You are on page 1of 2

011011-11-0373

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah izin dan kurnia-Nya


dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) tahun 2020
yang bertajuk “Pendekatan Pembelajaran Subjek Bahasa Inggeris Kepada Peningkatan
Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, Terengganu”.

Terima kasih yang tidak tehingga diucapkan kepada ibu bapa yang banyak
memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan, tenaga dan tidak jemu memberi
dorongan kepada saya iaitu Encik Raja Hamdan bin Raja Latiff dan Che Nor Masayu
Kartini binti Omar.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Puan Muzarimah binti Musa selaku
Guru Pengajian Am yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
dalam menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am ini. Beliau juga banyak menegur dan
menasihati saya semasa melakukan kajian ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau, tidak
mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan jayanya.

Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan Agama Durian Guling, Encik Salleh bin Ab Bakar serta Penolong Kanan
Tingkatan Enam iaitu Puan Rosidah binti Mat Piah yang memberi bantuan dan peluang
untuk saya melakukan kajian.

Selain itu, tidak lupa juga kepada responden serta informan yang sudi
meluangkan masa menjawab soal selidik serta pada masa yang sama memberi
maklumat tentang punca-punca yang menyebabkan pelajar tingkatan 2 lemah
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan kaedah yang digunakan dalam
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang.
Sesungguhnya kesudian mereka dalam menjawab soalan dari saya banyak membantu
saya memperoleh maklumat untuk diselitkan di dalam penulisan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu
dalam memberi maklumat yang berguna serta bertukar-tukar idea. Malah terima kasih
diucapkan kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling serta

iii
pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kajian ini.

Sekian.

iv

You might also like