You are on page 1of 77

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4

PENGAJARAN 9A
MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA
HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
STANDARD KANDUNGAN
2.2 Reka Bentuk Pangkalan Data Hubungan

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.2.4 Mereka bentuk pangkalan data hubungan dengan
menukar ERD ke skema hubungan
2.2.6 Melaksanakan proses penormalan data sehingga 3NF
terhadap skema hubungan

Guru hendaklah memastikan di akhir penggunaan modul PdP


ini, murid dapat mencapai Standard Pembelajaran yang
dinyatakan di atas.

Kandungan Muka surat


Rancangan Pengajaran 9A 410
Lampiran 9A-1 414
Lembaran Kerja 9A-1 416
Skema Jawapan 420
PENGAJARAN 9A
STANDARD KANDUNGAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


2.2 Reka Bentuk Pangkalan Data Hubungan
Persediaan: 5 - 10 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN Pengajaran: 120 Minit
Murid boleh:
Penerapan Pemikiran
2.2.4 Mereka bentuk pangkalan data hubungan Komputasional (PPK):
dengan menukar ERD ke skema hubungan • Algorithm and Procedures
2.2.6 Melaksanakan proses penormalan data (ALG)
sehingga 3NF terhadap skema hubungan • Problem Decomposition (PD)

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Bahan untuk kelas
Tiada

Bahan untuk setiap kumpulan


1. Lampiran 9A-1 409
Bahan untuk setiap murid
1. Lembaran Kerja 9A-1

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
PERSEDIAAN
1. Kertas mahjong untuk setiap kumpulan

SUMBER TAMBAHAN
1. Cara menukarkan ERD ke jadual : https://www.tutorialcup.
com/dbms/er-model-into-tables.htm
2. Cara menukarkan ERD ke jadual: http://www.learndb.com/
databases/how-to-convert-er-diagram-to-relational-database
3. Apakah itu penormalan data: http://agiledata.org/essays/
dataNormalization.html
RANCANGAN PENGAJARAN 9A

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
10 Minit Set Induksi: Standard
1. Guru memberikan 2 senario penyimpanan maklumat dan
data kepada murid:
a) Penyimpanan data berasaskan kertas.
b) Penyimpanan data secara elektronik.
2. Kedua-dua sistem mengandungi 1000 rekod murid.
3. Murid perlu membandingkan kedua-dua sistem
berdasarkan kriteria berikut:
a) Ruangan yang diperlukan untuk menyimpan maklumat.
b) Kelewahan data.
c) Masa yang diperlukan untuk mencari maklumat.
d) Perubahan pada maklumat. Contohnya, Ali dan Abu
adalah adik-beradik. Jika keluarga mereka berpindah
rumah, adakah perubahan alamat akan dilakukan kepada
kedua-dua murid? Berapa efisien perubahan maklumat ini

410
berlaku?
4. Guru menerangkan bahawa murid akan menghasilkan
satu pangkalan data yang lengkap dan ternormal.

40 Minit Aktiviti 1: Penukaran ERD kepada Skema hubungan Pembelajaran


1. Guru menerangkan bahawa setiap kumpulan murid akan 2.2.4
diberi tugasan untuk menghasilkan satu pangkalan data 2.2.6

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
lengkap bagi pengguna. Murid juga perlu
mendokumentasikan proses penghasilan pangkalan data ini. PPK:
2. Guru menerangkan bahawa langkah pertama telahpun ALG
diselesaikan untuk mereka – gambar rajah ERD PD
dibekalkan oleh organisasi-organisasi tersebut.
3. Guru menerangkan bahawa langkah seterusnya adalah untuk KA21:
menghasilkan satu skema hubungan berdasarkan ERD.
4. Guru mengimbas kembali langkah-langkah penukaran
ERD kepada skema hubungan dengan ERD berikut: ALG PD

Subjek yang diajar oleh


Kod Nama guru tingkatan
Subjek Subjek
Menawarkan
N Tingkatan

M Mata M 1
No KP
pelajaran Markah Nama Guru Yang
Mengajar Guru
Kod Kelas
M
1

Mengambil
Nama Kelas

Berada di
Nama Murid N

N
Kod Kelas
No Pendaftaran Subjek yang diajar oleh
Opsyen guru Mempunyai guru
Murid guru tingkatan
tersebut
tingkatan
Alamat
Murid
Murid

Mengajar Kelas yang diajar


1
Nama Guru
N
Guru No KP Guru

Opsyen Guru
RANCANGAN PENGAJARAN 9A

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
5. Guru membimbing murid untuk menghasilkan skema hubungan
berikut:

411

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
6. Guru menerangkan maksud setiap tahap penormalan skema:
a. Tahap 0NF – Salah satu medan mengandungi lebih daripada 1
maklumat.
b. Tahap 1NF – Skema di mana setiap medan mengandungi satu
maklumat sahaja.
c. Tahap 2NF – Semua medan yang bergantung kepada 2 atau
lebih kunci boleh ditentukan dengan 1 kunci sahaja.
d. Tahap 3NF – Semua medan yang bukan kunci primer dapat
ditentukan dengan kunci primer sahaja.
7. Guru menanyakan murid tentang tahap penormalan skema
ini. Skema yang dihasilkan adalah pada tahap kosong (0NF).
Guru membimbing murid untuk mengesan pelanggaran
peraturan penormalan pada skema:
a. Medan ALAMAT untuk jadual Murid mengandungi lebih
daripada 1 maklumat (melanggar peraturan 1NF).
b. Medan OPSYEN GURU untuk jadual Mengajar merujuk kepada
GURU iaitu NO KP GURU sahaja (melanggar peraturan 2NF).
Maka, medan ini TIDAK sesuai berada dalam jadual MENGAJAR.
c. Medan NAMA GURU YANG MENGAJAR untuk jadual
Mengambil Subjek merujuk kepada SUBJEK iaitu KOD SUBJEK
sahaja (melanggar peraturan 2NF). Maka, medan ini TIDAK
sesuai dalam jadual MENGAMBIL SUBJEK.
d. Medan SUBJEK YANG DIAJAR OLEH GURU TINGKATAN untuk
jadual kelas adalah bergantung kepada kunci NO KP guru
tingkatan (melanggar peraturan 3NF).
RANCANGAN PENGAJARAN 9A

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
8. Guru kemudian menanyakan murid cara untuk menormalkan
pangkalan data dan murid menjalankan proses penormalan
pangkalan data bersama.
9. Guru bertanyakan murid untuk menghasilkan jadual yang
dinormalkan sehingga tahap 3NF.
10. Jadual yang telah dinormalkan kelihatan seperti berikut:

412

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
11. Perhatikan bahawa jadual seperti berikut yang sepatutnya wujud
akibat penormalan pangkalan data tidak lagi wujud dalam skema.
Ini kerana maklumat jadual ini telah pun dicatatkan dalam jadual
mengajar subjek. Jadual yang merupakan sub-jadual kepada
jadual lain tidak boleh wujud dalam skema hubungan yang telah
normal untuk mengelakkan kelewahan data.

12. Guru menjelaskan bahawa aktiviti seterusnya adalah satu aktiviti


pembelajaran berasaskan projek. Mereka perlu menggunakan
segala pengetahuan yang telah dipelajari untuk melengkapkan
projek berikut dalam kumpulan. Guru akan memberikan
bimbingan secara minimal.
RANCANGAN PENGAJARAN 9A

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
60 Minit Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek: Menukarkan ERD • Lampiran Standard
kepada Skema hubungan 9A-1 Pembelajaran
1. Arahan untuk guru:
a. Murid dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan. • Lembaran PPK:
Setiap kumpulan mempunyai 4 murid. Kerja 9A-1 PD
b. Satu salinan lampiran 9.1 diedarkan kepada setiap ALG
kumpulan. Setiap murid juga menerima satu salinan • Kertas
lembaran kerja 9.1. Mahjong KA21:
c. Setiap kumpulan akan diberikan 1 senario. Guru perlu KS
memastikan setiap senario dijawab oleh sekurang- MB
kurangnya 2 kumpulan murid.
d. Murid dikehendaki menghasilkan skema hubungan
berdasarkan ERD yang dibekalkan. Murid juga
perlu mengesan dan menyatakan tahap penormalan
skema hubungan yang dihasilkan. Kemudian, murid

413
perlu melaksanakan proses penormalan terhadap
skema hubungan sehingga ke tahap 3NF.
e. Setiap kumpulan perlu menuliskan skema hubungan
akhir pada kertas mahjong dan kumpulan yang
mempunyai ERD yang sama boleh membandingkan
jawapan pada akhir kelas.
f. Jika terdapat perbezaaan antara kumpulan dalam hasil
kerja untuk soalan yang sama, murid boleh berbincang

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
dan menentukan jawapan yang betul.
g. Murid membuat pembetulan sebelum menghantarkan
kerja kepada guru.
2. Arahan untuk murid:
a. Anda perlu membentuk kumpulan.
b. Anda perlu memilih 1 senario untuk dijawab. Untuk
setiap senario, anda perlu bekerja sama dengan ahli
kumpulan untuk:
i. Menghasilkan skema hubungan bersama ERD yang
dibekalkan.
ii. Mengesan dan menyatakan tahap penormalan
skema hubungan yang dihasilkan.
iii. Melaksanakan proses penormalan terhadap skema
hubungan sehingga tahap 3NF.
iv. Melukis skema hubungan akhir.
c. Setelah anda telah menyiapkan skema hubungan akhir,
bandingkan jawapan kumpulan anda dengan kumpulan
yang menjawab soalan yang sama.
d. Bincang dan betulkan jawapan akhir jika perlu.
e. Lukiskan skema hubungan akhir yang berada pada
tahap 3NF di atas kertas mahjong dan bentangkan di
hadapan kelas.
f. Wakil daripada setiap soalan tampil ke hadapan
untuk membentangkan skema hubungan akhir.

10 Minit Penutup
1. Guru memberikan komen untuk membetulkan kesalahan
murid ataupun cadangan untuk penambahbaikan skema
hubungan yang dihasilkan.
Standard
Pembelajaran:
2.2.4, 2.2.6

LAMPIRAN 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Arahan

1. Anda perlu membentuk kumpulan.


2. Anda perlu memilih 1 senario untuk dijawabkan. Untuk setiap senario, anda perlu:
i. Menghasilkan skema hubungan bersama ERD yang dibekalkan.
ii. Mengesan dan menyatakan tahap penormalan skema hubungan yang dihasilkan.
iii. Melaksanakan proses penormalan terhadap skema hubungan sehingga tahap 3NF.
iv. Melukis skema hubungan akhir.
3. Tuliskan jawapan anda dalam Lembaran Kerja 9A-1.
4. Setelah anda telah siapkan skema hubungan akhir, bandingkan jawapan kumpulan anda dengan
kumpulan yang menjawab soalan yang sama.
5. Bincang dan betulkan jawapan akhir jika perlu.
6. Lukiskan skema hubungan akhir yang berada pada tahap 3NF di atas kertas mahjong dan
bentangkan di hadapan kelas.

