You are on page 1of 13

PENGENALAN

Sekolah perubatan pertama yang telah ditubuhkan di singapura pada 1905

sebelum dikenali sebagai Martab Perubatan Raja Edward VII. Orang-orang china

telah menunjukkan minat terhadap pendidikan kepada anak-anak mereka.1 Martab

Perubatan Raja Edward VII ini didirikan di singapura pada tahun 1905 dan

pembinaan martab ini hasil daripada usaha orang – orang cina di negeri selat di

bawah kepimpinan Tan Jiak Kim.2 Martab ini sangat unik dalam sejarah

penubuhannya kerana uniknya Martab Perubatan Raja Edward VII, sesi pengajaran

telah bermula awal sebelum dirasmikan di mana bermulah pada 3 julai 1905 iaitu 11

hari selepas ordinan diluluskan dan hanya dirasmikan pembukaan Martab Perubatan

Raja Edward VII pada 18 september 1905 oleh Gabenor Anderson. 3 Nama asal

martab ini dikenali sebagai sekolah perubatan kerajaan negeri-negeri selat dan

negeri-negeri melayu bersekutu dan telah dipinda kepada Martab Perubatan Raja

Edward VII yang di usulkan melalui tiga ordinan iaitu ordinan pada tahun 1912,

1913, dan 1921 dan iainya dilakukan secara berperingkat dari semasa ke semasa. 4

Nama baru martab ini kekal sehingga 1949 apabila Martab Perubatan Raja Edward

VII dijadikan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.5 Perkembangan Martab

Perubatan Raja Edward VII berkait rapat dengan ordinan 1912, 1913 dan 1921

sehingga martab ini dikenali dan setaraf dengan martab perubatan yang berada di

luar negara.

1
Sidek Fadzil, Sejarah Orang China di Tanah Melayu, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1970, hlm. 147.
2
Ibird
3
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010. Hlm 2
4
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron, Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009. Hlm 153
5
T.j Danaraj, Medical Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. Hlm 7

1
SEBELUM 1905

Sepanjang pada tahun-tahun percubaan terdapat emapat skim latihan

kakitangan perubatan telah diperkenalkan di negeri-negeri selat. Dua skim latihan

kakitangan perubatan wujud semasa pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris

(SHTI) dan selebihnya di bawah pentadbiran pejabat tanah dan jajahan. Skim latihan

pertama pada 1822, skim latihan kakitangan perubatan yang kedua pada 1852, Skim

latihan kakitanagan perubatan yang ketiga pula pada 1869 dan skim latihan

kakitangan perubatan yang terakhir pula pada 1899.

SKIM LATIHAN KAKITANGAN PERUBATAN PERTAMA (1822)

Cadangan pertama bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan

bawahan dalam perkhidmatan perubatan memalui pemberian latihan kepada kanak-

kanak lelaki tempatan telah diajukan oleh senior surgeon Pulau Pinang pada 28 ogos

1822.6 Masalah kekurangan ini telah menjadi pendorong kepada senior surgeon

untuk mewujudkan skim latihan kakitangan perubatan. Tujuan skim ini diwujudkan

adalah untuk memberi latihan perubatan kepada kanak-kanak lelaki bagi mengatasi

masalah kekurangan kakitangan perubatan. Dalam skim pertama ini, British hanya

mengambil 4 pelajar lelaki sahaja yang dipilih dari Penang Free School yang akan

menjadi perantis Jabatan Perubatan Pulau Pinang dan diikat kontrak selama lima

tahun.7 Perantis pertama yang dibawa masuk iaitu James Ash pada tahun 1823

6
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron, Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009. Hlm 147
7
Ibird

