You are on page 1of 32

SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU

JALAN MALAU,

06000 JITRA,

KEDAH.

KERTAS KERJA PERSATUAN USAHAWAN MUDA

SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ADZLIN BINTI ABDULLAH

GURU PENASIHAT KELAB USAHAWAN MUDA

SK MALAU

2020
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 RASIONAL

3.0 MATLAMAT

4.0 OBJEKTIF

5.0 VISI DAN MISI

6.0 MOTO

7.0 LOGO

8.0 LAGU

9.0 CARTA ORGANISASI

10.0 PERLEMBAGAAN

11.0 RANCANGAN AKTIVITI UTAMA

12.0 PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Usahawan merupakan individu atau kumpulan yang menubuhkan atau menerajui


perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran
masyarakat dan negara. Penerapan elemen keusahawanan dapat membentuk ciri-ciri dan
amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid sesuai dengan
pelaksanaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah memasukkan
pengajaran keusahawanan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sejak awal
tahun 1990-an. Menyedari hakikat bahawa perniagaan amat penting dalam kehidupan bagi
meningkatkan ekonomi negara, Persatuan Usahawan Muda di sekolah wajarlah digerakkan
dengan lebih aktif untuk memenuhi tuntutan tersebut.

2.0 RASIONAL

Dengan penubuhan kelab Usahawan Muda, murid didedahkan tentang ilmu


perniagaan serta mengajar murid mengusahakan perniagaan yang akan membawa
kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Selain itu, masa lapang murid sebagai modal
insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat iaitu berniaga bagi memperoleh
keuntungan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran berniaga boleh diperolehi melalui
proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara
langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. Kelab ini semestinya memberi
ruang kepada murid dalam memperkembangkan bakat dan kemahiran murid dalam
perniagaan.

3.0 MATLAMAT KELAB


Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mendedahkan murid tentang ilmu
perniagaan serta mengajar murid mengusahakan perniagaan yang akan membawa
kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Seterusnya, tujuan persatuan ini juga adalah
supaya murid dapat menimba pengalaman dalam perniagaan bagi persiapan pada masa
hadapan. Selain itu, tujuan penubuhan persatuan ini juga untuk menggabungkan murid-
murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya
murid-murid berpeluang dan berkesempatan merancang dan melaksanakan aktiviti dan
kegiatan secara berkumpulan. Seterusnya, mereka dapat berkongsi pengetahuan dan
pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari

1
4.0 OBJEKTIF KELAB

1. Memberi pendedahan kepada murid tentang peluang yang diperoleh hasil kegiatan
perniagaan serenar yang dijalankan di sekolah.

2. Memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti jualan barangan dan
perkhidmatan yang bersesuaian di sekolah.

3. Murid dapat menguruskan sebuah kelab berdasarkan jawatan yang dipegang.

4. Pelajar-pelajar dapat mengetahui cara-cara memasarkan produk, promosi dan kaedah


pengurusan perniagaan.

5. Menyatakan pendirian bahawa bidang keusahawanan amat berpotensi besar untuk


memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara.

5.0 VISI DAN MISI

5.1 Visi

Memberikan dan mewujudkan peluang perniagaan yang mampu berdaya saing dan
efektif. Membantu serta berkongsi cara kerja, teknik dan pendapat untuk
mengembangkan perniagaan.

5.2 Misi

1. Memberikan pendedahan sebenar tentang dunia keusahawanan dan perniagaan

2. Melatih murid secara teori dan amali

3. Membentuk kumpulan usahawan niaga serta sasaran perniagaan

4. Menilai kelebihan dan kekurangan perniagaan dan jati diri usahawan.

5. Memupuk semangat kerjasama, jujur dan amanah dalam kalangan murid

6.0 MOTO

Usahawan penggerak kemajuan negara

2
7.0 LOGO KELAB

7.1 Pengertian Logo

Sayap Usahawan yang berjaya akan terbang lebih


tinggi jika mendapat keuntungan yang
banyak
Huruf B Bermaksud billionare

Anak panah di atas dan bawah Keuntungan bagi seorang usahawan ibarat
bulatan roda, adakalanya di atas adakalanya di
bawah

P.U.M Persatuan Usahawan Muda

3
8.0 LAGU

LAGU KELAB USAHAWAN MUDA SK MALAU

Ayuh kita sama-sama,


Majukan usahawan negara,
Bersatu teguh dan bekerjasama,
Dalam membangunkan negara.

