You are on page 1of 1

Metodologi merupakan perkataan pinjaman perbendaharaan Bahasa Inggeris methodology.

Ia
berasal daripada dua gabungan patah perkataan Yunani iaitu methods yang bererti jalan atau
cara dan logos iaitu ilmu (Koentjaraningrat, 1997). Hasil gabungan perkataan Yunani methods
dan logos menjadi metodologi atau methodology memberikan pengertian suatu “ilmu tentang
cara mengadakan penelitian” (Imam Barnadib, 1982).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermaksud sistem yang


merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Manakala dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary, perkataam methodology bermaksud
a set of methods and principles used to perform a particular activity, yang memberikan
kesimpulan sebagai “satu koleksi kaedah yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti”.

Secara umumnya, metodologi kajian merupakan kaedah untuk mengkaji, mengumpul


dan menganilis data untuk mencapai objektif kajian. Kajian ini telah menggunakan kajian
perpustakaan yang melihat dari aspek kualitatif. Kajian perpustakan atau dikenali sebagai
Library Research merupakan kaedah yang digunakan sebagai rujukan dalam sesuatu kajian
ilmiah.

Semasa menjalankan kajian ini, bahan-bahan rujukan dari perpustakaan telah


digunakan. Sumber-sumber daripada internet juga turut digunakan sebagai rujukan antaranya
ialah karangan tertulis, gambar, laporan dan surat khabar. Proses mendapatkan maklumat
tertumpu pada pembacaan dan rujukan daripada buku-buku, jurnal-jurnal, majalah dan artikel-
artikel tentang sejarah politik Malaysia. Daripada hasil bacaan mengenai sejarah politik
Malaysia, maklumat tentang cabaran, kesan dan sumbangan politik terhadap hubungan etnik
dapat dikenalpasti.

You might also like