2
manakala John Sutherland, James Isaiah Woodford dan William James Clyne pula

pada tahun 1824.8 James Ash telah menamatkan pengajiannya pada 2 april 1828

beliau telah dilantik menjadi pembantu apotekari dengan bayaran gaji sebanyak 50

rupeens dan diikuti oleh John Sutherland, James Isaiah Woodford setahun kemudian,

mereka juga dilantik sama dengan Ash dan bayaran gaji juga sama. Skim latihan

kakitangan perubatan pada tahun 1822 ini menemui kegagalan kerana tawaran gaji

yang rendah berbanding dengan pegawai daripada India.9 Iainya dibuktikan lagi

dalam tempoh 30 tahun hanya 3 orang sahaja perantis yang berjaya kerana kawalan

india terhadap kewangan negeri – negeri selat yang menyebabkan perantis dan

kakitangan perubatan bawahan menerima layanan yang buruk berupa gaji yang

rendah iaitu 50 rupees, ketiadaan program pembelajaran yang teratur, proses

kenaikan pangkat dan ketiadaan peruntukan selepas pencen dan telah membawa

kepada kemunculan skim latihan kakitangan perubatan yang kedua pada tahun 1852

SKIM LATIHAN KAKITANGAN PERUBATAN KEDUA (1852)

Skim latihan kakitangan perubatan kedua diwujudkan pada 18 oktorber

1852, rancangan ini telah diutarakan oleh senior surgeon Oxley kepada A.E Blundell

iaitu Pemangku Gabenor Negeri-negeri Selat.10 Dalam rancagan skim latihan

kakitangan perubatan kedua, mereka menekankan kepada elaun sara hidup dan

bayaran gaji.11 Dalam skim kedua ini, mereka menawarkan elaun dan gaji ini untuk

menarik minat perantis untuk terlibat dalam pendidikan perubatan. Dalam skim

8
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010, Hlm 3
9
Tj danaraj hlm 4
10
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010. Hlm 4
11
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron, Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009. Hlm 148

3
latihan kakitangan perubatan ini juga, mereka menawarkan tempoh latihan selama 5

tahun. Dalam tempoh ini perantis akan dibayar elaun sebanyak 20 rupees sebulan

dalam tempoh 2 tahun setengah dan jumlah elaun ini akan di naikkan kepada 30

rupees sebulan apabila lulus dengan memuaskan dalam peperiksaan yang diambil.

Perantis perlu mengambil peperiksaan farmasi, asas perubatan, boleh membaca dan

menulis preskripsi, dapat menyesuaikan diri dengan runting asas di hospital dan

kemahiran membalut luka.12 Dalam masa yang sama juga setelah perantis

menamatkan penajian dan latihan selama 5 tahun, mereka akan dilantik menjadi

pegawai apotekari dengan bayaran gaji sebanyak 50 rupees sebulan dan

perkhidmatan selama 15 tahun pula akan dinaikkan pangkat kepada jawatan

apotekari rendah dengan bayaran gaji juga dipertingkatkan kepada 75 rupees

sebelum dilantik apotekari yang bergaji 100 rupees sebulan. Oxley juga telah

mensyaratkan penilain melalui peperiksaan dan kecermelangan individu untuk

kenaikan dari sudut gred ke satu gred yang lain di samping mata pelajaran khusus

yang perlu diambil. Mata pelajaran khusus yang perlu diambil adalah fisiologi, imu

asas anatomi, kaedah pengendalian post mortem dan patologi.13 Gabenor jeneral

India telah meluluskan skim ini 10 mei 1853. Perantis pertama yang memohon pada

bulan januari 1854 oleh seorang cina bernama Tan Poh yang memulakan latihannya

pada sertember 1854 di Hospital Pauper Cina di singapura. 14 Dua tahun kemudian 5

orang lagi menyertai skim perantisan yang sama. Pada 30 januari 1858, senior

surgeon negeri – negeri selat terpaksa mengakui bahawa skim perantisan yang

dilaksanakkan selama 5 tahun ini gagal. Percubaan demi percubaan telah dilakukan

tetapi tetap menemui kegagalan dengan adanya tawaran menurunkan syarat

12
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010. Hlm 4
13
Ibird
14
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron, Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009. Hlm 148-149

4
kelayakan kemasukan, menaikkan gaji dan mengurangkan tempoh percubaan

daripada tiga bulan kepada satu bulan juga tidak memberi kesan yang nyata. Jelaslah

menunjukkan faktor gaji yang rendah telah menjadi penghalang untuk mendapatkan

kakitangan perubatan bawahan yang terbaik.