Bersepakat membawa berkat,


Dengan azam dan semangat yang jitu,
Bersamalah kita majukan usahawan muda,
Demi agama, bangsa dan negara.

Ayuh bangkitlah usahawan muda,


Mara ke hadapan mengejar cita,
Buktikanlah kemampuan kita,
Dalam membangunkan negara.

9.0 CARTA ORGANISASI

9.1 JAWATANKUASA PENAJA

Pengerusi : Muhd Khalis bin Ahmad

Naib Pengerusi : Nur Izyani binti Zaid

Setiausaha : Nur Adzlin binti Abdullah

Bendahari : Muhd Haikal bin Mazlan

Ahli jawatankuasa : Saleha binti Mahmud


: Maimunah binti Abd Rahman
: Khalid bin Aswadi

4
9.2 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Jusoh bin Abdullah (Guru besar SK Malau)

Penasihat : Huda binti Muhd Khalid (PK 1 SK Malau)

Pengerusi : Muhd Azman bin Hamid (PK Hem SK Malau)

Naib Pengerusi : Fattah bin Ismail (PK Kokuriklum SK Malau)

Setiausaha : Muhd Khalis bin Ahmad

Bendahari : Nur Izyani binti Zaid

Ahli jawatankuasa : Nur Aziatul binti Roslan


: Muhd Haikal bin Mazlan

9.3 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Fattah bin Ismail (PK Kokuriklum)

Naib Pengerusi : Muhd Khalis bin Ahmad

Setiausaha : Nur Fasihah binti Samsudin

Naib Setiausaha : Saleha binti Mahmud

Bendahari : Nur Adzlin binti Abdullah

Penolong Bendahari : Saleha binti Mahmud

Ahli jawatankuasa : Maimunah binti Abd Rahman

: Khalid bin Aswadi

10.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN


(Rujuk lampiran 2)

11.0 RANCANGAN AKTIVITI UTAMA


(Rujuk lampiran 4)

5
12.0 PENUTUP

Persatuan merupakan salah satu medium dalam memperkembangkan bakat dan potensi
murid dalam sesuatu bidang. Oleh hal yang demikian, pelbagai aktiviti telah dirancang serta
dilaksanakan sepanjang tahun bagi menarik minat murid dalam menyertai aktiviti persatuan.
Selain itu, melalui penubuhan persatuan, ia dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Secara tidak langsung juga,
aktiviti persatuan dapat memaksimumkan penglibatan murid dalam membantu mereka
menimba pengalaman dalam perniagaan. Akhir sekali, diharapkan agar permohonan
penubuhan Persatuan Usahawan Muda dapat disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah.

6
RUJUKAN

Ab. Halim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur. Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Ahmad Esa, Mohd Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman, & Zalinah
Salehon. (2015). Citra Kokurikulum. (Penerbit UTHM, Ed.). Penerbit UTHM

Amir Hamzah Aman. (2014). Pengurusan Kokurikulum. Selangor. Penerbitan Multimedia


Sdn
Bhd.

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan Pengurusan
Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik, Sdn. Bhd.

Nor Hisham Hashim. (2012). Amalan Pengurusan Pentadbir Kokurikulum Dalam


Pelaksanaan
Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Taiping. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum.


Bahagian
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.

Jamil Hassim. (2001). Tatacara Pengendalian Majlis. Kuala Lumpur. Book Centre Sdn Bhd

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd

Noor Azzam Syah Mohamed, & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan
Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah
Menengah Harian|. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil.3(Isu 3), 17–43.

7
Nooraini Othman, Wardatul Aishah Musa, & Mohd Nasrul Hakim. (2015). Kokurikulum Di
Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Bahagian
Perkembangan Kurikulum KPM, (1956), 1 – 6

8
LAMPIRAN 1

Sekolah Kebangsaan Malau,


Jalan Malau,
06000 Jitra,
Kedah
___________________________________________________________________
Rujukan Tuan: SKM/800-2/2020/
Rujukan Kami: JEA1048/PKS/05/2020
Tarikh: 6 Januari 2020
Kepada:
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Malau

Tuan/Puan

Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan Usahawan Muda SK Malau

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Kelab Usahawan Muda SK Malau


telah diadakan pada 7 Januari 2020 pada jam 2.00 petang di Dewan SK Malau. Mesyuarat
telah memutuskan dan mengesahkan sebulat suara perlembagaan dan peraturan-peraturan
persatuan, perancangan aktiviti dan senarai ahli jawatankuasa yang akan melaksanakan
tugas masing-masing sehinggalah ke Tarikh mesyuarat Agung yang pertama yang akan
diadakan secepat mungkin.

