You are on page 1of 58

Secara eksklusif daripada

Tropical Herbs
SET SELEPAS
BERSALIN
Penceramah Jemputan: Puan Faridah Ahmad Fadzil
• Presiden Pengasas, Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia
(MAWSPA)

• Pengarah (Produk), Asia Pacific Spa and Wellness Coalition


(APSWC)

• Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan jenama produk spa


semula jadi dan gaya hidup terkenal di Malaysia
Tahap Kehamilan dan
Kepentingan Rawatan
Selepas Bersalin
TRIMESTER PERTAMA
Trimester pertama ialah 14 minggu pertama kehamilan. Tubuh
melalui perubahan hormon yang ketara menyebabkan
keletihan, loya, gangguan tidur, perubahan mood dan
keresahan.
• Pendarahan
• Payudara membengkak
• Sembelit
• Lelehan
• Lesu
• Mengidam makanan
• Kerap buang air kecil
• Pedih hulu hati
• Perubahan mood
• Mabuk hamil
• Pertambahan berat badan
TRIMESTER KEDUA
Biasanya tahap tenaga meningkat dan rasa loya akan
berkurangan dengan ketara.
• Sakit belakang
• Payudara membesar
• Lelehan
• Kerap buang air kecil
• Pertumbuhan rambut
• Sakit kepala
• Pedih hulu hati dan sembelit
• Buasir
• Perubahan kulit
• Vena lelabah dan varikos
• Pertambahan berat badan
TRIMESTER KETIGA
Tiga bulan terakhir kehamilan boleh jadi yang paling tidak
selesa dari segi fizikal. Tubuh semakin besar dan kebanyakan
tumbesaran fisiologi bayi berlaku.
• Sakit belakang
• Pendarahan
• Payudara membesar
• Lelehan
• Lesu
• Kerap buang air kecil
• Pedih hulu hati dan sembelit
• Buasir
• Nafas pendek
• Vena lelabah dan varikos
• Pembengkakan
• Pertambahan berat badan
POSTUR SEMASA HAMIL

LENGKUNG
TULANG
BELAKANG
KETERLALUAN
OTOT-OTOT
ABDOMEN SANGAT
TEGANG

SARAF SIATIK SENDI PELVIK


DIRENGSA LONGGAR
SAKIT SARAF SIATIK

• Saraf siatik merupakan saraf terbesar dalam tubuh yang menyediakan fungsi
deria dan motor ke bahagian pinggul hingga hujung kaki. Saraf ini
memberikan sensasi ke belakang paha, bahagian bawah kaki dan tapak kaki.
• Saraf siatik terletak di bawah uterus hingga ke kaki. Penyebab sakit saraf siatik
dikatakan berkait dengan tekanan pada saraf yang disebabkan oleh bayi yang
sedang membesar.
Dalam hospital
Pemerhatian
klinikal

Memberi susu Kesejahteraan


badan bayi

Menjahit
Menangani
episiotomi/
pendarahan
memeriksa
postpartum
plasenta
Pemeriksaan 6
Lelehan ????? minggu selepas
bersalin
Mengapa terapi selepas bersalin?
• Data dan kesimpulan daripada kertas kerja yang diterbitkan pada tahun 2011 tentang
kemurungan selepas bersalin
- Malaysia mempunyai tahap kemurungan selepas bersalin yang terendah di Asia sementara
Pakistan merupakan yang tertinggi
•Amalan terapi selepas bersalin dan sokongan yang diberikan kepada ibu-ibu baru boleh
menjadi faktor penyumbang kejadian PND yang lebih rendah daripada biasa

