You are on page 1of 14

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 1 / TAHUN 2017

MPU3113

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 PENGENALAN 1
2 EMPAT PARTI POLITIK YANG DITUBUHKAN SEBELUM 2-5
KEMERDEKAAN
2.1 UMNO
2.2 MCA
2.3 MIC
2.4 PAS
3 PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL 5-7
3.1 Sejarah penubuhan
3.2 Keahlian parti
3.3 Dasar parti
3.4 Manifesto parti
4 EMPAT PROGRAM PARTI POLITIK ANDA PILIH DALAM 7-8
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
4.1 Bantuan Persekolahan
4.2 Perarakan Cirtrawarna Malaysia
4.3 Larian Keamanan Gaza
4.4 Perayaan Rumah Terbuka Malaysia
5 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN 9-10
5.1 Politik-politik- politik permuafakatan atau perkongsian kuasa
5.2 Ekonomi
5.3 Pendidikan
5.4 Kempen
6 KESIMPULAN 10-11
BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN
Parti-parti politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang sangat unik dan
menarik untuk dibincangkan. Menurut Wong Khek Seng,Raminah Haji Sabran dan
Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan
demokrasi berparlimen.Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi
berpalimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan,Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama
oleh kaum-kaum tertentu.”
Secara umumnya,perpaduan bermaksud satu sistem atau proses yang
menyatupadukan seluruh negara dan masyarakat menerusi ideology negara agar setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu nilai dan identiti bersama-sama serta
semangat kebangsaan dalam kalangan mereka.Menurut Prof. Madya Dr. Zainal
Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untuk mewujudkan perpaduan
politik negara adalah menerusi consensus atau persetujuan.Imi bermakna kerajaan
yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat
melalui pilihan raya”.Di sinilah politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana
telah memenangi majority kerusi yang dipertandingkan kerana Barisan Nasional ialah
satu parti politik terdapat gabungan UMNO wakil Melayu,MCA wakil Cina dan MIC
wakil India melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di negara Malaysia.
Gabungan antara tiga parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan
politik di dalam satu ideologi yang sama walaupun terdapat pelbagai kaum serta
menggalakkan interaksi,kerjasama dan saling bertolak-ansur sesama ahli.
Dalam tugasan ini,kita dapat memahami dan mengetahui pembentukan parti-
parti politik di Malaysia serta parti politik di Malaysia memainkan peranan yang
sangat penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berdasarkan
permuafakatan politik. Selain itu,melalui menganalisis aktiviti atau program yang
dapat memupuk perpaduan dalam negara melalui parti politik,kita dapat memahami
kepentingan perpaduan dan parti politik di negara.

2.0 EMPAT PARTI POLITIK YANG DITUBUHKAN SEBELUM


KEMERDEKAAN
2.1 UMNO
Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah parti yang
mewakili kepentingan bumiputera lain dan orang Melayu terbesar di negara
Malaysia.Parti UMNO telah ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946.Dato’Onn
bin Jaafar adalah presiden UMNO yang pertama.Tujuan penubuhan UMNO adalah
untuk memperjuangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu serta menyediakan
mereka ke arah pemerintahan sendiri.
Objektif penubuhan UMNO telah berjaya menarik orang Melayu untuk
menyertai UMNO menjelang tahun 1947.Sebanyak 115 000 orang ahli dalam UMNO.
Selain itu,UMNO telah memberi sumbangan pada kemajuan bangsa Melayu dan
mencapai kejayaan yang besar iaitu membubarkan Malayan Union dan digantikan
sebagai Persekutuan Tanah Melayu (1948).
Namum begitu,Dato’Onn memberikan cadangan untuk membuka keahlian
parti UMNO kepada pelbagai kaum telah ditolak oleh pemimpin-pemimpin UMNO
yang lain pada tahun 1951.Ahli-Ahli UMNO berasa perpaduan antara orang Melayu
belum kuat dan tindakan daripada Dato’Onn tidak sesuai.Selepas peristiwa itu,
Dato’Onn pun meletakkan jawatannya sebagai presiden pada Mei 1951.
Selepas Dato’Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman berjaya dilantik sebagai
Presiden UMNO yang kedua.Di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman,UMNO telah
mencapai kejayaan yang gemilang dengan berjaya mendapatkan kemerdekaan kepada
negara Malaysia melalui rundingan pihak British.