SKIM LATIHAN KAKITANGAN PERUBATAN KETIGA (1869)

Pada 1 april 1867 apabila pentadbiran negeri – negeri selat beralih daripad

Syarikat Hindia Timur Inggeris di india kepada pentadbiran pejabat tanah dan

jajahan, perkembangan latihan perubatan di negeri – negeri selat memasuki era baru.

Dengan perubahan pentadbiran yang baru, tanpa menunggu lama Gabenor Harry

Ord telah mengutarakan masalah kakitangan perubatan tempatan yang dihadapi

kepada setiausaha tanah jajahan pada 12 disember 1867.15 Gabenor Harry Ord telah

menawarkan syarat yang menarik untuk menarik minat apotekari dari India yang

sedang berkhidmat dalam negeri – negeri selat sebagai pujukan untuk meninggalkan

perkhidmatan di India dalam menyertai perkhidmatan negeri – negeri selat yang

dibentuk. Dimana Gabenor Ord telah menyatakan dua cadangan untuk

dipertimbangkan oleh setiausaha tanah jajahan. Cadangan pertama yang gabenor ord

nyatakan adalah kerajaan India meminjamkan empat orang apotekari yang

berkobolehan untuk berkhidmat selama sepuluh tahun di negeri – negeri selat

ataupun membenarkan empat orang kakitangan perubatan india menyertai

perkhidmatan di negeri-negeri selat secara sukarela.16 Cadangan kedua pula,

kerajaan India membenarkan kemasukan terhad kepada pemuda – pemuda dari

negeri-negeri selat untuk mendapatkan latihan sebagai apotekari di kolej perubatan

15
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron, Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009. Hlm 149
16
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010.Hlm 5

5
Madras.17 Melalui campur tangan pejabat tanah dan jajahan telah mendapat nafas

baru dalam negeri-negeri selat. Kerajaan India telah bersetuju menghantar dua orang

apotekari terlatih ke Negeri-negeri Selat sebagai pengganti kakitangan perubatan

yang dipanggil pulang.18 Pada tahun 1869 ini juga, seramai sepuluh orang bakal

perantis telah mengemukakan pencalonan masing-masing dan tujuh daripadanya

telah dipilih. Mereka yang terpilih akan dikehendakai mengikuti latihan asas selama

dua tahun di hospital besar singapura sebelum melanjutkan pengajian selama tiga

tahun di koleh perubatan Madras. Pada bulan September 1870, daripada tujuh orang

yang dipilih untuk mengikuti perantisan ini hanya tiga orang perantis sahaja yang

dihantar ke madras untuk menyempurnakan perantisannya masing-masing. Hal ini

jelas dengan jumlah calon yang sedikit telah menjadi petunjuk kepada bahawa skim

baru ini juga menemui kegagalan. Sekali lagi isu gaji yang rendah terus

membelenggu perkembangan skim perantisan perubatan di negeri – negeri selat.

Jelas ketiga-tiga skim latihan kakitanga perubatan ini menemui kegagalan

bagi memenuhi kekurangan kakitangan perubatan bawahan yang disebabkan oleh

masalah gaji. Jika dilihat kepada jumlah kakitangan yang berjaya sepanjang tempoh

percubaan skim ini hanya 19 orang sahaja yang berjaya dilantik menjadi apotekari.

SKIM LATIHAN KAKITANGAN PERUBATAN KE EMPAT (1889)

Selepas kegagalan skim latihan kakitangan perubatan ketiga pada tahun

1869 tidak tamat di situ sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, semenjak

pemuda – pemuda NNS dibenarkan mengikuti latihan perubatan di hospital besar

singapura telah wujud idea baru untuk menubuhkan sekolah perubatan sendiri. Idea

17
Ibird
18
Ibird

6
untuk mewujudkan sekolah perubatan ini diutarakan oleh Dr. Max F. Simon iaitu

pemangku Ketua Pegawai Perubatan Awam.19 Beliau telah mengajukan sebuah

memorandum yang bertajuk “Memorandum as to the Foundation of a Medical

School for the Straits Settlements in Singapore” yang bertarikh 16 September

1899.20 Dimana Dr.Simon berhasrat untuk menjadikan sekolah perubatan yang bakal

ditubuhkan setaraf dengan sekolah perubatan di Madras, Sri Lanka dan Britain.

