You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM SEMINAR USAHAWAN


DIGITAL IKS (GOLONGAN ASNAF)
Anjuran:
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Dengan Kerjasama:
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Tarikh: Jun 2021


Tempat: Seluruh Negara (kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan)
PENDAHULUAN

Program “ SEMINAR USAHAWAN DIGITAL IKS” merupakan inisiatif daripada Dewan Perniagaan
Usahawan Kecil Malaysia bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKPB khususnya melibatkan
golongan B40 di luar bandar di seluruh Semenanjung Malaysia. Sasaran golongan ini terdiri daripada rakyat
yang miskin, dibuang kerja dan tiada pendapatan tetap.
PENDAHULUAN (samb.)

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), dilaporkan sebanyak 30,000 telah dibuang kerja
dan 10,000 orang telah diberikan cuti oleh pihak majikan kesan daripada Pandemik Covid19. Jumlah ini
dijangka bertambah dengan peningkatan kes positif setiap hari yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Program ini menyasarkan sebanyak 3000 keluarga di seluruh negara melibatkan hampir 90,000 secara
purata.
RASIONAL

Pandemik Covid19 yang telah berlaku di seluruh negara termasuk negara kita bukan sahaja
memberi kesan kepada kesihatan manusia tetapi melibatkan hampir seluruh kehidupan manusia.
Ini termasuklah seperti ekonomi, kerjaya, sosial dan aktiviti seharian. Konsep normal baharu
diperkenalkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Melalui Program ”Seminar Usahawan Digital IKS' ini adalah bertujuan untuk meringankan
beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya golongan yang terkesan dengan Pandemik
Covid19 ini. Daripada golongan yang bekerjaya secara profesional sehingga pekerja bawahan
terutama pekerja swasta atau tiada pendapatan tetap.
RASIONAL (samb.)

Walaubagaimanapun, penumpuan program ini adalah kepada rakyat


yang tinggal di luar bandar. Mereka amat memerlukan sedikit sokongan
untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dewan Perniagaan Usahawan
Kecil Malaysia adalah NGO yang sentiasa menyalurkan pelbagai
bantuan kepada masyarakat luar bandar sejak ianya ditubuhkan melalui
program berkaitan ekonomi.
OBJEKTIF

 Membantu golongan yang terkesan dengan Pandemik Covid19 khususnya masyarakat


luar bandar melalui pendapatan sampingan secara atas talian (online business).

 Menyediakan program Latihan dan bimbingan mengenai kaedah pemasaran digital


melalui media social dan laman e-dagang seperti shopee, Lazada dll.

 Mendapatkan data golongan rakyat yang terlibat dan membuat kajian untuk
mengenalpasti bantuan yang boleh diberikan pada masa akan datang.
JAWATANKUASA PROGRAM
BIL JAWATAN NAMA
1 PENAUNG

2 PENASIHAT Sdr. Muhamad Nur Aizat bin Noor Azam


3 PENGARAH Dr. Roslan Basaruddin
4 TIMBALAN PENGARAH Sdr. Shaiful Akhmar Mohd Noor
5 SETIAUSAHA Pn. Suriani binti Shariman
6 BENDAHARI Sdri. Nor Najihah binti Abd Razak
Nurul Adila binti Mohd Rafee
7 AJK Muhammad Syahmi bin Muhammad Shawal
Muhammad Lutfi Naim bin Mohd Shakri
Nadhira Aini binti Yunus
Zulhasmi bin Zabidi
Hafiz bin Mohamad
Nor Aliya binti Ilyas
Nurul Aqilah binti Bakhrurazi
Omar Fadzilah bin Mohamed
Faris Faizal bin Aznan
Noor Khairun Arifah Mohd Isa
PERBELANJAAN “Seminar Usahawan Digital IKS”
ITEM ITEM
Tenaga Pengajar 20 Modul Pembelajaran
Seminar Facebook Ads Elaun Fasilitator
Seminar Instagram Ads Logistik
Seminar Twitter Ads Penyediaan lokasi
Seminar Google Ads Goodies untuk peserta
Seminar Blog dan Web Sampul fail,pen,dll
Seminar E-Dagang
Seminar Youtube
JUMLAH = 40,000 x2hari x 30 lokasi (250 orang 1 lokasi)
JUMLAH KESELURUHAN = RM 2,400,000.00 (7500 orang)
PENUTUP

Pihak kami berharap agar program ini mampu memberi sesuatu khidmat bakti kepada masyarakat khususnya di
luar bandar . Semoga kerjasama yang terjalin antara Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Yayasan
Pembangunan Buku Megara melalui program ini akan dapat meringankan beban kepada rakyat yang terkesan
dengan Pandemik Covid19 demi kebaikan bersama

You might also like