You are on page 1of 16

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

1 PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS / PENYELARAS PENDIDIKAN


KHAS

1.1 Pentadbiran Umum

1.1.1 Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

1.1.2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Kewangan peringkat


sekolah.

1.1.3. Menyediakan takwim program pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan
khas seperti merancang, dan menyelia perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun.

1.1.4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan
PPKI.

1.1.5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat kepada pihak pentadbir sekolah dan
guru-guru pendidikan khas.

1.1.6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa
dikemaskini:

- Fail Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi

- Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

- Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

- Fail Mata Pelajaran KSSRPK

- Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas

- Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

- Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

- Fail Kokurikulum Pendidikan Khas

- Fail Program Inklusif

- Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas

- Fail Stok (Alatan dan Perabot)

110
1.1.7. Mengadakan mesyuarat bersama dengan semua guru pendidikan khas dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM)

1.1.8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid pendidikan
khas

1.1.9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas dan
PPM

1.1.10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif

1.1.11 Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan

1.1.12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpunan rasmi.

1.1.13. Mendapatkan maklumat murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah


menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, PPD dan JPN pada bulan Oktober
setiap tahun bagi tujuan penempatan.

1.1.14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah diserahkan kepada ibubapa/ penjaga bersama senarai semak.

1.2 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1.2.1 Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri supaya
mereka dapat dihantar berkursus dan seterusnya melayakkan guru mendapat Elaun Mengajar
Murid-murid OKU.

1.2.2 Memastikan semua guru pendidikan khas tidak diberikan relief kelas arus perdana.

1.2.3 Memastikan semua guru pendidikan khas tidak membawa murid arus perdana ke
pertandingan di luar sekolah ketika PdP.

1.2.4 Memastikan maklumat murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.

1.2.5 Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
bersama dengan semua guru pendidikan khas dan keputusannya dicatatkan oleh guru kelas untuk
penyediaan laporan dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas , PPD.

1.2.6 Menghantar permohonan kemasukan murid pendidikan khas baru ke Unit Pendidikan
Khas, PPD.

111
1.2.7. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan masyarakat.

1.2.8. Memastikan permohonan sebarang bantuan Elaun Murid Khas(EMK) bagi semua murid
pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup.

1.2.9. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.

1.2.10. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid di dalam atau ke luar negeri
dan memastikan dokumen murid diserahkan pada ibubapa/ penjaga.

1.2.11. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.

1.3 PENGURUSAN DATA

1.3.1 Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar
kepada Unit Pendidikan Khas, PPD dan JPN sebelum atau pada 10 haribulan setiap 3 bulan.

1.3.2 Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status
Program Pendidikan Khas.

1.4 PENGURUSAN STOK

1.4.1 Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, JPN diletakkan di dalam
kelas pendidikan khas.

1.4.2 Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, JPN dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.

1.4.3 Memastikan alatan kepunyaan PPKI tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

1.4.5 Menyemak Senarai Stok yang disediakan oleh Guru/PPM Stok dan Inventori.

112
1.5 PENGURUSAN KEWANGAN

1.5.1 Memastikan peruntukan PCG PPKI dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun.

1.5.2 Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa).

1.5.3 Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru pendidikan khas.

1.5.4 Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas

1.5.6 Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung PPKI (PIBG) yang disediakan
oleh bendahari PPKI.

1.6 PENGURUSAN KELAS

1.6.1 Menyediakan satu peraturan untuk PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada pihak
pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.

1.6.2 Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.

1.6.3 Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas
mencukupi.

1.7 PENGURUSAN JADUAL WAKTU

1.7.1 Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual
waktu yang sesuai dengan opsyen guru.

1.7.2 Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah .

1.7.3 Memstikan jadual waktu dibina menggunakan system yang sesuai .

1.8 PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1.8.1 Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di PPKI dari
masa ke semasa.

113
1.8.2 Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini.

1.8.3 Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada
ibu bapa atau penjaga.

1.8.4 Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid


pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam seperti UPSR.

1.9 PENGURUSAN DIRI

1.9.1 Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan
khas dan PPM

1.9.2 Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas dan PPM

2 PENYELARAS KURIKULUM PPKI

2.1. Memastikan PdP mengikut kurikulum yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas,
KPM.

2.2. Memastikan mata pelajaran yang diajar mengikut dokumen standard adalah bersesuaian.

2.3. Memastikan bahan-bahan pembelajaran mencukupi bagi melaksanakan kurikulum


pendidikan khas.

2.4. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih atau guru baru di sekolah
ini.

