You are on page 1of 3

MODUL PENGAJIAN AM SEMESTER 2

BAHAGIAN C : KARANGAN 25 markah


1. Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020.
Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan
pelbagai dasar lain. Huraikan. (STPM 2013)

2. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu
memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini.
Huraikan. (STPM 2013)

3. Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayangdan budaya penyayang.
Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya
penyayang. (STPM 2013 (U))

4. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin meningkat. Usaha tertentu
perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan. (STPM 2013 (U))

5. Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warganegara
Malaysia. Jelaskan. (STPM 2014)

6. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk mencapai matlamat memelihara
alam sekitar. Bincangkan. (STPM 2014)

7. Penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik,
progresif, bersatu padu, dan bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Namun begitu,
terdapat pelbagai masalah yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat tersebut. Jelaskan. (STPM 2014 (U))

8. Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku dengan berleluasa kerana kegiatan tersebut
mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun demikian, ramai peminjam menghadapi masalah kerana
gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. (STPM 2014 (U))

9. Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan mengurangkan jenayah daripada berleluasa
di negara ini. Bincangkan. (STPM 2015)

10. Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga larut malam merupakan suatu tindakan
yang kurang bijak. Bincangkan kesan amalan ini terhadap anak-anak tersebut. (STPM 2015)

11. Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara maju dengan cara tersendiri.
Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan tersebut.
Bincangkan. (STPM 2015 (U))

12. Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting dalam pembangunan sesebuah Negara. Namun
begitu, terdapat masalah dalam sistem pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan pengangkutan awam menjadi
pilihan terakhir kepada pengguna. Bincangkan. (STPM 2015 (U))

13. Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja di negara ini, kelemahan mereka ini perlu dikenal pasti dan
langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengatasinya. Huraikan. (STPM 2016)

14. Sistem pendidikan menjadi landasan yang paling berkesan untuk memperkukuh perpaduan antara kaum di
negara ini. Huraikan. (STPM 2016)

15. Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut. (STPM 2016 (U))

SMKST/MODUL PA SEMESTER 2: BAHAGIAN C Pg 1


MODUL PENGAJIAN AM SEMESTER 2

BAHAGIAN C : KARANGAN 25 markah


16. Semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin longgar. Oleh itu, langkah untuk mengatasi hal ini perlu
dilakukan. Jelaskan. (STPM 2016 (U))

17. Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada bidang yang diberikan keutamaan oleh kerajaan di bawah
Program Transformasi Ekonomi (PTE). Huraikan manfaat yang diperoleh masyarakat dan negara hasil
daripada perkembangan industri ini. (STPM 2017)

18. Kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di Malaysia menyebabkan kesukaran kepada penduduk
setempat. Jelaskan. (STPM 2017)

19. Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik dan industri menjadi isu hangat di negara kita. Isu ini
memberikan impak yang ketara kepada pengguna berkenaan. Huraikan. (STPM 2017 (U))

20. Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Huraikan. (STPM 2017 (U)

21. Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
Jelaskan. (STPM 2018)

22. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kestabilan politik sejak negara ini mencapai
kemerdekaan. Pelbagai kesan negatif mungkin berlaku sekiranya Malaysia gagal untuk mengekalkan
kestabilan politiknya. Huraikan. (STPM 2018)

23. Pernyataan Rukun Negara merupakan satu perkara penting kepada warganegara Malaysia. Kegagalan
warganegara Malaysia menghayatinya akan memberikan kesan kepada negara. Jelaskan. (STPM 2018 (U))

24. Teknologi hijau dapat menjamin kelestarian alam bagi kesejahteraan generasi masa hadapan. Jelaskan. (STPM
2018 (U))

25. Satu daripada cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertoleransi. Cabaran tersebut
perlu dihadapi dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Jelaskan. (STPM 2019)

26. Pembinaan lebuh raya di negara ini telah membawa pelbagai kebaikan, namun terdapat keburukan yang wujud
akibat pembinaannya. Bincangkan. (STPM 2019)

27. Usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara berhadapan dengan pelbagai masalah. Jelaskan. (STPM 2019 (U))

28. Kehijauan dan keindahan alam sekitar semakin terancam akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Keadaan
ini memberikan kesan kepada kesimbangan ekologi dunia. Jelaskan. (STPM 2019 (U))

SMKST/MODUL PA SEMESTER 2: BAHAGIAN C Pg 2


MODUL PENGAJIAN AM SEMESTER 2

BAHAGIAN C : KARANGAN 25 markah

Arahan soalan:

Jawab satu daripada tajuk diberi dan tulis karangan yangpanjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.

Pemarkahan: 25 markah

Idea (5x2 ) 10 m
Huraian (5x2) 10 m
Bahasa 4m
Format 1m

Cadangan:
1. Calon digalakkan memberi isi lebih. Setiap idea diberi 2 huraian contoh sudah memadai.
2. Panjang karangan tidak boleh melebihi 400 patah kata.
3. Pendahuluan dan kesimpulan wajib ada, buat ringkas sahaja. Dua ayat ringkas memadai.
4. Untuk perenggan idea, pastikan satu perenggan hanya dikemukakan satu idea sahaja.
5. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat idea yang jelas.
6. Tiada contoh atau huraian dalam ayat idea.
7. Ayat idea yang tidak tepat akan menjejaskan markah perenggan tersebut; idea yang tidak jelas tidak
akan dberi markah walaupun huraian yang diberi sesuai. Kesannya, keseluruhan perenggan itu tidak
diberi markah.

Cara menjawab:
1. Analisis isu soalan dulu (IS).
2. Kenal pasti kehendak soalan (KS).
3. Kenal pasti kombinasi jawapan (KJ), sama ada 5+0, 3+2, atau 1+4
4. Senarai pendek semua idea yang anda ketahui, semak dan susun. Mulakan mengarang.
5. Cadangan masa untuk menulis sebuah karangan ialah 30-35 minit.

SMKST/MODUL PA SEMESTER 2: BAHAGIAN C Pg 3

You might also like