You are on page 1of 33

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL KOKURIKULUM

MPUD2081
KOKURIKULUM PERSATUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018

i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang


tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN
MALAYSIA.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak


ii
Pengarang

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan vi

Agihan Tajuk dan Unit vii

PENUBUHAN PERSATUAN
UNIT 1 1
STRUKTUR JAWATANKUASA

JENIS-JENIS PERSATUAN / KELAB


UNIT 2 7
MENGENAL PASTI CIRI-CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN

UNIT 3 PENGURUSAN PERSATUAN (PENGURUSAN KEWANGAN) 13

UNIT 4 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN 14

UNIT 5 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN 15

LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN


UNIT 6 17
CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

Bibliografi 22

Panel 23

Simbol 24

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar
lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan
secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka
dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara
bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan
20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran
pelajar melalui modul pembelajaran.

iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut
kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PENTAKSIRAN

Pentcapaian pelajar di dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%.

v
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pengurusan dan
pelaksanaaan kokurikulum persatuan untuk diaplikasikan di sekolah.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan definisi, konsep, identiti dan pengurusan sesuatu persatuan.


2. Menghasilkan kertas cadangan penubuhan persatuan mengikut tatacara yang
ditetapkan.
3. Membentangkan kertas cadangan penubuhan persatuan.

vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran
pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
JAM
60%
KREDIT
18 JAM MODUL
TAJUK/ TOPIK ASAL
100% (KULIAH/ DALAM 40%
TUTORIAL/AMALI) TALIAN 7 JAM
18 JAM 40% 20%
7 JAM 4 JAM
1. Pengenalan, Definisi
dan Kepentingan
Persatuan
1 1
 Definisi Persatuan (B)
 Ciri-ciri Persatuan (B)
 Konsep / Teori (B)

2. Pengurusan Persatuan

 Pengurusan Mesyuarat
(B)
 Sistem Fail dan Surat 6 4 2
menyurat (B)
 Pengurusan Kewangan
(DT)
 Pengurusan Risiko (B)

3. Tatacara dan Kaedah


Penubuhan Persatuan

 Penubuhan Persatuan
(M)
 Struktur Jawatankuasa
(M) 3
9 1
 Jenis persatuan/kelab
(M)
 Mengenalpasti ciri-ciri
berpersatuan (M)

 Peraturan penubuhan
persatuan (B)

vii
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
JAM
60%
KREDIT
18 JAM MODUL
TAJUK/ TOPIK ASAL
100% (KULIAH/ DALAM 40%
TUTORIAL/AMALI) TALIAN 7 JAM
18 JAM 40% 20%
7 JAM 4 JAM

 Pekeliling berkaitan
kokurikulum persatuan
(DT) 1 4
 Kaedah penubuhan
persatuan (M)
 Langkah-langkah
penubuhan persatuan
(M)
 Carta alir penubuhan
persatuan (M)
 Perlembagaan dan
peraturan persatuan
(Artikel 1hingga16) (B)

4. Identiti Persatuan

 Prinsip-prinsip
membentuk identiti
persatuan (B) 2 1 1
 Mereka cipta identiti
persatuan seperti logo,
moto dan lagu persatuan
(DT)

JUMLAH 18 JAM 7 JAM 4 JAM 7 JAM

Nota: Bersemuka (B), Modul (M) dan Dalam Talian (DT)

viii
Penubuhan Persatuan
UNIT 1
Struktur Jawatankuasa

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan persatuan.


ii Menjelaskan faktor yang mempengaruhi penubuhan persatuan.
iii Menghuraikan struktur jawatankuasa dalam sesuatu persatuan berserta spesifikasi
tugas setiap jawatankuasa.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai penubuhan persatuan
dan struktur jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan persatuan yang ditubuhkan.

KERANGKA TAJUK

1.1 Matlamat dan tujuan penubuhan persatuan


1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan persatuan
1.3 Senarai Jawatankuasa Induk
1.4 Spesifikasi Tugas Jawatankuasa

1
1.1 Matlamat dan tujuan penubuhan Persatuan

Inisiatif dan usaha menubuhkan persatuan yang dipimpin, diangotai dan


digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan hasrat menggiatkan lagi
pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.
Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah )
1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan Malaysia Perundangan (A):
P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan
persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-

1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan


dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
1.1.2 Hobi dan rekreasi;
1.1.3 Sukan dan permainan;
1.1.4 Badan beruniform; atau
1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan


yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan
kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka
menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan
murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan
yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah
menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar
kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada
program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan
kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan
yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

