You are on page 1of 11

ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil.

1 (Mei 2014): 19-29 19

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

KEUPAYAAN MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN


PROJEK DALAM PENULISAN BERBENTUK RISALAH DI SEKOLAH RENDAH
(The Ability to Master the Writing Skills Through Project Based Learning in Writing
Brochure in the Primary School)

YAHYA OTHMAN Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah bagi menguasai
yahya.othman@ukm.edu.my kemahiran menulis dalam kalangan murid tahap sederhana di sekolah
rendah. Kajian ini dijalankan secara deskriptif berasaskan pendekatan
kuantitatif. Kaedah yang digunakan berbentuk kuasi eksperimental
DK. SUZANAWATY PG. OSMAN
dengan reka bentuk pra dan pasca ujian satu kumpulan. Seramai 39 orang
SK. Dato’ Marsal, Brunei sampel dalam Tahun 5 terlibat dalam kajian ini dari salah sebuah sekolah
silent_d1@hotmai.com di zon Brunei IIA. Ujian pencapaian murid dan soal selidik minat dan
persepsi murid terhadap pembelajaran berasaskan projek digunakan untuk
tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
Dihantar pada: SPSS versi 20. Untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan projek
20 Januari 2014 melalui penulisan berbentuk risalah alat statistik yang digunakan adalah
ujian-t berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan
Diterima pada: yang signifikan antara min pencapaian pembelajaran berasaskan projek
30 Mac 2014 melalui penulisan berbentuk risalah dalam ujian pasca, t(39) = -12.75,
p<0.5 Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan
berbentuk risalah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan
Koresponden:
kemahiran menulis dalam kalangan murid dan sesuai dijalankan di
yahya.othman@ukm.edu.my
sekolah-sekolah rendah.

Kata kunci: Pembelajaran berasaskan projek, kemahiran menulis,


penulisan berbentuk risalah, kuasi eksperimen

Abstract: This study aimed to observe the effect of the project-based


learning through writing brochure to master the skill of writing among
average students in primary school. Descriptive study was carried out
based on a quantitative approach. The method used was quasi
experimental design pre and post-test of one group. The study involved a
total of 39 samples among Year 5 students from one of the schools in
Brunei Zone, IIA. Student achievement tests and questionnaires of the
students' interest and perception in project-based learning process were
used for data collection purposes. Data were analyzed using the SPSS
version 20. Paired sample t-test was used to assess the impact of project-
based learning through writing brochure. The results showed a significant
difference between the mean achievement of project-based learning
through writing brochure in the post test at, t (39) = -12.75, p <0.5 Asa
conclusion, project-based learning through writing brochure can help to
enhance students' writing skills and it is suitable to be conducted in the
primary schools.

Keywords: Project-based learning, writing skill, writing brochure, quasi


experiment,

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2014


ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 20

PENGENALAN Illinois. Projek yang dijalankan bertajuk ‘Health


Center’. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran
sukar diajarkan dan dikuasai oleh murid (Nik literasi. Melalui projek yang dijalankan, hasil
Safiah 2004) kerana penulisan melibatkan tahap kajian menunjukkan peningkatan pencapaian
literasi yang paling kompleks dan memerlukan murid menguasai kemahiran menulis melalui
proses kognisi yang tinggi (Van de Kopple et al. pembinaan risalah dan surat berita untuk
dlm. Roselan 2003). Dalam konteks pendidikan membuat undangan dengan menggunakan ejaan
di Negara Brunei Darussalam, pengajaran dan struktur ayat yang betul.
kemahiran menulis merupakan salah satu elemen Selain itu, Beckett dan Slater (2005) telah
utama dalam pelaksanaan Sistem Pendidikan mengkaji kesan penggunaan alat metodologi
Negara (SPN21). Para guru perlu mengajarkan dipanggil ‘The Project Framework’ yang
kemahiran menulis dengan menggunakan menekankan dua komponen, iaitu persediaan
pelbagai pendekatan, teknik atau strategi yang grafik (Planning Graphics) dan projek diari
mengutamakan ciri-ciri pembelajaran aktif, (project dairy) dalam proses PBP. Kajian ini
seperti menggunakan pendekatan pembelajaran melibatkan seramai 57 orang murid dan guru
‘Ceria, Bermain dan Belajar Lebih’ (Jabatan ESL, di Canadian University. Hasil kajian
Perkembangan Kurikulum, 2009). Pendekatan menunjukkan peningkatan pencapaian murid
pengajaran ini dicadangkan penggunaannya dalam kemahiran menulis melalui penulisan
dengan tujuan untuk mengelakkan agar berbentuk diari. Di samping itu juga, PBP yang
pengajaran menulis tidak membosankan murid dijalankan telah meningkatkan kemahiran
(Siti Zabidah 2006). bersosialisasi dalam kalangan murid yang dikaji.
Melalui strategi pembelajaran aktif, para Filippatou dan Stavroula (2010)
murid didedahkan dengan teknik atau strategi menjalankan kajian untuk mengkaji kesan
penulisan yang tidak hanya tertumpu pada pelaksanaan proses PBP untuk membantu murid-
pengajaran dan pembelajaran secara formal. murid yang bermasalah dalam pembelajaran.
Pendedahan penggunaan risalah dalam aktiviti Kajian menggunakan pendekatan gabungan
menulis karangan boleh membantu murid eksperimental kuasi dan kajian kes. Kajian ini
memperkembangkan daya kreatif murid. Untuk melibatkan 94 orang murid gred 4 tahap
tujuan tersebut, guru boleh melaksanakan sederhana dari 6 buah sekolah dari Bandar Volo,
pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara tidak Lamia dan Athen (Greece). Hasil kajian telah
formal seperti pembelajaran berasaskan projek menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan
(PBP) seperti penulisan berbentuk risalah. Untuk projek dapat membantu murid-murid yang
melaksanakan projek tersebut, murid diterapkan bermasalah dalam pembelajaran meningkatkan
dengan proses mengumpulkan dan menganalisis pencapaian akademik mereka. Selain itu,
data, menghasilkan produk serta meningkatkan dapatan kajian juga menunjukkan murid lebih
kemahiran penulisan dan berfikir untuk bermotivasi dan berkeyakinan diri mengikuti
menyelesaikan tugasan yang diberikan (Thomas, proses P&P.
2000). Oleh yang demikian, PBP bukan sahaja Kajian Nur Fariza dan Azizah (2009) pula
merupakan suatu proses P&P yang perlu menilai pelaksanaan PBP terhadap tahap
didedahkan dalam Sistem Pendidikan Abad 21 pencapaian murid-murid dalam pengembangan
(Bell 2010), bahkan proses-proses yang kemahiran berbahasa. Kajian ini telah melibatkan
dinyatakan dapat membantu murid-murid dalam seramai 103 orang murid tahun 2 dan 3 di Fakulti
menjana idea semasa proses penulisan (Yahya Sains Sosial, UKM. Kajian menggunakan
2005). kaedah temu bual dan soal selidik untuk
Gottlieb (2000) dalam Helm dan Beneke mengkaji sikap dan persepsi murid yang terlibat
(2003) menjalankan kajian berkaitan keber- dalam kajian. Hasil kajian menunjukkan murid
kesanan PBP dalam meningkatkan kemahiran menguasai kemahiran berbahasa dengan
menulis melibatkan murid-murid yang berumur menyatakan mereka telah dapat meningkatkan
di antara 3 hingga 6 tahun, di Valeska Hinton kemahiran membaca, menulis dan bertutur. Hasil
Early Childhood Education Center, Peoria, dapatan soal selidik dan temu bual dalam kajian
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 21