Kesimpulan
Dalam sesetengah persekitaran tradisional, kadar kemurungan selepas bersalin lebih rendah
daripada persekitaran lain. Fenomena ini menunjukkan pentingnya corak budaya yang
menguatkan peralihan peranan keibuan dan hasilnya dapat mengurangkan ketegangan
fizikal dan psikologi ibu baru. Di negara-negara yang dipengaruhi oleh nilai-nilai barat,
sebaik sahaja bayi dilahirkan, sebahagian besar perhatian dan penjagaan keluarga serta
penyedia penjagaan kesihatan biasanya tertumpu kepada bayi manakala si ibu lebih
cenderung diabaikan.
Sebaliknya, budaya lain memberikan lebih penekanan kepada ibu baru dan keperluan fizikal
serta emosinya, sementara sesetengah adat keibubapaan memberikan perlindungan khusus
kepadanya.
Mengapa Terapi Selepas Bersalin?
• Menjadi semakin popular di seluruh dunia

• Terdapat dalam pelbagai budaya

• Mengisi jurang rawatan perubatan selepas bersalin

• Melengkapkan penekanan perubatan pranatal

• Tidak mengganggu dan menggalakkan penyembuhan

• Memberi hala tuju kepada ibu-ibu baru untuk meluangkan masa dan memanjakan
diri sendiri.
Mengapa Terapi Selepas Bersalin?
• Menambah baik aliran darah

• Menguatkan dan mengurangkan rahim bengkak

• Menguatkan tubuh dan meningkatkan tenaga

• Melegakan bahagian abdomen, belakang, organ pembiakan dan otot-otot


lantai pelvis

• Biasanya menggunakan herba dan minyak semula jadi

• Tempoh berpantang membolehkan ibu berehat dan memulihkan kesihatan


selepas hamil dan melahirkan anak
Isu-isu yang Biasa Dihadapi Ibu Baru
• Pendarahan vagina (lokia)
• Sembelit
• Jahitan vagina atau perineal
• Kesakitan
• Tiada sokongan luaran
• Memakan masa
• Membebankan kewangan
• Perubahan emosi selepas bersalin
• Kemurungan selepas bersalin
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs
Produk Popular Yang Diberi Penampilan
Baru
• Cabarannya adalah untuk mengekalkan produk yang paling digemari,
dipercayai dan dikenali oleh ibu-ibu di seluruh Malaysia dan memberikan
penampilan baru yang segar dan menyasarkan pengguna baru yang lebih
muda dan lebih dinamik.

• Untuk melihat semula dan menjadikan konsep dan penampilannya lebih


segar.

• Untuk menjadikannya lebih mudah dan sesuai untuk ibu-ibu yang lebih
muda.
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs
• Teh Herba
• Herba Selepas Bersalin 1
• Herba Selepas Bersalin 2
• Campuran Herba Peramping
• Bengkung
• Sabun Skrub Herba
• Pembersih Herba dengan Prebiotik & Manjakani
• Balm Pelembap Puting
• Semburan Penenang Campuran Bunga
• Minyak Urut Halia
• Minyak Bayi + Minyak Kelapa Dara
New Product Essential Oil
Teh Herba
Gabungan herba yang membantu meningkatkan laktasi, aliran susu dan juga membersihkan
sistem. Teh herba boleh diiambil sebagai tonik untuk menjadikan ibu kembali bertenaga.

Curcuma domestica (Kunyit)


• Kesan yang berkuasa untuk kesihatan wanita.
• Pengambilan kunyit juga terbukti mempunyai kesan antimurung.
• Kunyit juga mempunyai kesan menguatkan imun untuk melindungi ibu daripada selesema dan
demam selesema.
• Kunyit juga membantu mengawal atur berat badan, meningkatkan aliran hempedu dan
mencegah risiko peningkatan berat badan dan obesiti untuk ibu yang menyusukan bayi.
• Kunyit merangsang pundi hempedu untuk menghasilkan hempedu yang mencukupi untuk
menggalakkan pencernaan dan mengurangkan simptom angin dan kembung kepada ibu yang
menyusukan.