2.2 MCA
Penubuhan Persatuan Cina Malaya (MCA) telah dibentuk oleh
masyarakat cina pada Februari 1949 sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili
kepentingan orang cina dan mendukung hasrat untuk mewujudkan hubungan yang
baik dan kerjasama antara orang cina dengan etnik yang lain di Tanah Melayu selain
daripada untuk membersihkan imej orang cina yang selalu dikaitkan dengan Parti
Komunis Malaya (PKM).Sejarah pembentukan MCA bermula dalam satu majlis
makan malam iaitu di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948.Sir Henry
Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British) yang hadir ke majlis makan malam itu telah
menggalakkan Majlis Eksekutif Persekutuan berbangsa cina dan 16 ahli Majlis
Perundangan Persekutuan supaya membentuk sebuah pertubuhan sebagai suatu
alternative kepada Parti Komunis Malaya (KPM) dan mewakili komuniti
Cina.Pembentukan MCA telah diisytiharkan dalam majlis penubuhan di Dewan
Perhimpunan Cina,Kuala Lumpur pada 27 Februari 1949.Tan Cheng Lock dipilih
sebagai presiden,Encik Yong Shook Lin dan Encik Leung Chueng Ling sebagai
setiausaha kehormat dan bendahari kehormat MCA disandang oleh Encik Khoo Teik
Ee dengan sebulat suara.Objektif-objektif dan tujuan penubuhan MCA adalah seperti
yang berikut:
i) Untuk melindungi dan menggalakkan kepentingan sosial,ekonomi,budaya orang
cina dan politik.
ii) Untuk membantu dan memajukan mengekalkan suasana aman damai.
iii) Untuk memelihara dan menjalin keharmonian dan kebajikan antara etnik.
Selain itu,MCA berusaha memujuk belia cina supaya menyertai pasukan
keselamatan dengan menjanjikan pelbagai insentif dalam usaha mengurangkan
kecurigaan orang Melayu terhadap penglibatan orang cina dalam membanteras
komunis di Tanah Melayu.MCA juga membantu kerajaan untuk mewujudkan
kestabilan politik melalui bantuan dan penglibatan dalam kempen membanteras
komunis dengan memberikan bantuan kewangan,material dan sokongan dengan
mengedarkan risalah-risalah anikomunis kepada orang cina untuk menjayakan
rancangan petempatan semula.Di samping itu,belia Cina meninggalkan Tanah Melayu
semasa Manpower Regulations diperkenalkan pada Disember 1950,MCA menyeru
orang cina tidak melarikan diri dan harus bertanggungjawab untuk mempertahankan
negara daripada ancaman komunis.
Kegiatan dan penubuhan MCA telah mendapat sambutan dalam kalangan
orang cina di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan MCA telah memiliki hampir
100,000 orang ahli dalam tempoh 10 bulan penubuhan dan jumlahnya terus
meningkat kepada lebih kurang 200,000 orang pada tahun 1952.Disebabkan ada
keyakinan dan kesokongan daripada orang cina,MCA muncul sebagai parti politik
yang mewakili orang cina di Tanah Melayu pada Tahun 1952 melalui Perikatan
UMNO-MCA.