ini juga menyatakan bahawa murid-murid dapat Kurang mempelbagaikan pendekatan,


meningkatkan kosa kata mereka, iaitu dalam kaedah dan teknik dalam proses P&P yang
mata pelajaran Bahasa Inggeris semasa terlibat dilaksanakan oleh guru juga adalah antara punca
dalam proses PBP. yang menyebabkan murid kurang mahir menulis
PBP merupakan inovasi menguasai karangan. Guru hanya memfokuskan hasil
kemahiran menulis karangan. Penghasilan projek karangan berbanding proses mengarang dalam
menulis ini dapat dikaitkan dengan keupayaan P&P yang merupakan senario yang masih
murid mengemukakan idea yang kreatif dalam berlaku di sekolah (Marohaini 2004). Pengajaran
merangka reka bentuk dan penggunaan bahasa guru menggunakan kaedah dan teknik dalam
yang sesuai untuk memujuk mereka membaca. mementingkan hasil karangan ini menjadikan
Oleh itu dengan wujudnya kepelbagaian bahan murid-murid kurang mampu untuk menjana
dapat membantu murid menulis dengan berkesan. kemahiran berfikir dan mengembangkan idea
mereka dalam menghasilkan sebuah karangan
PERNYATAAN MASALAH yang baik.
Isu pelaksanaan penulisan berasaskan projek
Masalah yang sering dikaitkan dalam pengajaran banyak dibatasi oleh faktor masa. Hal ini
karangan ialah guru masih lagi mengekalkan disebabkan kebanyakan guru menghadapi
kaedah konvensional. Guru lebih banyak masalah kekangan masa dalam melaksanakan
bercakap tentang isi karangan yang perlu ditulis pembelajaran yang berkaitan dengan kaedah
dan memberikan idea-idea kepada murid-murid projek jika dilaksanakan di dalam bilik darjah.
dengan menyediakan rangka karangan yang Oleh itu, kebanyakan tugasan yang berkaitan
hanya memerlukan murid menuliskan semula dengan projek kurang dijalankan dalam proses
tajuk karangan yang diajarkan. Kaedah P&P di dalam bilik darjah. Kebanyakan murid
pengajaran karangan yang mementingkan huraian menyiapkan tugasan projek di rumah. Guru sukar
daripada guru tidak banyak membantu kemahiran untuk memastikan sama ada ibu bapa atau murid
murid menulis (Marohaini 2004). Pengajaran sendiri yang menghasilkan projek atau tugasan
bercorak konvensional dan berpusatkan guru juga yang diberikan. Oleh itu, mekanisme penilaian
sering menyebabkan murid bersifat pasif dan tugasan projek perlu disediakan bagi memastikan
suasana pembelajaran kurang menyeronokkan wujudnya kesahan dalam penilaian (France
(Siti Zabidah 2006). Cheong, 2008). Dalam erti kata yang lain, proses
Selain itu, ada guru yang kurang yakin yang dijalankan dalam menghasilkan tugasan
terhadap kebolehan murid untuk memperoleh isi melalui PBP perlu dinilai sewajarnya oleh guru.
karangan dengan cara meneroka pengetahuan Oleh yang demikian, PBP adalah sesuai
secara sendiri. Sikap guru yang sedemikian didedahkan kepada murid-murid untuk
menyebabkan kebanyakan isi karangan memberikan peluang kepada mereka agar dapat
disediakan oleh guru sendiri. Dalam hal ini, guru belajar mendalami isi kandungan pengetahuan
lebih berperanan sebagai pemberi maklumat dalam proses P&P yang dijalankan (Ravitz et al.
berbanding usaha murid dalam menyenaraikan 2011).
isi-isi karangan (Simah 2009). Oleh yang
demikian, murid kurang mempunyai inisiatif KERANGKA KOSEPTUAL KAJIAN
untuk mencari jawapan atau maklumat kerana
semuanya telah diberikan oleh guru. Murid Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme
sudah terbiasa dengan pengajaran guru yang sebagai kerangka asas kajian. Teori
berfungsi sebagai pemberi maklumat dan hal ini konstruktisvisme beranggapan konsep-konsep
mengakibatkan murid sentiasa bergantung yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan
kepada guru dalam kebanyakan proses berkembang dan berubah apabila mendapat
pembelajaran. Akibatnya, murid-murid tidak pengetahuan atau pengalaman baharu (Subadrah
didedahkan kepada aktiviti berfikir yang Nair & Malar Muthiah, 2005). PBP dapat
sepatutnya dilalui semasa proses penulisan menyediakan peluang kepada murid untuk
karangan (Aziz & Zaitun 2010). meneroka bahan pembelajaran yang lain selain
hanya bersandar kepada guru semata-mata.
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 22