Senario 1: Arus Pizza 414


Arus Pizza merupakan rangkaian restoran pizza di Malaysia. Seperti restoran-restoran Pizza lain yang terkenal
di Malaysia, Arus Pizza juga membekalkan perkhidmatan penghantaran pizza. Anda ditugaskan untuk
menghasilkan satu sistem pangkalan data untuk pusat panggilan yang menguruskan panggilan pelanggan.
Berikut adalah ERD yang dibekalkan oleh Arus Pizza:

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
Senario 2: Bank Arus

Bank Arus merupakan satu bank baru di Malaysia. Anda ditugaskan untuk menghasilkan satu
pangkalan data untuk Bank Arus supaya pengatur cara boleh menghasilkan servis perbankan
dalam talian bagi Bank Arus. Berikut adalah ERD yang dibekalkan oleh Bank Arus.

415

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
Senario 3: Hospital Arus

Selama ini, Hospital Arus mengendalikan semua maklumat secara berasingan pada komputer
yang berlainan. Ini menyebabkan kesukaran untuk memastikan ketekalan dan ketepatan data.
Untuk mengatasi masalah ini, Hospital Arus telah memutuskan untuk mengumpulkan segala
maklumat dalam satu sistem pangkalan data berpusat. Anda ditugaskan untuk menghasilkan
pangkalan data tersebut. Berikut adalah ERD yang dibekalkan oleh Hospital Arus.
Standard
Pembelajaran:
2.2.4, 2.2.6

LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Senario 1: _______________________

1) Salinkan ERD yang diberikan:

416

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
2) Tuliskan skema hubungan yang belum dilaksanakan proses penormalan data:

417

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD

Komen guru:

Tarikh:
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
3) Nyatakan semua pelanggaran peraturan tahap penormalan dan juga cara untuk
membetulkan pelanggaran peraturan tersebut untuk mencapai tahap penormalan yang
dikehendaki.
a) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 1NF:

Pembetulan yang diperlukan untuk


mencapai tahap 1NF

b) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 2NF:

418
Pembetulan yang diperlukan untuk
mencapai tahap 2NF

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
c) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 3NF:

Pembetulan yang diperlukan untuk


mencapai tahap 3NF

Komen guru:

Tarikh:
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
4) Tuliskan skema hubungan yang telah mencapai tahap 3N:

419

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD

Komen guru:

Tarikh:
SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


Senario 1: Arus Pizza

1) Salinkan ERD yang diberikan:

Jumlah yang perlu


Tarikh dan masa dibayar
Nama Pelanggan tempahan Nama Pelanggan

Tempahan (Set A, B
ID Pelanggan 1 Membuat N atau C)

Pelanggan Tempahan ID Tempahan


Nombor Telefon

Nama Penghantar Pizza


Alamat Pelanggan
(Jalan, Bandar,
Poskod)
Harga yang perlu dibayar

Kod Cawangan

1
420
Cawangan diberikan kepada
Nombor Telefon
Cawangan

Poskod cawangan Masa tempahan Poskod cawangan

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
2) Tuliskan skema hubungan yang belum dilaksanakan proses penormalan data:
SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


3) Nyatakan semua pelanggaran peraturan tahap penormalan
a) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 1NF:
- Jadual Pelanggan: Medan alamat mempunyai lebih daripada 1 maklumat.
- Jadual Tempahan: Medan tarikh dan masa tempahan mempunyai lebih daripada 1 maklumat.
- Jadual Tempahan: Medan masa tempahan berulang.
- Jadual Tempahan: Medan Harga yang perlu dibayar adalah sama dengan medan Jumlah yang
perlu dibayar. Medan berulang.
e) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 2NF:
- Tiada.
f) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 3NF:
- Jadual tempahan: Medan poskod bergantung kepada kunci primer melalui ID cawangan.

4) Tuliskan skema hubungan yang telah mencapai tahap 3NF:

421

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


Senario 2: Bank Arus

1) Lukiskan ERD yang diberikan:

ID Cawangan Tarikh akaun Nama Pelanggan


dibuka

Nombor Akaun
ID Pelanggan
Memiliki
M N
Jenis Akaun 1
(Simpanan atau
semasa) Baki Akaun Pelanggan Nama Pelanggan
Tarikh dan masa
transaksi
N
Baki Akaun Cawangan akaun Nombor Telefon Pelanggan
penerima Nombor akaun (Rumah, Pejabat, Telefon Bimbit)
Penerima

Membuat

Di bawah

422
Cawangan akaun
penghantar
Kod Cawangan

1 ID Transaksi
N
Alamat Cawangan
Cawangan

Transaksi Jumlah

Nama Cawangan

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
2) Tuliskan skema hubungan yang belum dilaksanakan proses penormalan data:
SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


3) Nyatakan semua pelanggaran peraturan tahap penormalan
a) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 1NF:
- Jadual pelanggan: Medan nombor telefon menyimpan lebih daripada satu maklumat.
- Jadual cawangan: Medan alamat cawangan menyimpan lebih daripada satu maklumat.
- Jadual transaksi: Medan tarikh dan masa menyimpan lebih daripada satu maklumat.
e) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 2NF:
- Jadual pemilik akaun: Medan ID cawangan boleh ditentukan oleh nombor akaun sahaja.
f) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 3NF:
- Jadual transaksi: Medan Cawangan Akaun Penerima ditentukan oleh kunci primer melalui
nombor akaun penerima. Maka Cawangan Akaun Penerima boleh dihapuskan.
- Jadual transaksi: Medan Cawangan Akaun Penghantar ditentukan oleh kunci primer melalui
nombor akaun penghantar. Maka Cawangan Akaun Penghantar boleh dihapuskan.

4) Tuliskan skema hubungan yang telah mencapai tahap 3NF:

423

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


Senario 3: Hospital Arus

1) Lukiskan ERD yang diberikan:

Status Rekod (Buka/


Tarikh dan masa Tutup)
Rekod Jantina Pesakit

ID Rekod 1
Nama Pesakit
N memiliki

N
Rekod Pesakit Pesakit
Kandungan Rekod ID Pesakit

N 1

Tarikh dan masa


keluar wad
Nama Doktor Jantina Pesakit
Nama Pesakit
Tarikh dan masa temu janji
Nama Doktor Nama Pesakit
diberikan
dimasukkan ke Tarikh dan masa
masuk wad
temu janji

ID Doktor
1 1
Bilik
424
M
Doktor Katil
Nama Doktor ID Katil

Kepakaran Doktor
Tingkat

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
2) Tuliskan skema hubungan yang belum dilaksanakan proses penormalan data:
SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 9A-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


3) Nyatakan semua pelanggaran peraturan tahap penormalan
a) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 1NF:
- Jadual temujanji: Medan tarikh dan masa temu janji mengandungi lebih daripada 1 maklumat.
- Jadual rekod pesakit: Medan tarikh dan masa rekod dicatat mengandungi lebih daripada 1
maklumat.
- Jadual katil: Medan tarikh dan masa masuk wad mengandungi lebih daripada 1 maklumat.
- Jadual katil: Medan tarikh dan masa keluar wad mengandungi lebih daripada 1 maklumat.
e) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 2NF:
- Jadual temu janji: Medan nama doctor boleh ditentukan oleh ID Doktor sahaja. Maka medan
Nama Doktor dihapuskan.
- Jadual temu janji: Medan nama pesakit boleh ditentukan oleh ID Pesakit sahaja. Maka medan
Nama Pesakit dihapuskan.
f) Pelanggaran peraturan tahap penormalan 3NF:
- Jadual rekod pesakit: Medan nama doctor ditentukan oleh kunci primer melalui ID doktor.
Maka medan Nama Doktor dihapuskan.
- Jadual katil: Medan nama pesakit ditentukan oleh kunci primer melalui ID pesakit. Maka medan
Nama Pesakit dihapuskan.
- Jadual katil: Medan jantina pesakit ditentukan oleh kunci primer melalui ID pesakit. Maka
medan Jantina Pesakit dihapuskan.
425
4) Tuliskan skema hubungan yang telah mencapai tahap 3NF:

9A • MERANCANG DAN MEMBINA SKEMA


HUBUNGAN BERDASARKAN ERD
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
PENGAJARAN 9B
MEMBINA JADUAL BERDASARKAN
SKEMA HUBUNGAN
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.3.1 Membina jadual berpandukan skema hubungan
menggunakan perisian pangkalan data hubungan

Guru hendaklah memastikan di akhir penggunaan modul


PdP ini, murid dapat mencapai Standard Pembelajaran
yang dinyatakan di atas.

Kandungan Muka surat


Rancangan Pengajaran 9B 428
Lembaran Kerja 9B-1 441
PENGAJARAN 9B
STANDARD KANDUNGAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
Persediaan: 30-60 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN Pengajaran: 60 Minit
Murid boleh: Penerapan Pemikiran
2.3.1 Membina jadual berpandukan skema Komputasional (PPK):
hubungan menggunakan perisian pangkalan • Algorithm & Procedures (ALG)
data hubungan

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Bahan untuk kelas
Tiada

Bahan untuk setiap murid


1. Komputer
2. Tiket Keluar 9 427

PERSEDIAAN
1. Pastikan semua komputer dipasang dengan aplikasi Microsoft
Access yang terkini.

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


SUMBER TAMBAHAN
1. Step by Step Microsoft Access 2013 (Bab 1, 2 dan 6):
http://misprivate.boun.edu.tr/kutlu/bis515/access2013.pdf
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
5 Set Induksi:
Minit 1. Guru bertanyakan murid cara untuk mendapatkan keputusan
peperiksaan. Murid mungkin akan jawab jawapan seperti slip
keputusan, buku adab pembelajaran, tetapi jawapan yang
dikehendaki adalah laman web SAPS.
2. Guru menanyakan murid maklumat yang dipaparkan oleh
SAPS. Contoh jawapan:
a. Nama
b. Kad pengenalan
c. Kedudukan dalam kelas
d. Markah setiap subjek
e. Markah purata
3. Guru menanyakan cara SAPS menyimpan maklumat. Murid
mungkin akan jawab pangkalan data, komputer dan sebagainya.
4. Guru menjelaskan bahawa SAPS menyimpan segala

428
maklumat dalam pangkalan data melalui DBMS –
Database Management System.