Zingiber officinale (Halia)


• Herba ini selamat digunakan selama bergenerasi untuk mengatasi mual ibu mengandung dan
menyusukan.
• Membantu pencernaan dan mengurangkan kembung perut.
• Kesan antiradang yang sangat kuat di samping membantu menguatkan keimunan ibu yang
menyusukan.
• Membantu mengurangkan tekanan dan menambah baik peredaran darah.
• Halia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu.
Quercus infectoria (Manjakani)
• Ekstrak buah ini didapati kaya dengan hydrolyzable tannins.
• Kandungan fitokimia lain termasuk isoflavon (sejenis fitoestrogen).
• Astringen, antioksidan, meremajakan, antibakteria, antikulat, antivirus, antiradang,
antidiabetes dan anestetik tempatan.
• Tannins ialah sejenis polyphenolic atau sebatian gula yang boleh mengecutkan kulit
atau tisu, meningkatkan aliran darah ke kawasan yang terdedah dan mengekalkan
tahap kolagen dan elastin.
• Oleh sebab aktiviti estrogenik penting untuk meremajakan struktur kulit dan otot
termasuk otot pada organ wanita (otot faraj dan otot lantai pelvis).
• Ekstrak buah ini bukan sahaja memberi kesan tegang segera disebabkan profil tannin
tetapi juga berguna untuk meremajakan dinding dan otot faraj serta merangsang
kelenjar dan tisu pada faraj untuk merembeskan cecair secara aktif.
• Hasilnya, anda bukan sahaja memperoleh kesan tegang segera tetapi juga struktur
dinding dan otot faraj diremajakan untuk pengecutan yang ketat, elastik dan lebih
baik serta mencegah kekeringan faraj.

Usnea barbata (Tahi Angin)


• Salah satu bahan paling mujarab yang mempunyai keupayaan untuk merangsang
sistem imun.
• Membantu menyembuhkan luka.
• Melindungi ibu daripada jangkitan.
Herba Selepas Bersalin 1
Membantu ibu yang menyusukan memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran
susu.

Centella Asiatica (Pegaga)


• Herba yang hebat ini boleh membantu menambah baik peredaran darah ke otak yang
membantu meningkatkan ingatan dan kepekaan ibu.
• Dianggap sebagai herba otak yang mujarab, kandungan antioksidannya yang sangat
tinggi dan juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan keletihan.
• Centella juga terbukti dapat mempercepatkan penyembuhan luka.

Curcuma domestica (Kunyit)


• Kesan yang berkuasa untuk kesihatan wanita.
• Pengambilan kunyit juga terbukti mempunyai kesan antimurung.
• Kunyit juga mempunyai kesan menguatkan imun untuk melindungi ibu daripada
selesema dan demam selesema.
• Kunyit juga membantu mengawal atur berat badan, meningkatkan aliran hempedu dan
mencegah risiko peningkatan berat badan dan obesiti untuk ibu yang menyusukan bayi.
• Kunyit merangsang pundi hempedu untuk menghasilkan hempedu yang mencukupi
untuk menggalakkan pencernaan dan mengurangkan simptom angin dan kembung
kepada ibu yang menyusukan.
Trigonella foeneum gracum (Halba)
• Digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.
• Membantu mengurangkan keradangan di dalam dan di luar tubuh.
• Membantu menambah baik pencernaan dan mengurangkan kembung.

Zingiber officinale (Halia)


• Herba ini selamat digunakan selama bergenerasi untuk mengatasi mual ibu
mengandung dan menyusukan.
• Membantu pencernaan dan mengurangkan kembung perut.
• Kesan antiradang yang sangat kuat di samping membantu menguatkan keimunan
ibu yang menyusukan.
• Membantu mengurangkan tekanan dan menambah baik peredaran darah.
• Halia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu.
Herba Selepas Bersalin 2
Membantu ibu baru mengembalikan bentuk tubuhnya secara luaran dan
dalaman ketika dia terus menyusukan.

Areca catechu (Buah Pinang)


• Buah pinang digunakan untuk membantu pencernaan kerana ia
meningkatkan metabolisme anda.
• Ia juga mengurangkan rembesan asid kerana ia meningkatkan mukus
dalam perut yang menghalang dinding perut daripada kesan berbahaya
asid gastrik.
• Ia menyingkirkan lemak daripada tubuh dan membantu mengurangkan
berat badan.