Dalam skim latihan kakitangan perubatan ke empat ini, Dr. Simon menyatakan

pelajar perlulah mengiguti pengajian selama 2 tahun di singapura sebelum dihantar

ke Madras ataupun Colombo untuk menyambung pengajian selama 3 tahun lagi.

Dalam skim ini juga Dr. Simon bersungguh-sungguh untuk menubuhkan sekolah

perubatan sendiri dimana mata pelajaran yang akan diajar di singapura turut

diperincikan. Tenaga pengajar juga dinyatakan dalam skim ini dimana Dr.

Mugliston, Dr. Ellis dan Dr. Simon sendiri akan mengendalikan kuliah anatomi,

fisiologi, materia medica, pembedahan dan perubatan. Dr. Bott pula akan mengajar

mata pelajaran kimia sementara En. Ridley akan mengkhusus dalam mata pelajaran

botani.21 Kesungguhan Dr. Simon hanya disambut oleh 2 orang pemohon sahaja dan

yang lebih menyedihkan pula kedua-dua orang didapati tidak sihat sekaligus

membuktikan skim ini juga menemui kegagalan.

PROSES PENUBUHAN

Walaupun menemui kegagalan idea yang dicetuskan oleh Dr. Simon tidak

dipandang sepi kerana dalam laporan yang ditulis oleh Majlis Perundangan NNS

19
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron, Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009. hlm 150
20
Ibird
21
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010. hlm 6

7
telah menekankan isu pendidikan perubatan di NNS yang mendapat perhatian

daripada anggota suruhajayanya. Harapan untuk menubuhkan sebuah sekolah

perubatan di singapura bersinar sekali lagi dengan petisyen yang ditandatagani oleh

Tan Jiak Kim bersama dengan yang lain. Iainya merujuk kepada penyatuan semua

masyarakat di negeri – negeri selat terutamanya masyarakat cina dalam rayuan

mereka supaya kerajaan menimbangkan sehalus – halusnya cadangan yang

terkandung dalam petisyen tersebut dan petisyen yang ditandatagani oleh beliau

telah dibalas oleh pemangku setiausaha colonial NNS iaitu Fred G. Penney. Fred G.

Penney telah menimbulkan isi Kos ataupun pendanaan dalam membina sekolah

perubatan telah menjadi penghalang untuk menubuhkannya. Hasil daripada

pengiraan yang dilakukan oleh Dr.D.K. McDowell, ketua pegawai perubatan awam

NNS menunjukkan sebanyak $84000 diperlukan bagi membina sekolah sekolah

tersebut. Daripada jumlah $84000 yang dinyatakan meliputi pelbagai aspek seperti

mebina bagunan, kelengkapan barang barang di sekolah, kakitangan dan

penyelengaraan dan biasiswa serta elaun kepada bakal pelajar. Tetapi kerajaan

memberi sedikit kelonggaran, dimana mereka hanya perlu mencari Dana sebanyak

$71000 daripada jumlah asal dan selebihnya kerajaan akan tanggun. Selepas

mendapat berita ini, mereka mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Perlindunagn

Orang Cina di Singapura, dan mereka berjaya mengumpul sebanyak $87000

melebihi ketetapan yang diletakkan oleh kerajaan sebanyak $17000.22 Sumbangan-

sumbangan ini diperoleh daripada sumbangan orang Cina Singapura, sumbangan

peribadi Tan Jiak Kim, sumbangan orang Cina Pulau Pinang, saudagar Saigon, E.

Chin Seng dan Loke Yew. Oleh itu, hasil daripada sumbangan tersebut, Anderson

telah memanjangkan hal penubuhan sekolah perubatan kepada Alfred Lyttelton pada

22
Tj. Danaraj hlm 6

8
10 Januari 1905.23 Pada 16 Jun 1905, rang undang-undang dibaca buat kali pertama