2.3 MIC
Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946.John Thivy
adalah presiden MIC yang pertama.Tujuan penubuhan MIC adalah untuk menjaga
kepentingan sosial,ekonomi dan politik kaum India di Tanah Melayu.Selain itu, MIC
bermatlamat menyampaikan pendapat-pendapat kaum India kepada kerajaan.
Penubuhan MIC tidak mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat
India pada masa peringkat awal.Ini disebabkan terdapat jurang antara pemimpin parti
yang kebanyakan terdiri dalam golongan peniaga atau professional berbanding
majority India yang bekerja sebagai pekerja ladang atau buruh.Perasaan yang curiga
telah menyebabkan masyarakat India tidak yakin golongan atasan ini
memperjuangkan kepentingan sendiri atau nasib mereka.
Oleh itu,pemimpin-pemimpin parti MIC telah berusaha memujuk dan
memberikan informasi yang mencukupi sehingga berjaya mengumpulkan kekuatan
kaum India untuk bersama-sama berjuang dalam MIC.
Pada tahun 1947,Sardar Budh Singh menggantikan Presiden pertama Kongres
India Malaya iaitu Sri J.A. Thivy dan diikuti Sri K. Ramanathan menjadi Presiden
MIC pada tahun 1950.Selepas itu,Sri Kundan Lal Desaver dilantik sebagai Presiden
MIC dengan menggantikan Sri K. Ramanathan pada tahun 1951.
Selain itu,MIC telah menyertai parti perikatan dan menjadi parti pemerintahan
yang ketiga terbesar pada tahun 1954.Ini adalah satu langkah yang bijak untuk
membina kerjasama sesama pelbagai kaum dan menjadikan perjuangan mengangkat
martabat kaum India dengan lebih berkesan.Ahli Parti MIC telah meningkat kepada
20 000 orang pada tahun 1955.

2.4 PAS
Parti Islam Se-Tanah Melayu atau dikenali sebagai PAS.PAS ditubuhkan
pada 24 November 1954 Kepala Batas,Seberang Perai.Ahmad Fuad bin Hasan adalah
Presiden PAS yang pertama.PAS adalah antara parti pembangkang yang kukuh
“bertapak” di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Tujuan penubuhan PAS adalah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai
sebuah negara Islam dan mengutamakan perundangan syariah atau Islam dalam
pelaksanaan pemerintahannya.
Selain itu,Pas berjuang berlandaskan kepada agama Islam.PAS telah
mengadakan pelbagai peraturan yang berkaitan dengan agama dan bagi membolehkan
masyarakat mengamalkannya.Di samping itu,kerajaan British telah didesak oleh Parti
PAS untuk memperketatkan peraturan pemberian kewarganegaraan.Ini disebabkan
pertambahan bilangan penduduk bukan Melayu akan menggugat kedudukan mereka.
Selepas kemerdekaan, parti PAS menjadi sebuah parti pembangkang utama
sehingga pada hari ini.Parti PAS telah menarik banyak orang Melayu untuk
menganggotainya.

3.0 PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL


3.1 Sejarah Penubuhan
Pilihan raya persekutuan yang diadakan pada tahun 1955,MCA dan UMNO
telah bergabung untuk membentuk Parti Perikatan.Perikatan ini telah memenangi 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi.Manakala satu kerusi yang dimenangi oleh PAS
adalah di kawasan Kerian,Perak.MIC yang ditubuhkan pada tahun 1946 adalah untuk
menjaga kebajikan orang india juga menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Gabungan UMNO-MCA-MIC ataupun Parti Perikatan telah memenangi
pilihanraya pada tahun 1955 dan pihak British memberi mandat untuk Parti Perikatan
untuk berkuasa memerintah setelah Negara merdeka.Tanah Melayu berada dalam
keadaan yang aman damai.Namun begitu,keadaan ini tidak lama tercetus dengan
tragedi 13 Mei 1969 yang telah menyebabkan titik hitam isu perkauman di negara
kita. Oleh itu,Parti Perikatan telah ditukar kepada Barisan Nasional pada tahun 1974
bertujuan untuk menyatukan kembali rakyat pada masa itu dan mengukuhkan
kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik di Malaysia.
Pada masa kini,Barisan Nasional telah mempunyai sebanyak 13 parti
komponen termasuk di Sarawak dan Sabah.Sesungguhnya,Barisan Nasional telah
berjaya mengekalkan kestabilan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara
ini.Kestabilan politik kerajaan Barisan Nasional memerintah negara ini membuktikan
mandat yang diberikan galas begitu baik dan rakyat mempunyai keyakinan kepada
parti ini dalam menjana pembangunan negara.