Dalam konteks menyediakan projek penulisan Petunjuk: X: Kelas rawatan


risalah, murid perlu membuat pencarian T1: Pencapaian praujian
maklumat, bahan rujukan yang berkaitan tajuk T2: Pencapaian pasca ujian
yang diajarkan. Murid didedahkan dengan aktiviti
perbincangan secara berkumpulan bagi menyusun Reka bentuk praujian-pasca ujian satu
maklumat tersebut untuk dijadikan sebuah kumpulan hanya menggunakan satu kumpulan
penulisan berinformasi mengikut format yang eksperimen untuk mengkaji kesan olahan
betul, contohnya penyusunan sub-sub tajuk yang pemboleh ubah tak bersandar. Sebelum subjek
mengikut keutamaannya. Kemudian, murid diberi olahan, cerapan dilakukan dengan
diarahkan untuk memberikan maklum balas atau menggunakan praujian bagi menentukan
refleksi terhadap tugasan yang mereka hasilkan, kedudukan subjek. Selepas olahan diberi, cerapan
misalnya dengan mengadakan sesi perbincangan, dilakukan sekali lagi bagi menentukan kedudukan
penilaian rakan sebaya dan persembahan bagi subjek dengan menggunakan pasca ujian.
hasil tugasan. Berdasarkan Jadual 1, sampel kajian
menduduki praujian bagi menghasilkan sebuah
PERSOALAN KAJIAN penulisan berbentuk risalah. Setelah itu, mereka
diberi rawatan melalui PBP secara kumpulan.
Soalan-soalan kajian yang menjadi asas kepada Setelah selesai rawatan, sampel kajian diberikan
kajian ini: pasca ujian. Pengkaji ingin mengkaji keupayaan
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sampel kajian menguasai kemahiran menulis
bagi tahap pencapaian PBP melalui melalui PBM dalam penulisan berbentuk risalah.
penulisan berbentuk risalah dalam ujian pra
dan pasca? Sampel Kajian
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
bagi tahap pencapaian penulisan berbentuk Sampel kajian terdiri daripada murid-murid
risalah dari segi aspek penguasaan struktur Tahun 5 tahap sederhana di salah sebuah sekolah
organisasi isi dalam ujian pra dan pasca? rendah kerajaan kawasan Brunei IIA. Seramai 39
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan orang murid terlibat dalam kajian ini. Kaedah
bagi tahap pencapaian penulisan berbentuk pemilihan sampel dibuat dengan memilih murid
risalah dari segi aspek tatabahasa dalam yang mempunyai ciri-ciri heterogenus dari segi
ujian pra dan pasca? kebolehan dan pencapaian mereka. Pemilihan
sampel kajian dipilih secara rawak berdasarkan
METODOLOGI KAJIAN keputusan penilaian kendalian sekolah kedua
(SBA 2) yang mereka peroleh pada penggal
Reka Bentuk Kajian kedua persekolahan Tahun 2012, iaitu murid
yang mencapai keputusan markah antara 50%
Kajian ini dijalankan secara deskriptif berasaskan hingga 70% dalam mata pelajaran Bahasa
pendekatan kuantitatif. Kajian menggunakan Melayu.
kaedah eksperimental kuasi dengan reka bentuk
pra dan pasca ujian satu kumpulan. Reka bentuk Instrumen Kajian
satu kumpulan ujian pra dan pasca ditunjukkan
dalam Jadual 1. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
persediaan mengajar, set ujian bertulis, soal selidik
Jadual 1: Reka bentuk praujian dan pasca dan rubrik penilaian projek risalah.
kumpulan murid sederhana
Rancangan Persediaan Mengajar
Kumpulan Ujian Rawatan Ujian
Pra Pasca Sebanyak empat set persediaan mengajar
Kumpulan T1 X T2 digunakan untuk rawatan sebelum ujian pasca
Sumber: Reka bentuk kumpulan praujian, pasca dilakukan. Persediaan mengajar bagi kumpulan
ujian (Sidek 2002) ini berbeza setiap kali P&P dijalankan. Murid-
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 23