Asparagus racemosus (Shatavari)


• Herba wanita Ayurveda yang paling terkenal ini digunakan untuk
membantu wanita memulih dan menstabilkan hormon selepas
melahirkan.
• Membantu meningkatkan kandungan estrogen dalam tubuh yang
menjadikan tubuh lebih cekap membakar lemak, bukan menyimpannya.
• Membantu meningkatkan pengeluaran susu dan cenderung
"menyejukkan" tubuh yang panas.
Zingiber officinale (Halia)
• Herba ini selamat digunakan selama bergenerasi untuk mengatasi mual ibu
mengandung dan menyusukan.
• Membantu pencernaan dan mengurangkan kembung perut.
• Kesan antiradang yang sangat kuat di samping membantu menguatkan
keimunan ibu yang menyusukan.
• Membantu mengurangkan tekanan dan menambah baik peredaran darah.
• Halia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu.
• Halia juga akan membantu memanaskan tubuh dengan meningkatkan kadar
metabolisme ibu.
• Pencerna yang kuat.

Orthosiphon stamineus (Misai Kucing)


• Misai Kucing ialah tumbuhan ubatan yang daunnya memiliki ciri-ciri diuretik
berkuasa yang membantu menghilangkan sisa klorida dan sisa nitrogen.
• Tindakan penyingkirannya menjadikan tumbuhan ini biasanya disyorkan untuk
mempercepatkan penurunan berat badan dalam diet pelangsingan.
• Menurut sumber perubatan herba, tumbuhan yang kaya dengan flavonoid ini
juga merangsang pemecahan lemak yang tersimpan dalam sel.
CAMPURAN HERBA PERAMPING
Campuran Herba Peramping menggunakan gabungan herba terpilih untuk membantu
membersih dan menguatkan bahagian abdomen selepas bersalin.

Tanah liat bentonit – untuk menegangkan dan menyingkirkan kotoran daripada kulit. Ia
penyahtoksik kulit yang berkuasa. Boleh membantu melembut, menyental dan
memudarkan parut pada kulit. Ia juga boleh menjadikan tona kulit sekata di samping
menggalakkan penjanaan semula tisu kulit.

Serbuk beras – membantu menegangkan kulit dan membekalkan mineral yang akan
membantu menegangkan kulit.

Buah pala – akan membantu mencerah dan menjadikan tona kulit sekata. Ia juga
membantu mengurangkan cela dan bintik-bintik gelap pada kulit.

Citrus aurontifolia – Tinggi vitamin C yang akan membantu melembut dan mengekalkan
kelembutan kulit. Ia juga membantu menegangkan kulit dan juga menyingkirkan kulit mati.

Asaefoteida – bahan antipenuaan yang berkuasa. Ia membantu melembapkan kulit dan


mengurangkan kesan bentonite yang mengeringkan. Ia juga bahan antivirus yang mujarab.

Halia dan Kunyit – akan membantu meningkatkan peredaran darah ke kulit dan
menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.
BENGKUNG
Sabun Skrub Herba
• Diperbuat daripada minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dan butiran sabun isirung kelapa sawit yang
digabungkan dengan lebih daripada 7 jenis herba dan beras serta minyak pati seperti kunyit, kayu manis,
halia, beras putih, beras pulut hitam, beras pulut putih, minyak oren manis dan lain-lain. Sabun skrub yang
semula jadi sepenuhnya ini membantu menambah baik peredaran darah, menyingkirkan kulit mati pada
leher dan paha dan mengurangkan kesan regangan jika ada. Herba yang digunakan dipilih dengan teliti
untuk kesan antibakteria dan antiradang.
• Sabun ini tidak mengandungi sulfat, pewarna, haruman dan paraben
• Kesan bahan-bahan utama:
• Kunyit – antiradang, antikulat, antibakteria, antiparut, menyembuhkan luka, antioksidan
• Kayu manis – antijerawat, antikulat, antiradang, skrub semula jadi, mengurangkan cela pada kulit
• Halia – antiradang, menghangatkan, meningkatkan peredaran darah, antikulat
• Gabungan 3 beras – menyental secara semula jadi, menegangkan kulit
• Minyak oren manis – menyegarkan, meningkatkan mood dan menenangkan, antibakteria semula jadi,
pengawet semula jadi
PEMBERSIH HERBA DENGAN
PREBIOTIK & MANJAKANI
Pembersih Herba dengan Prebiotik & Manjakani ialah rumusan termaju yang menggabungkan
prebiotik dengan ekstrak Sirih, Pueraria mirifica, Parameria Barbata dan Quescus Infectoria
untuk membersih, menghilangkan bau dan menyegarkan kawasan intim anda.