Matlamat utama kokurikulum Persatuan di sekolah ialah untuk melahirkan


murid-murid yang berkeyakinan tinggi; kreatif; yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan;
dan yang dapat menghayati nilai-nilai murni. Murid-murid yang mempunyai kesemua
sifat yang tersebut akan menjadi warganegara yang berguna dan produktif. Untuk

2
mencapai matlamat setiap aktiviti yang dirancang dan dikelolakan haruslah
mempunyai objektif khusus yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat
utama. Sehubungan itu, semua aktiviti persatuan yang dirancang mestilah
mempunyai arah tuju yang spesifik yang menuju kepada pencapaian matlamat pada
akhirnya.

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan


kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:
a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan
b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dminati dan
digemari.
c. Berkongsi sumber dan peralatan.
d. Ada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke
peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Penubuhan Persatuan

Penubuhan sesuatu persatuan perlu mengambil kira beberapa faktor. Antaranya adalah
seperti berikut:

1.2.1 Faedah yang diperolehi oleh murid

‘Sekolah-sekolah digalakkan menubuh persatuan atau kelab yang boleh


mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab
yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan
yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta
keperluan tempatan.’
(Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)

1.2.2 Perlu mengambil kira keperluan setempat

[ (Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”) ]
1.2.3 Kemudahan Infrasturktur

3
Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-
kerja amal untyk masayarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah;
gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan
sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

[ (Rujuk Perkara 5.3 Suray Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985, KP(BS)8591/Jld.(929) ]

1.2 Struktur Jawatankuasa

Setiap persatuan/kelab yang ditubuhkan perlu digerakkan oleh sekumpulan


jawatankuasa pengurusan induk yang dilantik oleh ahli-ahli persatuan. Pelantikan
jawatankuasa ini dibuat semasa berlangsungnya mesyuarat agung tahunan ataupun
mesyuarat agung dwitahunan. Senarai jawatankuasa induk terdiri daripada :

1.2.1 Pengerusi
1.2.2 Naib Pengerusi
1.2.3 Setiausaha
1.2.4 Bendahari
1.2.5 Ahli Jawatankuasa

1.3 Spesifikasi tugas Jawatankuasa

1.3.1 Pengerusi
o Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan.
o Melaksanakan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa
kecil.
o Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
o Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputusan diambil tindakan sewajarnya.
o Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.
o Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.

1.3.2 Naib Pengerusi


o Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

4
diberi dan boleh membuat keputusan jika perlu.
o Memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
o Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
o Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.

1.3.3 Setiausaha
o Menguruskan hal-hal surat menyurat dengan ahlipersatuan, pentadbir sekolah
dan badan luar.
o Menjemput dan mengedar surat panggilan semua jenis mesyuarat.
o Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan.
o Menyimpan pendaftaran keahlian.
o Mencatat kehadiran ahli.
o Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
o Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.

1.3.4 Bendahari
o Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
o Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
o Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
o Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa
o Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
o Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.

1.3.5 Ahli Jawatankuasa


o Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

5
o Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.

TUGASAN

1. Huraikan faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada penubuhan sesuatu


persatuan.

2. Bincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Pengerusi untuk mengaktifkan


sesebuah persatuan demi manfaat semua ahli.

6
Jenis-jenis Persatuan / Kelab
UNIT 2
Mengenalpasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengenal pasti jenis-jenis persatuan / kelab yang boleh ditubuhkan di sekolah.


ii Menghuraikan ciri-ciri aktiviti berpersatuan.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai jenis-jenis persatuan dan
mengenalpasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan.

KERANGKA TAJUK

1.1 Jenis-jenis Persatuan / Kelab


1.2 Ciri-ciri aktiviti berpersatuan

1.1 Jenis-jenis Persatuan / Kelab

Persatuan yang dikendalikan di sekolah boleh dipecahkan kepada dua kategori utama seperti
berikut:
1.1.1 Persatuan Akademik
a. Persatuan Agama Islam
b. Persatuan Bahasa
c. Persatuan Drama dan Kesusasteraan
d. Persatuan Ekonomi Rumahtangga
e. Persatuan Geografi / Sejarah
f. Persatuan Kebudayaan
g. Persatuan Kemahiran Hidup
h. Persatuan Perdagangan
i. Persatuan Persuratan & Bahas
j. Persatuan Sains & Matematik
k. Persatuan Sains Kemasyarakatan
l. Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain.

