You are on page 1of 7

Bincangkan reka bentuk kajian bagi kajian anda dengan menyatakan:

1. Pendekatan Kajian (Justifikasikan pemilihan berdasarkan literatur)

Menurut Creswell (2009) berpandangan bahawa reka bentuk kajian adalah rancangan
atau cadangan bagi menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian,
strategi penyelidikan dan metod kajian. Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang
akan memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu akan dijalankan. Ia juga
berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut data,
menganalisis maklumat dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang
dijalankan oleh para pengkaji. Bagi Robson (2011) pula, reka bentuk kajian berfungsi untuk
menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen tujuan, teori, persoalan
kajian, metod dan strategi persampelan. Seterusnya, menurut Bryman (2008), reka bentuk
kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah kajian bagi mengutip dan menganalisis
data.
Menurut Zikmund (2003), reka bentuk kajian merupakan perancangan yang khusus
bagi kaedah dan prosedur untuk mengumpul dan menganalisis data. Ini adalah kerana reka
bentuk kajian melibatkan proses membuat keputusan dan pilihan yang berpandukan kepada
tujuan kajian, strategi kajian, tempat kajian, jenis kajian, unit analisis, reka bentuk
persampelan, kaedah pengumpulan data, pengukuran dan penganalisisan data. Oleh itu, bab
ini akan menghuraikan metodologi kajian yang merupakan satu set kaedah sistematik yang
dijalankan untuk mencapai objektif dan persoalan kajian. Bagi memastikan hasil kajian
sesuatu penyelidikan itu berlaku dengan baik seseorang penyelidik harus dapat merancang
kajiannya dengan menggunakan reka bentuk kajian yang sesuai dengan tujuan kajiannya.
Reka bentuk kajian yang akan dijalankan ini menggunakan pendekatan reka bentuk
kualitatif melalui kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian
juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
selain soal selidik dan temuduga. Reka bentuk kajian yang telah digunakan oleh pengkaji
untuk mengenal pasti jenis dan kualiti penggunaan kit media dalam talian guru pelatih
dengan pendekatan pemahaman teks Kesusasteraan Melayu ialah reka bentuk kajian yang
berbentuk kualitatif. Pengkaji akan melaksanakan reka bentuk kajian dengan menjalankan
pemerhatian senarai semak kepada responden-responden iaitu guru pelatih Kesusasteraan
Melayu sesi 2020/2021 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

2. Populasi Kajian

Menurut Rohana Yusof (2004) setiap individua tau objek dalam sesuatu populasi
berkemungkinan berbeza-beza dalam banyak segi, namun ia mestilah mempunyai tidak
kurang daripada satu ciri yang sama. Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek
atau benda kejadian yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Populasi bagi
kajian ini adalah daripada guru pelatih Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan
Idris sesi 2020/2021. Manakala bagi kaedah persampelan kajian pengkaji telah mengambil
sepuluh orang daripada guru-guru pelatih Kesusasteraan Melayu sesi 2020/2021 tersebut
untuk dijadikan bahan analisis melalui borang senarai semak seterusnya mendapatkan
kesimpulan peratus. Kajian ini akan mengkaji jenis dan kualiti penggunaan kit media secara
dalam talian guru pelatih dengan pendekatan Pemahaman Teks Kesusasteraan Melayu
dengan menggunakan teori Kon Pengalaman Dale dan Teori Pembelajaran Connectivisme.
Persampelan secara rawak digunakan untuk membolehkan setiap individu mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih.

3. Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian yang berbentuk deskriptif iaitu dengan
menggunakan kaedah borang senarai semak dan juga menggunakan bukti data iaitu hasil
jawapan daripada soalan-soalan pemerhatian senarai semak yang dibina sebagai instrumen
kajian. Kajian ini menggunakan senarai semak sebagai instrumen kajian kerana melalui
senarai semak pemerhatian, dapat menganalisis data dengan mudah dan dapat menjimatkan
masa serta kos perbelanjaan. Senarai semak pemerhatian ini adalah untuk mengetahui jenis
dan kualiti penggunaan kit media dalam pendekatan pemahaman teks secara atas talian guru
pelatih Kesusasteraan Melayu sesi 2020/2021.
Objektif 1: Mengenal pasti jenis penggunaan kit media secara dalam talian guru pelatih
dengan Pendekatan Pemahaman Teks Kesusasteraan Melayu.

BORANG SENARAI SEMAK

ARAHAN: Isikan ruangan berkenaan.

Pendekatan Mengalami Menghayati


Peserta Set Induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup
Kajian
A
B
Kon Edgar
Dale

Pendekatan Global
Peserta Set Induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup
Kajian
A
B
Kon Edgar
Dale

Pendekatan Struktural
Peserta Set Induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup
Kajian
A
B
Kon Edgar
Dale

Pendekatan Analitik
Peserta Set Induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup
Kajian
A
B
Kon Edgar
Dale

Pendekatan Berfokus
Peserta Set Induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup
Kajian
A
B
Kon Edgar
Dale

PETUNJUK:
Synchronous media
Asynchronous media

Objektif 2: Menganalisis kualiti jenis penggunaan kit media secara dalam talian guru pelatih
dengan pendekatan Pemahaman Teks Kesusasteraan Melayu.

BORANG SENARAI SEMAK

Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan:


Langkah-langkah Ya Tidak Catatan
Kejelasan
1. Kejelasan soalan yang disampaikan.
2. Penggunaan tahap soalan yang sesuai dengan
pelajar.
3. Pengunaan tulisan dan grafik yang sesuai.
Susunan
1. Penggunaan ruang yang sesuai untuk nota, rajah
dan ilustrasi.

