You are on page 1of 4

KESAMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kesamarataan peluang Pendidikan

 Merujuk kpd kesamaan hasil jika diberi input secara individu yg sama (Coleman, 1968).
 Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yg sama dlm menikmati pelbagai aspek
spt kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sbgnya.
 Akses pendidikan yg sama rata utk semua individu tanpa mengira latar belakang, lokasi
dan kelas sosial.
 Antara isu dalam kesamarataan peluang pendidikan:
1) Jantina
- Diskriminasi ke atas satu jantina sama ada lelaki atau perempuan.

2) Kelas Sosial
- Golongan atasan/kaya dgn golongan bawahan/miskin.

3) Pedalaman
- Terdapat jurang pendidikan utk sekolah bandar dan luar bandar.
- Cth: kemudahan infrastruktur.

4) Kumpulan Minoriti
- Suatu kump etnik dlm sesebuah masyarakat yg mempunyai jumlah ahli yg kecil.
- Cth: Orang Melayu yg bersekolah di SJK(C/T) (vice versa).
 Usaha merapatkan jurang ketaksamaan pendidikan:
1) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
3) Bantuan Makanan Asrama
4) Elaun bulanan murid kurang upaya
5) Skim pinjaman buku teks (SPBT)
6) Skim baucer tuisyen (SBT)

Program Pendidikan utk Semua di Malaysia

Program pendidikan Orang Asli, Pribumi dan Pedalaman

 Antara masalah yg timbul:


o Kekurangan guru
o Murid OA lebih berminat kpd aktiviti luar berbanding dlm bilik darjah
o Sikap ibu bapa murid OA yg tidak pentingkan pendidikan
o Kurangnya penglibatan murid OA
o Kekurangan kemudahan infrastruktur yg lengkap

 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013-2025)


o Penguasaan kemahiran 3M

 Program Transformasi Pendidikan Orang Asli (2013-2017)


o Dirangka bagi bagi memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat
dinikmati oleh semua serta dapat melonjakkan mutu pendidikan murid Orang Asli
ke taraf lebih baik.

Program Pendidikan Juvana

 Pemulihan juvana melalui modifikasi tingkah laku merupakan objektif utama institusi
pemulihan.

 Kaedah ‘merawat’ juvana:


o Kaunseling
o Pendekatan agama dan akhlak
o Program kemahiran komunikasi (inter/intrapersonal)
o Program pendidikan dan kemahiran vokasional
o Program rekreasi

Program Pendidikan Pemulihan

 Merujuk pd murid2 yg mempunyai intelek dan kecerdasan yg rendah dan kurang


berkebolehan menerima pendidikan biasa.
 Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah utk murid yg gagal menerima pelajaran dan
mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang
di bawah sederhana.
 Cth: Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

Sekolah dalam Hospital (SDH)

 Satu inisiatif bersama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Universiti dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY)
terhadap keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang berada di wad
hospital dan mempunyai kesediaan untuk belajar.
 Pembelajaran berorientasikan didik hibur dan fleksibel dlm suasana persekitaran yg
kondusif.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

 Sekolah yg dibiayai kerajaan bagi membantu kanak2 gelandangan, yatim piatu, miskin
tegar dan mangsa kepada gejala sosial mendapatkan peluang pendidikan.
 Ada dalam kalangan anak2 di sini dahulunya tidak berpeluang belajar kerana tidak
mempunyai dokumen penting seperti sijil lahir dan ada juga dalam kalangan ibu bapa
mereka terjebak dalam masalah sosial.
 Syarat kemasukan:
1) Kanak2 tanpa dokumen
2) Murid tercicir
3) Kanak2 yatim piatu
4) Kanak2 menghadapi masalah sosial

Sekolah Kurang Murid (SKM)

 Sekolah rendah yg mempunyai kurang drp 150 orang murid diklasifikasikan sbg SKM.
 SKM kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, kemudahan yang lebih baik,
dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang.
 SKM mempunyai kemudahan infrastruktur yg kurang lengkap.
 Kaedah pelaksanaan SKM adalah melalui kelas bercantum.
o mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan
o Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan secara serentak dlm sesebuah kelas bercantum.

Program Pendidikan Khas

 Pendidikan yg disediakan utk kanak2dgn keperluan khas. Mereka termasuklah


golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai
masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.

 Mempunyai kurikulum khas dimana kurikulum sekolah biasa diubahsuai utk memenuhi
murid2 keperluan khas.
 Bertujuan utk menyediakan peluang pendidikan yg sama dan membantu perkembgn
optimum individu.
 Matlamat:
o Pendidikan bermutu
o Akses pendidikan yg releven dan sesuai
o Hilangkan rasa rendah diri dan tersisih
 3 jenis program:
1) Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
- Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
- Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah
pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah)

2) Program Inklusif
- Ditadbir olh JPN
- Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar
oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
- Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki.

3) Program Pendidikan Khas Integrasi


- Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat
bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
- Pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

You might also like