You are on page 1of 13

SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELANG USAN


98050, BARAM, SARAWAK

PEPERIKSAAN PRA SPM 3 2020 2280/1


GEOGRAFI
Kertas 1
Oktober
1 jam 15 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Soalan ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan.


2. Jawapan soalan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.
3. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang jawapan yang
disediakan.
4. Kertas soalan ini hendaklah dihantar bersama-sama skrip jawapan calon.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak


1
SULIT

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Penduduk di Lembah Klang sangat padat kerana

I Migrasi dalaman

II Peluang pekerjaan

III Kegiatan perindustrian

IV Kegiatan pertanian

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Lembangan St.


Lawrence?

I Terdapatnya kegiatan perlombongan

II Terdapatnya tanih chernozem untuk penanaman gandum

III Menjadi pusat industri memproses besi dan keluli serta kertas dan pulpa

IV Menyediakan jalan air semula jadi yang murah


A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Penduduk Negara Z
Kadar Kelahiran 35 orang bagi setiap 1000 orang
Kadar Kematian 10 orang bagi setiap 1000 orang

3. Berapakah peratus kadar pertumbuhan semula jadi penduduk Negara Z?


2
SULIT

A 2%

B 2.5%

C 3%

D 3.5%

Perkembangan rancangan pembangunan tanah FELDA di Malaysia telah


menggalakkan migrasi penduduk.

4. Manakah pernyataan yang dapat menerangkan migrasi berkenaan?

A Penduduk diarahkan berpindah dari tempat asal

B Migrasi ini melibatkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke luar bandar

C Migrasi ini dapat mengurangkan kadar buta huruf di kalangan penduduk

D Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian

 Kekurangan peluang pekerjaan


 Taraf hidup yang rendah

5. Pernyataan di atas merujuk kepada ciri

A Kurang penduduk

B Penduduk berlebihan

C Penduduk optimum

D Migrasi

Ali seorang anak nelayan telah melanjutkan pelajaran di kuching. Selepas mendapat
ijazah, Ali kembali untuk menjadi pendidik di tempat asalnya.
6. Jenis migrasi yang telah dilalui oleh Ali ialah
I bandar ke bandar

II bandar ke luar bandar

3
SULIT

III luar bandar ke bandar

IV luar bandar ke luar bandar

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

7. Pertumbuhan penduduk semula jadi positif apabila

A Imigrasi lebih besar daripada emigrasi

B Migrasi bersih sama dengan jumlah kadar kematian

C Kadar kematian lebih tinggi daripada kadar kelahiran

D Kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian

8. Jadual dibawah menunjukkan data penduduk Negara X pada tahun 2010.

 Jumlah penduduk : 2000 orang


 Kadar kematian : 10 orang

Berapakah kadar kematian kasar bagi negara X pada tahun 2010?

A 2 bagi setiap 1000 orang

B 5 bagi setiap 1000 orang

C 10 bagi setiap 1000 orang

D 20 bagi setiap 1000 orang

9. Berdasarkan maklumat berikut, berapakah pertumbuhan penduduk semula jadi Negara


M

 Kadar kelahiran -- 2.76%


 Kadar kematian -- 0.96%

Negara M

A 1.80%
4
SULIT

B 1.86%

C 2.76%

D 3.72%

 Kadar kelahiran -- 3.0%


 Kadar kematian -- 1.5%

Negara X

10. Berdasarkan maklumat di atas, kadar pertumbuhan penduduk semula jadi Negara X ialah
A 1.5%

B 2.25%

C 3.0%

D 4.5%

11. Kawasan manakah mempunyai penduduk yang jarang?

A. Tawau, Sabah
B. Sibu, Sarawak
C. Kapit, Sarawak
D. Sandakan, Sabah

Johor Bahru
Kota Kinabalu

12. Kawasan di atas padat penduduk kerana

A. Penanaman padi
B. Perlombongan
5
SULIT

C. Pusat pentadbiran negeri


D. Kawasan pelancongan hawa sederhana

13. Mengapakah Delta Kelantan mempunyai penduduk yang padat?

A. Kawasan perlombongan emas


B. Pusat perindustrian kraf tangan
C. Kawasan pelancongan menarik
D. Tanah subur untuk pertanian

14. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi di sesebuah negara?