10 Aktiviti 1: Penjelasan tentang jadual yang akan dibina Kertas


Minit 1. Guru mengimbas kembali pengajaran lepas dengan Mahjong
mempamerkan skema hubungan yang telah dihasilkan. yang telah
2. Guru mengingatkan murid tentang tahap penormalan sesebuah dihasilkan

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


pangkalan data dan menerangkan objektif kelas adalah untuk pada
menghasilkan jadual dalam komputer. Pengajaran
3. Jadual yang dihasilkan adalah menggunakan hasil 9A
penormalan yang dihasilkan oleh murid:
a. SMK Arus
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
b. Arus Pizza

429

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


c. Bank Arus
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
d. Hospital Arus

430

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


20 Minit Membina jadual (table) menggunakan Microsoft Access Standard
1. Guru menjelaskan bahawa pangkalan data boleh dibina Pembelajaran
menggunakan perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data 2.3.1
(Database Management System - DBMS), contohnya Microsoft Access.
2. Microsoft Access yang digunakan adalah Microsoft Access versi 2016 PPK
yang secara umumnya, mempunyai fungsi hampir sama seperti versi ALG
yang lain.
3. Guru menunjukkan cara untuk membina sebuah pangkalan data KA21
melalui Microsoft Access dengan mengikut langkah-langkah berikut: -
a. Buka Microsoft Access dan pilih “Blank desktop Database”.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
b. Tetapkan nama file: TajukPangkalanData_Nama_Kelas. Nama
dan Kelas adalah nama dan kelas murid. (Sebagai contoh, guru
akan menggunakan SMKArus_NamaGuru_Kelas).

Tekan “Create”

431
c. Tekan “Create” di bahagian tab atas dan kemudian tekan
“Table Design”.

d. Masukkan semua medan bagi entiti pada bahagian “Field


9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS
Name”. Setiap satu medan diletakkan pada satu baris. Tetapkan
jenis data pada bahagian “Data Type” sama ada data tersebut
adalah teks, nombor atau tarikh/masa. Murid boleh menulis
deskripsi setiap medan di bawah bahagian “Description”.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Jenis data yang biasa digunakan:
i. Short Text – Teks pendek. Jenis data ini merupakan antara yang
paling kerap digunakan. Saiz teks boleh ditetapkan di bawah
kotak merah (rujuk atas). Satu amalan yang baik untuk
diamalkan dalam pemilihan jenis data adalah penggunaan
jenis data short text untuk medan yang secara logiknya
memerlukan jenis data nombor. Ini kerana jenis data nombor
hanya dapat menyimpan aksara 0 hingga 9 sahaja, ertinya
nombor telefon (contoh: 012-3456789) ataupun nombor kad
pengenalan (000101-01-0101) tidak boleh disimpan dalam
medan dengan jenis data nombor kerana adanya simbol (-).
Saiz medan boleh ditetapkan dalam ruangan merah yang
telah ditandakan pada rajah di atas. Penetapan saiz boleh
memastikan integriti dan ketepatan data. Contohnya, untuk
medan nombor kad pengenalan, saiz boleh ditetapkan kepada

432
14 aksara supaya pengguna tidak mengisikan nombor yang
berlebihan.

ii. Number – Nombor. Jenis data ini biasa digunakan untuk


maklumat yang perlu diproses ataupun perlu dihitung.
Contohnya, markah peperiksaan, harga barangan ataupun baki
bank. Hanya jenis data number boleh menjalankan operasi
matematik seperti tambah, tolak, bahagi, darab ataupun fungsi

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


matematik seperti sum (jumlah) dan avg (purata).

Date/Time – Tarikh/Masa. Jenis data ini sesuai untuk


iii.
menyimpan maklumat tarikh dan masa. Tarikh dan masa
disimpan dalam format yang khas untuk memudahkan
pencarian maklumat berbanding jenis data yang lain.

AutoNumber – Nombor Automatik. Jenis data ini biasa


iv.
digunakan untuk menghasilkan ID unik untuk setiap rekod.
Setiap rekod baru akan diberikan satu nombor yang unik
bermula dari 1.

v. Yes/No – Ya/Tidak. Jenis data ini biasa digunakan untuk


maklumat perduaan (binary information). Contohnya jenis data
ini boleh digunakan untuk menandakan sama ada sesuatu
pesanan makanan telah dihantarkan kepada pelanggan
ataupun tidak.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
e. Tetapkan medan yang ingin dipilih sebagai primary key dengan
menekan medan tersebut dan kemudiannya pada “Primary Key”
pada tab “Design” di bahagian kiri skrin seperti di bawah. Untuk
memilih lebih daripada satu medan sebagai kunci primer, tekan
Shift. Gambar kunci akan timbul pada medan yang dipilih sebagai
primary key:

433
f. Kemudian, tekan “View” dan “Data Sheet View”. Satu pop-up akan
menjelma. Tekan “Yes” untuk simpan Entiti yang pertama.

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


Jadual boleh diakses dan disemak dalam dua pandangan (view)
iaitu Datasheet View (pandangan helaian data) ataupun Design
View (pandangan rekabentuk jadual).

Pandangan helaian data membolehkan anda melihat semua rekod


yang ada pada sesuatu jadual manakala pandangan rekabentuk
jadual membolehkan anda menukar settings pada jadual seperti
saiz medan dan penentuan kunci primer.

g. Tetapkan nama Entiti ini dan tekan “Ok”:


RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
4. Guru mengingatkan murid untuk memastikan file mereka telah
disimpan dengan menekan butang “save”.
5. Guru membuat demonstrasi menciptakan semua jadual untuk
SMKArus. Guru memastikan murid mengikut setiap langkah yang
ditunjukkan untuk membina jadual masing-masing pada komputer
mereka.
6. Murid duduk dalam kumpulan yang diberikan tugasan yang sama,
sama ada membina jadual untuk Arus Pizza, Hospital Arus atau Bank
Arus.
7. Murid perlu membina jadual dalam Microsoft Access
berdasarkan skema hubungan yang dihasilkan pada Pengajaran
9A.
8. Murid juga perlu menjawabkan Lembaran Kerja 9B-1 bagi
menjelaskan pemilihan jenis data untuk setiap atribut.
9. Setelah murid menyiapkan pembinaan jadual, mereka boleh

434
bandingkan jawapan mereka dengan jawapan rakan dan
membuat pembetulan sebelum guru menjelaskan perkara yang
seterusnya.

20 Mewujudkan Hubungan Antara Jadual Standard


Minit 1. Salah satu ciri utama pangkalan data hubungan adalah keberkaitan Pembelajaran
antara jadual. Keberkaitan ini boleh diwujudkan dengan 2.3.1

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


menghadkan nilai kunci asing yang dibenarkan kepada nilai kunci
primer yang sedia ada. Contohnya dalam jadual mengajar: PPK
ALG

KA21

Nilai TeacherIC adalah kunci asing daripada jadual Guru (kunci


primer di jadual guru) , SubjectCode adalah kunci asing daripada
jadual Subject dan Class adalah kunci asing daripada jadual Kelas.

Untuk memastikan integriti data yang dimasukkan (pengguna tidak


akan memasukkan nilai yang tidak wujud pada jadual guru, subjek
dan kelas) serta mewujudkan hubungan antara jadual, kita boleh
menggunakan fungsi “Look up Wizard”.

RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Langkah-langkah menggunakan Lookup Wizard untuk mewujudkan
hubungan antara 2 jadual:

1. Pilih “I want the lookup.....query”.

435

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


2. Pilih jadual yang sesuai & tekan butang “next”.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
3. Pilih medan yang ingin dihubungkan. Biasanya kita akan
menghubungkaitkan 2 medan, iaitu kunci primer dengan medan
yang lebih senang difahami oleh pengguna harian. Contohnya,
bagi pengguna pangkalan data SMKArus, mereka mungkin lebih
arif dengan nama guru daripada nombor kad pengenalan. Tekan
anak panah > untuk memasukkan atribut medan daripada
jadual yang dipilih:

436

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


Tekan butang “next”.

4. Untuk kesenangan pengguna, kita boleh memastikan bahawa


maklumat disusun mengikut abjad supaya pengguna boleh
mencari nama guru dengan mudah.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
5. Pastikan medan kunci primer disembunyikan dengan menandakan
kotak “Hide key column”. Semua maklumat yang terkandung
dalam medan ini pada jadual guru akan dipamerkan di sini:

437

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


6. Pastikan kotak “Enable Data Integrity” ditandakan. Ini adalah untuk
memastikan medan kedua-dua jadual dihubungkan dan pengguna
tidak boleh memadam data pada satu jadual tanpa memadam
data pada jadual lain.

7. Jika langkah 6 tidak boleh dijalankan, pastikan jenis data pada


jadual kunci asing dan jadual asal adalah sama.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
8. Untuk menyemak hubungan antara jadual, anda boleh tekan
“Relationship” pada tab Design di atas (pastikan jadual anda
adalah dalam Design View).

438
(Jika tiada jadual dalam pandangan hubungan, boleh tekan “Show
Table” untuk mempamerkan jadual).

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


Garisan di antara dua jadual menunjukkan bahawa satu hubungan
telah diwujudkan yang menghubungkan dua jadual ini.

9. Selain daripada itu, fungsi “Lookup Wizard” juga boleh memastikan


bahawa pengguna akan memasukkan nilai yang dibenarkan
sahaja. Contohnya, pada jadual murid, kita hanya terima dua nilai
sahaja untuk medan jantina, iaitu sama ada L untuk lelaki ataupun P
untuk perempuan.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Langkahnya adalah seperti berikut:
a. Pilih “Lookup Wizard” untuk medan Jantina dalam jadual
Murid. Pilih “I will type in the values that I want” dan tekan
butang “next”.

439

b. Untuk memasukkan nilai pada lajur KS,

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS

c. Pastikan petak “Limit to List” ditandakan. Ini adalah


untuk memastikan bahawa pengguna hanya dibenarkan
untuk memasukkan nilai yang telah dipilih pada langkah 3
sahaja. Sebarang nilai lain tidak dibenarkan.

