suasana yang amat berbeza. Kesan yang ditinggalkan oleh penjajah
kepada negara ini bukanlah sedikit dan meliputi pelbagai sudut
kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah
Melayu. Hasil penerapan dasar-dasar kolonialisme dan imperialisme barat
yang dijalankan, corak pemerintahan, kegiatan ekonomi juga cara
bersosial masyarakat di Tanah Melayu telah jauh berbeza. Hasil daripada
itu dapatlah kita lihat dan gariskan tiga kesan utama yang wujud dalam
masyarakat di Tanah Melayu dari segi sosial, ekonomi, dan politik.

1. Sosial

Perubahan terbesar hasil dasar sosial British ialah kewujudan masyarakat


berbilang kaum di Tanah Melayu. Masyarakat ini yang juga kita kenali
sebagai masyarakat majmuk adalah sebagai memenuhi aspirasi dasar
kolonialisme. British telah mewujudkan satu masyarakat baru di Tanah
Melayu. Tanah Melayu yang asalnya di diami masyarakat Melayu sahaja
kemudiannya telah dipaksa menerima kedatangan imigran asing bagi

58
memenuhi hasrat British untuk mengaut sebanyak-banyak keuntungan di
Tanah Melayu. Imigran dari China dan India ini didatangkan khusus bagi
memenuhi keperluan buruh untuk ditempatkan di lombong-lombong
bijih timah dan di ladang-ladang getah.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat majmuk telah lama wujud


sewaktu kewujudan Empayar Melayu Melaka yang menjadi pusat
perdagangan terkenal pada sekitar kurun 13 - 15 Masihi. Namun begitu,
pentafsiran masyarakat majmuk di zaman Empayar Melayu Melaka
adalah jelas berbeza dengan masyarakat majmuk yang diwujudkan selepas
kedatangan penjajah barat. Ini kerana masyarakat majmuk yang wujud di
waktu kerajaan Melayu Melaka adalah jelas bersifat sementara kerana
kebanyakan mereka adalah pedagang-pedagang asing yang datang untuk
memperniagakan hasil mereka sahaja. Biarpun wujud sebilangan daripada
mereka yang kekal tinggal dan bermastautin atas sebab perkahwinan atau
sebagainya, jumlah mereka adalah kecil dan tidak mengubah suasana asal
masyarakat terutamanya disegi perubahan strukur politik, ekonomi, dan
sosial. Ini terutamanya disebabkan kesediaan mereka pada kebiasaannya
untuk mengasimilasikan diri mereka ke dalam kebudayaan dan adat
resam masyarakat Melayu.

Masyarakat majmuk di Tanah Melayu selepas kedatangan kuasa barat dan


imigran asing pula telah mengubah hampir keseluruhan sistem
masyarakat di Tanah Melayu. Di samping itu kedatangan masyarakat
imigran juga telah mengubah komposisi kaum yang selama ini dikuasai
sepenuhnya oleh orang Melayu. Jumlah kedatangan imigran yang tiada
had telah hampir-hampir mengakibatkan jumlah orang Melayu di atasi
oleh imigran-imgran asing. Suasana ini jelas amat merbahaya kepada
kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu.27

Dari segi pendidikan pula sistem vernakular yang dilaksanakan oleh


British telah mengakibatkan perpecahan ketara di antara penduduk
berbilang kaum. Anda sendiri boleh fahami apabila melihat bagaimana
sukatan pelajaran dan bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah
vernakular yang tidak sedikit pun melambangkan suasana negara ini. Ini
kerana dasar British tidak merangsang berlakunya perpaduan di antara
kaum.

