You are on page 1of 1

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat saya siapkan
tugasan kerja kursus yang telah diamanahkan. Jika tidak kerana-Nya sudah pasti saya tidak
akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusnya, sekalung penghargaan juga diberikan kepada pensyarah bagi tugasan


ini iaitu Encik Bakhtiar bin Omar kerana banyak memberikan panduan untuk saya
menyiapkan tugasan bagi subjek Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak (BMMB 3103) ini.
Beliau banyak membantu saya dari segala aspek berkaitan dengan tugasan ini termasuklah
format penulisan dan sebagainya.

Selain itu, saya ingin memberikan kredit kepada institusi pengajian saya iaitu IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menuntut di
sini serta menyediakan kemudahan kepada saya bagi menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan mudah.

Tambahan daripada itu, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan khususnya
kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu serta menolong saya terutamanya dari
segi kewangan. Ibu bapa saya juga banyak memberi sokongan moral sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka berkemungkinan besar saya tidak dapat
menyiapkan tugasan ini.

Tidak dilupakan juga kepada rakan sekelas kerana telah banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga boleh dikatakan antara tulang belakang saya
dalam pada saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, assalamu’alaikum dan terima kasih.

You might also like