Prebiotik (Biolin)
Kawasan intim wanita tiada lapisan keras untuk melindunginya. Perlindungan hanya daripada
lapisan lactobacilli. Oleh sebab tiada perlindungan fizikal tetapi sekadar perlindungan kompetitif,
keseimbangan yang lemah ini mudah terganggu. Hal ini sebahagian besarnya disebabkan kurang
kebersihan atau mencuci secara keterlaluan dengan sabun yang keras. BIOLIN membantu
mengekalkan perintang yang diperlukan ini. Biolin ialah makanan Lactobacilli, bukannya Candida
albicans. Biolin menjadi makanan organisma yang berguna dan mesra sahaja. Kehadiran BIOLIN
membolehkan organisma berguna membiak lebih cepat daripada bakteria berbahaya. BIOLIN telah
diuji secara dermatologi untuk kegunaan khusus ini.

Sirih
Analgesik berkuasa yang akan membantu mengurangkan kesakitan bersalin. Sirih yang memiliki
ciri-ciri antiseptik dan antikulat yang kuat telah ditunjukkan boleh membantu mempercepatkan
penyembuhan dan mengurangkan jangkitan dengan mencegah pertumbuhan mikrob yang
merosakkan.

Pueraria Mirifica
Herba popular yang akan membantu mengimbangi hormon wanita.
Parameria barbata
• Digunakan secara tradisional untuk mengetatkan faraj dan mengurangkan kesan
keputihan.
• Antiradang yang terkenal kerana kandungan flavanoidnya yang tinggi.

Quercus infectoria (Manjakani)


• Ekstrak buah ini didapati kaya dengan hydrolyzable tannins.
• Kandungan fitokimia lain termasuk isoflavon (sejenis fitoestrogen).
• Astringen, antioksidan, meremajakan, antibakteria, antikulat, antivirus, antiradang,
antidiabetes dan anestetik tempatan.
• Tannins ialah sejenis polyphenolic atau sebatian gula yang boleh mengecutkan kulit
atau tisu, meningkatkan aliran darah ke kawasan yang terdedah dan mengekalkan
tahap kolagen dan elastin.
• Oleh sebab aktiviti estrogenik penting untuk meremajakan struktur kulit dan otot
termasuk otot pada organ wanita (otot faraj dan otot lantai pelvis).
• Ekstrak buah ini bukan sahaja memberi kesan tegang segera disebabkan profil
tannin tetapi juga berguna untuk meremajakan dinding dan otot faraj serta
merangsang kelenjar dan tisu pada faraj untuk merembeskan cecair secara aktif.
• Hasilnya, anda bukan sahaja memperoleh kesan tegang segera tetapi juga struktur
dinding dan otot faraj diremajakan untuk pengecutan yang ketat, elastik dan lebih
baik serta mencegah kekeringan faraj.
BALM PELEMBAP PUTING
Penggunaan 100% lilin dan minyak berasaskan tumbuhan akan membantu
mencegah puting payudara daripada merekah. Rumusan yang selamat ini tidak
mengandungi bahan-bahan petroleum, haruman atau pewarna. Ditambah minyak
selasih dan adas yang mempunyai ciri-ciri menggalakkan pengeluaran susu.