3.2 Keahlian Parti


Sekiranya merupakan warganegara Malaysia dan tidak mengira kaum,bangsa
atau agama boleh memohon untuk menjadi keahlian parti Barisan Nasional.

3.3 Dasar Parti


Dasar Parti Perikatan sebelum penubuhan Barisan Nasional di mana semua
parti seperti Parti Negara,UMNO,MCA,MIC adalah untuk mencapai kemerdekaan
dalam masa empat tahun di samping mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat
dan juga menjadikan perkhidmatan awam bercorak pentadbiran tempatan.Dasar Parti
juga menumpukan kepada hak asasi manusia dan melindungi keistimewaan raja-raja
Melayu sebagai raja berperlembagaan.Kerajaan negara kita iaitu Barisan Nasional
telah memupuk perpaduan dalam memakmurkan negara ini.Parti Barisan Nasional
telah menjalankan pelbagai pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan.
i)Dasar Pendidikan
Pendidikan merupakan cara yang sangat penting untuk mewujudkan
perpaduan.Cara sistem pendidikan yang dijalanlan oleh kerajaan negara ini untuk
membentuk perpaduan adalah sistem persekolahan yang sama bagi semua,bahasa
kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama,kurikulum yang sama,sukatan pelajaran
yang seragam dan peperiksaan yang seragam.
ii)Dasar Bahasa Kebangsaan
Akta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam
perlembagaan dan menjadi jaminan perpaduan kepada rakyat Malaysia.Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah mewujudkan penggunaan satu bahasa
persefahaman dan perhubungan antara kaum tanpa menimbulkan rasa curiga.
iii)Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar ini dijalankan dalam mengukuhkan perpaduan adalah melalui
kebudayaan.Sebagai contoh,Barisan Nasional mengadakan perarakan Cirtawarna
Malaysia pada tahun 2001 untuk menyaksikan persembahan pelbagai budaya untuk
memelihara keperibadian kebangsaan dan memupuk perpaduan antara kaum.
iv)Sukan Alat Perpaduan
Sukan dapat mengeratkan perpaduan kaum.Sebagai contoh,Sukan Olimpik
Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Ini kita
dapat dilihat pelbagai kaum di negara kita bersatu-padu memberi sokongan dan
dorongan kepada Lee Chong Wei untuk mendapat pingat emas pertama Malaysia.

3.4 Manifesto Parti


Motto “Menuju Ke Arah Kemerdekaan” adalah kemenangan utama parti
perikatan. Barisan Nasional sebagai manifesto parti yang menjanjikan pemerintahan
demokrasi berparlimen,mengekalkan dan melindungi institusi raja,meningkatkan taraf
ekonomi orang Melayu,menjadikan bahasa kebangsaan yang tunggal iaitu Bahasa
Melayu,menamatkan darurat dengan segera dan menjamin sistem pendidikan
kebangsaan yang teratur dan kemas.

4.0 PROGRAM PARTI POLITIK ANDA PILIH DALAM MEMUPUK


SEMANGAT PERPADUAN
4.1 Bantuan Persekolahan
Kerajaan Malaysia telah meluluskan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1
Malaysia (BKAP1M) sebanyak RM100 seorang kepada Murid Tahun 1 hingga
Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah pada 23
Oktober 2016.Objektif Bantuan Khas ini bukan sahaja dapat meringankan beban
perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa ataupun
penjaga.Bantuan awal persekolahan bernilai RM100 diagihkan kepada setiap murid
yang berjumlah 3.5 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dengan tidak mengira
kaum dan agama di seluruh negeri pada satu tarikh dalam bulan Januari 2017 juga
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