9. Guru mengingatkan murid untuk memastikan file mereka


disimpan (save).
10. Guru boleh membuat demonstrasi dengan menciptakan
hubungan antara semua jadual untuk SMKArus. Guru
memastikan murid mengikut setiap langkah yang ditunjukkan
untuk membina hubungan antara jadual pada komputer mereka.
RANCANGAN PENGAJARAN 9B

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
3. Murid perlu membina hubungan antara jadual dalam
Microsoft Access berdasarkan skema perhubungan yang
dihasilkan pada Pengajaran 9A.
4. Setelah murid menyiapkan pembinaan hubungan antara
jadual, mereka boleh membandingkan jawapan mereka
dengan jawapan dan boleh membuat pembetulan sebelum
menghantar fail tersebut untuk disemak.

5 Minit Penutup
1. Guru memilih beberapa wakil daripada setiap senario untuk
menunjukkan jadual yang telah dibinakan.
2. Guru memberikan komen tentang ketepatan jadual yang
dibina, terutamanya dari segi jenis data yang dipilih untuk
atribut serta hubungan antara jadual.

440

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS


Standard
Pembelajaran:
2.2.4, 2.2.6

LEMBARAN KERJA 9B-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Bahagian A:

Sila isikan semua atribut pada jadual, jenis data yang digunakan serta justifikasi
untuk penggunaan jenis data tersebut:


Entiti Atribut Jenis data yang digunakan Justifikasi pemilihan jenis data tersebut

441

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS

Komen guru:


Tarikh:
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
Bahagian B:

Penskoran jadual pada perisian pangkalan data adalah berdasarkan rubrik


berikut:


4 3 2 1

Penghasilan Semua jadual Kebanyakan Sebahagian Hanya 1 ataupun


jadual yang perlu jadual yang jadual yang 2 jadual yang
dihasilkan perlu dihasilkan perlu dihasilkan perlu dihasilkan
berdasarkan berdasarkan berdasarkan berdasarkan
skema skema skema skema
perhubungan perhubungan perhubungan perhubungan
wujud pada wujud pada wujud pada wujud pada
pangkalan data pangkalan data. pangkalan data. pangkalan data.
murid.

442

9B • MEMBINA JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS

Komen guru:


Tarikh:
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
PENGAJARAN 9C
MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG
DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.3.2 Mencipta borang yang berkaitan dengan
kandungan jadual
2.3.3 Memasukkan data dalam jadual melalui borang

Guru hendaklah memastikan di akhir penggunaan modul PdP


ini, murid dapat mencapai Standard Pembelajaran yang
dinyatakan di atas.

Kandungan Muka surat


Rancangan Pengajaran 9C 445
Lembaran Kerja 9C-1 451
PENGAJARAN 9C
STANDARD KANDUNGAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
Persediaan: 30-60 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN Pengajaran: 60 Minit

Murid boleh: Penerapan Pemikiran


2.3.2 Menghasilkan borang yang berkaitan Komputasional (PPK):
dengan kandungan jadual • Algorithm & Procedures (ALG)
2.3.3 Memasukkan data dalam jadual melalui
borang

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Bahan untuk kelas
Tiada

Bahan untuk setiap murid


1. Komputer 444
2. Lembaran Kerja 9C-1

PERSEDIAAN
1. Pastikan semua komputer dipasang dengan aplikasi

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
Microsoft Access yang terkini.
2. Pastikan murid telah bersedia dengan fail Microsoft Access
yang lengkap daripada Pengajaran 9B.

SUMBER TAMBAHAN
1. Step by Step Microsoft Access 2013 (Bab 3, 8 dan 11):
http://misprivate.boun.edu.tr/kutlu/bis515/access2013.pdf
RANCANGAN PENGAJARAN 9C

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
5 Minit Set Induksi
1. Guru bertanyakan tentang kehadiran murid dalam kelas dan
menanyakan murid bagaimana kehadiran murid dapat dimuat
naik ke sistem KPM. Murid mungkin jawab menerusi laman web
dan sebagainya.
2. Guru menunjukkan laman web SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)
dan menunjukkan borang penandaan kehadiran untuk murid.
3. Guru bertanyakan data apakah lagi yang perlu dimasukkan ke
dalam komputer. Jawapan yang mungkin dijawab oleh
murid termasuk:
a. Pendaftaran laman web/e-mel.
b. Markah murid ke dalam sistem SAPS.
4. Guru menjelaskan bahawa untuk memudahkan data dimasukkan
ke dalam jadual, kebanyakan DBMS mempunyai fitur untuk
mencipta borang bagi memasukkan data ke dalam

445
pangkalan data dengan mudah dan cepat.

5 Minit Pengenalan
1. Guru mengimbas kembali tentang jadual yang telah dihasilkan
dalam Microsoft Access berdasarkan skema perhubungan
ternomal.
2. Guru menerangkan aplikasi Microsoft Access boleh digunakan

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
oleh pengguna akhir (end-user) dan juga pengguna yang mahir
(expert user).
3. Murid dalam kes ini merupakan pengguna mahir untuk Microsoft
Access kerana merekalah yang akan berinteraksi dengan
pangkalan data sebagai jurutera pangkalan data (database
engineer).
4. Manakala bagi pengguna harian, interaksi mereka dengan
pangkalan data adalah untuk memasukkan, mengubahsuai,
membaca, dan juga memadam maklumat dalam pangkalan
data. Contohnya untuk pangkalan data SMKArus, pengguna
harian mungkin adalah kerani sekolah yang tidak terlatih dalam
terminologi dan konsep pangkalan data.
5. Microsoft Access membenarkan pengguna berinteraksi melalui
pandangan yang berlainan berkenaan Jadual, iaitu:
a. Pandangan Helaian Data (Datasheet View).
b. Pandangan Rekabentuk (Design View).
6. Pandangan Rekabentuk adalah untuk pengguna mahir dan
pandangan helaian data sesuai untuk pengguna akhir.
7. Walaupun pengguna akhir dapat memasukkan data melalui
pandangan helaian data tetapi cara ini adalah perlahan dan
mungkin menyusahkan. Bayangkan seorang kerani yang
perlu memasukkan maklumat murid baru dan juga maklumat
yang berkenaan dengan murid itu seperti subjek yang diambil
dan lain-lain.
8. Kita boleh memudahkan proses ini dengan menghasilkan
borang (“Form”) untuk kegunaan pengguna akhir.
RANCANGAN PENGAJARAN 9C

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Menghasilkan Borang dengan Microsoft Access Standard
Pembelajaran
2.3.2
2.3.3

PPK
ALG
1. Terdapat 3 cara untuk menghasilkan borang, iaitu:
a. Form (Automatic Form). KA21
b. Blank Form. KS
c. Form Wizard.
2. Untuk tujuan kelas ini, kita akan menggunakan cara Automatic
Form. Berikut adalah langkah-langkah untuk menghasilkan
borang: (Lembaran Kerja 9C-1)
a. Langkah 1: Pastikan jadual yang berkenaan adalah aktif.

446
Untuk contoh, kita akan menghasilkan satu borang baru untuk
menghasilkan rekod subjek yang baru.

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
Tekan dua kali pada
jadual yang betul

b. Tekan butang Form pada tab Create


RANCANGAN PENGAJARAN 9C

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
c. Borang baru telah dicipta

3. Terdapat 3 pandangan yang berlainan untuk borang, iaitu


Pandangan Borang (Form View), Pandangan Susunan (Layout
View) dan Pandangan Rekabentuk (Design View).

447
a. Pandangan Borang
Pandangan ini adalah untuk kegunaan pengguna akhir. Ini
membenarkan pengguna memasukkan rekod baru,
mengubahsuai rekod lama dan mencari rekod.3

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
Memasukkan dan mengubahsuai maklumat
di sini. Maklumat yang dimasukkan akan
disimpan di medan yang bersesuaian

Pengguna boleh mencari dan


menambah rekod dengan
menggunakan panduan di sini

b. Pandangan Susunan: Pandangan ini membolehkan pengguna


untuk menyusun semula urutan medan pada borang mereka.

Pengguna boleh memilih, mengheret dan


melepaskan sebarang medan yang berada di sini
untuk menukarkan tata susunan setiap medan
RANCANGAN PENGAJARAN 9C

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
c. Pandangan Rekabentuk: Pandangan ini membolehkan
pengguna untuk menghias dan menambahkan atur cara
spesifik pada medan-medan tertentu.

448
4. Perhatikan bahawa pilihan Form akan menghasilkan borang
berdasarkan maklumat/hubungan yang sedia ada pada borang.
Guru menghasilkan borang Class dan menunjukkan borang
Class. Contohnya, borang untuk menghasilkan rekod kelas

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
baru akan menunjukkan pilihan nama guru untuk guru tingkatan.
Walaupun kunci yang dihubungkan adalah kunci primer iaitu
nombor kad pengenalan guru tetapi pengguna akan mengisi
borang ini dengan nama guru.

5. Untuk jadual murid pula, Microsoft Access membuat analisis


terhadap jadual dan hubungan yang sedia ada dan secara
automatik menghasilkan borang yang mempunyai sub-borang
untuk mengisikan subjek murid dan markah mereka. Guru
menghasilkan borang untuk jadual murid dan menunjukkan
borang yang dicipta kepada murid.
Semua maklumat dan hubungan yang diisikan sebelum ini akan
menjadi pilihan pada borang ini, contohnya:
a) Jantina murid
b) Kelas murid
RANCANGAN PENGAJARAN 9C

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
c. Kod Subjek

Perhatikan juga nombor pendaftaran murid (RegID) – medan ini 449


menyimpan nombor secara automatik. Setiap rekod baru yang
dimasukkan akan mempunyai satu nombor yang unik.
6. Murid duduk dalam kumpulan yang diberikan tugas yang
sama,sama ada membina jadual untuk Arus Pizza, Hospital Arus
atau Bank Arus.
7. Murid dikehendaki untuk menghasilkan borang untuk setiap