Penonjolan atau penekanan


1. Penggunaan warna yang bermakna dan sesuai.
2. Penggunaan grafik dan visual yang
merangsangkan.

Teknik Persembahan
1. Pembentukan konsep melalui pembinaan
carta/rajah.
2. Dapat memudahkan idea-idea/ konsep yang
susah.
3. Melibatkan murid secara lisan dan fizikal.

Penyusunan pemikiran/idea
1. Perkembangan idea yang teratur.
2. Pelbagai rangsangan untuk mengekalkan
motivasi belajar.
3. Penerangan lisan yang jelas dan tepat.

Menarik perhatian
1. Dengan menggunakan suara, gerak-geri dan
kontrak mata.
2. Dengan menggunakan media pandang-dengar.
3. Dengan mengubah corak interaksi guru-murid.

Membuat perkaitan
1. Membandingkan atau membezakan dengan
perkara-perkara biasa.
2. Pengetahuan sedia ada.
3. Peristiwa-peristiwa semasa yang diminta murid.

3.1 Kaedah Pemerhatian

Menurut RK Jawi (2014) dalam kajiannya yang menyatakan antara kelebihan yang boleh
didapati melalui kaedah ini, penyelidik dapat melihat tingkah laku dan juga aktiviti guru-guru
secara semula jadi dan tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Hal ini menyebabkan data-data
yang diperolehi ini didapati secara semula jadi dan natural. Walaupun demikian, antara
kelemahan daripada kaedah ini ialah, kadangkala senarai pemerhatian memaksa penyelidik
untuk memerhati terlalu banyak perlakuan sehinggakan ia tidak dapat melakukannya dengan
tepat, atau memaksa penyelidik menilai terlalu ramai responden pada satu-satu masa. Oleh
itu, pemerhatian ini perlu dibuat secara ringkas supaya ianya boleh dilakukan dengan
sempurna.

Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dalam mendapatkan maklumat-


maklumat dan sumber-sumber informasi. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini,
penyelidik melaksanakan pemerhatian terhadap video pengajaran dan pembelajaran guru-
guru pelatih Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2020/2021 yang
dipilih oleh penyelidik kerana untuk melihat jenis dan kualiti penggunaan kit media dalam
pendekatan pemahaman teks.

3.2 Senarai Semak

Instrumen senarai semak biasanya disediakan lebih awal sebelum kaedah pemerhatian
dilaksanakan. Berdasarkan konsep yang diselidik juga, senarai item yang diperlukan
dinyatakan dengan ringkas dan jelas pada bahagian huraian semakan yang diperlukan. Hal ini
bermaksud, hanya kemahiran atau pernyataan penting sahaja dinyataka di dalam senarai
semak kemudian senarai tersebut mungkin boleh disusun mengikut peringkatnya.

Konsep senarai semak ini dapat difahamai sebagai alat pentaksiran yang mengandungi
senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi kemahiran
fizikal, kognitif, bahasa dan sosial. Melalui kaedah ini, senarai item yang disediakan adalah
untuk menguji pengetahuan, kemahiran, sikap atau kebolehan serta tingkah laku seseorang.

Sehubungan dengan itu, pengkaji melaksanakan senarai semak bersama kaeadah


pemerhatian yang dilaksanakan. Kaedah pemerhatian yang dimaksudkan adalah kaedah
pemerhatian yang digunakan semasa melakukan pemerhatian terhdapa video pengajaran
guru-guru pelatih Kesusasteraan Melayu yang dipilih.

4. Sumber dan Analisis Data

Pengkaji juga menjalankan kajian yang bersumberkan internet dan laman sesawang (website)
untuk mendapatkan maklumat tambahan. Antara laman sesawang yang dikunjungi pengkaji
ialah, laman sesawang milik Kementerian Pelajaran Malaysia, My Cite, Jurnal Pendeta
Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan beberapa lagi laman sesawang. Daripada maklumat-
maklumat media cetak serta elektronik inilah pengkaji mengadunnya, seterusnya dijadikan
data untuk dimasukkan ke dalam kajian pengkaji ini.
Dalam mendapatkan data-data serta maklumat-maklumat kajian, pengkaji telah
melakukan beberapa perkara yang dirasakan penting bagi tujuan ini. Antaranya ialah,
pengkaji membuat kajian-kajian rintis seperti melakukan kajian terhadap penyelidikan-
penyelidikan lepas. Untuk tujuan ini, penyelidik telah menggunakan perkhidmatan serta
kemudahan yang disediakan oleh institusi pendidikan tempat pengkaji belajar, iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Di sini, pengkaji telah berkunjung ke dua
buah pusat yang disediakan, iaitu Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI dan Pusat Pengumpulan
Tesis Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk menjalankan kajian-kajian lepas.

Setelah maklumat-maklumat didapati hasil daripada jawapan-jawapan dan pendapat-


pendapat yang diberikan, langkah seterusnya adalah menyusun maklumat-maklumat mentah
ini mengikut kategori-kategori yang bersesuaian sebelum dianalisis secara keseluruhan bagi
aspek perbincangan. Tujuan langkah ini adalah bagi memperlihatkan maklumat-maklumat
yang terkandung di dalam kajian ini dalam keadaan yang tersusun kemas dan mengikut topik
yang telah ditentukan.

You might also like