murid didedahkan dengan tugasan secara persediaan mengajar dan ujian bertulis, struktur
individu, berpasangan dan berkumpulan. Setiap ayat dan penggunaan laras bahasa dengan
sesi rawatan murid disuruh menghasilkan sebuah peringkat murid yang terlibat. Penyemakan ini
risalah mengikut nama Negara ASEAN yang juga untuk memastikan agar tajuk bacaan dan
telah dipilih. Untuk memastikan kesahan penulisan yang diberikan dan isi kandungan
rancangan mengajar ini, pengkaji telah merujuk pengajaran adalah sesuai dan bertepatan
guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga penyelia mengikut silibus dalam kurikulum Bahasa
latihan penyelidikan ini. Melayu Tahun 5. Malah, arahan dalam soalan
ujian pra dan pasca juga disemak supaya bahasa
Ujian Bertulis jelas dan mudah difahami oleh murid-murid yang
mengikuti kajian. Setelah itu, item-item kajian
Ujian bertulis adalah berbentuk subjektif dengan diubahsuai dan dibuat penambahbaikan selaras
sampel kajian perlu menghasilkan sebuah dengan saranan penyelia.
karangan berbentuk risalah perjalanan ringkas Ujian kebolehpercayaan bagi soal selidik
tentang Negara Brunei Darussalam. Sebanyak dan rubrik pemarkahan hasil penulisan berbentuk
dua kali ujian bertulis dijalankan, iaitu sebagai risalah dijalankan dalam kajian ini. Instrumen
ujian pra dan pasca. Tujuan ujian ini adalah yang digunakan seperti soal selidik perlu dinilai
untuk menguji kefahaman murid semasa mencari indeks kebolehpercayaannya yang biasa
maklumat yang disediakan dan meng- menggunakan indeks Cronbach’s Alpha (Moktar
organisasikan maklumat tersebut. Soalan ujian 2009). Hasil ujian menunjukkan Nilai alpha yang
pra dan pasca dibuat secara setara supaya diperoleh ialah 0.71 bagi kesemua item yang ada
mengelakkan ancaman pada kesahan dalaman dalam soal selidik ini. Oleh itu, soal selidik yang
dan sampel kajian tidak terbiasa dengan format digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan
ujian sebelumnya. Oleh yang demikian, bagi yang boleh diterima. Sebelum menjalankan
mengukuhkan lagi kesahan pembentukan ujian kajian sebenar, pengkaji juga telah membuat
ini, pengkaji telah merujuk kandungan kurikulum penambakan terhadap soal selidik ini sebelum
mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 (Buku diberikan kepada murid-murid yang terlibat.
Panduan Kurikulum Tahun 5) bagi pemilihan Inter-rater Agreement yang menggunakan
tajuk karangan ujian ini daripada dua orang Cohen’s Kappa dijalankan bagi menilai
Bahasa Melayu Tahun 5 serta penyelia bagi kebolehpercayaan pemarkahan hasil penulisan
kursus latihan penyelidikan ini. berbentuk risalah. Tujuannya adalah untuk
menyesuaikan pemberian markah ujian penulisan
Rubrik Penilaian Penulisan Risalah berbentuk risalah yang diberikan kepada murid
dan mendapatkan nilai yang boleh diterima bagi
Dalam ujian penulisan risalah, jumlah markah
sistem pemarkahan sebuah penulisan. Seramai
adalah 100. Rubrik pemarkahan yang disediakan
dua orang guru yang mengajar Bahasa Melayu
diadaptasi daripada beberapa sumber Internet,
yang mempunyai pengalaman mengajar dalam
iaitu Rubi Star dan sesawang Buck Institute
bidang ini lebih daripada 10 tahun terlibat dalam
Organization untuk disesuaikan dengan tahap
pemarkahan yang dijalankan. Sebelum sesi
sampel kajian yang diberikan rawatan dalam
menilai kertas jawapan murid-murid dijalankan,
kajian ini. Nilai skor markah dibahagikan pula
kedua-dua orang guru yang terlibat telah
kepada tiga aspek, iaitu struktur organisasi isi,
diberikan skim pemarkahan dan skim jawapan
tatabahasa dan kreativiti mengikut peringkat
yang disediakan oleh pengkaji. Segala rubrik,
pencapaian, iaitu cemerlang, sangat baik, baik
skema jawapan dan sistem pemarkahan
dan memerlukan pembaikan.
diterangkan kepada guru-guru yang terlibat.
Penerangan ini adalah untuk memastikan bahawa
Kesahan dan Kebolehpercayaan
guru-guru yang menilai dapat memahami cara
Instrumen persediaan mengajar dan ujian bertulis pemarkahan yang sesuai dan tepat berpandukan
dalam kajian telah disemak oleh dua orang guru rubrik yang disediakan.
Bahasa Melayu Tahun 5 dan seorang penyelia Hasil nilai inter-rater agreement bagi 11
penyelidikan ini dari segi isi kandungan item set ujian yang telah diperiksa oleh dua orang
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 24