9
3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Persatuan Usahawan Muda SK Malau dengan
penuh harapan memohon supaya tuan mengesahkan penubuhan ini dan mendaftarkan
sebagai sebuah persatuan dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan peraturan-
peraturan Pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, no 11, Tambahan no 11, Tambahan no.21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21
Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai


ahli jawatankuasa kelab dan senarai aktiviti utama yang telah dibincangkan dan dipersetujui
dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan pengesahan
pihak tuan selaras dengan subperaturan 5(1) dan 5(3) peraturan-peraturan pendidikan
(persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan
no 11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

5. Jasa baik dan kerjasama pihak tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………

(NUR ADZLIN BINTI ABDULLAH)

SETIAUSAHA PENAJA,
KELAB USAHAWAN MUDA,
SK MALAU,
06000 JITRA,
KEDAH.

10
LAMPIRAN 2

KELAB USAHAWAN MUDA


SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU, JITRA

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.
11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Usahawan Muda
Sekolah Kebangsaan Malau yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Kelab Usahawan Muda

b. Alamat: Sekolah Kebangsaan Jalan Malau,


Jalan Malau,
06000 Jitra,
Kedah.

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab Usahawan Muda dengan lebih
terpimpin dalam menimba ilmu/pengalaman dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap
yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian
kecekapan yang diikutiinya.

11
PERATURAN 4 LOGO DAN PENGERTIAN

4.1 Logo Kelab Usahawan Muda

4.2 Pengertian Logo

Sayap Usahawan yang berjaya akan terbang lebih


tinggi jika mendapat keuntungan yang
banyak
Huruf B Bermaksud billionare

Anak panah di atas dan bawah Keuntungan bagi seorang usahawan ibarat
bulatan roda, adakalanya di atas adakalanya di
bawah

P.U.M Persatuan Usahawan Muda

12
PERATURAN 5 LAGU

LAGU KELAB USAHAWAN MUDA SK MALAU

Ayuh kita sama-sama,


Majukan usahawan negara,
Bersatu teguh dan bekerjasama,
Dalam membangunkan negara.

Bersepakat membawa berkat,


Dengan azam dan semangat yang jitu,
Bersamalah kita majukan usahawan muda,
Demi agama, bangsa dan negara.

Ayuh bangkitlah usahawan muda,


Mara ke hadapan mengejar cita,
Buktikanlah kemampuan kita,
Dalam membangunkan negara.

PERATURAN 6 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 7 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.

13
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 8 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah


menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN 9 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan


yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

14
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab


yang diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-


kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan


Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara


kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam


mesyuarat ahli jawatankuasa.

15
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru


Penasihat dari masa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti


yang dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 10 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 10 seorang
sebulan.

8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan


perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun


SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 11 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan


oleh persatuan sepanjang tahun.

16
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 12 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat
ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 13 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 14 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan


tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 15 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia


dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara
bertulis.

17
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan
oleh Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 16 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati


melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 17 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti


yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

………………………. …………………….
(NUR ADZLIN BINTI ABDULLAH) (MUHD KHALIS BIN AHMAD)

Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Usahawan Muda, Kelab Usahawan Muda,
Sk Malau, Sk Malau,
Jalan Malau, Jalan Malau,
06000 Jitra, 06000 Jitra,
Kedah. Kedah.

Tarikh: ................. Tarikh: ....................