Selain itu, sistem pendidikan yang wujud jelas telah mengenepikan orang-
orang Melayu daripada mencapai kemajuan. Pendidik bertaraf rendah
dan sikap British yang tidak berhasrat membantu kemajuan orang Melayu
dalam pendidikan mengakibatkan orang-orang Melayu menjadi kaum
yang paling ketinggalan pada masa tersebut. Ini harus difahami kerana
hasrat British sendiri yang tidak mahu keupayaan orang-orang Melayu
dalam pendidikan menjadi masalah kepada mereka apabila kesedaran
telah diterima.
59
2. Ekonomi

Umumnya, dasar penjajahan British terhadap Tanah Melayu telah


mengubah sistem ekonomi tradisi yang sedia wujud di Tanah Melayu.
Masihkah anda semua ingat lagi, apakah sistem ekonomi tradisi? Sistem
ekonomi tradisi, ialah sistem yang berasaskan ekonomi sara diri dan
bertumpu kepada penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan
ladang. Sistem ini telah berubah apabila British menjalankan dasar
ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang
wujud bermatlamatkan keuntungan.

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak


langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu
orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-
masing. Kegiatan ekonomi telah memisahkan setiap kaum mengikut
kegiatan ekonomi dan sekaligus setiap kaum dikenali melalui kegiatan
ekonomi mereka, sebagai contoh orang India dikenali sebagai penoreh
getah, orang Melayu sebagai nelayan atau penanam padi, manakala orang-
orang Cina sebagai pelombong. Hasil daripada pembahagian kaum
mengikut kegiatan ekonomi, masyarakat yang wujud di Tanah Melayu
turut terasing mengikut lokaliti atau kawasan kegiatan ekonomi masing-
masing. Keadaan ini telah mengurangkan interaksi kaum dan akhirnya
telah mewujudkan masalah perpaduan dikalangan kaum-kaum di negara
ini.

3. Politik

Dari segi politik, sistem masyarakat yang pada asalnya taat dan hidup di
bawah pemerintahan raja dan sultan telah berubah sama sekali.
Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah dikurangkan ke peringkat hanya
menjadi lambang kepada negeri atau negara. Sistem pemerintahan yang
dianjurkan oleh penjajah terutama oleh British jelas condong dan mirip
kepada corak pemerintahan di negara mereka. Bermula dengan
pengenalan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pengenalan kepada kedua-dua sistem ini telah mula mengurangkan kuasa


pemerintahan raja-raja Melayu dan juga pembesarnya, dan menyebabkan
satu perubahan besar kepada corak pentadbiran Melayu Tradisi. Fungsi
residen dan penasihat British ini telah mengambil alih peranan yang
dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya
dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui
cukai.

60
Selain itu, pada masa pemerintahan Melayu Tradisi segala kerja
pentadbiran dijalankan oleh masyarakat Melayu, tetapi setelah
kedatangan kaum imigran asing proses pentadbiran telah turut
melibatkan mereka. Biarpun jumlah orang Melayu lebih ramai yang
terlibat dalam proses pentadbiran, tetapi penglibatan imigran asing dalam
proses pentadbiran adalah satu dimensi baru dalam kehidupan
masyarakat di Tanah Melayu. Apa yang jelas, sedikit demi sedikit proses
penjajahan telah mengubah wajah asal sistem pentadbiran di Tanah
Melayu, lebih-lebih lagi apabila sistem pilihanraya diperkenalkan dan
kuasa perdana menteri dan kabinet juga pegawai daerah mula mengambil
alih segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi, iaitu sultan dan pembesar.

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan sebab-sebab mengapa kuasa kolonialisme


barat berminat untuk menguasai Tanah Melayu.

I. Kedudukan geografinya yang strategik di segi


jalan
II. Perdagangan
III. Bahan mentah yang banyak
IV. Pasaran baru
V. Pangkalan tentera

A. I, II dan I
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2. Nyatakan dampak utama penjajahan dari aspek


sosial.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.5 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan bab ini, bolehlah kita membuat beberapa


rumusan berkenaan apa yang kita kenali sebagai penjajahan. Di segi
istilahnya secara umum dapatlah kita rumuskan bahawa gerakan
penjajahan itu sebagai kolonialisme atau imperialisme. Biarpun begitu,
61
apabila dibincangkan secara khusus kedua-dua istilah kolonialisme dan
imperialisme pada hakikatnya adalah berlainan dari sudut dasar,
perlakuan atau aktiviti penjajahan.