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
jadual yang ada. Berikan nama yang sesuai untuk setiap borang.
Contohnya borang untuk menambahkan murid baru dinamakan
sebagai “Borang Murid Baru” dan sebagainya. Guru
mengingatkan murid bahawa ini adalah penting kerana
kemudian mereka akan membangunkan satu aplikasi mudah
dengan Access yang akan menggunakan borang yang dicipta.
8. Sesetengah borang tidak perlu dibina jika borang tersebut telah
dimasukkan sebagai sub-borang untuk borang lain. Contohnya,
jadual “Takes” (Mengambil Subjek) tidak perlu dibina kerana
jadual ini telah terkandung dalam jadual utama “Student”.
9. Murid boleh menghias ataupun mengubahsuai rupa borang
mereka dengan pandangan susunan dan rekabentuk.
10. Murid dikehendaki untuk memasukkan rekod dengan
menggunakan borang yang dicipta. Bilangan rekod adalah
bergantung kepada murid tetapi paling minimum setiap
jadual perlu adakan 10 rekod yang unik.
11. Guru mengingatkan murid bahawa kunci primer (kod unik)
perlulah bermakna dan mempunyai corak tertentu. Contohnya,
untuk kod unik kelas, setiap kelas diberikan kod F<tingkatan>
<nama kelas>. Kelas 1A mempunyai kod F1A dan sebagainya.
12. Jika murid tidak menentukan kan kod unik untuk kunci primer,
mereka boleh menguunakan AutoNumber untuk memberikan
nombor yang unik kepada setiap medan. Penukaran jenis data
tidak dibenarkan jika terdapat hubungan pada medan tersebut.
Murid perlu memadamkan hubungan sebelum mengubah jenis
data. Hubungan boleh dipadamkan di Pandangan Hubungan
(Relationship View).
RANCANGAN PENGAJARAN 9C

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
13. Setelah murid menyiapkan jadual, mereka perlu menguji
kesahihan dan ketepatan jadual rakan mereka dan membuat
pembetulan.
14. Apabila murid sudah melengkapkan jadual dan borang,
mereka perlu memasukkan sekurang-kurangnya 10
rekod ke dalam pangkalan data. Mereka juga boleh meminta
rakan untuk membantu mengisikan jadual melalui
borang yang diciptakan.

5 Minit Penutup
1. Guru memilih beberapa wakil daripada setiap senario untuk
menunjukkan borang yang telah dihasilkan.
2. Guru memberikan komen tentang ketepatan borang yang
dibina dan juga rekod yang dimasukkan, terutamanya dari segi

450
keperluan membina sesuatu borang, kekemasan borang, dan
juga penggunaan kod unik yang sesuai.

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
Standard
Pembelajaran:
2.3.2, 2.3.3

LEMBARAN KERJA 9C-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Bahagian A:

1. Sila senaraikan borang yang telah diciptakan dan nyatakan tujuan kegunaan borang tersebut:

Borang Tujuan

451
Bahagian B: Penskoran rakan sebaya
Bahagian ini diisi oleh rakan kumpulan anda.

9C • MEMASUKKAN DATA MELALUI BORANG


DENGAN MENGGUNAKAN ACCESS
Perkara Tandakan (√) jika benar

Pangkalan data memiliki sekurang-kurangnya 1 borang


Borang mempunyai fitur pengesahan data
Penggunaan borang dapat memasukan maklumat dengan betul ke dalam jadual yang
telah dihasilkan
Jadual mempunyai sekurang-kurangnya 2 rekod yang dimasukkan melalui borang

Bahagian C: Penskoran guru


Bahagian ini diisi oleh guru. Penskoran borang pada perisian pangkalan data adalah berdasarkan rubrik berikut:


4 3 2 1

Ketepatan borang Semua borang yang Kebanyakkan Sebahagian borang Borang kurang
dihasilkan adalah borang yang yang dihasilkan lengkap /
tepat, betul dan dihasilkan adalah adalah tepat, betul Borang tiada fitur
mempunyai fitur tepat, betul dan dan mempunyai pengesahan data.
pengesahan data. mempunyai fitur fitur pengesahan
pengesahan data. data.

Rekod jadual Jadual mempunyai Jadual mempunyai Jadual mempunyai Jadual mempunyai
sekurang- sekurang- sekurang- sekurang-kurangnya
kurangnya 10 rekod kurangnya 7 rekod kurangnya 5 rekod 3 dan ke bawah rekod
yang dimasukkan yang dimasukkan yang dimasukkan yang dimasukkan
melalui borang. melalui borang. melalui borang. melalui borang.

Komen guru:


Tarikh:
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
PENGAJARAN 9D
MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA
LAPORAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:

2.3.4 Menghasilkan query untuk mendapatkan semula maklumat


yang diperlukan daripada:
(i) satu jadual menggunakan lebih daripada satu kriteria
(ii) dua jadual menggunakan satu kriteria
2.3.5 Menjana laporan berdasarkan hasil query

Guru hendaklah memastikan di akhir penggunaan modul PdP


ini, murid dapat mencapai Standard Pembelajaran yang
dinyatakan di atas.

Kandungan Muka surat


Rancangan Pengajaran 9D 454
Lembaran Kerja 9D-1 460
Aktiviti Pengayaan 462
PENGAJARAN 9D
STANDARD KANDUNGAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
Persediaan: 30-60 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN Pengajaran: 120 Minit
Murid boleh: Penerapan Pemikiran
2.3.2 Menghasilkan borang yang berkaitan Komputasional (PPK):
dengan kandungan jadual • Algorithm & Procedures (ALG)
2.3.3 Memasukkan data dalam jadual melalui
borang

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Bahan untuk kelas
Tiada

Bahan untuk setiap murid


1. Komputer 453
2. Lembaran Kerja 9D-1

PERSEDIAAN
1. Pastikan semua komputer dipasang dengan aplikasi

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT


9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN
Microsoft Access yang terkini.
2. Pastikan murid telah bersedia dengan fail Microsoft Access
yang lengkap daripada Pengajaran 9C.

SUMBER TAMBAHAN
1. Step by Step Microsoft Access 2013 (Bab 4 dan 7):
http://misprivate.boun.edu.tr/kutlu/bis515/access2013.pdf
RANCANGAN PENGAJARAN 9D

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
5 Minit Set Induksi
1. Guru bertanyakan tentang apa yang akan berlaku jika murid
kerap tidak datang ke sekolah. Jawapannya: murid
tersebut akan dikenakan tindakan disiplin.
2. Guru bertanyakan bagaimanakah kita boleh tahu sama ada
seseorang murid itu kerap tidak datang ke sekolah atau tidak.
Murid mungkin jawab melalui buku rekod kedatangan kelas
atau pun buku pemantauan kelas.
3. Guru menjelaskan bahawa secara offline kita boleh gunakan
buku rekod kedatangan, tetapi ia adalah amat tidak efisien
kerana guru perlu mengesan dan mencari murid yang kerap
tidak datang ke sekolah secara manual. Guru menjelaskan dalam
sistem eletronik seperti Sistem Pengurusan Sekolah atau pun
Sistem eDisiplin, murid yang kerap tidak datang ke sekolah dapat
dikenal pasti dengan sangat mudah. Perkara ini boleh dicapai

454
dengan menghasilkan pertanyaan maklumat kepada sistem
pangkalan data.

35 Minit Pengenalan kepada query Standard


1. Permintaan untuk mendapatkan maklumat daripada pangkalan Pembelajaran
data hubungan dipanggil sebagai “query”. 2.3.4
2. Dalam situasi biasa, query perlu dituliskan menerusi bahasa

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK
pengaturcaraan, tetapi Microsoft Access mempunyai fungsi
untuk menciptakan query tanpa menulis sebarang PPK
pengaturcaraan. Terdapat dua cara untuk menghasilkan query ALG
dalam Microsoft Access, iaitu:
a) Query Wizard. KA21
b) Query Design. -

3. Untuk kes query, adalah lebih senang jika kita menghasilkan


query dengan query design.
4. Query juga mempunyai beberapa pandangan seperti borang
dan jadual, iaitu:
a) Pandangan Helaian Data (Datasheet View) : Memaparkan
keputusan query dalam bentuk jadual.
b) Pandangan SQL (SQL View) : Memaparkan kod
pengaturcaraan SQL yang dihasilkan oleh query. Untuk
pengguna mahir, mereka boleh memasukkan arahan SQL
terus dalam pandangan ini.
c) Pandangan Rekabentuk (Design View) : Membolehkan
pengguna untuk merekabentuk maklumat yang diperlukan.

RANCANGAN PENGAJARAN 9D

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Query daripada 1 jadual berdasarkan 1 kriteria
5. Tekankan Query Design.
6. Piih semua jadual untuk dilihat pada jadual pandangan
rekabentuk.

455

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK

Kita boleh tentukan kriteria dengan mengheret medan yang
diperlukan ke bahagian bawah pandangan rekabentuk.
RANCANGAN PENGAJARAN 9D

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Contohnya, jika kita ingin mencari maklumat daripada satu
jadual dengan menggunakan 2 kriteria (menyenaraikan semua
murid lelaki), kita boleh mengheret medan “StudentName” dan
“StudentGender” ke lajur di bawah seperti berikut:

Kemudian, tuliskan “=”M”” untuk lajur studentGender.

456
Selepas itu, tekan Run! untuk melihat keputusan permintaan
query anda.

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK
Satu jadual murid lelaki yang ada dalam pangkalan data akan
wujud. Guru seharusnya bertanyakan murid tentang keputusan
yang akan dipaparkan sebelum menunjukkan jadual yang
dihasilkan oleh query ini.

Kriteria boleh ditambahkan dengan mengheret medan. Guru


menanyakan murid bagaimana untuk mencari murid lelaki
dari kelas 1A? Jawapan: Heret kelas ID ke bawah dan tuliskan
=”F1A” dalam kelasID.

Guru boleh cuba beberapa contoh kriteria untuk menunjukkan


bahawa query boleh dilakukan untuk pelbagai jenis data seperti
nombor (nombor pendaftaran murid), aksara (jantina) , boolean
ataupun rentetan (nama murid).

Kadangkala, kita perlukan pengguna untuk masukkan nilai


yang hendak dicari, ini boleh dilakukan dengan menggunakan
parameter seperti berikut:
RANCANGAN PENGAJARAN 9D

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Murid boleh menggantikan perkataan dalam kurungan segi
empat dengan mesej yang hendak dipaparkan. Apabila butang
Run! ditekankan, mesej yang ditulis akan dipaparkan seperti berikut:

Query beberapa jadual berdasarkan 1 kriteria

457
7. Seterusnya, untuk mencari maklumat daripada pelbagai jadual,
langkah yang sama dilaksanakan juga.

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK

Perhati bahawa hanya jadual Class dan Teacher dipaparkan. Jadual


yang tidak digunakan boleh dipadamkan dengan memilih jadual
tersebut dan tekan butang delete pada papan kekunci. Jadual juga
boleh ditambahkan dengan pilihan Show Table.