18
LAMPIRAN 3

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB USAHAWAN MUDA SK MALAU

Pengerusi : (Tahun 6)

Naib Pengerusi : (Tahun 5)

Setiausaha : (Tahun6)

Naib Setiausaha : (Tahun 5)

Bendahari : (Tahun 6)

Penolong Bendahari : (Tahun 5)

Ahli Jawatankuasa : (Wakil Tahun 6)


: (Wakil Tahun 5)
: (Wakil Tahun 4)

(Pelantikan bagi jawatankuasa Kelab Usahawan Muda akan dibuat semasa mesyuarat
agung kelab)

19
LAMPIRAN 4

RANCANGAN AKTIVITI UTAMA KELAB USAHAWAN MUDA

BULAN TARIKH AKTIVITI


JANUARI 9 Januari 2020 Pendaftaran persatuan
28 Januari 2020 Mesyuarat Agung
FEBRUARI 6 Februari 2020 Kemahiran menulis laporan
Tujuan penubuhan kelab
20 Februari 2020
MAC 4 Mac 2020 Permainan perniagaan: Saidina
Merancang aktiviti mengikut kumpulan
20 Mac 2020
APRIL 3 April 2020 Pembentangan aktviti yang dirancang

17 April 2020 Latihan mempromosi produk


MEI 15 Mei 2020 Seminar usahawan
JUN 12 Jun 2020 Permainan perniagaan: Catur Bestari
26 Jun 2020 Aktiviti perniagaan/ khidmat nasihat
JULAI 24 Julai 2020 Aktiviti perniagaan/ khidmat nasihat
OGOS 11 Ogos 2020 Lawatan industri
25 Ogos 2020 Jualan Hari Kantin Sekolah
SEPTEMBER 8 September 2020 Pameran usahawan
OKTOBER 10 Oktober 2020 Pembentangan kewangan

28 Oktober 2020 Jamuan akhir tahun

20
LAMPIRAN 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU,

JALAN MALAU,

06000 JITRA,

PENDAFTARAN KEAHLIAN KOKURIKULUM KELAB USAHAWAN MUDA

NAMA : …………………………………………………………….

NO. KAD PENGENALAN : ……………………………………………………………

JANTINA : LELAKI / PEREMPUAN

KELAS : ……………………………………………………………

AGAMA : ...........................

BANGSA : ...........................

NAMA BAPA : .......................................................................................

NO. TELEFON BAPA : .....................................................

ALAMAT : ........................................................................................

21
.......................................................................................

LAMPIRAN 6

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Kelab Usahawan Muda


Sekolah Kebangsaan Malau,
Jalan Malau,
06000 Jitra,
Kedah. Tarikh: 1 Januari 2020
_________________________________________________________________________
Jawatankuasa dan Ahli Persatuan,
Kelab Usahawan Muda,
Sekolah Kebangsaan Malau, Jitra.

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA KELAB USAHAWAN MUDA

Sukacita diimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Kelab


Usahawan Muda Sekolah Kebangsaan Malau akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 7Januari 2020.


Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan SK Malau

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

22
2.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Persatuan.
2.2 Ucapan Guru Penasihat Persatuan.
2.3 Agenda Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja
i. Ucapan pengerusi
ii. Pemilihan jawatankuasa
iii. Tugasan jawatankuasa
iv. Membincangkan perlembagaan
v. Hal-hal lain
3. Saudara / saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang mejalankan tugas,

………………………………
( NUR ADZLIN BINTI ABDULLAH)
Setiausaha penaja,
Kelab Usahawan Muda,
Sekolah Kebangsaan Malau.

23
LAMPIRAN 7

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA KELAB USAHAWAN


MUDA SK MALAU

Tarikh : 7 Januari 2020


Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan SK Malau
Kehadiran: 7/7
1. Muhd Khalis bin Ahmad
2. Nur Izyani binti Zaid
3. Nur Adzlin binti Abdullah
4. Muhd Azman bin Hamid
5. Saleha binti Mahmud
6. Maimunah binti Abd Rahman
7. Khalid bin Aswadi

Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang Makluman
kepada guru penasihat dan guru-guru lain yang hadir.
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat
2. Pemilihan Jawatankuasa
2.1 Pengerusi
2.2 Naib Pengerusi
2.3 Setiausaha
2.4 Bendahari
2.5 Ahli jawatankuasa (3 orang ahli)
3. Tugasan Jawatankuasa:
3.1 Memberikan penerangan tugasan untuk Jawatankuasa Setiausaha
tersebut

24
4. Membincangkan perlembagaan
Semua ahli
5. Hal-hal lain

6. Ucapan penangguhan

Disediakan oleh:

… Adzlin… Tarikh: 7 Januari 2020

(NUR ADZLIN BINTI ABDULLAH )


Setiausaha Penaja,
Kelab Usahawan Muda,
Sekolah Kebangsaan Malau,
Jalan Malau,
06000 Jitra,
Kedah.

25
26
LAMPIRAN 8

27
28
29

You might also like