pemarkahan menunjukkan nilai k = 0.76, iaitu penulisan risalah dalam ujian pra dan pasca,
tahap persetujuan yang baik (0.6<k<0.8) dan t(39) = -12.75, p< .05.
menunjukkan tahap signifikan. Oleh itu, hasil Dapatan ini menunjukkan pencapaian PBP
kebolehpercayaan ini menunjukkan rubrik yang melalui penulisan risalah adalah meningkat dalam
digunakan adalah sesuai untuk dijalankan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Oleh itu,
kajian sebenar. keputusan menunjukkan bahawa PBP melalui
penulisan berbentuk risalah dapat meningkatkan
Penganalisisan Data penguasaan sampel kajian dalam kemahiran
menulis.
Data dan maklumat yang diperoleh dikumpul dan Sehubungan itu, dapatan kajian tersebut
dianalisis oleh pengkaji untuk dianalisis. berkaitan dengan kajian Katz dan Chard (1989),
Penggunaan statistik inferensi dan deskriptif Beckett dan Slater (2005) dan Gottlieb (2000)
melalui ujian dalam bentuk min skor, sisihan tentang keberkesanan PBP melalui penulisan
piawai dan peratus digunakan dalam kajian ini. berbentuk risalah, surat dan diari dalam
Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi menguasai kemahiran menulis dalam kalangan
20. murid-murid menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan dalam pencapaian murid dalam
DAPATAN DAN PERBINCANGAN kemahiran menulis melalui PBP.
Selain itu, kajian-kajian yang dijalankan
Soalan 1: Adakah terdapat perbezaan yang oleh penyelidik-penyelidik seperti Alcapinar
signifikan bagi tahap pencapaian PBP melalui (2008), Aral et al. (2010), Bicaki dan Gursoy
penulisan berbentuk risalah dalam ujian pra (2010) dan Mioduser dan Betzer (2007) dalam
dan pasca? Holm (2011) juga mengkaji keberkesanan PBP
dalam menguasai kemahiran menulis. Dapatan
Ujian-t berpasangan digunakan dan nilai min skor kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang diperoleh daripada analisis dibandingkan yang signifikan dalam pencapaian murid-murid
untuk melihat keberkesanan PBM melalui dalam akademik.
penulisan risalah bagi menguasai kemahiran Secara keseluruhan, aplikasi PBP melalui
menulis dalam kalangan murid bertahap penulisan risalah yang dijalankan didapati
sederhana yang ditunjukkan dalam jadual 2. berkesan untuk meningkatkan keupayaan sampel
kajian dalam menguasai kemahiran menulis.
Jadual 2: Ujian-t bagi min pencapaian PBM
melalui penulisan berbentuk risalah dalam ujian Soalan Kajian Kedua: Adakah terdapat
pra dan pasca perbezaan yang signifikan bagi tahap
pencapaian penulisan berbentuk risalah dari
Sampel N M SP t p segi penguasaan struktur organisasi isi dalam
Ujian pra 39 44.90 8.941 ujian pra dan pasca?
-12.75 0.00
Ujian pasca 39 69.69 10.810
Nota: Signifikan pada aras p<0.05
Untuk menilai aspek kemahiran
mengorganisasikan isi kandungan risalah, sampel
Jadual 2 menunjukkan perbezaan min skor
kajian telah didedahkan kriteria bagi aspek
bagi pencapaian PBP melalui penulisan risalah
tersebut dan rubrik penilaian. Kriteria yang
dalam ujian pra dan pasca. Berdasarkan jadual
dimaksudkan merangkumi kebolehan sampel
tersebut, skor min ujian pra bagi tahap
menyusun dan membahagikan sub-sub tajuk isi
pencapaian penulisan risalah adalah 44.90 dan
kandungan risalah mengikut kesesuaian
sisihan piawai adalah 8.94. Manakala pencapaian
maklumat dan mempunyai format yang betul,
penulisan risalah dalam ujian pasca adalah 69.69
contohnya maklumat mengenai sejarah atau asal
dan sisihan piawai adalah 10.81. Analisis ujian-t
usul negara perlu ditulis mengikut susunan pada
ini menunjukkan terdapat perbezaan yang
bahagian subtajuk yang sesuai.
signifikan antara min pencapaian PBP melalui
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 25

Di samping itu, peringkat pencapaian murid Jadual 4 menunjukkan pencapaian


dinilai mengikut empat komponen, iaitu penguasaan struktur organisasi isi melalui
keputusan yang menunjukkan cemerlang, sangat penulisan risalah dalam ujian pra dan pasca.
baik, baik dan memerlukan pembaikan. Analisis Dapatan menunjukkan skor min ujian pra
peringkat pencapaian murid dari segi penguasaan struktur organisasi isi penulisan
mengorganisasikan isi kandungan risalah risalah adalah 11.73 dan sisihan piawai adalah
ditunjukkan dalam Jadual 3. 4.49. Manakala skor min penguasaan struktur
organisasi isi penulisan risalah bagi ujian pasca
Jadual 3: Peringkat pencapaian murid menulis adalah 24.42 dan sisihan piawai adalah 5.36.
risalah aspek organisasi isi kandungan dalam Analisis ujian-t yang dijalankan menunjukkan
ujian pra dan pasca terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian
pra dan pasca dari segi aspek penguasaan
Pering- N Cemer- Sangat Baik Memerlukan struktur organisasi isi penulisan risalah,t(39) = -
kat lang Baik Pembaikan
13.21, p< .05.
Ujian 39 0 2 18 19
Pra (5.1%) (46.2%) (48.7%) Keputusan menunjukkan bahawa
Ujian 39 16 17 6 0 pencapaian sampel kajian dari segi penguasaan
Pasca (41%) (43.6%) (15.4%) membina struktur isi kandungan penulisan
berbentuk risalah adalah meningkat dalam ujian
Jadual 3 menunjukkan peringkat pencapaian pasca berbanding ujian pra. Oleh itu, PBP melalui
murid dari segi aspek mengorganisasikan isi penulisan berbentuk risalah telah dapat
kandungan penulisan risalah. Berdasarkan jadual membantu sampel kajian menguasai kemahiran
tersebut, dapatan menunjukkan dalam ujian pra, menulis dari segi aspek membina struktur isi
seramai 2 orang sampel (5.1%) mendapat kandungan sebuah risalah.
keputusan sangat baik. Seramai 18 orang Keputusan juga menunjukkan bahawa
mendapat keputusan baik dan jumlah paling sampel kajian yang terlibat dalam PBP melalui
ramai mendapat keputusan memerlukan penulisan berbentuk risalah dapat meningkatkan
pembaikan, iaitu seramai 19 orang atau 48.7%. pengetahuan dan kemahiran menyusun isi
Manakala dalam ujian pasca pula, seramai 16 kandungan risalah mengikut format yang betul.
orang sampel atau 41% mendapat keputusan Menurut Tan Oon Seng (2006), PBP telah dapat
cemerlang. Seramai 6 orang yang mendapat memberikan kesan positif terhadap pencapaian
keputusan baik. Jumlah paling ramai pula akademik murid serta kemahiran mereka dalam
mendapat keputusan sangat baik, iaitu seramai memahami isi kandungan pengajaran dengan
17 orang atau 43.6%. Dapatan ini menunjukkan lebih baik. Pendapat ini juga disokong oleh
terdapat peningkatan dalam bilangan sampel Holm (2011) bahawa pendedahan aktiviti yang
kajian dalam peringkat cemerlang dan sangat dijalankan dalam PBP meningkatkan
baik dalam ujian pasca berbanding ujian pra. pembangunan kemahiran berbahasa dan
Untuk melihat pencapaian murid menguasai kefahaman isi kandungan pengajaran dalam
aspek mengorganisasikan isi kandungan risalah, kalangan murid.
ujian t- berpasangan digunakan dan ditunjukkan
dalam Jadual 4. Soalan Kajian Ketiga: Adakah terdapat
perbezaan yang signifikan bagi tahap
Jadual 4: Ujian-t bagi min pencapaian pencapaian penulisan berbentuk risalah dari
penguasaan struktur organisasi isi melalui aspek tatabahasa dalam ujian pra dan pasca?
penulisan berbentuk risalah dalam ujian pra dan
pasca Terdapat beberapa kriteria untuk menilai
peringkat pencapaian murid dalam aspek
Sampel N M SP t p tatabahasa, iaitu dari segi pembentukan jumlah
Ujian Pra 39 11.73 4.49 ayat yang dibina, penggunaan kosa kata baharu,
-13.21 0.00
Ujian Pasca 39 24.42 5.36
penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul.
Analisis berasaskan peringkat pencapaian murid
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 26