2.5. Menyediakan jadual bertugas mingguan dan bengkel perkembangan staf.

2.6. Menyediakan aktiviti dan perancangan tahunan kurikulum berdasarkan takwim PPD dan
JPN.

2.7. Menyediakan buku laporan bertugas guru.

2.8. Menyediakan senarai nama dan maklumat guru mengikut kelas.

2.9. Menyediakan senarai buku latihan untuk murid.

2.10. Menyediakan jadual pencerapan buku latihan, RPI dan PdP.

114
2.11. Menyediakan jadual mesyuarat PPKI dan taklimat PPM.

2.12. Menyediakan surat siaran waktu dan sesi persekolahan tahunan.

2.13. Menyimpan kertas soalan Penilaian pertengahan tahun (PPT) dan Penilaian Akhir Tahun
(PAT)

di dalam fail bank soalan.

2.14. Menyediakan dokumen / senarai semak Hari Terbuka.

2.15. Menyediakan senarai murid untuk kenaikan kelas bagi tahun hadapan.

2.16. Menyediakan jadual peperiksaan PPT & PAT berdasarkan takwim sekolah.

2.17. Menyediakan carta organisasi kurikulum PPKI.

2.18. Menyediakan AJK panitia mata pelajaran.

2.19. Menyediakan senarai semak penghantaran buku latihan dan RPI.

2.20 . Menyediakan muka depan untuk soalan PPT dan PAT.

2.21. Menyediakan senarai penghantaran buku latihan dan RPI.

2.22. Membuat agihan murid untuk guru-guru menyediakan e-rpi.

2.23. Menyediakan buku relief PPKI.

2.24. Menyediakan buku rekod pinjaman alatan / BBM PPKI.

3. PENYELARAS HAL EHWAL MURID PPKI

3.1 Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan


pertukaran murid

3.2 Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.

3.3 Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula
dari masa ke semas

3.4 Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi EMK, BukuTeks,
Rancangan makananTambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan murid, pemeriksaan
kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.

115
3.5 Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling
Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada
pengguna.

3.6 Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan


dan sijil berhenti sekolah.

3.7 Memastikan data maklumat kelas, guru dan murid dalam sistem APDM dan sistem
pengoperasian pendidikan khas adalah sama dan tiada kesilapan yang berlaku.

3.8 Memastikan Program Susu 1 Malaysia dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berjalan
lancar.

4 . PENYELARAS KOKURIKULUM PPKI

4.1. Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,
kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform,

4.2. Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-
pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong Kanan KoKurikulum).

4.3. Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan,
yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan
Khas.

- Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,

- Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap


sesi

- Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,

- Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,

- Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,

- Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap ko-kurikulum

- Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,

- Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

4.4. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang.

116
4.5. Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk
mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap program kokurikulum.

4.6. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan;
satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.

4.7. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.

4.8. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri
direkod.

4.9. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan


diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.

4.10. Menyediakan buku laporan bertugas guru kokurikulum.

4.11. Menyediakan carta kokurikulum PPKI

4.12. Memantau perjalanan aktiviti kokuruikulum PPKI

4.13. Menghadiri mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum peringkat negeri.

4.14. Memastikan murid terlibat dengan aktiviti anjuran PPD / JPN

4.15. Mengadakan mesyuarat kokurikulum

5 . GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS

5.1 Pengurusan Dokumen

5.1.1 Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.

5.1.2 Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di
dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan
khas.

5.1.3 Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini.

5.1.4 Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.

5.1.5 Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat
panggilan mesyuarat dan lain-lain.

117
5.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid

5.2.1 Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi bersama-sama
PPM.

5.2.2 Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehat.

5.2.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-


murid pendidikan khas di kelasnya.

5.2.4 Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru dalam Buku
Daftar Kemasukan.

5.2.5 Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas
baru di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan 3 bulan.

5.2.6 Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid yang akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau berhenti sekolah.

5.2.7 Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan
menduduki peperiksaan awam bersama guru SPBT.

5.2.8 Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku
sebarang kesulitan.

5.2.9 Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas bersama AJK.

5.3 Pengurusan Data

5.3.1 Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penolong Kanan Pendidikan
Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

5.3.2 Memasukkan dan mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan juga pengoperasian
Pendidikan Khas.

5.3.3 Memastikan murid Pendidikan Khas ditagging sebagai murid OKU di dalam sistem
APDM.

118
5.4 Pengurusan Kewangan

5.4.1 Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan mengeluarkan resit.