Dengan ini, kita boleh membuat query terhadap dua jadual iaitu
jadual CLASS dan jadua TEACHER untuk mendapatkan nama guru
tingkatan untuk kelas 1 Cerdas.
RANCANGAN PENGAJARAN 9D

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Penjanaan Laporan KA21
1. Secara lazimnya, kita inginkan hasil query kita dipaparkan dengan -
kemas dan jelas. Walaupun query dapat menghasilkan keputusan
carian, tetapi untuk mempersembahkan maklumat itu kepada
pengguna, kita perlu menjana laporan daripada hasil query.
2. Langkah untuk menjana laporan daripada hasil query:
a. Pastikan query yang dikehendaki dipilih dan aktif dalam Access.
b. Sama seperti query, terdapat 3 cara untuk menjana laporan iaitu:

458
• Report (Automatic Report).
• Report Design.
• Report Wizard.
c. Untuk penjanaan laporan, adalah lebih mudah jika kita
menggunakan penjanaan laporan secara automatik.
d. Tekankan Report untuk menjana laporan secara automatik
e. Terdapat 4 jenis pandangan untuk Report, iaitu:
• Pandangan laporan (Report View).

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK
• Pandangan Cetakan (Print Preview).
• Pandangan Susunan (Layout View).
• Pandangan Rekabentuk (Design View).
f. Murid boleh mengubah susunan item dengan pandangan
susunan ataupun bentuk rupa laporan dengan pandangan
rekabentuk. Cara pengubahsuaian adalah sama seperti
pengubahsuaian untuk borang.
3. Selain daripada query, jadual juga boleh menjanakan report untuk
dicetakkan. Cara penjanaan adalah sama seperti query, cuma
murid perlu pilih jadual sebelum tekan butang butang report.
4. Guru membuat demonstrasi penjanaan beberapa laporan
berdasarkan jadual ataupun query.
5. Murid perlu menjanakan laporan untuk semua query dan juga
beberapa jadual yang mungkin memainkan peranan yang penting
untuk pengguna akhir. Contohnya untuk pangkalan data SMKArus,
kemungkinan besar pengguna akhir akan perlukan senarai murid,
guru dan kelas. Senarai murid boleh dihasilkan dengan menjana
laporan jadual murid, begitu juga dengan senarai guru dan kelas.
Jadual seperti Mengajar, Mengambil dan Menawarkan kurang
penting untuk pengguna akhir.
6. Murid boleh membuat perhiasan ataupun mengubahsuai bentuk
rupa laporan.

50 Minit Latihan Menghasilkan Query Lembaran Standard


1. Murid perlu berfikir secara kreatif tentang query apa yang akan Kerja Pembelajaran
diperlukan oleh pengguna dan menghasilkan sekurang-kurangnya 9D-1 -
5 queries. Dalam 5 query ini, mereka perlu ada sekurang-
kurangnya 1 query yang memerlukan 1 jadual 2 kriteria dan juga 1
query yang memerlukan 2 jadual 1 kriteria. (Lembaran Kerja 9D-1)
RANCANGAN PENGAJARAN 9D

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
2. Murid boleh menjalankan eksperimen dengan mencuba pelbagai PPK
kombinasi query. Guru juga boleh menggunakan masa ini untuk -
memperkenalkan fungsi Count, Sum dan Avg kepada murid yang
lebih mahir (rujuk aktiviti pengayaan). KA21
3. Murid boleh menggunakan semua jenis query yang telah diajarkan MB
dalam pelajaran ini.
4. Contoh berikut adalah untuk rujukan sahaja. Murid digalakkan
menciptakan query sendiri:
a. Senario Hospital Arus:
i. Query doktor yang ditugaskan untuk setiap katil.
ii. Query rekod yang masih lagi dalam status buka.
iii. Query untuk menyemak sama ada sesuatu katil adalah
kosong atau tidak.
b. Senario Bank Arus:
i. Query semua transaksi yang berlaku dalam sesuatu bulan.

459
ii. Query semua akaun yang didaftarkan di bawah nama
seseorang pelanggan.
iii. Query menunjukkan jumlah wang dalam 1 cawangan bank.
c. Senario Arus Pizza
i. Query semua tempahan yang belum sampai ke pelanggan.
ii. Query semua penghantaran yang lambat.
iii. Query cawangan pizza yang mempunyai poskod yang sama
dengan pelanggan.

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK
5. Murid perlu duduk dalam kumpulan yang mempunyai senario yang
sama. Dalam kumpulan masing-masing, murid dikehendaki
untuk mempamerkan query yang dihasilkan serta memberikan
penjelasan tentang query yang dihasilkan. Murid juga diberikan
peluang untuk membetulkan query mereka sebelum membuat
pembentangan di hadapan kelas.
6. Akhir sekali, murid perlu menjanakan laporan berdasarkan query
yang dihasilkan dan membentangkan di dalam kelas.

10 Penutup
Minit 1. Guru memilih beberapa wakil daripada setiap senario untuk
menunjukkan query yang telah dibina.
2. Guru memberikan komen tentang ketepatan query yang dibina,
terutamanya dari segi kreativiti query dan juga fungsi query
yang dihasilkan.
3. Guru menyatakan bahawa konsep query adalah sangat
penting jika murid serius untuk menjadi seorang pengaturcara
internet. Kebanyakan laman web seperti Facebook dan Instagram
menggunakan bahasa SQL untuk menghasilkan query, bersamaan
dengan bahasa pengaturcaraan internet untuk menghasilkan servis
yang dibekalkan.
4. Guru log masuk SAPS (jika boleh) dan menanyakan murid tentang
query yang mungkin digunakan untuk mendapatkan sesetengah
maklumat yang dipaparkan.
Standard
Pembelajaran:
2.3.4, 2.3.5

LEMBARAN KERJA 9D-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Bahagian A:

1. Sila senaraikan sekurang-kurangnya 1 contoh query yang dikehendaki di bawah:


Query Tujuan Bilangan Senarai nama jadual Bilangan Senarai kriteria
jadual yang yang terlibat kriteria
terlibat

1 jadual
berdasarkan
1 atau lebih
kriteria

460

2 atau lebih

MENDAPATKAN MAKLUMAT
9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK
jadual
berdasarkan
1 kriteria
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
Bahagian B: Penskoran guru

Bahagian ini diisi oleh guru. Penskoran borang pada perisian pangkalan data adalah berdasarkan
rubrik berikut:


4 3 2 1
Penghasilan Dapat Dapat Laporan dapat Tidak dapat
query 1 jadual menghasilkan menghasilkan dijanakan menghasilkan
berdasarkan 1 sekurang- sekurang- tidak dapat sekurang-
atau lebih kriteria kurangnya 1 kurangnya 1 menggambarkan kurangnya 1
query 1 jadual query 1 jadual keperluan query 1 jadual
berdasarkan 1 berdasarkan 1 pengguna. berdasarkan 1
atau lebih kriteria. atau lebih kriteria. atau lebih kriteria
Penghasilan
Query yang query 2 jadual
dihasilkan adalah berdasarkan 1
bermakna dan kriteria.
menggambarkan
keperluan

461
pengguna
sebenar.

Penghasilan Dapat Dapat Dapat


query 2 jadual menghasilkan menghasilkan menghasilkan
berdasarkan 1 sekurang- sekurang- sekurang-
kriteria kurangnya 1 kurangnya 1 kurangnya 1

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT


9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN
query 2 jadual query 2 jadual query 2 jadual
berdasarkan 1 berdasarkan 1 berdasarkan 1
kriteria. kriteria. kriteria.

Query yang
dihasilkan adalah
bermakna dan
menggambarkan
keperluan
pengguna
sebenar.

Penjanaan Semua Sebahagian Laporan tidak


laporan laporan dapat laporan dapat dapat dijanakan.
dijanakan dapat dijanakan dapat
menggambarkan menggambarkan
keperluan keperluan
pengguna. pengguna.

Komen guru:


Tarikh:
AKTIVITI PENGAYAAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


Aktiviti Pengayaan

1. Aktiviti ini boleh dilakukan untuk murid yang mempunyai tahap kefahaman yang lebih tinggi.
2. Guru boleh memberikan penjelasan dan membuat demonstrasi kepada kumpulan murid yang telah
menyiapkan kerja lebih awal. Bagi golongan murid ini, mereka boleh menggunakan kemahiran baharu
ini untuk menghasilkan query yang lebih baik.

Query dengan fungsi Count, Sum dan Avg

3. Akhir sekali, Access mempunyai beberapa fungsi yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan
maklumat sekunder, iaitu maklumat yang tidak disimpan dalam sebarang jadual tetapi dilaksanakan
oleh Access. Contohnya: pengiraan (count), jumlah (sum) dan juga purata (avg).

1. Tekan Totals untuk


menambahkan baris .
Total di bahagian Query
462
Design.

MENDAPATKAN MAKLUMAT
2. Pilih Count. Biasanya untuk 9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN UNTUK
pengiraan bilangan, kita
akan kirakan bilangan kali
sesuatu kod unik (kunci
primer) muncul dalam
keputusan query kita.

Guru menanyakan murid apakah keputusan query ini? Jawapan: Query ini menanyakan pengguna untuk
memasukkan satu nombor untuk tingkatan dan mengirakan bilangan murid dalam tingkatan itu.
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
Guru menunjukkan query berikut dan menanyakan murid apakah hasil query:

463

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT


9D • MENGHASILKAN QUERY SERTA MENJANA LAPORAN
Jawapan: Pengguna perlu memasukkan nama kelas . Kemudian, query ini memaparkan nama murid,
jumlah subjek yang diambil, markah purata, dan kelas bagi setiap murid yang ada dalam kelas tersebut,
dan menyusun mereka mengikut tertib menurun berdasarkan markah purata mereka.
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
PENGAJARAN 9E
MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT
MUDAH MELALUI SWITCHBOARD
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.3.6 Menghasilkan satu sistem maklumat mudah melalui makro
menggunakan menu (switchboard) yang mengandungi:
i) Borang
ii) Laporan
iii) Keluar dari sistem

Guru hendaklah memastikan di akhir penggunaan modul PdP


ini, murid dapat mencapai Standard Pembelajaran yang
dinyatakan di atas.