7
1.1.2 Kelab Hobi dan Rekreasi

a. Kelab Alat Pandang Dengar


b. Kelab Astronomi
c. Kelab Bina Badan
d. Kelab Binaan / Bangunan
e. Kelab Elektronik
f. Kelab Equestrian
g. Kelab Kebajikan
h. Kelab Keceriaan Sekolah
i. Kelab Kembara
j. Kelab Koir Sekolah
k. Kelab Komputer
l. Kelab Koperasi
m.Kelab Memancing
n. Kelab Menaip
o. Kelab Motor Mekanik
p. Kelab Muzik dan Seni Suara
q. Kelab Pelancongan
r. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
s. Kelab Pencinta Alam
t. Kelab Pengguna
u. Kelab Permainan Tradisional
v. Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber
w. Kelab Rekreasi
x. Kelab Seni Foto
y. Kelab Seni Tampak/Halus
z. Kelab Seni Tari
aa. Kelab Pandu Arah
bb. Kelab Wayang Gambar.
cc. Kelab Pencegahan Jenayah
dd. Kelab Rukun Negara
ee. Kelab Pelancongan dan lain-lain.

1.2 Ciri-ciri aktiviti berpersatuan


1.2.1 Pemilihan aktiviti
Aktiviti kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Pemilihan aktiviti yang
dibuat haruslah selari dengan keperluan memenuhi fungsi-fungsi tersebut secara
umumnya. Antara fungsi-fungsinya ialah:

a. Pengukuhan dan Pengayaan


Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat
diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat
memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang
tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih
bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat memberi pengalaman
yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah.

8
Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya
selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh
membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaan:
Kuiz:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Bahas dan Pidato:
Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan
hujah dengan menggunakan fakta.
Projek Membuat Kincir Air:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi,
di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.

b. Khidmat Masyarakat
Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada
masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan
dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat:


Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber
bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang
diperolehi kepada masyarakat. Terdapat banyak aktiviti khidmat masyarakat yang
dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong royong,
membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu
kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah


Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu sekolah
dalam bentuk material , tenaga, usaha , buah fikiran dan kepakaran.
Antaranya ialah :

9
a. Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi
melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian,
komputer dan lain-lain;
b. Memberi ceramah, tunjuk ajar tentang perkara-perkara seperti dalam bidang
kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran tertentu, seperti menganyam,
membuat tembikar, menjahit, menekat, silat, mengukir, membuat alat-alat permainan
tradisi dan sebagainya;
c. Memberi bantuan kepada murid;
d. Mengadakan projek anak angkat;
e. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan khusus untuk murid-murid
daripada pelbagai kaum;
f. Membantu sekolah dalam pengelolaan sukan, bergotong-royong,
membersih dan mengindahkan sekolah.

c. Hobi dan Rekreasi


Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperolehi
pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan
berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental.
Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh
aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga,
menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/
cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/
keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing.

d. Kerjaya
Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat
membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan
kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.
Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas
kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja.
Sekolah yang mempunyai masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada
sekolah lain atau masyarakat setempat.

Contoh aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran


Kemahiran Hidup : seni bina, pertukangan, membaiki radio dan TV, mekanik,
kimpalan dan lain-lain.

10
Sains Pertanian : berkebun, berternak dan lain-lain.
Ekonomi Rumah Tangga : gubahan, jahitan, memasak, perhiasan dan lain-lain.
Seni Lukis : seni lukis, tenunan, kraftangan, seni ukir, anyaman, membuat gasing,
wau, tembikar, papan congkak, sangkar burung, tudung saji dan lain-lain.

Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan daya kreatif dan pengetahuan
murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh institusi luar sekolah dalam bidang-bidang
tertentu, di samping dapat menarik minat mereka terhadap aktiviti kokurikulum. Dalam
hal ini, pihak sekolah haruslah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti yang baru dan
lebih menarik.

Contoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan bidang kerjaya:
Ceramah, pameran, kajian atau lawatan tentang jenis dan pekerjaan yang terdapat
dalam perkhidmatan separa kerajaan, swasta dan perseorangan. Ini termasuklah
bidang pekerjaan seperti pasukan polis, tentera ,bomba, pentadbiran, perusahaan,
perkilangan, perniagaan, dan lain-lain perkhidmatan sosial dan profesional.

e. Perkembangan Diri Individu


Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri
sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta
membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

TUGASAN

1. Pilih satu persatuan yang berasaskan hobi dan rekreasi. Rancang pelaksanaan satu
aktiviti yang menarik dan berkesan untuk pelajar.

11
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Penubuhan Persatuan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)


i. Berdasarkan jenis persatuan yang dipilih cipta identiti persatuan tersebut (logo,
moto dan lagu).