4.2 Perarakan Cirtrawarna Malaysia


Kerajaan telah mengadakan Citrawarna Malaysia 2005 di Stadium Merdeka
pada 2 Julai 2005 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-
masing.Pelancaran Citrawarna Malaysia 2005 telah disempurnakan oleh Yang di-
Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan turut berangkat
Raja Pemaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.Persembahan acara
tahunan dimula dengan pertunjukan kesenian dan kebudayaan pelbagai etnik dan
kaum di Malaysia diikuti pertunjukan kesenian semua budaya yang terdapat di negara
kita oleh penari-penari Kementerian kebudayaan,kesenian dan warisan serta Istana
Budaya.Kira-kira 21,000 orang penonton terdiri daripada orang Melayu,Cina dan
India telah menghadiri untuk menyaksikan persembahan ini.Selain itu,jutaan rakyat
Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan acara lebih dua jam secara langsung
melalui Radio Television Malaysia (RTM).Tujuan Perarakan Citrawarna Malaysia
adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
4.3 Larian Keamanan Gaza
Majlis Belia Selangor (MBS) telah menganjurkan Larian Keamanan Gaza,
sempena pembukaan “Kanival Sayangi Selangor,Yakini BN” di i-city pada 30
Disember 2012.Lebih 2000 belia berbilang kaum menyertai Larian Keamanan Gaza
ini.Selain daripada Larian Keamanan Gaza,penganjur juga mengadakan beberapa
aktiviti seperti derma darah, kaunter pemeriksaan badan dan pertandingan kaligrafi.
Sebanyak 500 orang murid sekolah rendah berbilang kaum menyertai pertandingan
kaligrafi.Larian Keamanan Gaza ini dapat menggalakkan belia peka kepada isu
kemanusiaan dan keamanan sejagat serta dapat memupuk semangat perpaduan antara
kaum di negara kita.

4.4 Perayaan Rumah Terbuka Malaysia


Sebanyak enam perayaan kaum atau agama sebagai perayaan utama Negara
telah dimutuskan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2000.Ini dikenali sebagai
Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan.Objektif Rumah
Terbuka Malaysia adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui
perkongsian perayaan dalam suasana yang harmoni dan aman.Selain itu,rumah
terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain.
Sebagai contoh,kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan
serta dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri telah mengadakan majlis rumah
terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur.Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menghadiri majlis rumah terbuka ini.
Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina juga telah diadakan pada 4 Februari 2001 di
Pulau Pinang dengan dihadiri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Perayaan lain termasuk Deepavali di Kuala Lumpur Oktober 2001,Krimas pada
Disember 2001,Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001 dan Pesta Kaamatan
di Kota Kinabalu,Sabah.

5.0 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN


5.1 Politik-politik- politik permuafakatan atau perkongsian kuasa
Semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel,Arend Lijpart
memperkenalkan politik permuafakatan.Politik permuafakatan adalah berlaku di
negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa.Negara maju seperti
Belanda,Australia dan Belanda melakukan politik permuafakatan.Negara
kita,Malaysia sedang membangun juga berjaya untuk menjalankan politik
permuafakatan.Sebagai contoh, elemen utama dalam politik permuafakatan ialah
melalui perkongsian kuasa.Perkongsian kuasa antara UMNO-MCA-MIC bertujuan
untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam pelbagai kaum yang di Malaysia.
Walaupun Perikatan telah ditukar kepada Barisan Nasional,tetapi dasar perkongsian
pintar masih dipraktikkan di Malaysia demi menjamin perpaduan dan keharmonian
antara kaum di Malaysia.

5.2 Ekonomi
Peranan terpenting agensi kerajaan adalah untuk membangunkan ekonomi
negara supaya menjadi setaraf dengan masyarakat antarabangsa.Proses perkembangan
ekonomi adalah membolehkan semua kaum terlibat dalam semua bidang dan
peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee We (2004)
“Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru(DEB)
yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula
masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-
pekerja di pelbagai sector ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik
harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada
tahun 1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada
jumlah hakmilik tersebut.” DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk
bersatupadu digunakan oleh kerajaan.Pekerjaan diwujudkan dan pendapatan rakyat
diseimbangkan melalui DEB dapat mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan
bandar dengan luar bandar. Perbezaan fungsi ekonomi yang dihapuskan mengikut
kaum dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dan meningkatkan taraf
pembangunan ekonomi negara.