Minyak adas
• Diekstrak daripada biji adas yang beraroma, minyak ini pasti akan membantu anda
meningkatkan pengeluaran susu.
• Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan minyak adas dikenali kerana
keupayaannya meningkatkan kandungan lemak dalam susu ibu.
• Minyak adas ialah salah satu minyak pati terbaik yang boleh anda gunakan untuk
meningkatkan kualiti dan kepekatan susu ibu anda.

Minyak selasih
• Selasih ialah minyak paling popular untuk meningkatkan pengeluaran susu.
• Dengan kehadiran progesteron, minyak ini juga mengimbangi hormon dan
membantu anda meningkatkan pengeluaran susu.
SEMBURAN PENENANG CAMPURAN
BUNGA
Gabungan air bunga dan minyak pati untuk kelegaan fizikal dan emosi
semasa tempoh berpantang.

Air mawar (phytosol)


• Mawar mengurangkan kemurungan – satu kajian oleh Jurnal Therapies
Complementary in Clinical Practice yang diterbitkan baru-baru ini
menyatakan bahawa minyak mawar mempunyai kesan positif dalam
mengurangkan tekanan selepas bersalin dan gangguan kebimbangan.
• Mawar menambah baik kulit – tambahan untuk pelembap yang terkenal
dan selamat untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Air bunga lavender (hydrosol)


• Dikenali dengan ciri menenangkan dan juga sedatif ringan
• Membantu tidur, gementar dan kegelisahan
• Minyak yang terkenal dalam kalangan penghidap migrain
Minyak Pati Oren Manis
• Berkuasa meningkatkan mood
• Antimurung yang terkenal
• Antiseptik semula jadi
• Sedatif ringan dengan kesan menenangkan, antikejang
• Membantu melegakan keletihan

Minyak Pati Ylang-ylang


• Antimurung yang berkuasa
• Afrodisia semula jdi
• Kesan hipotensi dan juga sedatif ringan

Minyak Pati Melur


• Kesan yang menenangkan minda
• Membantu melawan kemurungan secara aktif
• Membantu merawat insomnia
• Kurangkan kesakitan bersalin
• Membantu mempercepatkan tempoh pemulihan
Minyak Urut Halia
Minyak Urut Halia mengandungi minyak semula jadi terpilih dan juga minyak pati halia dan
lavender yang membantu melembapkan kulit, menjadikannya licin dan lembut.
Dibuat daripada gabungan minyak semula jadi seperti Minyak Kelapa Dara, minyak biji
bunga matahari, minyak Jojoba dan minyak lavender yang selamat dan tidak toksik.
Penggunaan minyak hangat yang berbahaya seperti minyak salisilik dielakkan sepenuhnya.
Minyak urut ini dirumus untuk membantu menambah baik peredaran darah,
menghangatkan tubuh dan mengeluarkan "angin" yang boleh menyebabkan kesakitan.
Minyak halia
• Diekstrak daripada halia segar, bukan halia kering untuk mengekalkan kualiti dan
komponen aktifnya.
• Minyak halia ialah minyak hangat hebat yang meningkatkan peredaran darah,
menyingkirkan lebihan"angin" daripada tubuh, menghangatkan tubuh dan terkenal dengan
kesan antiradangnya.
• Membantu melegakan kembung dan angin apabila digunakan di kawasan perut.
• Apabila disapu pada kaki pada waktu malam, ia akan membantu mengurangkan rasa kebas
yang kadangkala dialami ibu pada waktu pagi.
Minyak lavender
• Minyak antioksidan yang lembut tetapi berkuasa untuk membantu mengurangkan tekanan
oksidatif yang mungkin dialami ibu selepas bersalin.
• Terkenal dengan ciri-cirinya yang menenangkan.
• Membantu mengurangkan sakit kepala dan melegakan otot.
Minyak Bayi + Minyak Kelapa Dara
Minyak Bayi + Minyak Kelapa Dara ialah rumusan 100% semula jadi yang mengandungi
Minyak Kelapa Dara, Cengkih dan Pudina yang menenangkan apabila digunakan. Dihasilkan
agar selamat digunakan bayi yang baru lahir, ia membantu melembapkan dan melindungi kulit
bayi. Rumusan ini tidak mengandungi bahan berbahaya seperti asid salisilik dan mentol.
Urutan adalah cara sempurna untuk membina ikatan ibu bapa dan bayi.

