You are on page 1of 5

MAKLUMAT UNTUK FORMAT PENULISAN BAHAN PdPR ( (rph yang disediakan

boleh untuk tujuan PdP biasa atau PBL mudah)


Kandungan dalam bahan ini
1. RPH
2. Nota
3. Soalan Pentaksiran
4. Skema Jawapan

Font : Arial Saiz 11

CONTOH BAHAN PDPR


Nama Guru
Tingkatan Tingkatan 4
Sekolah
Maklumat PdP
Subjek Sains
Tema Penyenggaraan Dan Kesinambungan Hidup
Topik Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam
Tempoh pelaksanaan
Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.6.1 Mewajarkan peranan setiap individu dalam menangani
2.7 Teknologi Hijau Dan
fenomena pemanasan global dan perubahan iklim
Kehidupan
dalam mengurangkan jejak kaki karbon.
Murid dapat menyatakan:-
1. Bagaimanakah Teknologi Hijau membantu
menangani fenomena pemanasan global dan
Objektif Pembelajaran perubahan iklim?
2. Adakah penting untuk kita mengurangkan masalah
pemanasan global dan perubahan iklim?
NOTA
Pelepasan karbon yang tinggi akan meningkatkan gas rumah
hijau di atmosfera yang menghasilkan haba sekali gus
menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim .
Teknologi Hijau dapat mengurangkan pelepasan gas karbon
ke udara yang disebabkan oleh aktiviti manusia kerana
teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan mesra
alam berbanding dengan teknologi sedia ada.

pemanasan global dan perubahan iklim memberikan impak


yang negatif terhadap bumi sekaligus memberikan kesan
yang buruk kepada manusia. Oleh itu, kita hendaklah
membantu dalam mengurangkan masalah pemanasan global
dan perubahan iklim untuk kepentingan bumi dan diri sendiri.

Aktiviti - aktiviti manusia yang menyumbang kepada


pemanasan global ialah pertanian dan perternakan
,pembakaran terbuka , pengangkutan ,perindustrian dan
penyahutanan. Aktiviti - aktiviti manusia yang menyumbang
kepada perubahan iklim ialah penggunaan bahan api fosil ,
pembalakan, pertanian dan penggunaan semen.

Kesan - kesan aktiviti manusia yang menyumbang kepada


pemanasan global dan perubahan iklim ialah pencemaran
udara , pencemaran air , jerebu, pencemaran udara dan
bunyi, hakisan, tanah runtuh, gelongsoran tanah, perubahan
landskap, banjir kilat , penyakit yang berkaitan sistem
pernafasan manusia , kemusnahan habitat dan ekosistem.

Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi


produk,peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar
dan alam semula jadi serta meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

Cara - cara Teknologi Hijau digunakan dalam mengurangkan


pemanasan global dan perubahan iklim ialah menggunakan
sumber tenaga angin atau sumber tenaga geoterma untuk
menggantikan penggunaan sumber bahan api fosil pada
masa hadapan.Selain itu, menggunakan sumber tenaga
hidro untuk penjanaa tenaga eletrik. Seterusnya,
menggunakan sumber tenaga solar memandangkan
Malaysia menerima cahaya matahari yang mencukupi
sepanjang tahun. Di samping itu, menanam semula pokok
untuk mengawal pemanasan global daripada meningkat
secara mendadak. Tambahan pula, menggunakan
pengangkutan hijau seperti berjalan kaki , berbasikal dan
menggunakan kenderaan hijau. Akhir sekali, menggunakan
bahan api bio sebagai pengganti petroleum kerana sumber
tenaga ini sumber boleh baharu dan lebih mesra alam.

Terdapat beberapa kelebihan teknologi hijau iaitu kos yang


murah , selamat dan mesra pengguna , memelihara dan
memulihara alam sekitar , memacu pembangunan negara ,
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat
tempatan , meningkatkan keselesaan , kesihatan masyarakat
,mengurangkan infrastruktur tempatan dan meningkatkan
kualiti hidup .