5.4.2 Menguruskan buku-buku latihan dan buku kerja yang bersesuaian.

5.4.3 Menyerahkan kutipan bayaran kepada penyelaras yang ditetapkan.

5.5 Pengurusan Kelas

5.5.1 Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.

5.5.2 Menyedia dan mempamerkan visi, misi, jadual waktu kelas dan sebagainya.

5.5.3 Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta
tersebut.

5.5.4 Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.

5.5.5 Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

5.6 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

5.6.1 Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan


sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas seterusnya kepada ibu bapa untuk
ditandatangani.

5.6.2 Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang
berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penolong Kanan
Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

6 GURU PANITIA MATA PELAJARAN

6.1 Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas dan juga Panitia arus perdana.

6. 2 Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku
Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai.

6.3 Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing.

6.4 Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian.

119
6.5 Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan.

6.6 Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan
menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas.

6.7 Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

6.8 Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.

6.9 Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar.

6.10 Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya
di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam
ABM PPKI.

7 SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN KHAS

7.1 Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga.

7.2 Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit
mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

7.3 Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail
berkenaan.

7.4 Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas,

7.5 Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.

7. 6 Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan dihantar ke
Unit Pendidikan Khasdan PPD .

8 BENDAHARI KELAS PENDIDIKAN KHAS

8.1 Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.

8. 2 Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari
tabung PPKI (PIBG).

8. 3 Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI(PIBG) pada setiap hujung
bulan untuk semakan Penolong Kanan Pendidikan Khas.

120
8. 4 Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI(PIBG) dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas.

9 GURU DISIPLIN PPKI

9.1 Mengendalikan kes-kes disiplin murid.

92 Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan


bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah
tingkahlaku murid pendidikan khas.

9.3 Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk
mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan
masalah tingkahlaku yang membimbangkan.

9.4 Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail
Disiplin Kelas Pendidikan Khas.

9.5 Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan
satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-
dokumen berikut :

- Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

- Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,

- Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,

- Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,

- Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,

- Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan

pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka

- Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,

- Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.

121
10 GURU KECERIAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS

10.1 Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Home Base Pendidikan Khas.

10.2 Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas.

10.3 Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan.

10.4 Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat sekolah,


daerah dan negeri

10.5 Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Home Base Pendidikan Khas.

11 GURU STOK PENDIDIKAN KHAS

11.1 Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti
pembelian barangan dan serahkan kepada kerani pejabat dan juga Penolong Kanan Pendidikan
Khas.

11.2 Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di
dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut.

11.3 Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau
diterima pada Kad Stok.

11.4 Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima.

11.5 Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah
disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),

11.6 Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

11.7 Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir
tahun.

11.8 Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat.

122
12 GURU PROGRAM INKLUSIF

Guru Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program


Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :

12.1 Jawatankuasa Program Inklusif,

12.2 Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,

12.3 Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,

12.4 Biodata murid yang diinklusifkan,

12.5 Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,

12.6 Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,

12.7 Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,

12.8 Rekod prestasi murid,

12.9 Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

13. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/ PBS

13 .1 Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancar

13 .2 Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha peperiksaan.

13 . 3Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan semasa.

13 . 4Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan lagi prestasi

pengurusan peperiksaan

13 .5 Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnya


dipersetujui oleh pentadbir

13 .6 Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru

13 .7 Menentukan penyelia soalan dan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh penyerahan markah
kepada guru

13 .8 Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.

13 .9 Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan supaya selamat

123
13.10 .Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan perjalanan Peperiksaan.

13.11 . Mengurus dan menentukan borang-borang markah telah diisi dan diserahkan ke pejabat
untuk tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan Pendidikan Khas.

13 .12 . Mengedar Jadual Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan.

13 .13 Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan.

14 GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

14.1 Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.

14.2 Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada setiap hujung
tahun.

14.3 Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.

14.4 Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G untuk

dikemaskini.

14.5 .Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid dan

disimpan di tempat yang selamat.

14.6 .Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT.

15 GURU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROJEK SUSU


SEKOLAH(PSS)

15.1 Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT/PSS

15.2 Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang mengikut
arahan PPD .

15.3 Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid
RMT

15.4 Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun

15.5 Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.

15.6 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT.

124
15.7 Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.

15.8 Memilih menu RMT.

15.9 Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang baik dan
kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.

15.10 Memaklumkan dengan segera jika ada keracunan makanan kepada pihak pentadbir.

15.11 Memilih dan merekod murid simpanan (reserve) jika ada murid tidak hadir.

15.12 Menyediakan buku RMT untuk mengambil kedatangan murid dan murid simpanan.

15.13 Menghantar buku RMT untuk semakan pihak pentadbir pada setiap hujung bulan.

125

You might also like