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

12
UNIT 3 Pengurusan Persatuan (DT)

Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat :
i. Mengenal pastii sumber-sumber kewangan bagi aktiviti persatuan.
ii. Mengetahui prosedur kewangan yang standard bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, perbincangan berkisar kepada pelbagai sumber kewangan yang boleh
diperolehi bagi membantu pembiayaan aktiviti persatuan di sekolah tanpa mengabaikan
prosedur kewangan yang betul.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
iii. WhatsApp
iv. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Pengurusan Kewangan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Sumber-sumber kewangan bagi aktiviti-aktiviti persatuan
ii. Prosedur kewangan.

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


v. Semakan kehadiran
vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
viii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

13
UNIT 4 Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan (DT)

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui pekeliling-pekeliling sedia ada tentang penubuhan persatuan.


ii Mencari dan mengemukakan pekeliling-pekeliling tentang pelaksanaan aktiviti
kokurikulum persatuan.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, perbincangan berkisar kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
penubuhan persatuan.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajukl)


i. Pekeliling-pekeliling sedia ada tentang penubuhan persatuan
ii) Mengemukakan pekeliling-pekeliling tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum
persatuan.
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
ix. Semakan kehadiran
x. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
xi. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
xii. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

14
UNIT 5 Kaedah Penubuhan Persatuan

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui kaedah penubuhan persatuan mengikut Prosedur Operasi Standard


yang telah ditetapkan.
ii Membezakan persatuan yang ada badan induk dan yang tidak ada badan induk

Sinopsis

Unit ini, memberi penekanan kepada pengetahuan tentang kaedah penubuhan persatuan di
sekolah mengikut Prosedur Operasi Standard.

KERANGKA TAJUK

1.1 Prosedur Operasi Standard persatuan yang ada badan induk


1.2 Prosedur Operasi Standard persatuan yang tidak ada badan induk

15
1.1 Prosedur penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk

• Pengetua atau guru berkenaan perlu mengadakan perbincangan dengan badan


induk yang berkaitan.
• Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk dan menyediakan
beberapa maklumat lain yang diperlukan mengikut peraturan badan induk
berkenaan. Maklumat lain ialah seperti permohonan tauliah pemimpin .
• Menghantar borang berkenaan kepada Setiausaha atau Pesuruhanjaya atau
pegawai penjaga di daerah atau negeri badan induk berkenaan untuk diproses.
• Pengumuman pendaftaran boleh dibuat kepada murid untuk menjadi ahli pertubuhan
berkenaan sementara mendapat kelulusan daripada ibu pejabat badan induk.
• Mendapat kelulusan atau sijil pendaftaran daripada badan induk dan mendaftar ahli
secara rasmi.

1.2 Prosedur penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk

• Perundingan di antara Pengetua dengan guru yang terlibat sebagai penasihat atau
jurulatih.
• Pihak sekolah memberi maklumat kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah, jika
perlu.
• Guru berkenaan mencari ahli, mengadakan perjumpaan, melantik jawatankuasa dan
melaksanakan aktiviti.

TUGASAN

1. Anda diarahkan oleh Guru Besar untuk menubuhkan Pasukan Tunas Pertahanan
Awam di sekolah. Nyatakan langkah-langkah yang perlu anda laksanakan.

16
Langkah-langkah penubuhan persatuan
UNIT 6
Carta alir penubuhan persatuan

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Mengetahui langkah-langkah yang perlu diikuti bagi prosedur tetap penubuhan


sesebuah persatuan.
ii Memahami peringkat-peringkat penubuhan persatuan mengikut carta alir yang betul.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai langkah-langkah
penubuhan persatuan dan carta alir penubuhan persatuan.

KERANGKA TAJUK

1.1 Prosedur Tetap Penubuhan Persatuan


1.2 Carta alir Penubuhan Persatuan

17
1.1 Prosedur Tetap Penubuhan Persatuan

1.1.1 Penubuhan Jawatankuasa Penaja


1.1.2 Mensyuarat Jawatankuasa Penaja
1.1.3 Menyediakan Draf Perlembagaan
1.1.4 Menyediakan Draf Aktiviti Tahunan
1.1.5 Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan
1.1.6 Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru
Besar)
1.1.7 Mendaftar ahli- ahli Kelab & Persatuan
1.1.8 Pengendalian Mesyuarat Agung
1.1.8.1 Surat Panggilan / Notis Mesyuarat
1.1.8.2 Mesyuarat Agung :
i) memilih ahli jawatankuasa persatuan
ii) merancang aktiviti tahunan persatuan
iii) pengesahan dokumen peraturan-peraturan (perlembagaan)
persatuan
1.1.9 Surat pelantikan Penasihat Perstauan daripada Guru Besar
1.1.10 Mengoperasikan persatuan.