Peranan individu dalam menangani fenomena pemanasan


global dan perubahan iklim ialah menjimatkan tenaga ,
menggunakan produk mesra alam , menggunakan
pengangkutan lestari , mengadakan landskap, mengamalkan
kitar semula dan mengamalkan konsep 5R

Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif


terhadap alam sekitar adalah minimum. Ia dapat
meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian
hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan
pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula
jadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh
menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan selamat
dan mesra pengguna. Ini dapat dibuktikan melalui
pengalaman dan amalan di negara maju yang telah
membangunkan industri ini sejak sekian lama.

AKTIVITI
Aktiviti permulaan ● Guru menerangkan tugasan Pdp/ PBL/ atau lain-
lain kepada murid.
● Guru melakukan perbincangan dengan murid
tentang tentang tajuk PdP/ PBL/ lain-lain.
● Murid mengkaji tentang proses dan kesan luluh
hawa.
● Murid menentukan projek yang bakal dihasilkan.
● Murid membuat penilaian kendiri projek dengan
merujuk rubrik yang disediakan oleh guru.
● Murid mengumpul maklumat dengan merujuk
pelbagai sumber (buku teks, surat khabar dan
Internet).
● Murid mula menghasilkan pelaporan
● Murid membuat penilaian kendiri hasil kerja
Aktiviti semasa mereka dengan merujuk rubrik yang disediakan
menjalankan tugasan oleh guru dan dengan bantuan pemeriksaan hasil
yang diberi oleh guru kerja oleh guru dari semasa ke semasa .
● Murid memastikan produk yang dihasilkan dapat
menjawab Soalan Kandungan atau soalan panduan
yang diberi oleh guru.
● Murid menghantar hasil pelaporan/projek melalui
Aktiviti setelah projek atas talian ( Whatsapp ) kepada guru pembimbing.
selesai ● Guru pembimbing memberikan maklum balas kepada
hasil murid untuk ditambah baik (jika berkaitan).
Pelaporan murid Powerpoint/ Lembaran kerja/
Rujukan
1. Noraini binti Abdullah , Nor Mazliana binti
Abdul Hashim , Mohammad Amirul bin
Adnan , Shamsulikram bin Abdul Hamid ,
2019. Sains Tingkatan 4. Kuala Lumpur:
Odonata Publishing Sdn. Bhd.
2. Kang Chai Yoeng , Zulkipli Bin Ismail ,
Rajanderan Subramaniam , 2017. Geografi
Tingkatan 2. Johor Bahru: IMS BOOKS
Bahan Sumber yang
TRADING SDN. BHD.
boleh digunakan oleh
3. Kang Chai Yoeng , Zulkipli Bin Ismail ,
murid
Rajanderan Subramaniam , 2018. FOCUS
PT3 Tingkatan 2 KSSM. Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
4. https://reefresilience.org/ms/communit
y-based-climate-adaptation/climate-
change-introduction/
5. http://roporsuck.blogspot.com/2012/01/penggu
naan-bahan-kimia-dalam-sektor.html
SOALAN UNTUK PENTAKSIRAN
1.Nyatakan 2 cara bagaimana Teknologi Hijau membantu menangani fenomena
pemanasan global dan perubahan iklim?

2.Berikan sebab kepentingan untuk kita mengurangkan masalah pemanasan global dan
perubahan iklim?

3. Apakah aktiviti-aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global dan


perubahan iklim?
4. Nyatakan kesan-kesan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global
dan perubahan iklim?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?
6. Cadangkan cara bagaimana Teknologi Hijau digunakan dalam menggurangkan
fenomena pemanasan global dan perubahan iklim?
7. Apakah kelebihan menggunakan Teknologi Hijau?.Apakah peranan individu dalam
menangani fenomena pemanasan global dan perubahan iklim?
8.Apakah kesan kepada alam sekitar sekiranya kita mengamalkan Teknologi Hijau?

You might also like