You are on page 1of 4

LAMPIRAN 1-5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Perkara yang banyak difokus pada hari pertama (5 Februari 2018) ialah:
 Organisasi dan pentadbiran sekolah
 Prasarana dan kemudahan sekolah
 Pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum
 Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam kalangan guru-guru dan
murid-murid

2. Analisis isu / perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:

 Mengetahui bidang-bidang tugas pihak pengurusan di sekolah.


 Mengetahui aktiviti-aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah dan cara
pelaksanaannya.

2.2 Kelemahan:

 Tiada ruang spesifik untuk mengenalpasti Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


misi dan visi sekolah dan lain-lain.
 FPK, misi dan visi diletakkan di kawasan yang sukar dilihat.

3. Cadangan penambahbaikan:

Menyediakan satu tempat khas untuk memaparkan pengenalan sekolah, FPK, Falsafah
Sekolah, misi dan visi sekolah.
Contoh: meletak mural FPK

Membaiki mural yang sedia ada agar nampak lebih ceria.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Perkara yang banyak difokus pada hari kedua (6 Februari 2018) ialah:
 Aktiviti kokurikulum di sekolah dan penglibatan murid-murid
 Kepimpinan pentadbir sekolah
 Budaya sekolah
 Maklumat umum mengenai SMK Kidurong, Bintulu, Sarawak.

2. Analisis isu / perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:
 Guru-guru sentiasa memberi kerjasama kepada murid-murid demi mencapai
kejayaan sekolah dalam bidang akademik
 Pentadbir sekolah bersikap terbuka dan mengamalkan sistem demokrasi dalam
pentadbiran

2.2 Kelemahan:
 Ramai guru yang diberi lebihan kerja. Ini mungkin kerana kejayaan seseorang
guru itu telah menyebabkan guru lain percaya akan kebolehan guru tersebut
hingga beliau dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab.

3. Cadangan penambahbaikan:

 Setiap guru perlu diberi tugas sama rata agar tidak ada yang akan merasa berat
sebelah dalam pembahagian tugas.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Perkara yang banyak difokus pada hari ketiga (7 Februari 2018) ialah:
 Kejayaan sekolah – aktiviti kokurikulum dan akademik
 Sumber pengajaran dan pembelajaran di Bilik ABM

2. Analisis isu / perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:
 Pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum sukar untuk
ditandingi hasil daripada kerjasama guru dan murid-murid serta kegigihan yang
ditunjukkan oleh setiap warga sekolah.

2.2 Kelemahan:
 Bilik ABM yang terlalu kecil. Sekali lihat kelihatan seperti sebuah stor yang
menempatkan barang-barang yang tidak diperlukan lagi.

3. Cadangan penambahbaikan:
 Perlu diadakan sebuah bilik yang sesuai dan besar untuk dijadikan Bilik ABM.
 Bilik ABM perlu berada dalam keadaan yang kemas dan selesa.
 Bahan-bahan yang terdapat di dalam Bilik ABM perlu disusun dan dikelaskan
mengikut kategorinya agar mudah dicari dan diperolehi apabila diperlukan.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Perkara yang banyak difokus pada hari terakhir (8 Februari 2018) ialah:
 Disiplin murid
 Hubungan antara guru dengan murid-murid
 Latihan Rumah Sukan

2. Analisis isu / perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:
 Keadaan disiplin murid yang memuaskan dan kurang masalah disiplin yang timbul
di sekolah.
 Hubungan antara guru dan murid seperti mentor-mentee yang menjadi salah satu
faktor kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.
 Semua warga sekolah masing-masing memberi kerjasama untuk membuat
persiapan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah.

2.2 Kelemahan:

- Tiada -

3. Cadangan penambahbaikan:

- Tiada -

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

You might also like