yang bertajuk ‘An Ordinance to provide for the Establishment of a School of

medicine at Singapore, dan bacaan kedua pula dilakukan pada 30 jun 1905.24

Akhirnya penantian selama 83 tahun berakhir pada 14 julai 1905 dimana sekolah

perubatan di singapura itu sebagai sekolah perubatan kerajaan NNS dan NNMB dan

telah dirasminkan oleh gabenor Anderson pada 18 september 1905.25

SELEPAS PENUBUHAN 1905

Selepas penubuhan sekolah perubatan ini pada 1905 sehingga 1941,

terdapat tiga ordinan yang diluluskan oleh Majlis Perubatan Negeri-Negeri Selat

berkaitan dengan maktab ini. Dalam oridanan pertama, Ordinan No. XII, 1912, yang

telah diluluskan pada pada 7 oktorber 1912, dimana pengenalan kerusi professor

diperkenalkan buat kali pertama dan kerusi itu ialah kursi fisiologi dan

penyadangnya ialah Dr. J. Argyll Campbell. Kursi ini diwujudkan hasil sumbangan

daripada jawatankuasa memorial raja Edward sebanyak $124800 oleh jawatankuasa

memorial Raja Edward VII.26

Setahun selepas Ordinan 1912, Ordinan baru telah diperkenalkan iaitu

Ordinan No. XII, 1913, dimana ‘The King Edward VII Mdical School Ordinance

1905’ telah menukar Nama asal sekolah perubatan di singapura kepada sekolah

perubatan Raja Edward VII. Pertukaran Nama ini sebagai menghargai sumbangan

Yayasan Memorial Raja Edward VII dan tanda penubuhan sekolah ini semasa

pemerintahan Raja Edward VII.27 Dalam ordinan ini juga diperkenalkan kerusi

23
Mat Zin Mat Kib, Worran Hj. Kabul, Abdul Kadir Rosline, Shireen Haron,Seminar dasar Malaysia, Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2009hlm 152
24
Inird hlm 152
25
Ibird hlm 152-153
26
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010. Hlm 11
27
Tj danaraj hlm 7

9
professor yang pertama iaitu kerusi fisiologi yang jawatan ini disandang oleh Dr. J.

Argyll Campbell pada 16 Jun 1913 beliau memulakan tugasnya.28

Manakala melalui Ordinan No. 39, 1921, “King Edward VII Collage of

Medicine Ordinance, 1912”, Sekolah Perubatan Raja Edward VII telah ditukar nama

asalnya dan dikenali sebagai Kolej Perubatan Raja Edward VII dan iainya kekal

sehingga tahun 1949 apabila iainya dikenali sebagai Fakulti Perubatan Universiti

Malaya.29 Penggunaan Nama sekolah sudah tidak releven dalam konteks pengajian

akademik yang memberi latihan profesional berdasarkan piawaian universiti.30

Berlaku rombakan dalam pentadbiran dimana pengenalan dewan senat,

dipengurusikan oleh pengetua, dianggotai oleh professor dan pensyarah dan

tertakluk kepada Majlis Perundangan Negeri – Negeri Selat. Bidang tugas dewan

senat adalah kelayakan pelajar, Kurusu pengajian, peperiksaan, biasiswa dan

disiplin.

SYARAT KELAYAKAN

Kerajaan dan maktab telah memberi tumpuan dalam aspek pengajian dan

pengajaran semenjak dari awal penubuhan Maktab Perubatan Raja Edward VII. Satu

piawaian telah dibentuk untuk memudahkan syarat kelayakan untuk memasuki

maktab ini. Dimana syarat yang ditetapkan setiap bakal pelajar maktab ini mestilah

mempunyai kelulusan Cambridge Local Junior dan perlu mendapat Lulus

peperiksaan dalam subjek matematik, karangan Bahasa Inggeris dan geografi. Di

samping itu, syarat yang dikenakan juga mestilah kanak-kanak lelaki dan lulusan

darjah 7 sekolah aliran Negeri – Negeri selat dan Negeri Negeri Melayu Bersekutu

28
Dr. noraini
29
T.j danaraj hlm 7
30
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010.Hlm 12

10
dan setiap pelajar perlu mengikuti tempoh pengajian selama 5 tahun. Setelah

mengikuti latihan selama 5 tahun, pelajar diwajipkan untuk mengambil peperiksaan

kelayakan sebelum dianugerahkan sijil Licentiate in Medicine and Surgery (L.M.S)

yang membolehkan pemegangnya menjalankan tugas sebagai seorang doktor di

mana-mana tempat di Tanah Melayu.31 Manakala pada tahun 1912, syarat

kelayakkan untuk memasuki maktab ini ditingkatkan dimana setiap bakal pelajar

mestilah mempunyai Sijil Senior Cambridge. Syarat ini telah dipertingkatkan pada

tahun 1923, dimana bakal pelajar perlulah memiliki dan mendapat kelulusan

matrikulasi dan tempoh pengajian juga ditingkatkan daripada 5 tahun kepada 6

tahun. Dalam tahun pertama daripada enam tahun setiap pelajar mesti mengambil

subjek kimia, fizik dan biologi.

