You are on page 1of 9

PANITIA MATEMATIK

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDEK, 15100 KOTA BHARU

PANITIA
1
MATEMATIK

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Bijakkah Saya…….
BAGI TAHUN 2020
1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan salam kasih untuk junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat seterusnya mata rantai agama Allah
yang mengikut sunnah Baginda S.A.W sehingga hari Qiamat.

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam
kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak
sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai
mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan
seharian.
PANITIA
2
MATEMATIK
Program yang dirancang ini akan berjalan sepanjang tahun, di mana murid-
murid yang terlibat akan diberi satu kad Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk
mendapatkan tandatangan guru. Peringkat bacaan sifir pula di bahagi kepada 3
peringkat iaitu peringkat Pingat Gangsa ( sifir 2 ,3, 4 dan 5 ), peringkat Pingat Perak (
sifir 6, 7, 8 dan 9 ) dan peringkat Pingat Emas ( sifir 10, 11 dan 12 ).Bagi
mendapatkan tandatangan tersebut, murid-murid perlu membaca sifir tanpa melihat
buku sifir di hadapan guru dan menjawab beberapa soalan sifir secara rawak.
Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir
9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Murid-murid yang berjaya mencapai tahap
penguasaan sifir mengikut peringkat berhak di beri ganjaran pingat SAYA BIJAK
SIFIR. Ini menjawab kepada persoalan program ‘ Bijakkah Saya…? ‘
 
2.0 MATLAMAT
 

Program Bijak Sifir ini merupakan satu program yang diadakan untuk
meningkatkan minat dan daya hafalan sifir di kalangan murid. Program ini dirancang
ekoran keputusan peperiksaan lalu yang tidak memuaskan. Berdasarkan analisa dan
pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan murid tidak mempunyai asas yang kukuh
dalam penguasaan sifir. Masalah ini membawa kepada masalah bagi menyelesaikan
soalan-soalan matematik yang disediakan. 

Kesedaran untuk mengadakan program ini juga bertujuan untuk menerapkan


kepentingan hafalan sifir di kalangan murid-murid di sekolah ini. Di samping itu,
program ini diharap memberikan impak yang positif dalam peperiksaan akan
datang. 
PANITIA
3 Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya dalam
MATEMATIK
subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu, ia
mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Matematik.

3.0 OBJEKTIF

1. Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam


Matematik

2. Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata pelajaran


Matematik pada ujian dan peperiksaan akan datang.

3. Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik


dalam kehidupan seharian.

4. Menguji kemahiran murid dalam Matematik.


5. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi
pekerti mulia.
6. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
4.0 NAMA PROGRAM

Bijakkah Saya…….

Saya Bijak Sifir


PANITIA
4
MATEMATIK

5.0 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


6.0 SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6

7.0 ANJURAN

PANITIA MATEMATIK SK PENDEK

8.0 TEMPOH MASA

Sepanjang Tahun

9.0 TEMPAT

SK PENDEK, KOTA BHARU


PANITIA
5
MATEMATIK
10.0 CONTOH KAD BIJAK SIFIR
11.0 PANDUAN PELAKSANAAN

1. Panitia akan menyediakan Kad Bijak Sifir sebagai panduan kepada murid.

2. Didalam Kad Bijak Sifir terdapat sifir dan Kategori Tahap Peringkat Bacaan Sifir.

Peringkat Sifir

PINGAT GANGSA 2, 3, 4,.5

PINGAT PERAK 6, 7, 8, 9

PINGAT EMAS 10, 11 dan 12

PANITIA
6
MATEMATIK
3. Murid perlu menghafal dan membaca sifir dihadapan guru dan menjawab
beberapa soalan berkaitan dengan sifir yang dibaca.

4. Guru yang berpuas hati akan menurunkan tandatangan pada ruangan sifir yang
dibaca.

5. Apabila seorang murid dapat menghabiskan bacaan sifir dalam kategori yang
ditetapkan, Kad Bijak Sifir perlu dihantar kepada guru Matematik di dalam kelas
atau kepada Ketua Panitia untuk cop pengesahan dan perekodan.

6. Kad Bijak Sifir akan dipulangkan semula kepada murid selepas murid mendapat
ganjaran pingat bagi kategori sifir yang dibaca.

7. Setiap kali murid tamat bacaab sifir setiap kategori, pingat yang diperolehi
sebelumnya perlu dipulangkan semula.

8. Setiap bulan DATA bacaan sifir murid-murid perlu direkod dan disimpan oleh KP
untuk kegunaan sekolah.

9. Setiap murid yang berjaya peroleh Pingat Emas bagi tahun semasa akan
mengulang semula program ini bagi tahun berikutnya. Begitulah juga dengan
murid lain yang tidak sampai ke peringkat Pingat Emas akan ulang semula bacaan
sifir pada tahun berikutnya.
10. Program ini akan berterusan dan sentiasa berulang setiap tahun bagi setiap
murid dan Data yang diperolehi boleh dijadikan ukuran an panduan untuk
perbandingan pencapaian murid dalam Mata Pelajaran Matematik.

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI
EN. MOHD ZAINUDDIN B. ISMAIL ( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI
EN DZOLKIFFLI BIN AB MUTTALIB ( PKP )

NAIB PENGERUSI I PANITIA


NAIB PENGERUSI II
7
MATEMATIK
PN HJH RUSNANI BINTI TAIB ( HEM ) ) PN RASHIDAH BT MOHAMMAD ( PK KO )

KETUA PANITIA
EN. AZMAN B. MAT

SETIAUSAHA
PN. NORZAKIAH BT. MD KASSIM

AJK AJK
EN. SUDIRMAN B. ABD GHANI PN. MAJENAH BT. YUSOF

AJK AJK
PN. NORAZELIN BT. YAHYA PN. AZLINDAWATI BT. IBRAHIM
12.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan TS25

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun 2020, Panitia Matematik memerlukan peruntukan untuk tempahan kad
Bijak Sifir dan lencana.

Bil Perkara Seunit Jumlah


1 Kad Bijak Sifir 300 kpg X RM 0.57 RM171.00
2 Lencana Gangsa 25 pcs X RM2.50 RM 62.50
3 Lencana Perak 25 pcs X RM2.50 RM 62.50
4 Lencana Emas 25 pcs X RM2.50 RM 62.50
5 Fail Kertas Kerja 1 pcs X RM1.50 RM1.50

8 JUMLAH KESELURUHAN PANITIA


RM 360.00
MATEMATIK

14.0 PENUTUP

InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti
yang dicita-citakan serta mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif
yang telah ditetapkan untuk kecemerlangan murid. Semoga Allah memberkati niat murni
kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Wassalam.

Disediakan oleh; Disahkan oleh ;

……………………………………… ………………………………….
( En Azman B. Mat ) ( Encik Mohd Zainuddin B. Ismail )
Ketua Panitia Matematik Guru Besar,
Sk. Pendek Sk. Pendek
PANITIA
9
MATEMATIK

You might also like