You are on page 1of 1

 ELEMEN UTAMA YANG PERLU ADA DALAM DIRI GURU PROFESIONAL

Terdapat banyak ciri guru profesional yang perlu ada dalam diri setiap guru. Seseorang guru endaklah
mempunyai ilmu, berketrampilan dan mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seorang guru juga perlulah mempunyai sahsiah ang boleh menjadi contoh teladan dan
ikutan kepada golongan yang dipimpin iaitu para pelajar. Antara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh
seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja
program (Md Sani et al., 2008 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014). Rajah 1 menunjukkan ciri
sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru.

Rajah 2: Model guru yang professional

                   Selain daripada itu, guru yang profesional juga harusnya mempunyai enam konsep
berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah, menjalankan
amalan profesional di sekolah, bertingkah laku secara profesional di dalam bilik darjah serta sekolah,
bersikap tanggungjawab untuk meningkatkan profesion, menerima kursus latihan dan pendidikan
pembangunan yang profesional dan bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah,
2002 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014).

You might also like