You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Kertas cadangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Cintai Alam Sekitar yang
dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang bertanggungjawab terhadap subjek Pendidikan Seni
Visual di Sekolah Jenis Kebangsaan Hua Hin. Sekolah ini mempunyai sebanyak 137 orang
murid dan sebanyak 14 orang guru. Kumpulan sasaran yang terlibat ialah sebanyak 137 murid
yang terdiri daripada pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Tenaga pengajar yang terlibat ialah 6 orang.
Mereka merupakan tenaga pengajar subjek ini dan juga merupakan guru penasihat untuk Kelab
Seni Visual sekolah. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Negara telah mencetuskan
beberapa elemen baru yang perlu diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
peringkat persekolahan. Elemen seperti sayang kepada alam sekitar mampu membentuk warga
pelajar yang memenuhi aspirasi negara ke arah mencapai status negara maju. Tema yang dipilih
iaitu Alam Sekitar dan topik yang dipilih iaitu menggambar dapat digabungkan dengan elemen
tersebut dalam usaha mewujudkan generasi murid yang mencintai kepada alam sekitar.

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai “3R”
iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam pendidikan yang berperanan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran terdapat 3 bidang utama iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan seni
pergerakan. Ini akan melatih pelajar berminat untuk belajar. Ini juga boleh mencungkil potensi
pelajar. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza
dari kaedah pengajaran tradisional. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan
merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial
yang terjalin melalui deria sentuh.

Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
bagi meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara
optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah
adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-
nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
1.1 Kumpulan Sasaran
Pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 di Sekolah Jenis Kebangsan Hua Hin, Tenaga Pengajar
Subjek Pendidikan Seni Visual

1.2 Tema : Alam Sekitar


Topik : Menggambar

1. Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis


membuat gambar.
2. Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar
Objektif Utama berdasarkan tema imaginasi murid.
3. Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi
dan fantasi murid secara manual dan berbantukan
computer.

You might also like