18
1.2 Carta Alir Penubuhan Kelab dan Persatuan di Sekolah

GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA

1 1. Mula

2. Tubuhkan sebuah
Jawatankuasa Penaja
2
3. Adakan Mesyuarat
Jawatankuasa Penaja

3 4. Sediakan surat
permohonan penibihan
dan kemukakan kepada
Guru Besar berserta
4 semua dokumen
sokongan

5. Terima surat
permohonan dan
TL pertimbangkan
5
6A. Sediakan surat
L Kelulusan penubuhan
dan kembalikan kepada
pemohon.
6A 6B 6B. Sediakan surat
Pelantikan Guru
Penasihat dan
kemukakan kepada
guru berkenaan.

7A. Terima dan kaji


T
surat kelulusan
TT
7A 7B 7B. Terima surat
pelantikan dan
pertimbangkan.

8A. Adakan Mesyuarat


Agung Penubuhan.
8A 8B
8B. Sediakan Surat
Penerimaan Lantikan
dan kemukakan kepada
1 Guru Besar.
1

19
GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA
9A. Sediakan
dokumen-dokumen
penubuhan
1 1
9B. Terima Surat
Penerimaan Lantikan
9A 9B dari guru.

10A. Sediakan Surat


Permohonan
10A Pengesahan
10B penubuhan dan
Pendaftaran Persatuan/
Kelab dan kemukakan
kepada Guru
Penasihat.

10B. Dokumetasikan
TL
surat penerimaan
1 perlantikan daripada
1 guru

11. Terima dan semak


L
Surat Permohonan
Pengesahan
1 Penubuhan dan
2 pendaftaran
Persatuan/Kelab

12. Panjangkan surat


permohonan kepada
Guru Besar.
TL
TL : Tidak Lengkap 1
3 13. Terima surat
L : Lengkap
permohonan dan
pertimbangkan
L
permohonan.

14 14. Sedia Surat


Pengesahan
Penubuhan dan
Pendaftaran
Persatuan/Kelab dan
kemukakan kepada
15
Guru Penasihat.
TL : Tidak lulus
15. Terima surat,
L : Lulus
semak dan kaji.
1

20
GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA

16. Minitkan tindakan-


tindakan susulan
1 berasakan Surat
Pengesahan
Penubuhan dan
16 Pendaftaran Persatuan
atau Kelab daripada
Guru Besar dan
kemukakan bersama-
sama surat berkaitan
kepada Setiausaha
17 Persatua/Kelab.

17. Terima Surat


Pengesahan
Penubuhan dan
Pendaftaran Persatuan
18
18. Adakan Mesyuarat
Jawatankuasa untuk
memulakan kegiatan,
program atau aktivit
persatuan/kelab.

19. Dokumentasikan
semua keputusan,
tindakan, dan maklumat
19 penubuhan
persatuan/kelab.

TUGASAN

1. Anda dikehendaki menyediakan satu dokumen penubuhan persatuan.

21
BIBLIOGRAFI

Amir Hamzah Aman.( 2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Multimedia Sdn
Bhd.

Zafir Mohd Makhbul. (2014). Pengurusan Organisasi Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Cengage
Learning.

Shaharudin Ahmad, Khaidzir Hj Ismail. (2013). Mengurus Persatuan Proses Dan Kemahiran.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Fazli Yusof, Amrizal Anuar. (2005). Resepi Kejayaan Untuk Setiausaha Persatuan.
Kuala Lumpur: PTS. Litera Utama.

Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Garis Panduan Penulisan Program


Akademik.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Buku Panduan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah


Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ramlan Abdul Wahab(2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah. Banter


Sdn Bhd

22
PANEL PENGGUBAL
MPUD2081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Bil. Nama Kelayakan Akademik


Sarjana Pendidikan sains Sukan, UPSI
1 Nazri bin Bedin
Sarjanan Muda Pendidikan Sains Sukan, UPSI

Sarjana Pengurusan Pendidikan, UPSI


2 Mariani binti Ali
Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian), USM

3 Noryati bt Ismail Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling


Bacelor Pendidikan Bimbingan Kaunseling
Sijil Perguruan Asas Bahasa Inggeris

23
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

24
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah


dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

25

You might also like