Kandungan Muka surat


Rancangan Pengajaran 466
Lembaran Kerja 9E-1 472
PENGAJARAN 9E
STANDARD KANDUNGAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
Persediaan: 30-60 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN Pengajaran: 60 Minit
Murid boleh: Penerapan Pemikiran
2.3.6 Menghasilkan satu sistem maklumat mudah Komputasional (PPK):
melalui makro menggunakan menu • Algorithm & Procedures
(switchboard) yang mengandungi: (ALG)
i) Borang
ii) Laporan
iii) Keluar dari sistem

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Bahan untuk kelas
Tiada 465
Bahan untuk setiap murid
1. Komputer
2. Lembaran Kerja 9E-1

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD

PERSEDIAAN
1. Pastikan semua komputer dipasang dengan aplikasi Microsoft
Access yang terkini.
2. Pastikan murid telah bersedia dengan fail Microsoft Access
yang lengkap daripada Pengajaran 9D

SUMBER TAMBAHAN
1. Step by Step Microsoft Access 2013 (Bab 3, 8 dan 11):
http://misprivate.boun.edu.tr/kutlu/bis515/access2013.pdf
RANCANGAN PENGAJARAN 9E

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
5 Minit Set Induksi
1. Guru menunjukkan laman SAPS dan bertanyakan murid tentang
fitur yang boleh dilihat oleh mereka di laman web SAPS.
Jawapan yang mungkin murid jawab adalah berikut:
a. Penjanaan laporan.
b. Carian maklumat.
c. Masukkan maklumat.
2. Guru menjelaskan bahawa salah satu fitur yang selalu kita
guna tetapi jarang diperhatikan ialah sistem interaksi pengguna
– iaitu sistem yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan
pangkalan data dan mengakses pelbagai fungsi sistem
pangkalan data.
3. Guru menjelaskan bahawa laman web SAPS mengandungi
sistem interaksi pengguna yang membenarkan seseorang untuk
menggunakan pelbagai fitur dalam SAPS seperti pencarian

466
maklumat, penjanaan laporan dan juga kemasukan maklumat
dalam pangkalan data.

50 Minit Penghasilan Switchboard Standard


1. Dalam perisian Microsoft Access, sistem interaksi pengguna Pembelajaran
adalah dalam bentuk switchboard. 2.3.6
2. Switchboard adalah borang khas yang membenarkan pengguna

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD
akhir menggunakan pelbagai fitur pangkalan data dengan
mudah. PPK
3. Untuk pengguna Microsoft Access 2013, pilihan Switchboard ALG
telahpun dimatikan secara umumnya. Pengguna perlu
mengaktifkan semula pilihan switchboard. KA21
4. Cara untuk mengaktifkan semula switchboard: -
5. Tekan butang kiri tetikus di bahagian atas.

6. Pilih “Customize Quick Access Toolbar”.


RANCANGAN PENGAJARAN 9E

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
7. Pilih “All Command”.

467
8. Cari dan pilih Swithcboard Manager, kemudian tekan Add.
9. Kemudian tekan “OK”.
10. Swithcboard Manager akan muncul pada toolbar Quick Access
yang boleh dicari di tempat berikut:

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD

11. Cara untuk mewujudkan switchboard:


a. Tekan butang Switchboard Manager dan tekan Yes untuk
mewujudkan Switchboard yang baru.
b. Pilih Switchboard yang baru dicipta dan tekan Edit untuk
menukarkan item yang ada di dalam switchboard tersebut.
c. Tekan New untuk tambahkan item pada Switchboard anda.
d. Text merujuk kepada nama yang akan dipaparkan di atas
Switchboard.
RANCANGAN PENGAJARAN 9E

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
e. Terdapat 7 jenis arahan yang dibenarkan untuk item pada
Switchboard iaitu:

468
i. Go to Switchboard – Hanya 8 item dibenarkan pada setiap
Switchboard. Jika Switchboard murid memerlukan lebih
daripada 8 item, murid boleh mewujudkan Switchboard yang
baru dan menghubungkait Switchboard lama dengan
Switchboard baru melalui arahan ini. Contohnya, untuk

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD
pangkalan data SMKArus, menu utama mungkin
mengandungi hanya 3 item sahaja iaitu “Masuk Data”,
“Memaparkan Data” dan “Exit”. Apabila pengguna ingin
memasukkan maklumat yang baru, mereka boleh memilih
“Masuk Data” dan ini akan membawa mereka ke Switchboard
baru yang mengandungi arahan untuk memaparkan borang.
ii. Open Form in Add Mode – Membuka borang baru untuk
mengisikan rekod yang baru. Indeks borang akan berada di
hujung jadual (indeks n).
iii. Open Form in Edit Mode – Membuka borang untuk
mengubahsuai rekod yang lama. Indeks borang akan berada
di permulaan jadual (indeks 1).
iv. Open Report – Menjana dan memaparkan laporan yang
disediakan.
v. Design Application – Membuka semula Switchboard manager
untuk mengubahsuai Switchboard.
vi. Exit Application – Keluar daripada Switchboard.
vii. Run Macro / Run Code – Menjalankan atur cara yang telah
ditulis*.
RANCANGAN PENGAJARAN 9E

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
f. Apabila murid memilih “Go to Switchboard”, “Open Form”
ataupun “Open Report”, baris ketiga akan bertukar dan
menunjukkan senarai switchboard/borang/laporan yang telah
dicipta oleh murid. Contohnya seperti berikut:

469

g. Perhatikan bahawa switchboard juga wujud di senarai Form. Ini

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD
kerana Switchboard merupakan salah satu jenis borang yang ada.
h. Tekan close untuk menyimpan switchboard yang baru
diwujudkan.
i. Guru mengingatkan kepada murid bahawa inilah sebabnya
penamaan jadual, borang, query dan laporan adalah penting.
Tanpa nama yang bermakna, adalah amat susah untuk mencari
maklumat yang diperlukan. (Lembaran Kerja 9E-1)
12. Oleh kerana switchboard merupakan objek jenis borang,
switchboard juga mempunyai 4 pandangan yang sama dengan
borang iaitu:
i. Pandangan Borang (Form View).
ii. Pandangan Helaian Data (Datasheet View).
iii. Pandangan Susunan (Layout View).
iv. Pandangan Rekabentuk (Design View).
13. Pandangan borang merupakan tempat interaksi pengguna dengan
pangkalan data yang dicipta. Dalam pandangan borang, apabila
pengguna memilih sebarang pilihan, arahan yang berkenaan akan
dilaksanakan. Contohnya:
RANCANGAN PENGAJARAN 9E

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
Apabila pengguna tekan butang Add New Student, pengguna
akan ke borang murid untuk menambahkan rekod baru.
14. Pandangan Helaian Data membenarkan pengguna untuk
menukarkan nama yang akan dipaparkan untuk setiap pilihan.
15. Pandangan Susunan membenarkan pengguna untuk menyusun
maklumat pada switchboard.
16. Pandangan Rekabentuk membenarkan pengguna untuk menghias
switchboard yang dicipta.
17. Switchboard boleh diakses sama seperti mengakses borang yang
dihasilkan.
18. Murid dikehendaki menghasilkan switchboard untuk pengguna
akhir. Switchboard murid mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya: ALG
a. 2 borang.
b. 2 laporan.

470
c. Keluar dari sistem.
19. Bagi Murid yang sudah faham konsep asas switchboard, guru
boleh menunjukkan cara penghasilan makro untuk fungsi yang
lebih tahap tinggi seperti pencarian maklumat dan penyusunan
maklumat (rujuk maklumat tambahan).
20. Murid menjalankan learning walk untuk melihat dan mencuba
switchboard yang telah dihasilkan oleh rakan mereka. Mereka juga
diberi peluang untuk memberikan komen kepada rakan mereka

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD
tentang switchboard yang dihasilkan serta membuat
pengubahsuaian terhadap switchboard yang dihasilkan
berdasarkan maklum balas daripada rakan mereka.
21. Guru memilih satu switchboard daripada setiap senario dan
menunjukkan kepada murid struktur dan aliran switchboard yang
dipilih.

Maklumat Tambahan
*Untuk Microsoft Access sebelum 2016, fungsi membuka laporan,
memaparkan maklumat dan sebagainya memerlukan penghasilan
makro. Cara penghasilan makro adalah seperti berikut:

1. Carikan fungsi Macro di ribbon Create.


RANCANGAN PENGAJARAN 9E

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
2. Segala fungsi berkenaan fungsi berikut boleh dicarikan di
drop-down menu :
- Menjana laporan.
- Mencari maklumat.
- Memaparkan jadual.
- Memasukkan maklumat.

471

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD
3. Murid perlu gunakan fungsi Macro pada switchboard untuk
pilihan fungsi-fungsi yang dinyatakan di atas.

5 Minit Penutup
1. Guru menjelaskan kepentingan switchboard dan kepentingan
memahami keperluan pengguna supaya penggunaan dan
pengubahsuaian terhadap pangkalan data lebih senang
dijalankan nanti.
Standard
Pembelajaran:
2.3.4, 2.3.5

LEMBARAN KERJA 9E-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Bahagian A: Penskoran Guru

Bahagian ini diisi oleh guru. Penskoran borang pada perisian pangkalan data adalah berdasarkan
rubrik berikut:


4 3 2 1

Penghasilan Switchboard Switchboard Switchboard Switchboard


switchboard yang dihasilkan yang dihasilkan yang dihasilkan yang dihasilkan
yang mempunyai mematuhi dan mematuhi semua mematuhi 2 hanya mematuhi
pelbagai fungsi lebih daripada syarat: syarat: 1 syarat:
semua syarat: - 1 borang - 1 borang - 1 borang
- 1 borang - 1 laporan - 1 laporan - 1 laporan
- 1 laporan - Keluar dari - Keluar dari - Keluar dari
- Keluar dari
sistem
sistem sistem sistem
472

9E • MENGHASILKAN SATU SISTEM MAKLUMAT


MUDAH MELALUI SWITCHBOARD

Komen guru:


Tarikh:
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
PENGAJARAN 9F
MENGHASILKAN DOKUMENTASI
UNTUK HASIL KERJA
STANDARD KANDUNGAN
2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
2.3.7 Mendokumentasi hasil kerja

Guru hendaklah memastikan di akhir penggunaan modul


PdP ini, murid dapat mencapai Standard Pembelajaran
yang dinyatakan di atas.

Kandungan Muka surat


Rancangan Pengajaran 475
Lembaran Kerja 9F-1 479
Lembaran Kerja 9F-2 484
PENGAJARAN 9F
STANDARD KANDUNGAN

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


2.3 Pembangunan Pangkalan Data Hubungan
Persediaan: 30-60 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN Pengajaran: 120 Minit

Murid boleh: Penerapan Pemikiran


2.3.7 Mendokumentasi hasil kerja Komputasional (PPK):
• Parallelisation
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) (PAR)

Bahan untuk kelas


Tiada

Bahan untuk setiap murid


1. Komputer
2. Lembaran Kerja 9F-1
3. Lembaran Kerja 9F-2
474
PERSEDIAAN
1. Pastikan semua komputer dipasang dengan aplikasi Microsoft
Access yang terkini.
2. Pastikan murid telah bersedia dengan fail Microsoft Access

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA


yang lengkap daripada Pengajaran 9E.