5.3 Pendidikan
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)
“Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam
semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak
dibangku sekolah.” Kerajaan boleh melalui Kementerian Pendidikan Malaysia
menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas buku latihan pelajar-pelajar di
sekolah supaya pelajar dapat selalu berpeluang melihat dan membacanya dengan
senang.Dengan ini, pelajar-pelajar di sekolah akan mengetahui prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara.Ini juga akan menjadikan murid-murid memahami
kebudayaan kaum lain dan saling hormat-menghormati.Keadaan ini secara langsung
telah menanam unsur perpaduan dalam diri pelajar melalui menghafal Rukun Negara
dan diamalkan oleh mereka.

5.4 Kempen
Kerajaan dapat menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat dengan
melancarkan kempen, ceramah dan seminar yang berfokuskan intergrasi national dan
perpaduan.Dengan ini,rakyat Malaysia akan didedahkan kepada kepentingan
perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.
Sebagai contoh,rakyat Malaysia digalakkan menyertai ceramah yang dianjurkan oleh
kerajaan supaya dapat memahami konsep perpaduan yang diterapkan oleh pihak
kerajaan.Melalui ceramah atau kempen ini,rakyat Malaysia akan mengetahui
kepentingan intergrasi nasional dan perpaduan kepada negara serta mengamalkannya
dalam kehidupan harian.

6.0 KESIMPULAN
Selain daripada insiden perkauman pada tahun 1945 hingga 1946 selepas
Jepun menyerah kalah,peristiwa pada 13 Mei 1969 dan peristiwa di Kampung Medan
pada tahun 2001. Keadaan Negara Malaysia dan masyarakat adalah stabil,harmoni
dan makmur.Usaha dalam memelihara hubungan etnik yang harmoni selaras dengan
perkembangan politik negara merupakan satu cabaran yang paling besar.Ini adalah
disebabkan Malaysia yang dihuni oleh penduduk yang terdapat daripada pelbagai
etnik seperti budaya,latar belakang,agama,bahasa,dan adat resam yang
berlainan.Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah menghadapi tahap
ketegangan,kereggangan dan pertelingkahan antara etnik sehingga rakyat Malaysia
berusaha untuk menuju ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak dari zaman
penjajahan British sehingga ke hari ini.Rakyat Malaysia telah melahirkan hubungan
etnik yang sihat melalui pelbagai cabaran,kesukaran dan masalah.
Walaubagaimanapun,rakyat Malaysia telah berjaya menyelesaikan isu perkauman dan
masalah sehingga mencapai permuafakatan,kerjasama dan kompromi politik antara
etnik.
Kerajaan kita Barisan Nasional bertindak dengan berhat-hati dalam
mengambil pelbagai langkah dan pendekatan dari dulu hingga sekarang untuk
mengenal pasti masalah yang diwujud supaya semua etnik dibawa ke dalam proses
pentadbiran dan politik negara agar mempercepatkan pembentukan 1
Malaysia.Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah memahami,bersikap
toleransi,memberi kerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain supaya
hubungan etnik yang sihat,mesra,perpaduan dan harmoni dapat diwujudkan serta
dapat diteruskan dari generasi ke generasi.

( 2734 patah perkataan )


APENDIKS

RUJUKAN BUKU

Sulaiman Zakaria., & Azmah Che Omar. (2004). Penubuhan Malaysia. Petaling Jaya,
Selangor: Pustaka Cahaya Intelek

Maruwiah Ahmat. (2013). Pengukuhan Hubungan Etnik. Butterworth, Pulau Pinang:


Golden Book Distributors

Noor Azilawati Mohd Sabda. (2007). Parti Politik Di Malaysia. Seri Kembangan,
Selangor: Penerbitan PCT Sdn.Bhd

Nurul Ain Amirnur Rashid. (2012). Parlimen Malaysia Dan Sistem Demokrasi.
Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Sesuci Nurani

Noor Azilawati Mohd Sabda. (2007). Pilihan Raya Di Malaysia. Seri Kembangan,
Selangor: Penerbitan PCT Sdn.Bhd

Nada Haifaa. (2015). Pembentukan Malaysia. Seri Kembangan, Selangor: Content


Plus Sdn.Bhd

You might also like