Minyak Kelapa Dara


Minyak yang sangat melembap dan tidak menyumbat liang. Diperah sejuk dan divakum kering
untuk mengekalkan kualiti dan peratusan tinggi asid laurik. Asid laurik memiliki ciri antibakteria,
antikulat, antivirus dan banyak lagi. Minyak kelapa dara juga mempunyai kadar penyerapan
yang sangat tinggi.

Minyak cengkih
Ekspektoran yang berkuasa - Minyak kuntum cengkih juga digunakan untuk membantu
mengurangkan masalah pernafasan seperti batuk, selesema, sinusitis, asma dan tuberkulosis.

Minyak pudina.
Minyak pati pudina memberikan sensasi menyejukkan dan menenangkan pada tubuh yang
dapat melegakan otot-otot yang sakit apabila digunakan secara topikal. Ia juga boleh
mengurangkan sakit perut dan melegakan saluran pernafasan. Mentol semula jadi dalam
minyak pudina adalah lebih ringan daripada kristal pekat semi sintetik yang merupakan versi
yang lebih murah.
MELANGKAUI
PENJAGAAN SELEPAS
BERSALIN
Dengan NUTRILITETM
Selepas bersalin, tubuh ibu perlu sembuh dan pulih daripada kehamilan dan
melahirkan anak serta perlu menghasilkan susu ibu.
Multivitamin/Multimineral
/Pekatan

Protein

Asid Lemak Omega-3


Kuasakan Sistem Anda
dengan Nutrien Penting

12 vitamin
9 mineral
17 pekatan
tumbuhan
Asid Folik
dalam 32 biji dalam 2.5 dalam 9 biji dalam 10 dalam 17
telur cawan tembikai pisang cawan bayam cawan labu
didadu

1 dos harian
Double X™ dalam 8 cawan
Kalsium Zink
dalam 9 cawan
Niasin
dalam 11
Kromium
dalam 8 cawan dalam 5.5
nasi kubis dimasak kacang hijau cawan cawan brokoli
dimasak asparagus
Kebanyakan ibu baru mungkin terlalu
letih atau sibuk sehingga cenderung
mengabaikan makanan.
Diet Seimbang yang Tidak
Menyusahkan
• Mengandungi 25 vitamin &
mineral

• Mengandungi 5-6g serat


(bergantung kepada perisa)

• Menyenangkan dan mudah


disediakan
Hidangkan untuk Kesihatan yang Baik

Lengkap
• 9 asid amino perlu

Kualiti
• Sumber soya Bukan GMO
• Rendah lemak, tanpa kolesterol dan
tanpa laktosa
• PDCAAS = 1*
❖ Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS),
lebih dekat kepada skor 1, lebih baik protein itu.

Protein
• 8 g kandungan protein tinggi setiap hidangan
Membawakan ikan
terus kepada anda
Memenuhi Jurang Diet Asid
Lemak Omega-3 Anda
Setiap gel lembut membekalkan sejumlah
300mg Omega
▪ 180 mg EPA
▪ 120 mg DHA

30 IU VIT
UNTUK
Ibu-ibu

Tidak Menyusukan
Bayi
Kembalikan Semula Tahap
keseimbangan Hormon Anda

• Campuran GLA (asid linolenik gamma) yang


unik daripada minyak evening primrose dan
borej untuk membekalkan asid lemak perlu
(EFA) dan membantu mengawal atur hormon
wanita.
• Juga mengandungi Chasteberry, Halia dan
Dong Quai dengan Ekstrak Bioflavonoid
Sitrus.

You might also like