SUMBER TAMBAHAN
1. Why is there a need to document database?:
https://www.simple-talk.com/sql/database-administration/
database-documentation---lands-of-trolls-why-and-how/
2. The importance of good documentation:
http://sqlblog.com/blogs/jonathan_kehayias/archive/
2009/07/31/the-importance-of-good-documentation.aspx
3. How to Import Database into Access:
https://support.office.com/en-us/article/Introduction-
to-importing-and-exporting-data-08422593-42dd-4e73-bdf1-
4c21fc3aa1b0
RANCANGAN PENGAJARAN 9F

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN
10 Set Induksi
Minit 1. Murid perlu membentuk kumpulan asal senario (kumpulan
pada Pengajaran 6A).
2. Murid dikehendaki untuk memulakan satu pangkalan data
yang baru yang dinamakan SENARIO_NAMA MURID 1_
NAMA MURID 2_NAMA MURID 3_NAMA MURID 4.
3. Mereka perlu menggabungkan jadual, laporan, report dan
menghasilkan satu switchboard yang mengandungi semua
pilihan switchboard asal individu mereka.
4. Guru menerangkan bahawa murid perlu menyelesaikan
tugasan ini secepat mungkin.
5. Guru menggunakan aktiviti ini untuk menjelaskan
kepentingan dokumentasi hasil kerja juga amat penting untuk
pangkalan data.
6. Dokumentasi yang baik akan memudahkan pengaturcara

475
untuk membangun atau menaiktaraf pangkalan data.

Aktiviti 1: Mendokumentasikan Pangkalan Data Fail Standard


1. Guru menjelaskan bahawa Access boleh menjana pangkalan Pembelajaran
dokumentasi lengkap untuk pangkalan data tetapi maklumat data yang 2.3.6
yang dijanakan adalah melebihi skop pengetahuan murid. disiapkan
2. Guru menunjukkan cara untuk menjana dokumentasi di PPK

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA


daripada Microsoft Access: Pengajaran -
a. Tekan Database Documenter. 9D
10 KA21
Minit -

b. Memilih objek yang perlu didokumentasikan dan tekan


OK:
c. Tekan PDF or XDF untuk export ke bentuk PDF dan tekan
print untuk cetak dokumentasi ini.
RANCANGAN PENGAJARAN 9F

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN

d. Guru boleh buka dokumentasi yang dijana oleh Access


dan menerangkan bahawa untuk satu pangkalan data
yang mempunyai 9 jadual, 11 queries, 10 borang dan
7 laporan, dokumentasi yang dijana adalah 290 muka
surat. Dokumentasi yang dijanakan adalah amat
komprehensif dan mengandungi maklumat seperti jenis
data pada medan, hubungan antara jadual dan maklumat
yang lain.
3. Untuk murid, dokumentasi maklumat yang paling penting
bagi mereka ialah nama medan pada setiap jadual serta
hubungan antara jadual. Laporan Hubungan (Relationship
Report) boleh membekalkan segala maklumat ini.
4. Sebelum menjanakan laporan ini, murid boleh menyemak
hubungan dengan menekan Relationship (petak merah).

476

5. Murid perlu susunkan jadual dengan kemas supaya garisan


hubungan tidak melintas dengan garisan hubungan yang

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA


lain. Contohnya:

6. Selepas itu, murid boleh menjana laporan hubungan dengan


menekan “Relationship Report”.
7. Laporan yang dijana boleh dicetak ataupun disimpan
sebagai laporan. Apabila laporan hubungan ini disimpan
sebagai laporan, murid boleh menghias atau membuat
pengubahsuaian terhadap laporan tersebut.
8. Murid boleh menjana dan menyalin hubungan pangkalan
mereka dalam jadual masing-masing (Lembaran Kerja 9F-1).
9. Murid juga dikehendaki untuk mengisikan maklumat tentang
borang, query, laporan dan switchboard masing pada
Lembaran Kerja 9F-1.
RANCANGAN PENGAJARAN 9F

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN

80 Aktiviti 2: Penggabungan Pangkalan Data (Pembelajaran Standard


Minit Berasaskan Projek) Pembelajaran
1. Dengan menggunakan Lembaran Kerja 9F-1, hasilkan satu -
pangkalan data dengan jadual dan hubungan yang boleh
memuatkan maklumat dan rekod dari semua kumpulan. PPK
Lukiskan laporan hubungan pada kertas mahjong. PAR
2. Guru memberitahu bahawa perkara berikut berlaku untuk
setiap kumpulan: KA21
a. Senario Arus Pizza: KS
i. Arus Pizza telah bergabung dengan rantaian restoran
pizza yang lain.
ii. Setiap murid mewakili sekumpulan cawangan Pizza yang
baru.
b. Senario Bank Arus:

477
i. Arus Bank telah membeli bank-bank yang lain dan sedia
menerima semua cawangan bank tersebut.
ii. Setiap murid mewakili sekumpulan cawangan bank yang
baru.
c. Senario Hospital Arus:
i. Hospital Arus telah membeli hospital C dan hospital C
juga dikenali sebagai Hospital Arus sekarang.
ii. Setiap murid mewakili cawangan hospital yang baru.

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA


3. Senario yang disenaraikan di atas merupakan perkara yang
pernah berlaku dalam Malaysia, contohnya:
a. Stesen minyak Esso dan Mobil bergabung dan membentuk
stesen minyak Petron pada tahun 2012.
b. Bank CIMB membeli Bank Southern.
c. Hospital KPJ memperluaskan rangkaian hospital dengan
membeli hospital swasta yang lain.
4. Setiap kali kes seperti atas berlaku, syarikat-syarikat perlu
menggabungkan maklumat dalam pangkalan data mereka
dengan efisien dan tepat.
5. Untuk aktiviti seterusnya:
a. Murid perlu menghasilkan borang untuk memasukkan
maklumat ke dalam jadual kumpulan.
b. Murid perlu memasukkan rekod untuk setiap jadual.
c. Murid perlu menggabungkan kesemua query daripada
semua ahli kumpulan ke dalam pangkalan data kumpulan.
d. Murid perlu menggabungkan kesemua laporan daripada
semua ahli kumpulan ke dalam pangkalan data kumpulan.
e. Murid perlu menghasilkan satu switchboard yang
menggabungkan semua pilihan daripada semua ahli
kumpulan.
RANCANGAN PENGAJARAN 9F

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


MASA CADANGAN AKTIVITI BBM PEMETAAN

6. Untuk mempercepatkan proses penggabungan pangkalan


data, setiap kumpulan boleh buat demikian:
a. Buatkan satu salinan pangkalan data kumpulan yang
mempunyai jadual, hubungan dan borang yang betul pada
semua komputer.
b. Setiap murid dalam kumpulan diberi tugas untuk
masukkan query, rekod, laporan ke dalam fail individu.
c. Pada akhir kelas, gabungkan fail individu ke dalam fail
kumpulan.
d. Panduan untuk mengimport pangkalan data adalah seperti
berikut: https://support.office.com/en-us/article/
Introduction-to-importing-and-exporting-data-08422593-
42dd-4e73-bdf1-4c21fc3aa1b0.
e. Setelah rekod, query dan laporan setiap individu

478
dimasukkan ke dalam pangkalan data kumpulan, murid
boleh menciptakan switchboard pada pangkalan data
kumpulan.
f. Murid TIDAK boleh mengimport pangkalan data individu
yang lama ke pangkalan data kumpulan (ataupun salinan
pangkalan data dalam komputer mereka) terus. Ralat akan
berlaku kerana struktur jadual dan hubungan yang
berbeza.

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA


20 Minit Penutup
1. Murid menjalankan gallery walk untuk melihat switchboard
yang telah dihasilkan oleh rakan mereka.
2. Murid diberikan token untuk mengundi kumpulan yang
menghasilkan pangkalan data yang paling kemas,lengkap,
kreatif dan berguna.
3. Guru membuat gallery walk dan memberikan komen kepada
setiap kumpulan. (Lembaran Kerja 9F-2)
Standard
Pembelajaran:
2.3.7

LEMBARAN KERJA 9F-1

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

1. Lukiskan laporan hubungan anda:

479

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA



2. Nyatakan kesemua borang dalam pangkalan data baharu.

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


480
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
3. Untuk setiap query yang ada pada jadual anda, tuliskan medan yang diperlukan dan dari jadual mana.
Anda boleh merujuk kepada Pandangan Rekabentuk pada query anda untuk mendapatkan maklumat ini.

481

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA



4. Senaraikan semua laporan yang ada pada pangkalan data anda:

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


482
SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4
5. Senaraikan semua pilihan pada switchboard anda dan juga report/query/borang yang akan dipaparkan
apabila pilihan itu dipilih.

483

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA


Standard
Pembelajaran:
2.3.6

LEMBARAN KERJA 9F-2

SAINS KOMPUTER • TINGKATAN 4


NAMA: TARIKH:
KELAS:

Bahagian A: Penskoran Guru

Bahagian ini diisi oleh guru. Penskoran borang pada perisian pangkalan data adalah berdasarkan
rubrik berikut:


4 3 2 1

Penghasilan Murid dapat Murid dapat Murid dapat Murid gagal


pangkalan data menghasilkan menghasilkan menghasilkan menghasilkan
kumpulan satu sistem satu sistem satu sistem satu sistem
pangkalan data pangkalan data pangkalan data pangkalan data
bebas ralat, yang hanya yang hanya bebas ralat.
mesra pengguna. memenuhi 2 memenuhi 1
syarat berikut: syarat berikut: Dokumentasi
Dokumentasi
pangkalan data
- Bebas ralat.
- Mesra
- Bebas ralat.
- Mesra
(lembaran kerja
9F-1) pangkalan
484
(Lembaran Kerja pengguna. pengguna. data kurang
9F-1) lengkap, - Lembaran - Lembaran lengkap.
jelas dan mudah Kerja 9F-1 yang Kerja 9F-1 yang
difahami. lengkap. lengkap.

9F • MENGHASILKAN DOKUMENTASI UNTUK HASIL KERJA

Komen guru:


Tarikh:

You might also like