You are on page 1of 7

Bahasa Melayu Tahun 2

Masa: 11.30a.m. – 1.00p.m.


Tajuk: Ayat Perintah
Ayat Perintah
• Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk
menyuruh, melarang, meminta atau mempersilakan
seseorang melakukan sesuatu.

• Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat


jenis, iaitu ayat suruhan, ayat silaan, ayat larangan
dan ayat permintaan.
Ayat Suruhan
• Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan untuk
memberi perintah atau arahan.

• Contoh Ayat:
i) Buangkan sampah itu di tong sampah.
ii) Berikan surat ini kepada Cikgu Ali.
Ayat Silaan
• Ayat silaan ialah ayat yang digunakan untuk
menjemput atau mempersilakan seseorang.

• Contoh Ayat:
i) Jemput masuk.
ii) Sila datang ke rumah saya.
Ayat Larangan
• Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk
melarang seseorang daripada melakukan sesuatu
dengan menggunakan kata larangan seperti jangan,
usah dan sebagainya.

• Contoh Ayat:
i) Jangan duduk di sini.
ii) Usah bermain di tepi jalan.
Ayat Permintaan
• Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk
membuat permintaan atau meminta pertolongan.

• Contoh Ayat:
i) Tolong ambilkan buku itu.
ii) Harap kamu datang ke majlis itu nanti.
Tahniah dan syabas kerana anda telah berjaya
membaca bahan nota yang disediakan.

You might also like