ditunjukkan berdasarkan frekuensi dan peratus menguasai aspek tatabahasa dalam ujian pra dan
seperti dalam Jadual 5. pasca, ujian t-berpasangan digunakan. Dapatan
ditunjukkan seperti dalam Jadual 6.
Jadual 5: Peringkat pencapaian murid menulis
risalah aspek tatabahasa dalam ujian pra dan Jadual 6: Ujian-t bagi min pencapaian
pasca penguasaan aspek tatabahasa melalui penulisan
berbentuk risalah dalam ujian pra dan pasca
Pering N Cemer- Sangat Baik Memerlukan
-kat lang Baik Pembaikan
Sampel N M SP t p
Ujian 15 34
39 0 0 Ujian 39 28.99 5.04
Ppra (12.8%) (87.2%)
Ujian 1 28 10 Pra
39 0 -7.99 0.00
Pasca (2.6%) (71.8%) (25.6%) Ujian 39 37.92 6.44
Pasca
Berdasarkan Jadual 5 dapatan menunjukkan Nota: Signifikan pada aras p<0.05
sebanyak 12.8% (15 orang) sampel kajian
mendapat keputusan sangat baik dan 87.2% (34 Jadual 6 menunjukkan bahawa perbezaan
orang) sampel kajian mendapat keputusan baik pencapaian penguasaan dari segi aspek tatabahasa
dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pasca, melalui penulisan risalah dalam ujian pra dan
sebanyak 2.6% (seorang) sampel kajian mendapat pasca. Berdasarkan Jadual 6, didapati skor min
keputusan cemerlang. Sampel yang mendapat ujian pra bagi penguasaan aspek tatabahasa
keputusan sangat baik adalah sebanyak 71.8% melalui penulisan risalah adalah 28.99 dan
(28 orang) berbanding hanya 25.6% (10 orang) sisihan piawai adalah 5.04. Manakala skor min
sampel yang mendapat keputusan baik. Oleh itu, bagi ujian pasca bagi penguasaan aspek
keputusan menunjukkan bahawa ramai sampel tatabahasa melalui penulisan risalah adalah 37.92
kajian yang mendapat keputusan sangat baik dan sisihan piawai adalah 6.44. Analisis ujian-t
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Terdapat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
peningkatan dalam peringkat pencapaian murid antara ujian pra dan pasca dari segi aspek
dari segi penguasaan aspek tatabahasa melalui penguasaan tatabahasa melalui penulisan risalah,
penulisan berbentuk risalah dalam ujian pasca t(39) = -7.99, p< .05. Dapatan ini menunjukkan
berbanding ujian pasca. sampel kajian telah menunjukkan pencapaian dari
Peningkatan pencapaian ini disebabkan segi aspek tatabahasa dalam kemahiran menulis
sampel kajian sudah dapat membentuk ayat-ayat risalah bagi ujian pasca berbanding ujian pra.
mudah dengan menggunakan tanda baca dan Sehubungan dengan itu, Gottlieb (2000) dan
ejaan yang betul serta menggunakan lebih dari Nur Fariza dan Azizah (2009) mengkaji kesan
lima kosa kata baru dalam penulisan risalah yang PBP melalui penulisan berbentuk risalah dan
dijalankan. Sampel kajian telah didedahkan diari. Hasil kajian mereka menunjukkan murid-
dalam proses P&P yang memerlukan mereka murid yang mengikuti PBP telah memberikan
mengolah struktur ayat yang mudah dan betul. kesan positif terhadap penguasaan dalam
Hasil pemerhatian menunjukkan pendedahan penulisan risalah dengan menggunakan ejaan,
aktiviti berkumpulan memberikan peluang struktur ayat yang betul serta dapat meningkatkan
kepada sampel berinteraksi sesama rakan mereka kemahiran menulis, membaca dan bertutur
dalam membuat penilaian hasil tugasan rakan dengan menggunakan kosa kata yang betul.
sebaya. Di samping itu, dapatan dalam kajian ini
Hasil perkongsian penilaian telah dapat juga selari dengan dapatan dalam soal selidik
membantu sampel untuk membetulkan penulisan yang dijalankan. Hasil soal selidik menunjukkan
ayat, penggunaan ejaan dan tanda baca dalam antara 1.87 hingga 1.92, iaitu tahap persepsi
penulisan mereka. Sehubungan dengan ini, sampel adalah tinggi menyatakan keupayaan
penilaian sesama rakan dapat mempengaruhi mereka dalam kemahiran menulis meningkat dari
peningkatan pencapaian mutu penulisan sampel segi aspek tatabahasa. Sampel kajian telah
kajian. Untuk melihat pencapaian murid menyatakan bahawa PBP melalui penulisan
berbentuk risalah telah dapat membantu mereka
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 27

