You are on page 1of 3

Lampiran

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERADUAN MENCIPTA LOGO, TEMA DAN LAGU SAMBUTAN


JUBLI EMAS 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA

(A) MENCIPTA LOGO

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada anak Sarawak dan Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak
berumur 18 tahun ke atas samada secara individu atau berkumpulan;

2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo sahaja dipilih sebagai
pemenang utama;

3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masing-masing

4. Setiap logo yang dikemukakan perlulah membawa maksud 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA samada dalam Bahasa
Malaysia atau Bahasa Inggeris;

5. Rekabentuk logo bolehlah dicipta samada dengan lukisan tangan atau menggunakan grafik komputer serta hendaklah
dihantar dalam dua (2) bentuk berikut:

(a) Dalam saiz A4 (ukuran 21cm x 29.7 cm) berwarna putih dalam bentuk “sketches” atau “paintings” dan dilekatkan
pada kertas tebal atau “mounting board”; dan

(b) Dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (adobe illustration) dan JPEG resolusi minimum 1280 x 960.

6. Rekabentuk logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) warna yang terdapat pada bendera Sarawak;

7. Setiap logo hendaklah menerangkan maksud dan menepati ciri-ciri Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka;

8. Logo yang dicipta hendaklah:

(a) Mempunyai penjelasan atau maksud atau rasional

(b) Asli

(c) Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh menyinggung mana-mana
pihak;

9. Semua logo yang diterima oleh Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu Sambutan Jubli Emas 50 Tahun
Sarawak Merdeka akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan tidak akan dikembalikan. Kerajaan Negeri berhak ke atas
logo yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun
dicetak dalam mana-mana acara atau sambutan;

10. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 2013:

Pengerusi
Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka
d/a Pengarah Yayasan Sarawak
Pusat Pembangunan Pendidikan dan Ibu Pejabat Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3281, 93050 Kuching, SARAWAK
Tel : (082) 441686 Faks : (082) 440035

11. Borang Penyertaan boleh didapati di alamat di atas atau di laman web: www.yayasansarawak.org.my.

12. Pemenang akan menerima hadiah yang bernilai RM10,000 (RM: SEPULUH RIBU SAHAJA) beserta sijil penyertaan;

13. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

1
(B) MENCIPTA TEMA

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada anak Sarawak dan Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak
berumur 18 tahun ke atas samada secara individu atau berkumpulan;

2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu tema sahaja dipilih sebagai
pemenang utama;

3. Jumlah perkataan bagi setiap tema mestilah tidak melebihi lima (5) patah perkataan;

4. Setiap tema yang dicipta hendaklah menerangkan rasional dan maksudnya;

5. Semua tema yang diterima oleh Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu Sambutan Jubli Emas 50 Tahun
Sarawak Merdeka akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan tidak akan dikembalikan. Kerajaan Negeri berhak ke atas
tema yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan
ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau sambutan;

6. Ciptaan tema mestilah karya asli peserta. Penyertaan atau tema yang didapati tidak asli akan ditolak;

7. Tema boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris;

8. Tema hendaklah tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh menyinggung mana-
mana pihak;

9. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 2013:

Pengerusi
Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka
d/a Pengarah Yayasan Sarawak
Pusat Pembangunan Pendidikan dan Ibu Pejabat Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3281, 93050 Kuching, SARAWAK
Tel : (082) 441686 Faks : (082) 440035

10. Borang Penyertaan boleh didapati di alamat di atas atau di laman web: www.yayasansarawak.org.my.

11. Pemenang akan menerima hadiah yang bernilai RM10,000 (RM: SEPULUH RIBU SAHAJA) beserta sijil penyertaan;

12. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

2
(C) MENCIPTA LAGU

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada anak Sarawak dan Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak
berumur 18 tahun ke atas samada secara individu atau berkumpulan untuk mencipta Lagu Tema SAMBUTAN JUBLI
EMAS 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA;

2. Pencipta dan penulis lirik hanya boleh menghantar satu (1) lagu ciptaan sahaja dan hendaklah merupakan ciptaan asal
pencipta dan penulis lirik;

3. Lagu hendaklah tidak pernah diterbitkan atau disiarkan atau dirakamkan samada bagi maksud komersil ataupun tidak;

4. Lirik atau senikata lagu boleh dinyanyikan dengan satu bahasa atau pelbagai;

5. Lirik atau senikata lagu hendaklah mempunyai nilai-nilai murni, menggambarkan kehidupan harmoni masyarakat
berbilang kaum di Sarawak, pencapaian pembangunan secara keseluruhan samada pembangunan infrastruktur mahupun
pembangunan modal insan dan pendidikan, tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta
boleh menyinggung mana-mana pihak;

6. Tempo muzik adalah terbuka;

7. Tempoh lagu tidak melebihi empat (4) minit;

8. Format hendaklah berbentuk MP3 dan disalinkan ke Audio CD atau DVD sahaja;

9. Semua lagu yang diterima oleh Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu Sambutan Jubli Emas 50 Tahun
Sarawak Merdeka akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan tidak akan dikembalikan. Kerajaan Negeri berhak ke atas
lagu yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau disiarkan ataupun
dicetak dalam mana-mana acara atau sambutan;

10. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 2013:

Pengerusi
Jawatankuasa Mencipta Logo, Tema dan Lagu Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka
d/a Pengarah Yayasan Sarawak
Pusat Pembangunan Pendidikan dan Ibu Pejabat Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3281, 93050 Kuching, SARAWAK
Tel : (082) 441686 Faks : (082) 440035

11. Borang Penyertaan boleh didapati di alamat di atas atau di laman web: www.yayasansarawak.org.my.

12. Pemenang akan menerima hadiah yang bernilai RM30,000 (RM TIGA PULUH RIBU SAHAJA) beserta sijil penyertaan;

13. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

You might also like