A. Jangka hayat penduduk tinggi


B. Ramai wanita berkerjaya
C. Tahap pendidikan rendah
D. Kadar migrasi tinggi

15. Apakah kesan terhadap sesebuah negara yang mempunyai ciri kependudukan berikut?

 Jumlah
pendudu
k ramai
 Sumber

A. Jangka hayat penduduk tinggi


B. Ramai wanita berkerjaya
C. Tahap pendidikan rendah
D. Kadar migrasi tinggi

16. Apakah jenis migrasi yang berlaku di kawasan tanah rancangan berikut?

 FELDA Jengka, Pahang


 FELDA Sahabat, Sabah

A Bandar ke bandar

B Bandar ke luar bandar

6
SULIT

C Luar bandar ke bandar

D Luar bandar ke luar bandar

17. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi di sesebuah negara?
A Berkahwin lewat

B Taraf hidup tinggi

C Wanita berkerjaya

D Taraf pendidikan rendah

18. Apakah faktor yang menyebabkan kepadatan penduduk tinggi di pantai barat
Semenanjung Malaysia?

A. Kawasan dataran yang rendah dan luas


B. Penerokaan sumber petroleum dan gas dalam
C. Kemajuan dalam sektor perikanan laut dalam
D. Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi yang tinggi

19. Apakah faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa ke Malaysia?

A. Pembukaan bandar baharu


B. Banyak peluang pekerjaan
C. Kemudahan infrastruktur tersedia
D. Jaringan pengangkutan yang cekap

20. Mengapakah Delta Kelantan mempunyai penduduk yang padat?

A. Kawasan perlombongan emas


B. Kawasan pelancongan menarik
C. Pusat Perindustrian Kraf tangan
D. Tanah subur untuk pertanian

7
SULIT

Peta 1

21. Mengapakah kawasan yang bertanda X dan Y dalam peta 1 di atas menjadi tumpuan
penduduk?
A. Tanah aluvium
B. Aktiviti pelancongan
C. Industri menapis petroleum
D. Tanah rancangan pertanian

22. Apakah ciri penduduk bagi negara yang mempunyai piramid penduduk seperti dalam
rajah 1 di bawah?

Rajah 1
A. Jangka hayat tinggi
B. Kadar kelahiran tinggi
C. Kadar kematian tinggi
D. Peratus golongan tua tinggi

23. Pernyataan berikut menunjukkan jumlah migran dalam satu sektor pekerjaan di
Malaysia.

Seramai 40000 pekerja asing bekerja dalam sektor perladangan

Apakah kesan terhadap ekonomi Malaysia berdasarkan pernyataan tersebut?

A. Penggunaan jentera meluas


8
SULIT

B. Pertambahan kawasan perumahan


C. Peningkatan masalah jenayah
D. Aliran wang ke luar negara meningkat

24. Apakah faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa ke Malaysia?

A. Pembukaan bandar baru


B. Kemudahan infrastruktur tersedia
C. Banyak peluang pekerjaan
D. Jaringan pengangkutan

25. Apakah kesan yang timbul akibat migrasi antarabangsa ke Malaysia?

A. Pasaran barangan meluas


B. Taraf kesihatan meningkat
C. Kadar kelahiran berkurangan
D. Peluang pekerjaan bertambah

26. Apakah jenis migrasi yang berlaku di kawasan tanah rancangan berikut

 Bandar Muadzam, Pahang


 Felda Sahabat, Sabah

A. Bandar ke bandar
B. Bandar ke luar bandar
C. Luar bandar ke bandar
D. Luar bandar ke luar bandar

27. Apakah yang menyebabkan berlakunya migrasi ke kawasan berlorek X dalam peta 1 di
bawah?

9
SULIT

Peta 2

A. Penemuan sumber mineral


B. Pembukan tanah rancangan
C. Pembukaan kawasan industri
D. Pembukaan kawasan pelancongan

28. Mengapakah berlakunya migrasi bandar ke bandar?

A. Mengembangkan perniagaan
B. Kos hidup yang tinggi
C. Perkahwinan ikut pasangan
D. Meningkatkan mutu kerja

Abu seorang anak petani telah melanjutkan pelajaran di Kuching. Selepas


mendapat ijazah, abu kembali untuk menjadi pendidik di tempat asal.Felda
Sahabat, Sabah

29. Namakan jenis migrasi yang dilalui oleh Abu?


I. Bandar ke bandar
II. Bandar ke luar bandar
III. Luar bandar ke bandar
IV. Luar bandar ke luar bandar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

30. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan konsep penduduk optimum?