Di sudut kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor agama (god),


kemegahan (glory), dan keuntungan atau kekayaan (gold). Imperialisme
pula jelas memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang menggambarkan
kesinambungan sifat-sifat kolonialisme seperti kemegahan, kemudiannya
dilanjutkan oleh faham nasionalisme yang membawa aktiviti
etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri. Dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa gerakan penjajahan terutamanya dari barat yang
dilaksanakan British di negara ini adalah merupakan gabungan kedua-
kedua dasar yang kita bincangkan itu. Apa yang jelas ditonjolkan oleh
kedua-dua dasar tersebut ke atas negara ini ialah bagaimana ianya telah
mengubah wajah kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi aspek
sosial, ekonomi, atau politik. Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan
vernakular, pemecahan ekonomi mengikut kaum, sistem residen dan
dasar pemerintahan berpusat telah mengakibatkan cara hidup tradisi yang
telah dibincang dalam bab sebelum ini terhimpit dan tidak dihiraukan
oleh penjajah British.

Sebuah masyarakat yang tunggal iaitu masyarakat Melayu tradisi yang


mengamalkan ekonomi tradisi, sara diri juga sistem pemerintahan
bertunjangkan sistem beraja dan pembesar dan telah berjaya
mengharungi kehidupan ratusan tahun akhirnya hilang sedikit demi
sedikit. Akhirnya satu masyarakat baru muncul iaitu masyarakat majmuk
yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi
moden yang mementingkan keuntungan dan mengamalkan sistem
pentadbiran berpusat yang menggantikan kuasa raja dan pembesar-
pembesar. Berdasarkan semua fakta-fakta tersebut, jelas gabungan dasar-
dasar kolonialisme dan imperialisme yang diamalkan British dalam
gerakan penjajahannya di negara ini akhirnya telah mewujudkan Tanah
Melayu sebagai negara baru dengan rakyat dan sistem kehidupan yang
baru.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Di antara berikut yang manakah merupakan sebab UTAMA


penjajahan British dilakukan di Tanah Melayu?

A. Ekonomi
B. Politik
C. Sosial
D. Agama
62
2. Pada tahun 1786, Syarikat Hindia Timur telah mengambil alih
Pulau Pinang dari Sultan Kedah kerana kepentingan dari segi

A. Ekonomi
B. Politik
C. Ketenteraan
D. Perdagangan

3. Dasar penjajahan ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan British


sewaktu memerintah negara ini berkait rapat dengan konsep

A. Kolonialisme
B. Imperialisme
C. Kapitalisme
D. Zionisme

4. Apakah yang dimaksudkan dengan 'etnosentrism' ?

A. Kepercayaan bahawa agama itu asas pegangan semua


orang
B. Kepercayaan bahawa masyarakat lain itu lebih mulia dan
lebih baik dari masyarakat sendiri.
C. Kepercayaan bahawa masyarakat sendiri lebih mulia dan
lebih baik dari masyarakat lain.
D. Kepercayaan bahawa agama dan bangsa perlu
mempunyai satu identiti tersendiri.

5. Kenapakah Inggeris tidak campur tangan sebelum suku ketiga


abad ke-19 di Tanah Melayu?

6. Nyatakan dampak utama penjajahan dari aspek ekonomi di


Tanah Melayu.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 3.1

1. D

2. Antara perbezaan yang wujud di antara kolonialisme dan


imperialisme ialah

63
(a) Imperialisme adalah berasaskan dasar-dasar yang
dibentuk dan berpusat kepada ibunegara-ibunegara
kuasa penjajah.
(b) Kolonialisme adalah penguasaan kuasa asing dalam
menjalankan polisi imperialismenya.

SDT 3.2

1. A

2. Faktor-faktor utama yang menggalakkan berlakunya proses


imperialisme ialah

(a) Etnosentrisme
(b) Jingoisme
(c) Agama
(d) Keinginan mencapai sebagai kuasa besar
(e) Kapitalisme

SDT 3.3

1. D

2. Antara dampak utama penjajahan dari aspek sosial ialah

(a) Wujudnya masyarakat majmuk.


(b) Tiada perpaduan diantara kaum.
(c) Bilangan penduduk bertambah ramai dimana kaum.
imigran asing mula mencabar jumlah penduduk
tempatan.

64

You might also like