You are on page 1of 5

AE025

Ekonomi
Semester II
Sesi 2016/2017
1 jam

UNIT EKONOMI
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAJIAN KES
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


JAWAB SEMUA SOALAN (5 SOALAN) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN
ARAHAN : BACA PETIKAN DAN JAWAB SEMUA SOALAN

Pertumbuhan sektor pelancongan secara tidak langsung menyumbang secara positif kepada
KDNK dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Dalam
konteks ekonomi Malaysia, sektor pelancongan telah melibatkan guna tenaga seramai 10 892.
70 juta orang daripada 11 290.50 juta orang tenaga buruh pada tahun 2005. Dasar kerajaan
dan situasi ekonomi yang kondusif dalam membantu perkembangan sektor pelancongan telah
berjaya menyerap 11 159.12 juta guna tenaga daripada keseluruhan tenaga buruh berjumlah
11 544.50 juta orang pada tahun 2006. Sementara itu, unjuran ekonomi bagi tahun 2007
menunjukkan sektor pelancongan dijangka akan menyerap seramai 11 391.70 juta guna
tenaga jika jumlah tenaga buruh meningkat kepada 11 775.10 juta orang.

Sektor pelancongan telah berjaya menyerap guna tenaga dan mengurangkan kadar
pengangguran dalam ekonomi. Namun peningkatan kadar inflasi dalam negara telah
menyebabkan jumlah kedatangan pelancong berkurang. Kajian perbandingan antara indeks
harga pengguna (IHP) dengan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia menunjukkan
hubungan yang negatif. IHP merupakan indikator yang memberi gambaran tentang
perubahan tingkat harga purata barang dan perkhidmatan melalui masa. Pada tahun 2005,
jumlah pelancong yang melawat Malaysia adalah seramai 1.5 juta orang dengan paras IHP
pada 100 mata. Peningkatan IHP kepada 103.60 mata pada tahun 2006 telah menyebabkan
jumlah pelancong berkurang kepada 1 juta orang manakala pada tahun 2007 jumlah
pelancong hanya 500 000 orang kerana IHP meningkat kepada 105.20 mata.

Walaupun sektor pelancongan berjaya menyerap kadar guna tenaga yang tinggi dan dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Namun, peningkatan kadar inflasi secara
langsung menyebabkan kadar kemasukan pelancong asing ke Malaysia berkurang selain
memberi kesan negatif kepada taraf hidup atau kebajikan penduduk kerana tenaga buruh
tidak dapat menggunakan pendapatan yang diterima untuk membeli lebih banyak barangan
bagi memenuhi keperluan mereka. Peningkatan harga secara berterusan dan tidak terbatas
memberi kesan jangka panjang kepada sektor pelancongan, di samping memberi kesan
langsung kepada KDNK negara. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlu mengambil
pendekatan yang lebih pragmatik melalui dasar fiskal untuk mempengaruhi perkembangan
sektor pelancongan negara.

[Diubah suai daripada Rancangan Malaysia ke-9]


(a) Bagaimana anda menentukan kadar pengangguran dalam ekonomi Malaysia pada
tahun 2006 dan 2007. [2 markah]

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

(b) Sebagai penganalisis ekonomi Malaysia, tentukan kadar inflasi bagi tahun 2006 dan
2007. [2 markah]

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

(c) Hitungkan kadar pertambahan tenaga buruh bagi tahun 2006 dan 2007. [2 markah]

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

(d) Bagaimana anda menentukan kadar pertambahan guna tenaga dalam sektor
pelancongan bagi tahun 2006 dan 2007. [2 markah]

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..
(e) Rakyat Malaysia telah menerima kenaikan gaji dari RM7000 pada tahun 2006 kepada
RM8400 pada tahun 2007. Bagaimana anda menentukan peratus pertambahan
pendapatan benar rakyat Malaysia. [2 markah]

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like