A. Jumlah penduduk melebihi sumber


B. Jumlah penduduk kurang dari sumber alam
C. Jumlah penduduk seimbang dengan sumber alam
D. Jumlah kelahiran penduduk melebihi sumber alam

10
SULIT

31. Apakah langkah yang perlu diambil oleh negara yang mengalami kesan kurang
penduduk?

A. Mengimport buruh asing


B. Meningkatkan taraf hidup
C. Meningkatkan taraf pendidikan
D. Menambahkan peluang pekerjaan

32. Apakah ciri kependudukan di negara yang mengalami kurang penduduk?

A. Jangka hayat tinggi


B. Tahap teknologi rendah
C. Taraf hidup rendah
D. Peluang pekerjaan kurang

33. Apakah langkah untuk mengatasi masalah kependudukan di negara yang kurang
penduduk?
I. Amalan perancang keluarga
II. Meningkatkan taraf pendidikan
III. Melanjutkan usia persaraan
IV. Meningkatkan kemasukan tenaga kerja

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Apakah kesan terhadap negara yang mempunyai ciri kependudukan berikut?
 Jumlah penduduk ramai
 Sumber terhad
 Tahap teknologi rendah

A. Taraf kesihatan tinggi


B. Kadar celik huruf tinggi

11
SULIT

C. Kadar upah meningkat


D. Peluang pekerjaan terhad

35. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kurang penduduk?

A. Jumlah penduduk dan tahap teknologi dapat meneroka sumber semulajadi


B. Jumlah sumber semula jadi dalam sesebuah Negara melebihi jumlah penduduk
C. Jumlah penduduk dalam sesebuah Negara menyamai jumlah sumber semula jadi
D. Jumlah sumber tidak dapat menampung jumlah penduduk kerana teknologi rendah

36. Apakah kesan sosial akibat kemasukan buruh asing?

A. Persaingan perniagaan
B. Perebakan wabak penyakit
C. Pengaliran keluar wang negara
D. Peluang pekerjaan berkurangan

37. Apakah punca rebakan bandar ?


/
A. Pertambahan penduduk
B. Pertambahan saiz bandar
C. Pertambahan bandar setelit
D. Pertambahan ruang

38. Apakah langkah yang boleh diambil oleh negara yang mengalami lebihan penduduk?

A. Mengambil buruh asing


B. Merendahkan taraf pendidikan
C. Menambah peluang pekerjaan
D. Membina banyak rumah kos tinggi

39. Apakah langkah yang perlu diambil oleh negara yang mengalami kesan kurang
penduduk?

A. Mengambil buruh asing


B. Meningkatkan taraf hidup
C. Meningkatkan taraf pendidikan
D. Menambahkan peluang pekerjaan

12
SULIT

Menampung beraneka jenis hidupan


termasuklah manusia, tumbuh-tumbuhan dan
hidupan seni seperti bakteria dan spora.

40. Maklumat di atas merujuk kepada


A. Polansfera
B. Troposfera
C. Biosfera
D. Litosfera

-----------KERTAS SOALAN TAMAT----------

Soalan disediakan oleh Soalan disemak oleh


En Muhd Afiq Bin Nasir En Mohd Farid Bin Mahbot

_________________________ ______________________
Guru Geografi Ketua Bidang Kemanusiaan
SMKTU 2020 SMKTU 2020
Soalan disahkan oleh Soalan diluluskan oleh
En Chan Wah Fook Pn Sinah Ak Henry Kachak

_________________________ ______________________
Pen. Kanan 1 Pengetua
SMKTU 2020 SMKTU 2020

 Jumlah penduduk ramai


 Sumber terhad
 Tahap teknologi rendah

13

You might also like