You are on page 1of 2

Saya telah menyertai Larian Varsiti atau Varcity Run 2019 (International Half

Marathon UKM – Bangi) sebagai peserta , satu program berimpak peringkat kebangsaan di
UKM pada 20 April 2019. Larian Varsiti adalah suatu program larian yang terbesar di Bangi
yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perkataan “varcity ”
merupakan gabungan perkataan “Varsity” dan “City”. Larian ini melibatkan peserta-peserta
yang merupakan warganegara atau bukan warganegara dan para peserta daripada pelbagai
varsiti di seluruh Malaysia. Maka, tema bagi Larian Varsiti pada tahun 2019 ialah “Run With
Varcity, For Our Community”. Larian Varsiti diadakan pada 20 April 2019, hari Sabtu dari
pukul 5 pagi hingga 12.30 tengah hari. Larian ini bertempat di Dataran Panggung Seni,
UKM. Terdapat 3 kategori yang boleh disertai oleh peserta, iaitu larian 5 km, 10 km atau 21
km. Yuran pendaftaran adalah berbeza mengikut kategori masing-masing. Medal dan
“finisher tee” juga diberikan kepada para peserta yang berjaya menamatkan larian mereka.
Objektif utama bagi Larian Varsiti adalah untuk menggalakkan dan memberikan motivasi
kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang dan umur untuk menyihatkan diri secara
mental dan fisikal melalui larian. Selain itu, larian ini juga bertujuan untuk menanamkan
semangat kesukanan dalam kalangan para peserta yang terlibat dalam larian.
Dari segi promosi program, ahli-ahli jawatankuasa dalam Larian Varsiti telah
menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan bilangan peserta dalam program ini.
Contohnya, ahli-ahli jawatankuasa telah menjalankan promosi di sekolah-sekolah rendah dan
menengah di Bangi. Selain itu, promosi juga dijalankan di stadium, pusat rekreasi dan
universiti-universiti yang terletak berdekatan Bangi. Di samping itu, mereka juga telah
mengambil inisiatif untuk membuat promosi di sekitar kolej, fakulti dan jabatan-jabatan
di UKM seperti Siswa UKM, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Canselori dan seumpamanya.
Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan mahasiswa dan mahasiswi UKM dalam program
larian ini.
Dari perspektif yang lain pula, bagi dana dan pemasaran, ahli-ahli jawatankuasa telah
bertungkus-lumus untuk melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan dana supaya program
larian dapat berjalan dengan lancar. Langkah yang pertama adalah dengan mencari pelbagai
sponsor iaitu The Eye Shop Premier Optometry, Nestle, Gardenia, Apex pharma, Lot 100,
Coca Cola, The Boundries Pure Parfum, Banana Wang dan sebagainya. Selain itu, mereka
juga telah mengorak langkah untuk memohon dana daripada Majlis Perwakilan Pelajar,
Siswa UKM, kafe-kafe daripada pelbagai kolej seperti Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Keris Mas
dan sebagainya. Usaha-usaha ahli-ahli jawatankuasa bagi program larian Varsiti
membuahkan hasil apabila mereka menerima sponsor daripada pelbagai segi iaitu makanan
bagi ahli-ahli jawatankuasa pada hari program, set sarapan bagi peserta yang terlibat, wang
dan seumpamanya.
Bagi aturcara atau jadual program pula, ahli-ahli jawatankuasa telah menyusun jadual
dengan sistematik untuk memastikan kelancaran program. Aturcara program bermula dengan
ketibaan para peserta daripada pelbagai kategori iaitu 5 km, 10 km dan 21 km tepat pada
pukul 5 pagi. Pada pukul 6 pagi, “flag-off” dilakukan bagi para peserta yang terlibat dalam
kategori 5 km. dan pada pukul 6.30 pagi pula, “flag-off” dilakukan bagi kategori 10 km.
“Flag-off” dilakukan bagi peserta-peserta yang terlibat dalam kategori 5 km. Pada pukul 8
pagi, sesi Zumba dilakukan. Pada pukul 9 pagi, cabutan bertuah dijalankan dan majlis
penutup bagi Larian Varsiti diadakan.
Program Larian Varsiti berjalan dengan lancar. Hal ini demikian kerana, para peserta
mengikut aturcara program yang disediakan. Sebelum program larian berlangsung, para
peserta telah diberikan flyer supaya mereka dapat mengetahui trek laluan mereka dan
lokasi-lokasi tertentu untuk mengambil set sarapan, menjalankan solat, meletakkan bag
atau barang keperluan mereka dan seumpamanya. Sepanjang perjalanan program larian, para
peserta lari mengikut trek yang diberikan dan terdapat stesen-stesen untuk para peserta
mendapatkan air minuman sepanjang perjalanan program. Pertolongan cemas juga disediakan
bagi kebajikan para peserta.
Bagi analisis program, untuk SWOT analisis, program Larian Varsiti mempunyai
kekuatan dan kelemahannya sendiri. Dari segi kekuatan program, larian ini berjaya
melibatkan para peserta daripada pelbagai jenis kaum dan latar belakang. Ini dapat membantu
menanam semangat perpaduan dan harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
yang semakin berkurang. Selain itu, program ini juga

You might also like