ORGANISASI PENTADBIRAN

Maktab ini terus cemerlang sepanjang penubuhnannya pada tahun 1905

sehingga 1941 dimana mempunyai sistem organisasi pentadbiran yang berkaliber.

Maktab ini mempunyai empat orang pengetua yang berkaliber sepanjang tempoh

yang dinyatakan antarannya adalah Dr. G.D. Freer antara tahun 1905 sehingga 1909

dan juga merupakan pengetua yang pertama. Seterusnya Dr. R.D. Keith pula pada

tahun 1909 sehingga 1917, Dr. G.H. MacAlister antara tahun 1917 sehingga 1929

dan yang terakhir sekali ialah Dr. G.V. Allen antara tahun 1929 sehingga 1947. 32

Dalam masa yang sama juga meraka akan dibantu oleh lembaga pentadbiran maktab,

para profesor dan pensyarah dalam memastikan maktab ini terus cemerlang dan

bukan sahaja dalam latihan kakitangan perubatan tatapi terdapat juga dalam aspek

pengajaran, penyelidikan, latihan pakar dan pengajian pascasiswazah. 33 Keadaan ini


31
Noraini Mohamed Hassan, Tercapainya Sebuah Impian Berakhirnya Satu Penantian: Ordinan No. XV, 1905,
Negeri-Negeri Selat dan Perkembangan Maktab Perubatan Raja Edward VII Singapura 1905-1941, 2010. Hlm 13
32
Ibird hlm 14
33
Ibird

11
dibuktikan lagi dimana pada awalnya seramai 23 orang pelajar yang memasuki

maktab ini dan 16 daripadanya mengikuti pengajian selama 5 tahun dan 7 orang

mengikuti pengajian selama 2 tahun. Daripada 16 orang yang mengikuti pengajian

sepenuh masa hanya 7 orang yang mendapat kelulusan dan mendapat sijil L.M.S

pada Mei 1910.34 Dalam masa yang sama juga seramai 358 orang doktor dari maktab

ini telah menerima L.M.S masing-masing.35

KESIMPULAN

Kesimpulannya kita dapat lihat perubahan – perubahan yang berlaku

sepanjang penubuhan maktab perubatan Raja Edward VII. Hal ini kerana maktab ini

mengalami kekurangan kakitangan perubatan telah menyukarkan untuk menjadi

maktab yang setanding dengan maktab di luar negara. Dalam masa yang sama juga

jumlah gaji yang rendah dan elaun yang disediakan serta tempoh pengajian yang

34
B. R. Sreenivasan, Fifty Years of Medical Education in Malaya 1905-1955, hlm. 16.
35

12
menjadi halangan utama dalam penubuhannya. Kerajaan telah berusaha dengan

mengadakan SKIM latihan kakitangan perubatan yang telah menjadi pendorong

untuk menubuhkan sekolah perubatan di tanah melayu namun skim ini tidak berhasil

kerana kawalan daripada pihak British. Selepas tertubuhnya maktab ini banyak

percapaian yang berlaku seperti telah melahirkan tenaga mahir dalam bidang

perubatan dan maktab ini dikatakan setanding dengan maktab-maktab di luar negara.

Hal ini kerana, maktab ini bukan sahaja melatih kakitangan perubatan malahan telah

mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti pengajaran,

penyelidikan dan sebagainya. Jelaslah bahawa maktab ini merupakan permulaan

kepada sistem pendidikan perubatan pertama di tanah melayu telah mendorong

perkembangan pendidikan-pendidikan lain di tanah melayu sebelum berlakunya

perang dunia kedua.

13

You might also like