menggunakan ejaan, tanda baca dan dapat yang lain. Melalui proses PBP melalui penulisan
menuliskan ayat-ayat yang mudah yang risalah yang dijalankan, sampel didedahkan
menggunakan tatabahasa yang betul. kepada pengetahuan dan pengalaman baharu dan
Berdasarkan dapatan di atas dapat dapat diguna pakai untuk penulisan yang lebih
disimpulkan bahawa PBP melalui penulisan formal.
berbentuk risalah adalah sesuai dan berkesan Di samping itu, sampel juga dapat
untuk meningkatkan keupayaan murid-murid meningkatkan kemahiran berbahasa, kemahiran
menguasai kemahiran menulis. belajar dan berkeyakinan diri mereka. Sampel
telah didedahkan dalam kedua-dua pengetahuan
IMPLIKASI baru, iaitu kemahiran menulis berbentuk risalah
dan pengetahuan tentang kandung maklumat
Pedagogi yang diajarkan, PBP juga memberikan penekanan
ke atas kedua-dua proses dan produk, iaitu bukan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa semata-mata mengajar murid untuk mengetahui
keberkesanan PBP melalui penulisan berbentuk hasil projek sahaja bahkan mengajar murid
risalah telah dapat meningkatkan pencapaian mengambil bahagian dalam proses mendapatkan
murid menguasai kemahiran menulis. Oleh itu, pengetahuan (Li Ke, 2010).
para guru disarankan mengubah strategi Pendedahan PBP telah meningkatkan
pengajaran mereka kepada pembelajaran secara kemahiran nilai tambah dalam kalangan sampel,
kolaboratif menggunakan kaedah projek, iaitu kemahiran berkomunikasi, nilai-nilai murni
meningkatkan teknik berkomunikasi dan seperti bekerjasama dan kemahiran berfikir dalam
pendekatan hands-on. Dengan ini murid tidak merancang, melaksanakan, menghasilkan dan
lagi menghafal isi kandungan pengajaran apabila mempersembahkan tugasan yang dijalankan
menghadapi peperiksaan, tetapi lebih kepada dalam kajian ini. Dengan demikian, murid lebih
seorang murid yang berwibawa, berfikiran bersikap positif dan menunjukkan minat dan
terbuka dan dapat berkomunikasi dengan efektif. motivasi mereka untuk lebih tekun mengikuti
Teknik pembelajaran secara kolaboratif proses P&P Bahasa Melayu, khususnya
dalam aktiviti berkumpulan merupakan faktor kemahiran menulis. Kemahiran yang diterapkan
utama dalam pembelajaran berasaskan projek dalam proses P&P dalam kajian ini adalah sangat
melalui penulisan risalah. Dalam kajian ini, berguna kepada murid dalam SPN21 pada masa
pendedahan aktiviti secara berkumpulan telah ini yang merangkumi kemahiran dalam akademik
memupuk sikap dan kemahiran interpersonal, dan kemahiran untuk sepanjang hayat.
misalnya sikap bekerjasama, rajin, berfikir secara
kreatif dan kemahiran berinteraksi melalui Bahan Pengajaran
persembahan hasil projek. Tambahan lagi, sampel
dapat menjana idea mereka dengan aktiviti PBP melalui penulisan berbentuk risalah
penilaian rakan sebaya sekali gus dapat membuat memerlukan suasana P&P yang aktif. Bahan
refleksi hasil tugasan mereka sendiri daripada pengajaran yang disediakan dalam kajian adalah
maklum balas yang diberikan oleh rakan mereka. sesuai dan mampu memberi impak terhadap
Oleh yang demikian, maklum balas dua hala pencapaian sampel. Di samping itu, sampel juga
ini lebih berkesan untuk memantau penglibatan berminat dan memberikan respons yang positif
murid kerana murid lebih menerima maklum mengikuti pengajaran guru dengan adanya bahan
balas daripada rakan mereka berbanding guru tersebut. Walau bagaimanapun, bahan pengajaran
sendiri (Kwangsu Cho et al. 2006). yang digunakan hanya terhad untuk penulisan
berbentuk risalah perjalanan dan pencarian
Murid maklumat daripada sudut ASEAN.
Oleh itu, guru perlu ada inisiatif untuk
Hasil kajian menunjukkan bahawa sampel bukan mempelbagaikan jenis penulisan risalah dengan
sahaja dapat meningkatkan keupayaan menguasai melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan
kemahiran menulis bahkan telah menguasai komunikasi. Dengan yang demikian, sampel
kemahiran berbahasa dan kemahiran nilai tambah lebih mudah mencari maklumat dan dapat
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 28

