You are on page 1of 2

INOVASI STEM

Pembelajaran abad ke – 21 berasaskan kemahiran STEM yang boleh


melahirkan individu yang kreatif dan inovatif. Apa itu STEM ? STEM adalah
merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan
Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan
dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang
pembangunan teknologi. Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak
terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding
bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat , 80% bidang pekerjaannya
adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan
bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada
negara. Akan tetapi menjadi masalah apabila tiada individu yang dapat memenuhi
kriteria keperluan STEM. Oleh itu, apa yang boleh dilakukan bagi melahirkan
individu yang berkemahiran STEM. Marilah kita bersama-sama merungkaikannya
dengan lebih jelas pada penyataan seterusnya.
Perkara yang boleh dilakukan ialah dengan menanam minat kepada pelajar
dalam bidang pembelajaran STEM sejak dari sekolah lagi. Antara kaedah yang
boleh dilakukan ialah pembelajaran berasakan project-based yang
diintergrasikan. Projek ini telah terbukti sebagai satu kaedah terbaik yang boleh
digunakan oleh guru untuk meningkatkan impak pembelajaran. Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar
menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak
pembelajaran.Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar bertindak sebagai seorang
penyelesai masalah , pembuat keputusan, perekacipta, dan penyelidik.Ia
merupakan sejenis pembelajaran yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh
perasaan ingin tahu seseorang pelajar (Mioduser & Betzer 2003). Menerusi
pembelajaran berasaskan projek , pelajar mestilah berusaha menjawab persoalan
– persoalan yang melibatkan sesuatu prinsip atau teori sesuatu disiplin
ilmu(Thomas 2000).
Kaedah ini juga telah diintergrasikan kepada bentuk modul. Modul
merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai
objektif pembelajaran dan direka bentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut
Muhammad Rosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang
untuk dapat dipelajari secara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut
juga sebagai media untuk belajar mandiri kerana di dalamnya telah dilengkapi
petunjuk untuk pelajar belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapat menjalankan
aktiviti belajar tanpa kehdiran pengajar secara langsung.Modul Pengajaran
Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan kepada semua pelajar
yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Modul ini digunakan sebagai salah satu tugasan kerana ianya dapat memudahkan
pengurusan pembelajaran pelajar dan dapat memberikan penekanan terhadap
isi-isi penting kepada pelajar.
Dalam pendidikan sekolah, strategi pendekatan dan teknik pengajaran
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran. Segala strategi yang
digunakan mencerminakan pengajaran seseorang guru. Justeru itu, bagi
menanamkan minat pelajar dalam bidang pembelajaran STEM, guru perlu kreatif
dalam merancang strategi pengajaran agar pelajar dapat memahami serta
meminati pembelajaran STEM. Salah satu strategi yang boleh digunakan ialah
strategi pembelajaran berasaskan projek. Oleh itu, jelaslah bahawa pembelajaran
berasaskan projek boleh mambantu bagi menanamkan minat pelajar untuk
mendalami kemahiran STEM yang boleh melahirkan individu yang kreatif dan
inovatif.

You might also like