You are on page 1of 2

Bab 1 Sukatan Membulat

Mengenal Suatu Bulatan

Bulatan

Dalam geometri, bulatan ialah suatu lengkung tertutup yang


terbentuk daripada satu set titik pada satu satah yang sama
jarak dari pusat O. Jarak tersebut dikenali sebagai jejari
bulatan.

Diameter

Diameter bulatan ialah tembereng garis yang melalui pusat


bulatan dengan titik hujungnya menyentuh bulatan itu. Semua
diameter bagi bulatan yang sama mempunyai panjang yang
sama.

Perentas

Perentas ialah satu tembereng garis dengan kedua-dua titik


hujungnya menyentuh suatu bulatan. Diameter bulatan ialah
tembereng khusus yang melalui pusat bulatan dan merupakan
tembereng yang paling panjang dalam bulatan itu.

Jejari

Jejari bulatan ialah satu tembereng garis dari pusat bulatan ke


satu titik pada bulatan itu. Dalam rajah di sebelah, O ialah
pusat bulatan. OB dan OC pula ialah jejari bulatan itu dengan
panjang kedua-duanya adalah sama. Jejari adalah separuh
1
daripada panjang diameter suatu bulatan, iaitu OB = AB .
2

Lengkok

Lengkok adalah sebahagian daripada bulatan. Dalam rajah di


sebelah, garis berwarna merah daripada titik B ke titik C
membentuk satu lengkok bulatan. Suatu lengkok bulatan
boleh diukur dalam darjah. Lengkok BC = BOC = 45 .

Tangen

Tangen ialah satu garis yang menyentuh bulatan pada satu


titik sahaja. Tangen berserenjang dengan jejari bulatan pada
titik yang bersentuhan itu. Dalam rajah di sebelah, garis BC
ialah tangen kepada bulatan itu pada titik B.
Bab 1 Sukatan Membulat

Tangen

Perentas

Tangen, perentas, diameter dan jejari O


Diameter
Jejari

Lengkok minor

Tembereng minor

Lengkok minor, lengkok major, O


tembereng minor dan tembereng major
Tembereng major

Lengkok major

Lengkok minor

Sektor minor

O
Sektor minor dan sektor major
Sektor major

Lengkok major

You might also like