menghasilkan penulisan dan produk yang lebih turun pada 2/4/2012 dari
menarik. http://biepbl.blogspot.com/2012/02/how-
does-pbl-support-authentic-literacy.html.
KESIMPULAN Helm, J.H. & Beneke, S. (2003). The power of
projects: Meeting contemporary challenges
PBP melalui penulisan berbentuk risalah dalam in early childhood classrooms-Strategies &
kajian ini dapat dijadikan ukuran untuk tujuan solutions. New York: Teachers Colleges
penambahbaikan bagi perancang kurikulum Press, Columbia University.
mengemaskinikan modul pengajaran bahasa, Helm, J.H. & Katz, L.G. (2001). Young
terutama dalam kemahiran menulis dan investigators: The project approach in the
pendidikan bahasa. Proses perancangan, early years. New York: Teachers Colleges
pelaksanaan dan penilaian dalam kajian ini juga Press, Columbia University.
berguna dalam memberikan idea dan maklumat Holm, M. (2011). Project-based instruction: A
kepada pihak yang terlibat. Keputusan kajian review of the literature on effective in
dapat memberikan idea dan maklumat supaya prekindergarten through 12th grade
membantu perancang kurikulum untuk classrooms. Review Academic Journal, 7 (2):
merancang dan mengemaskinikan panduan 1-12.
pemberian projek yang dijalankan di sekolah- Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2009).
sekolah rendah dengan lebih teratur dan berkesan. Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21: SPN
21. Seri Begawan: Kementerian Pendidikan
RUJUKAN Negara Brunei Darussalam.
Kwangsu Cho, Schunn, C.D. & Wilson, R.W.
Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan (2006). Validity and reliability of scaffolded
konstruktisvisme dalam pengajaran dan peer assessment of writing from instructor
pembelajaran asid dan besi di lima buah and student perspectives. Journal of
sekolah di Pekan, Pahang. Fakulti Educational Psychology, 98 (4): 891-901.
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Li Ke. (2010). Project-based college English: An
Beckett, G.H. & Slater, H. (2005). The project approach to teaching non-English majors.
Framework: A tool for language, content, Chinese Journal of Applied Linguistic, 33
and skills integration. ETL Journal, 59: 108- (4): 99-112.
115. Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan proses
Bell, S. (2010). Project-based learning for the 21st menulis karangan Bahasa Melayu. Kuala
century for the future. The Clearing House, Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.
83: 39-43. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah
Chard, S. C., & Katz, L. G. (1989). Engaging penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
children’s minds: The project approach. Dewan Bahasa & Pustaka.
Norwood, New Jersey: Ablex Publishing Moktar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan.
Corp. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Filippatou, D. & Kaldi, S. (2010). The & Pustaka.
effectiveness of project based learning on Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu
pupils with learning difficulties regarding sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
academic performance, group work and Bahasa & Pustaka.
motivation. International Journal of Special Nur Fariza M.N. & AzizahYa’acob. (2009).
Education, 25 (1): 17-26. Facilitating lifelong learning through
France Cheong. (2008). Using a problem-based development of information literacy skills: A
learning approach to teach an intelligent study of integrated project work. European
systems course. Journal of Information Journal of Social Science, 9 (3): 457-464.
Technology Education, 7: 47-60. Ravitz, J., Hixson, N., English, M. &
Hallerman, S. (2012). How does PBL support Mergendoller, J. (2011). Using project based
authentic literacy?: Expert & new bies learning to teach 21st century skills:
blogger on project-based learning. Dimuat Findings from a statewide initiative in West
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29 29

Virginia. Dimuat turun pada 1.4.2012 dari requirements for the degree M.S. Literacy
http://www/bie/org/research/study/ Education. 1-43.
PBL_21CS_WV.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan
pembelajaran penulisan Bahasa Melayu:
Senario, teori dan panduan untuk guru dan
murid. Kuala Lumpur: Karisma Publications
Sdn.Bhd.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk
penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Simah Mamat. (2009). Keberkesanan kaedah
koperatif dalam pengajaran menulis
karangan fakta dan naratif dalam kalangan
murid bukan Melayu. Dimuat turun pada
2/4/2012 dari
http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/ke
berkesanan-koperatif-dalam.html
Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan
pendekatan penyebatian kemahiran berfikir
kreatif dalam pengajaran karangan deskriptif
dan karangan imaginatif dalam kalangan
murid tingkatan IV. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Sains Malaysia.
Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005).
Penggunaan model konstruktivisme lima fasa
Needham dalam pembelajaran Sejarah.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20: 21-41.
Tan Onn Seng. (2006). Problem-based learning
pedagogies: Psychological processes and
enhancement of intelligences. APERA
Conference, 28-30.
Thomas, J.W. (2000). A review of research on
project based learning. Dimuat turun pada 25
Feb 2012 dari
http://www.bobpearlman.org/BestPractices/
PBL_ Research.Pdf.
Thomas, J.W. & Mergendoller, J.R. (2000).
Managing project-based learning: principles
from the field. Paper presented at the Annual
Meeting of the American Educational
Research Association, New Orleans, L.A.
Dimuat turun pada 23 Mac 2012 dari
http://elc.fhda.edu/transform2/resources/merg
endoller_thomas.pdf.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Walsh, K. (2010). Motivating students to read
through project based learning. Paper
submitted in partial fulfillment of the

You might also like